Chapter five

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

“Tak” Eunmi mengeleng.

Jin memberikan arahan pada perkerja tersebut untuk mengambil pakaian yang lain. Wanita itu mengagguk. Dia mengambil pakaian yang sudah di pilih oleh rakan sekerjanya lalu menunjukkan pada Eunmi. Baju dress labuh berwarna hijau muda ditunjukkan. Eunmi mengeleng sambil melihat kukunya. Jin mengeluh. Dia menggunakan isyarat mata untuk pakaian yang seterusnya. Baju blouse berwarna peach bersama dengan skirt paras lutut berwarna hitam di padankan bersama pula ditunjukkan.

“Urgh, teruknya warna,” Rungut Eunmi. “Apa? Awak ingat saya nak pergi makan malam syarikat ke?” Jeling Eunmi.

Wanita itu menunduk meminta maaf dan meninggalkan Eunmi bersama Jin kembali mencari pakaian baru. Jin mengerling Eunmi yang kini sibuk dengan telefon pintar.

“Cik muda, dah dua jam kita dekat sini. Berapa lama lagi cik nak pilih baju?”

Eunmi merenung tajam Jin. “Hei, suka hati sayalah!” Balas Eunmi.

Jin mencebik. Rasa nak keluarkan pistol tembak budak ni sahaja. Namun, itu adalah satu tindakan yang bodoh. Jin memasuki kawasan kedai meninggalkan Eunmi di dalam bilik persalinan seorang diri. Para pekerja sedang tekun mencari baju yang sesuai untuk Eunmi pakai pada makan malam ini. Dia mendekati seorang gadis muda.

“Hi,” Sapanya dengan sopan.

Gadis itu memandang Jin. Kemudian, dia menunduk hormat. “Err, Hi? Boleh saya bantu Encik?” Tanya gadis yang bernama Wendy Son.

“Boleh tunjukkan saya pakaian yang melambangkan feminin?”

Wendy mengagguk. “Sudah tentu, mari ikut saya,” Gadis itu terus membawa Jin ke bahagian pakaian dress yang berparaskan lutut.

Pelbagai warna dan gaya berada di situ. Jin mula melihat dengan teliti. Wendy pula mula menerangkan setiap ciri-ciri pakaian tersebut. Eunmi yang berada di dalam bilik persalinan menjadi bosan apabila menunggu pekerja yang lain mencarikannya baju. Dia menjengukkan kepalanya keluar bilik persalinan melihat mereka semua. Kemudian, matanya tertangkap pada Jin yang sedang mengagguk-anggukkan kepala apabila mendengar penerangan Wendy. Jin tersenyum manis apabila dia bertentangan mata dengan Wendy. Wendy pula malu-malu. Eunmi mengeggam langsir.

“Oh, pergi mengorat orang nampak. Buat kerja tak nak!” Eunmi menjeling. “Tak pernah pun dia nak tersenyum macam tu dekat aku!” Bebel Eunmi seorang diri. Dia mencampakkan langsir ke belakang.

Jin yang menyedari seperti di perhati memandang kea rah bilik persalinan yang sedang di masuki oleh pekerja kedai pakaian ini bersama beberapa helai pakaian. Jin memandang Wendy semula.

“Maaf, boleh ulang semula?” Jin tersengih.

“Boleh, Encik,” Balas Wendy. “Baju ini tampak lebih sopan dan elegant. Tak terlalu pendek atau labuh sangat. Sesuai untuk makan malam. Di bahagian bawah dress ini, ada lace yang menunjukkan sifat lembut. Di gabungngkan bersama dress berwarna merah jambu pastel ini dapat menarikkan lagi perhatian pasangan. Pakaian ini rasa lebih selesa di pakai kerana kain satinnya yang lembut,”

Jin mengagguk-angguk sambil membelek dress tersebut. “Boleh tambahkan sesuatu di sekeliling pinggang ni tak?”

“Boleh, kami akan tolong tambahkan reben berwarna putih yang berukuran 6mm di sekeliling pinggang bagi menampakkan bentuk badan,”

“Saya ambil yang ini. Tolong bawakan ke dalam bilik persalinan Cik Muda,”Kata Jin.

