Chapter three

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

“Menjadi seorang mafia perlulah mempunyai daya tarikan. Tiada sikap lemah-lembut dan tergedik-gedik di dalam diri mereka,” Jin mula menceritakan sikap-sikap seorang mafia sebenar. Dia berjalan ke kanan dan ke kiri ketika menerangkan pada Eunmi.

Eunmi hanya mengaggukkan kepala. “Hmm, hmm,” Matanya pula menunduk memandang skrin telefon tanpa disedari Jin.

“Seorang mafia kena tahan kecederaan mereka ketika sedang  berlawan ini—,” Jin terhenti. Dia memandang Eunmi yang tidak memberi perhatian kepadanya.

Jin melangkah di hadapan gadis itu. Buku yang halang segala perbuatan Eunmi di jatuhkannya. Telefon pintar Eunmi berwarna emas itu di rampas dari tangan Eunmi.

“Hei!” Eunmi bangkit dari tempat duduknya cuba mencapai telefon pintarnya.

Jin mengakat tangannya tinggi-tinggi supaya Eunmi tidak dapat mencapai telefon tersebut. Kemudian, dia mencuri baca mesej yang sedang Eunmi taipkan.

“Maaf sebab tinggalkan awak?” Jin membaca mesej tersebut kemudian memandang Eunmi.

“Bagilah balik!” Tergapai-gapai tangan Eunmi di udara cuba mencapai telefon pintarnya.

“Berani cik muda bermain telefon waktu sesi pembelajaran?” Jin mengakat lebih tinggi telefon pintar Eunmi.

“Ish! Yalah, saya tak akan main lagi. Bagi balik telefon tu!”

Jin mengeleng. “Tak, saya tak akan bagi sehingga sesi pembelajaran kita tamat,” Ujarnya tegas kemudian memasukkan telefon Eunmi kedalam jaket tuxedonya. Dia menyilang tangan memandang Eunmi. “Sila kembali pada tempat cik muda,”

“Ergh!” Degus Eunmi dan kembali ke tempat duduknya. Dia menongkat dagunya sambil merenung Jin.

“Baiklah, saya akan ulang semula dari awal,” Senyum Jin.

“Apa?! Tak!” Eunmi mengusutkan rambutnya.

“Oh ya,” Jin membalas dengan anggukkan kepala.

Maka, bermulalah sekali lagi pembelajaran mengenai sejarah Black Mask semula. Jin mula menerangkan satu-persatu kisah di sebalik penciptaan black mask. Ciri-ciri nenek moyang perempuan Eunmi yang pernah mewarisi Black Mask juga di ceritakannya. Sekali tengok seperti Jin pula pewaris Black Mask. Terlentok-letok kepala Eunmi cuba menahan dirinya dari tertidur. Tak pasal-pasal Jin akan mengulang semula. Apabila sesi pembelajaran hampir tamat, meja belajar Eunmi di ketuk Jin. Eunmi mengeleng-gelengkan kepalanya sambil mengesat mata.

“Cik muda, siapa nama nenek moyang pertama yang mencipta Black Mask?” Soal Jin.

Eunmi menelan air liur. Aduh, ada kuiz juga ke? Dia ni biar betul! Eunmi perlahan-lahan meletakkan kedua-dua tangannya bersama di bawah dagu. Dia tersenyum. Nasib baik dia tahu soalan ini.

“Kim Dalpong adalah nenek moyang pertama Black Mask. Pada mulanya Black Mask hanyalah kumpulan gangster jalanan. Namun, ia bangkit apabila tiba kepada anak Kim Dalpong, Kim Hijong,” Kata Eunmi bersertakan sejarah permulaan Black Mask.

Jin tersenyum bangga. “Bagus, cik muda fokus!” Pujinya. “Soalan seterusnya, siapa yang telah menumpaskan kumpulan mafia ‘Kwakyul’ yang terkenal di Korea Selatan ini pada tahun 1909?” Soalnya lagi sekali.

Eunmi memetik jari seperti mengetahui jawapan tersebut. “Siapa lagi kalau bukan pewaris wanita Black Mask yang ke-3, Lee Myungha. Dia seorang wanita yang hebat dalam seni mempertahankan diri dan di gelar sebagai ‘Eagle eyes’ kerana dapat memerhati dengan baik!”

“Wah, saya kagum,” Jin menepuk tangan. “Cik muda akhirnya fokus juga,”

Kembang-kempis hidung Eunmi apabila di puji. Dia menyelitkan rambutnya di belakang telinga. “Tengoklah siapa, sayalah pelajar universiti yang paling di pandangan tinggi dalam menangkap cepat setiap pelajaran dengan mudah,”

“Hmm, kalau macam tu lagi senang saya nak ajar,” Jin menutup buku yang di pegangnya.

