Chapter eleven

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Mereka berdua berpandangan buat seketika. Luahan Jin sebentar tadi sangat mengejutkan Eunmi. Dalam banyak-banyak perempuan di dunia ini kenapa dia juga? Sedangkan selama ini Jin juga selalu sahaja menjadi sakarstik dan suka memerli Eunmi. Baru sebentar tadi juga dia memerli Eunmi dan sekarang ini dia meluahkan perasaan. Eunmi menjadi keliru. Sangat keliru. Dia tak tahu yang dia keliru dengan luahan Jin atau perasaannya sendiri. 

Perlahan-lahan Jin meleraikan Eunmi. Dia mengeluh berat. Wajah lelaki itu jelas tertera perkataan kecewa. Matanya di pejamkan rapat sambil berpaling ke arah lain. Jin juga mengusap seluruh mukanya berkali-kali apabila menyedari dia 'tanpa sengaja' meluahkan perasaannya. Cemburu sangatkah dia sampai nak terluahkan perasaan? Kalau dia luahkan perasaanya juga apa gunanya. Eunmi tidak berminat. Tambahan pula, Jin adalah seorang yang berbahaya. Memang mustahil untuk mereka bersama. 

"Maafkan saya, Cik Muda. Saya agak melampau," Keluh Jin. Rasa malu pula hendak menghadap wajah Eunmi. Telinganya juga sudah merah.

Eunmi hanya mendiamkan diri. Hujung rambunya di pusingkan guna jari.

"Lupakan sahaja apa yang saya cakap tadi," Ujar Jin.

"Senangnya cakap," Luah Eunmi. "Lepas tu, mesti awak akan cakap 'saya tarik balik kata-kata saya' kan?" Teka Eunmi.

Jin memandang Eunmi. "Kenapa Cik Muda cakap macam tu? Kecewa ke?" Jin tersenyum.

"M—Mana ada!" Eunmi menyilangkan tangan. "Saya cuma keliru, awak cakap ehem awak suka saya dari dulu. Tapi dulu tu bila?"

"Dua belas tahun lalu," 

"Dua belas tahun lalu? Maksudnya waktu kita masih kecil? Awak dan saya pernah bertemu ke?"

"..." Jin tidak membalas.

"Seokjin?" Panggil Eunmi.

Jin tiba-tiba mengejutkan Eunmi dengan sebuah pelukkan. Kemudian, dia membisik. 

"Awak akan tahu juga nanti," Ujarnya sebelum meleraikan pelukan.

"Dah, pembelajaran hari ini tamat,"

 

 

Keesokkan harinya, Eunmi menyuapkan sarapan pagi ke dalam mulutnya bersama rasa janggal. Jin yang berdiri di sebelahnya langsung tidak di pandang mahupun berborak. Kejadian semalam kerap kali bermain di fikirannya sehinggakan termasuk dalam mimpi. Jane yang menyedari Eunmi tampak pelik hari ini menegur.

"Cik muda okay ke?" Tanya Jane.

"Oh? Saya sentiasa okay," Senyum Eunmi pada Jane.

"Betul ke?" Soal Jane sekali lagi cuba memastikannya.

"Ya, betul!" Eunmi berkata dengan yakin.

Jane berhenti bertanya. Eunmi mengeluh. Tekaknya terasa dahaga terus mencapai minumannya. Jin perasan pinggan yang di penuhi buah-buahan seperti hampir terjatuh dari meja cuba di alihkan. Selepas itu, tangan Eunmi dan Jin bertembung. Jin tampak tenang. Cuma Eunmi sahaja yang kelam-kabut. Tangannya terus di tarik apabila tersentuh Jin. Gelas air yang ingin di capai juga tertolak ke tepi hingga hampir jatuh menghempas lantai. Nasib baik Jin sempat menangkap.

"Maaf," Ngumam Eunmi sambil menundukkan kepala.