Wendy menunduk hormat. “Baiklah, saya akan bawakannya ke dalam bilik persalinan selepas meletakkan reben di bahagian pinggang,”

Setelah selesai, Jin kembali ke dalam bilik persalinan. Yup, seperti di dalam tekaannya. Eunmi masih lagi menolak semua pakaian yang di pilih para pekerja tanpa mencubanya dahulu.

“Eii, apa benda ropol-ropol bawah ni? Saya bukannya nak pergi kahwin! Tukar!” Kritik Eunmi. “Yang ini apa pula? Kenapa hiasan dekat baju ni melebih!” Eunmi menghempaskan dirinya pada kerusi yang disediakan.

“Seokjin, mari kita pergi semula ke kedai yang awal tu. Baju mereka lagi cantik,” Eunmi menarik beg slingnya ke bahu semula.

Para perkerja di situ tampak kecewa dengan ajakkan Eunmi ke kedai lain. Jin mengeluh. Pergi kedai pertama tu balik? Huish, dia dah tak sanggup dah. Kedai yang mereka masuk ini sudah buat kali kelima!

“Cik muda, tunggu sebentar ada lagi satu pakaian akan sampai,” Katanya.

Eunmi membuat muka bosan. “Baju apa pula ni? Tak nampak ke semua baju yang mereka ambil ni tak ada taste langsung!” Sebut Eunmi dengan bongkak.

Jin menyilang tangannya. “Ini lagi satu permainan dari cik muda ke? Saja lambatkan masa atau berpura-pura tak ada pakaian sebab makan malam bersama dengan calon tunang cik muda?”

Eunmi terdiam. Dia mendengus dengan geram dan mencabut sling bagnya dari bahu lalu di campakkan ke atas sofa. Sofa yang berwarna putih itu didudukinya semula bersama wajah yang masam. Mengumat-ngamit mulutnya mengutuk Jin. Jin mengulingkan biji bebola matanya. Apa-apa sahajalah cik muda. Raen kembali ke dalam bilik persalinan. Dia tersenyum lebar lalu di berikan baju tersebut kepada Jin. Jin tersenyum namun tangannya tidak pula mengambil pakaian tersebut.

“Baju ni Wendy yang pilihkan. Cantik, sesuai dengan gaya cik muda,” Jin memuji Raen.

Wendy pula kebingungan. Sebeb baju ni yang di pilih oleh Jin dan bukannya Wendy? Terkelip-kelip mata Wendy. Eunmi hanya mendiamkan diri dan terus ‘menganalisa’ dress paras lutut di tangan gadis itu. Kemudian, dia mencebik dan perlahan-lahan mengagguk.

“Saya akan cuba pakaian ini,” Eunmi berjalan memasuki ke dalam belakang langsir.

Pakaian yang di pegang Wendy di serahkan pada mereka yang bertugas untuk pertukaran baju Eunmi. Apabila Eunmi berada di dalam bilik persalinan tersebut, Wendy memandang Jin bersama wajah yang hairan.

“Apa yang Encik buat sebenarnya?” Tanya Wendy.

“Saya?” Jin menunjukkan pada dirinya.

Raen mengagguk. “Encik yang pilihkan pakaian untuk cik muda. Kenapa Encik pula bagi ‘perhargaan’ Encik pada saya?”

“Bila masa pula saya bagi perhargaan saya dekat awak?” Jin tergelak kecil. “Saya tengok awak berusaha dari tadi mencari baju untuk Cik muda. Dia hina pernampilan awak pun. Awak masih lagi tak kutuk dia dalam diam,”

“Encik, perhatikan saya ke dari tadi?” Tanya Wendy dengan sedikit terkejut.

“Saya perhatikan semua orang di sini,” Jin mendepakan tangan.

Berkerut dahi Wendy mendengarnya. Langsir ditarik. Keluarlah Eunmi dari bilik persalinan. Sling bagnya di capai.

“Wah! Cik muda nampak sangat comel!” Puji Jiwoon perkerja kedai tersebut.

“Yalah, apa-apa sahajalah,” Eunmi mendekati Wendy. Dia membuka zip sling bagnya lalu di berikan beberapa keping nota wang kepada Wendy.