“Eh, sekejap! Kenapa saya kena bangga pasal tu pula!” Eunmi seperti sedar dari dunia realiti memegang kepalanya. “Tidak! Kepala telah di penuhi dengan sejarah Black Mask!”

Eunmi bangun dari tempat duduknya dan bersandar pada dinding bilik latihan sambil memikirkan kehidupannya selepas mewarisi Black Mask. Jin hanya mengeleng melihat tingkah-laku Eunmi. Dia kemudian melirik kea rah jam tangannya.

“Sesi pembelajaran mengenai Black Mask, selesai,” Beritahu Jin.

Bagaikan seperti tamat peperiksaan yang susah, Eunmi membuat gaya 'yes' dalam diam.

“Tapi, sesi pembelajaran kedua akan bermula sekarang,” Jin tersenyum sinis.

Eunmi terhenti. Kepalanya menoleh kearah Jin yang sedang tersenyum sinis kepadanya. Apa pula kali ini?

“Sesi kedua pembelajaran adalah berkenalan dengan ahli Black Mask,” Jin menyilang tangannya. "Kita akan makan malam bersama mereka di markas Black Mask,"

"What?! No!" Bentak Eunmi.

"Arahan Tuan Besar Oh," Ujar Jin sambil meletakkan semula buku di rak.  "Tambahan pula, Tuan Besar Oh ke Europe untuk tiga hari ini Tuan memang dah bercadang nak Eunmi bertemu dengan ahli Black Mask sejak dulu lagi,"

Eunmi menghentak-hentakkan kakinya bersama wajah yang tidak puas hati. "Ah! Tak mahu, tak mahu!" 

"Cik muda jangan nak buat hal.Semua latihan dan pembelajaran cik muda telah di tetapkan oleh Tuan Besar Oh," 

"Apa? Maksudnya sesi pembelajaran pertama mengenai sejarah Black Mask dan sesi kedua pula adalah perjumpaan bersama ahli Black Mask? Apa pula ketiga?" Eunmi menunjukkan tiga jarinya.

"Itu biarlah rahsia cik muda," Jin mengenyitkan matanya.

Eunmi membuat muka menyampah. Ish! Perlu ke nak berahsia? Apa takut sangat ke yang dia akan 'lari' lagi sekali? Eunmi bangun dari tempat duduknya dan kemudian memukul lengan Jin. Jin mengaduh kesakitan. Kerja nak memukul orang sahaja cik muda ini. Sudahlah pukul di bahagian yang terluka hari semalam ketika bertarung. Berkerut-kerut wajah Jin menahan sakit.

"Cakap sahajalah bukannya saya nak lari pun," Eunmi mencekak pinggang.

"Haha, yalah tu," Jawab Jin sambil menoleh. Bahagian yang tercedera di lengannya di pegang. Rasa sakit masih terasa lagi. Itulah tak pergi rawat selepas berlawan. Terus sahaja pulang ke villa.

Eunmi yang sedar perubahan pada wajah Jin cuba mencuri pandang wajah lelaki itu. Namun, apabila Eunmi cuba memandang Jin. Jin cepat-cepat mengelak dari bersua muka dengan Eunmi. Tak mahulah tunjuk yang dia sedang kesakitan. Tadi Jin mengerutkan dahi menahan sakit kini Eunmi pula mengerutkan dahi kerana berasa hairan. Jin berjalan ke arah dinding villa. Dia menyadarkan dirinya pada dinding tersebut. Kepalanya sengaja dilagakan pada dinding.

"Kenapa dengan awak ni?" Tanya Eunmi dengan hairan. Dia mendekati Jin. "Sakit sangat ke saya pukul?" 

"Urgh, mana ada. Pukullan cik muda tadi macam kena pukul dengan budak kecil je rasa," Ejek Jin.

"Ish, tak sakit ya? Meh sini saya pukul lagi!" Eunmi mendekati Jin.

Jin dengan segera melangkah dirinya menjauhi cik muda. Wajah Eunmi di pandangnya. Kedua-dua tangannya diangkat hingga ke paras dada cuba mempertahankan diri. "Oh, tak cik muda. Jangan buat. Cik muda ni memang kerja pukul orang ya?" Keluh Jin.

"Seokjin, kenapa awak berpeluh? Bilik ni panas sangat ke?" Tanya Eunmi.