Jin memandang Eunmi yang sedang menyorokkan wajahnya. Dia cuba melihat wajah Eunmi bagi memastikan gadis itu okay. Tapi Eunmi terus mengelak. Kenapa dia perlu mengelak? Sedangkan semalam Jin yang luahkan perasaan bukannya dia. Eunmi bangkit. Kerusi yang di tolak kuat itu menghasilkan bunyi yang kuat. Kesemua pembantu rumah terus menumpukan perhatian pada Eunmi.

"Saya dah kenyang," Katanya.

Jane mengerutkan dahi melihat perangai Eunmi pada hari ini.

"Baiklah, masa untuk ke kelas Cik Muda," Kata Jane dengan ceria cuba membuatkan Eunmi nampak selesa.

Eunmi menyarung begnya dan menuju ke pintu utama Villa. Dia juga memakai kasut bagi keselesaan.

"Cik Muda," Panggil Jin.

Eunmi menoleh ke arah Jin. Lelaki itu betul-betul berdiri di hadapan Eunmi. Hampir terjatuh ke belakang Eunmi. Tapi nasib baik di kawalnya. 

"Apa?" Kata Eunmi dengan nada yang serius. 

"Rambut Cik Muda ni... Nampak serabut sedikit..." Kata Jin sambil mengusap dan membetulkan rambut Jin.

Entah kenapa, Eunmi terasa sangat pelik. Patutnya semua perkara ini biasa sahaja tapi apabila teringatkan kata-kata Jin semalam yang dia nak sentuh Eunmi bukan atas sebab kerja buatkan Eunmi terasa begitu pelik. Sentuhan lembut Jin juga buatkan Eunmi terasa sangat selesa.

"Dah baru nampak elok," Jin mengukirkan senyuman manis apabila mengemaskan rambut Eunmi.

Eunmi memegang kepalanya. Dia menundukkan kepala dan berjalan pergi.

"Cik Muda nak pergi mana?" Tanya Jin.

"Nak masuk keretalah!" Balas Eunmi tanpa menoleh ke belakang.

"Kereta dekat luar bukan dekat dapur," Jin menunjukkan ke arah kanan. Laluan yang di ambil Eunmi adalah untuk ke dapur.

Eunmi mengetapkan bibir dan berpusing semula ke arah yang betul. Jin ketawa kecil sambil mengelengkan kepala.

"Diam!" Eunmi memarahi Jin apabila terdengar yang lelaki itu mengetawakannya.

Jin ketawa secara senyap setelah menerima amaran tersebut. Comel melihat perangai Eunmi hari ini. Dia tak pernah tengok perangai Eunmi yang nampak janggal. Kejadian semalam bermain di fikirannya semula. Jin mengeluh. Dia tak sepatutnya beritahu semua tu. Urgh, apalah yang sedang dia fikirkan sehingga tanpa 'sengaja' terluahkan perasaan. Disebabkan dia, mungkin hubungan Eunmi dengannya akan menjadi semakin kekok.

 

 

Eunmi menyilang tangannya. Fikirannya melayang. Kafeteria universitinya yang bising langsung tidak berjaya menyedarkan Eunmi dari lamunan. Yooa dan Mimi memandang sesama sendiri. Mereka berdua juga berbalas isyarat mata pada sesama sendiri agar menegur Eunmi. Baru sahaja Yooa ingin menegur, Eunmi membuka mulut.

"Weh, apa yang korang akan buat bila ada seseorang tu luahkan perasaan pada korang?" Tanya Eunmi.

"Eh?" Kening Yooa terangkat apabila mendengar soalan Eunmi.

"Ada orang luahkan perasaan dekat kau ke?" Mimi menyoal semula.

Eunmi mengaggukkan kepala. Yooa dan Mimi mula tersengih-sengih.

"Wooo~" Sorak mereka secara perlahan.

"Jadi kau cakap apa?" Mimi kelihatan teruja ingin tahu.

"Macam orangnya? Baik? Hensem? Bergaya? Anak kepada siapa?" Yooa juga kelihatan begitu teruja.