Wendy tidak mengambilnya sebaliknya dia terpinga-pinga. Eunmi mengoyangkan tangannya menandakan nak terima ke tak?

“Ini untuk apa?” Tanya Wendy.

“Tip awaklah. Baju ni sesuai untuk saya pandai awak pilih,” Puji Eunmi bersama wajah yang bosan.

“Tapi, saya…” Wendy masih lagi teragak-agak untuk mengambilnya. Dia memandang Jin. Jin pula memberikan isyarat menyuruhnya ambil sahaja.

Eunmi mengeluh kebosanan. Berapa lama lagi dia kena angkat tangan? Dia mengambil tangan Wendy lalu di letakkan wang kertas tersebut. Dia kemudian berjalan meninggalkan Wendy. Wendy pula masih lagi dengan wajah yang kosong.

“Seokjin bayar,” Arah Eunmi.

Seokjin mengagguk. Kad kredit hitam milik Tuan Besar Oh di keluarkan dari dompetnya. Memang Sangmin memberikan kad kredit tersebut pada Jin untuk membelikan pakaian Eunmi. Eunmi menunggu Jin di hadapan kedai tersebut. Apabila selesai, Jin melambai kea rah perkerja yang lain dan mengekori langkah Eunmi.

“Weh, Wendy bertuah kau dapat tip!” Soojung menepuk bahu rakan baiknya.

“Tapi, baju tu… aku…” Wendy mengaru kepalanya.

“Ah, kalau aku pilih baju tu mesti aku pun dapat tip!” Rengek Jiyoon.

“Nasib baik kau buat kerja dengan bagus! Cik muda tu memang leceh sikit!” Kata Key yang mula mengakut pakaian yang berada di dalam bilik persalinan untuk di gantung semula.

“Kan! Aku ingat lagi bila dia datang sini nak beli baju hari jadi kawan dia! Urgh! Macam dia yang nak pakai,” Rungut Kahi di kaunter pembayaran.

“Tapikan, kacak juga butler dia tu,” Jiyoon menguis-guis rambutnya.

“Huish, mengatal!” Ujar Kahi.

Jiyoon menjeling. Suka hatilah. Seungcheol mencekak pinggang.

“Dah, dah! Puan Han nampak korang berborak lagi ni. Mampus korang!” Kata Jeonghan.

Mereka semua terus bergegas semula ke kawasan masing-masing sebelum pemeriksaan di lakukan oleh Puan Han. Wendy masih lagi terpinga-pinga. Wang kertas tersebut di genggamnya.

“Wendy! Kau buat apa lagi tu. Cepat tolong aku susun stok baru!” Panggil Soojung.

“Oh, okay!” Wendy memasukkan wang tersebut ke dalam poketnya sebelum berjalan dengan pantas kea rah Irene bersama penyangkut baju.

 

 

Eunmi bermain dengan telefon pintarnya sementara menunggu mereka tiba ke restoran untuk temu janji dengan calon tunang Eunmi. Sebenarnya, Eunmi mempunyai lima orang calon tunang. Entah kenapa, papanya menetapkan ramai sangat calon tunang untuknya. Naik bosan Eunmi apabila setiap hujung bulan pasti ada temu janji dengan mereka berlima. Lepas itu, pasti ditanya calon manakah yang paling layak? Tapi pada malam ini, dia akan bersama dengan papanya dan bapa kepada calon tunang itu untuk makan bersama. Lagilah dia tak nak!

Lagu OST Drama Marriage, not dating di mainkan melalui corong radio. Lagu itu terus menarik perhatian Eunmi. Wajah gadis itu berubah.

“Tukar lagu,” Katanya bersama suara yang dingin.

“Baiklah,” Jin menukarkan ke siaran lain. Kali ini, lagu Nothing Like Us dari Justin Bieber pula di mainkan.

Eunmi mengetap bibirnya. “Tukar lagi,”

Jin hanya mengikut arahan. Lagu ‘Hot Pink’ pula di mainkan.

“Ergh, lagu ni terlalu rancak! Tutup sahajalah radio tu!” Arah Eunmi lagi sekali.

“Baiklah,” Jawab Jin.