Jin dengan pantas mengesat peluhnya di dahi. Kemudian, dia tersengih. "Ha'ah, panaslah. Fuh fuh," Jin mula mengipaskan dirinya. "Apapun, baik kita pergi sekarang tempat yang kita nak pergi tu agak jauh juga. Dua puluh lima minit nak ke sana,"

"Saya tak mahu!" Eunmi memberontak.

"Nampaknya saya kena angkat cik muda lagilah," Keluh Jin. "Ke cik muda nak kahwin awal?" Sengih Jin.

"Yalah, saya akan pergi!" Eunmi bersetuju.

 

 

Di dalam perjalanan, Eunmi hanya memandang keluar tingkap dengan menyilang tangan sambil mengembungkan pipinya. Tidak puas hati dengan sesi pembelajaran keduanya begitu cepat bermula. Hanya bukit-bukau dan kehijauan alam dapat di lihatnya. Dia mengeluh. Jin yang sedang memandu hanya memerhatikan tingkah-laku Eunmi yang duduk di belakang. Gadis itu tidak habis-habis mengeluh. Sangmin sendiri yang mahu anak perempuannya berkenalan dengan Black Mask dahulu sebelum memulakan sesi latihan yang lebih berat lagi. Suasana di dalam kereta kedengaran sunyi.

"Urgh, menyusahkan betul jadi anak pengerusi mafia ni," Kata Eunmi.

"Lagi susah kalau jadi butler kepada anak pengerusi," Balas Jin tanpa disedarinya.

"Ulang balik apa awak cakap," Eunmi merenung tajam Jin dari pantulan cermin kereta.

"Saya ada cakap apa-apa ke?" Jin cuba mengelak. "Cik muda salah dengar agaknya," Barisan gigi putih di tunjukkan kepada Eunmi.

Gadis itu menjeling sebelum kembali menikmati pemandangan alam. Akhirnya, setelah dua puluh lima minit berlalu mereka tiba di pangkalan rahsia Black Mask. Tempat itu hanya penuh dengan belukar dan pokok-pokok. Sekali tengok seperti berada di hutan.

"Kenapa tempat ni berhutan?" Rungut Eunmi sambil bermain-main dengan hujung rambutnya. 

"Cik muda tak tahu ke sekarang ni zaman teknologi," Senyum Jin.

"Hah?" Eunmi tidak memahami langsung apa yang cuba Jin katakan.

"Cik muda akan kagum tengok pangkalan rahsia ini," Jin mengeluarkan sesuatu di dalam poketnya. "Cik muda dah tiba," Kata Jin pada alat berkomunikasi ahli Black Mask yang kecil itu.

Perlahan-lahan daun-daun yang menutupi laluan di hadapan mereka terbuka luas. Mata Eunmi terbeliak kerana melihat terdapat pintu disebalik semak-samun dan daun kering. Pintu itu terbuka luas dan terdapat terowong di dalamnya. Kerata milik keluarganya di pandu masuk melalui terowong tersebut. Eunmi menoleh ke belakang untuk melihat pintu yang di perbuat dari besi itu tertutup. Keluar sahaja dari terowong tersebut bagaikan di dunia yang lain. Terdapat bangunan besar di situ. Sekelilingnya pula taman yang cantik sekali tengok seperti rumah percutian dan bukannya markas kongsi gelap. Kawasan tersebut berada di belakang bukit yang tinggi mungkin sebab ini markas black mask sukar dikesan oleh musuh.

"Tak nampak macam markas pun," Eunmi melihat villa tersebut bersama kerutan dahi.

"Memanglah, markas yang buruk dulu tu kitaorang dah upgradekan," Jin memakirkan kereta.

Eunmi tidak membalas sebaliknya dia hanya menguap kebosanan. Pintu kereta Eunmi di buka seseorang. Hampir terjatuh Eunmi yang sedang bersandar pada pintu kereta tersebut. Cepat-cepat jejaka yang membuka pintu itu menangkap Eunmi sebelum terjatuh. Mata Eunmi yang di pejam rapat tadi di buka perlahan-lahan melihat jejaka tersebut. Kemudian, dia membulatkan mata.

"Awak ni berkerja dekat barista tu bukan, Kim Myungsoo kalau tak silap saya itu nama awak," Eunmi membetulkan posisi duduknya.

L tersenyum. "Ya, itu saya," Kemudian, dia menunduk hormat.

Jin yang baru sahaja keluar kereta menuju ke tempat duduk kereta Eunmi. Dia menyi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.