"Kau ada perasaan yang sama tak?" Tambah Mimi.

Eunmi terdiam. Dia tidak tahu bagaimana mahu menjawab. Jadi apa yang aku cakap? Tiada apa. Baik? Err, bolehlah baik. Hensem? Boleh tahan. Anak kepada siapa? Kau ingat aku tahu ke? Kau ada perasaan yang sama tak? Erm, tak...? Eunmi hanya dapat menjawab soalan yang tak berapa pasti itu di dalam hati. Dia terus mencapai minumannya dengan kasar. Air di hirup dengan laju. Entah kenapa terasa frust pula nak jawab soalan sebegini. Eunmi memandang sekelilingnya cuba tidak mahu bertentangan mata dengan rakannya, dia perasan yang pelajar perempuan universiti ini sedang berbisik-bisik sambil tersengih-sengih. Kemudian, Eunmi tersedak.

Yooa terus menghulurkan tisu pada Eunmi. "Kau ni dah kenapa? Tulah, gelojoh sangat minum," 

"Tak mungkin," Eunmi membulatkan mata.

Yooa dan Mimi terus memusingkan kepala memandang gerangan manusia yang menjadi tumpuan Eunmi.Mereka berdua menekup mulut kerana lelaki yang menjadi tumpuan Eunmi adalah lelaki yang sangat kacak. Eunmi mengenggam kuat minumannya.

"Park Jimin," Sebut Eunmi

Jimin tersenyum apabila di menemui Eunmi. Dia melambai ke arah Eunmi. Namun, Yooa dan Mimi pula membalas. Perasan betul, jika mereka tahu mesti akan menjadi sangat janggal. Jimin mengerutkan dahi apabila Yooa dan Mimi yang membalas. Eunmi terus mengalihkan pandangan. Malas hendak melayan. Jimin terus mengambil langkah seterusnya iaitu duduk bersebelahan Eunmi. Kerusi di sebelah Eunmi di tariknya lalu di duduki. Kini, mereka berdua menjadi tumpuan utama.

"Eunmi, lama tak jumpa. Awak tukar nombor telefon ke?" Tanya Jimin dengan nada yang ceria.

"Tak tahu ke yang telefon saya hilang sebab hari tu?" Jawab Eunmi.

Jimin mwngigit bibir. Baru dia teringat dan dia juga baru sahaja buat kesalahan besar kerana mengukitkan semula kejadian Eunmi di culik. Dia cuba mengubah topik.

"Saya rindukan awak," Ujar Jimin dengan jujur.

Terbatuk-batuk Eunmi apabila mendengar ayat yang di keluarkan Jimin. Wajah dua orang rakan baiknya di pandang cuba memastikan reaksi mereka kerana mereka berdua langsung tidak mengetahui hubungan Eunmi dan Jimin.

"Park Jimin, pergi baliklah. Awak bukan pelajar universiti ni awak tak boleh masuk dan keluar sesuk—," 

Belum sempat Eunmi menghabiskan ayatnya. Jimin menunjukkan pas pelajarnya pada Eunmi. Gadis itu sedikit ternganga. Pas pelajar Jimin di rampas dari tangan lelaki itu. Biar betul? Mata Eunmi kerap kali beralih sekejap pada pas pelajar Jimin sekejap pula ke Jimin.

"Macam mana awak semudah ni sahaja daftar masuk ke universiti ni?" Eunmi masih lagi terkejut. 

"Senang, pengarah universiti ini adalah kawan kepada papa saya," Jimin tersenyum.

Eunmi menghempaskan pas pelajar pada dada Jimin.

"Ini ke taktik awak?" Soal Eunmi sambil menyilang tangannya. 

"Taktik? Kalau taktik nak dapat awak semula tu betul," Jimin merenung Eunmi.

Kali ini, Yooa dan Mimi pula terbatuk. Hello, nampak tak ada orang di sini sedang menonton? Tiba-tiba Yooa dan Mimi terasa malu pula apabila menyedari lambain tadi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.