Entah kenapa dengan cik mudanya ini. Tiba-tiba suruh tukar lagu apabila lagu Kim Nayoung Hope, Hope itu di mainkan. Jin mencuri pandang Eunmi melalui tingkap kereta. Gadis itu sedang memandang keluar tingkap apa yang sedang difikirkannya menjadi persoalan di kotak fikiran Jin. Akhirnya, mereka tiba. Kereta di parkingkan di tempat VIP. Pintu kereta Eunmi di bukakan Jin. Gadis itu keluar dari kereta tersebut.

“Encik, Encik!” Seorang lelaki berpakaian pelayan berlari kea rah mereka berdua.

“Ya?” Jawab Jin.

“Maafkan saya, tapi parking di sini sudah ada orang tempah. Encik, boleh parking di bahagian VIP di sana,” Pelayan tersebut menunjukkan kea rah satu lot parking yang masih kosong.

Eunmi seperti mahu tergelak mendengarnya mencekak sebelah pinggang. “Hei, awak dengar sini. Saya anak VVIP dekat sini. Suka hati sayalah nak parking dekat mana-mana. Bukan urusan awak pun,”

“Tapi, Cik. Tempat ni sudah di tempah oleh Oh Sangmin pemilik Brightest Diamond yang terkenal itu!” Lelaki itu kelihatan ketakutan.

“Excuse me, saya ini anak perempuan dia? Awak tak kenal saya ke? Oh Eunmi?” Kata Eunmi dengan nada yang sombong. 

Lelaki itu membulatkan mata. “Oh! Maafkan saya cik, patutlah saya macam pernah nampak muka cik,”

“Tch,” Eunmi membetulkan rambutnya.

“Tapi, ini sudah pun ditempah oleh Bapa Cik. Cik masih lagi tiada hak untuk parking di sini,” Ujarnya dengan nada yang perlahan.

“Apa dia?! Awak siapa nak—,” Eunmi terhenti apabila Jin menghentikan Eunmi mengunakan tangan dari terus menengking.

“Tak mengapa, saya akan alihkan. Kalau macam itu, boleh bawa Cik muda ke ruang makan persendirian dengan Tuan Besar Oh Sangmin?” Jin tersenyum.

“Sudah tentu, mari-mari,” Dia menerima pelawaan tersebut. Lalu menunduk hormat, tanda terima kasih.

Eunmi membuat muka menyampah. Dia menyilang tangannya dan mengekori langkah pelayan tersebut. Mereka melalui laluan yang yang di khaskan untuk tempat makan persedirian seperti untuk perjumpaan. Langkah Eunmi tiba-tiba terhenti apabila seorang lelaki berpakaian formal yang amat di kenalinya sedang berbual dengan seorang gadis. Lelaki yang tersebut membalas pandangan Eunmi. Mereka berdua kini berpandangan.

“Oh Eunmi?” Sebut lelaki itu lalu meninggalkan gadis yang sedang berbual dengannya.

Eunmi berpusing. Cuba melangkah pergi namun belum sempat dia cuba berjalan pun pergelangan tangannya di tarik lelaki tersebut. Pantas sungguh.

“Memang betul tekaan saya,” Wajah lelaki itu jelas mengatakan dia agak terkejut.

Eunmi mengigit bibirnya. Dia memandang kanan dan kirinya. Takut-takut papanya sudah tiba memang naya dia. Seketika kemudian, dia membalas tentangan mata lelaki itu. “Park Jimin,” Sebut Eunmi dengan perlahan.

Jimin tersenyum lebar. “Lama kita tak berjumpa,” Dia kelihatan amat gembira bertemu dengan Eunmi.

“Ah, ya. Lama juga…” Eunmi bercakap dengan nada yang kekok.

“Nak dekat lima tahun dah sejak kita tak berjumpa bukan?” Kata Jimin yang masih lagi belum melepaskan pegangan tangan Eunmi.

“Ya, lama juga. Tak sangka awak kira,” Eunmi mengaru pipinya lalu memandang ke arah lain untuk mengelakkan rasa janggal.

Senyuman Jimin pudar. Wajah Eunmi di usapnya dengan lembut

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.