Chapter twelve

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Jimin mengetuk meja restoran bertemakan makanan itali menggunakan jarinya. Dia menunggu Eunji yang sedang membuat pesanan. Di sini, jika nak buat pesanan harus bangkit dan bayar terus. Seusai selesai, Eunji kembali pada tempat duduknya. Fail berwarna coklat yang di peluk erat menjadi perhatian Jimin sejak dari awal lagi. Kerusi perlahan-lahan di tarik agar tidak mengeluarkan bunyi yang kuat. Fail bersama kotak kecil hadiah di letakkan atas meja. Mata Jimin masih lagi melekat padanya.

Adakah itu untuk Eunmi? Sebab itu ke Eunji di sini?

"Maafkan, aunty ya sebab nak bercakap dengan kamu secara tiba-tiba," Kata Eunji dengan lembut.

"Ah... Tak mengapa," Jimin memberikan senyuman.

"Boleh aunty tahu nama kamu?" Tanya Eunji.

"Lupa pula nak perkenalkan diri," Jimin terus membetulkan posisi duduknya ke duduk tegak bagi tampak sopan. "Nama saya Park Jimin,"

"Oh, Park Jimin sedap nama kamu," Puji Eunji.

"Haha, mana ada sedap," Jimin ketawa kekok. 

"Kamu ni kawan Eunmi atau...?" Kening kanan Eunji terangkat tatkala menanyakan soalan tersebut.

Jimin terdiam sejenak. Dia menundukkan kepala berfikir dan kemudian mengakat semula bersama senyuman yang tawar. "Sekadar kawan sahaja,"

"Oh begitu," Kata Eunji dengan nada yang perlahan.

"Sebenarnya, apa yang aunty nak cakapkan pada saya?" Tanya Jimin. Rasa pelik pula panggil artis terkenal Korea 'aunty'.

"Oh ya," Eunji seakan baru sahaja teringat. "Jika kamu tak keberatan..." fail dan kotak hadiah tersebut di tolakkan kepada Jimin.

Jimin hanya memandangnya. Kemudian, dia beralih pada Eunji.

"Boleh berikan ini pada Eunmi?" Sambung Eunji.

"Surat apa ni...?" Soal Jimin teragak-agak.

"Kamu kawan Eunmi mungkin kamu dah tahu ni... atau mungkin tidak..." Eunji sedikit teragak-agak untuk mengatakan ini tapi dia mengambil keputusan untuk memberitahu. "Sebenarnya, aunty ini ibu kepada Oh Eunmi,"

"Saya tahu," Jawab Jimin sepantas cahaya apabila Eunji selesai menghabiskan ayatnya.

Eunji kaku. Bagaimana Jimin boleh tahu? Sekejap sudah tentulah dia tahu, dia kawan Eunmi. Eunji kembali tersenyum.

"Yalah, sudah tentulah kamu tahu," Eunji menanggukkan kepala secara perlahan tanda mengerti.

"Jadi apa surat ni sebenarnya?" Soal Jimin semula.

"Ini surat pertukaran nama keluarga," Jawab Eunji. "Aunty nak bawa Eunmi tinggal bersama aunty..." 

Jimin membulatkan mata. Surat pertukaran nama keluarga?

"Aunty nak ambil 'hak' aunty semula," Kata Eunji dengan nada yang serius.

Jimin mengelipkan matanya berkali-kali. Dia mengeluh panjang lalu menyadarkan dirinya pada kerusi. "Hak aunty? Sejak bila pula aunty baru sedar yang Eunmi tu hak aunty? Kelakar betul," Jimin menyilangkan tangannya bersama senyuman senget. 

"Aunty tahu selama ni aunty tak hiraukan pasalnya. Tapi ada sebab kenapa aunty buat macam itu," Terang Eunji. 

"Kenapa baru sekarang?" Jimin menongkat kepalanya. "Kenapa bukan dulu? Kenapa baru sekarang nak mengaku yang Eunmi tu anak aunty?" Soal Jimin dengan pedas. Kisah apa dia.

Eunji menundukkan kepala agak susah juga hendak menerangkannya. "Semua berpunca dari bekas suami aunty. Dia tak benarkan aunty berjumpa dengan Eunmi mahupun ambil Eunmi. Dia tak mahu Eunmi di bawah jagaan aunty sebab..." Eunji mula menceritakan tapi agak sedikit teragak-agak untuk memberitahu perkara seperti 'mafia'. Mungkin Jimin tidak mengetahui hal ini. Dia terdiam buat seketika.

"Sebab apa?" Tanya Jimin dengan rasa ingin tahu.

"Sebab... Bekas suami aunty nak Eunmi mewariskan tradisi keluarga dia... Tapi aunty tak nak Eunmi buat semua tu!" Eunji memaparkan wajah kerisaunnya.

Jimin mengagguk faham. Tradisi keluarga? Sudah tentulah kumpulan 'Black Mask' tradisi keluarga Oh.

"Jadi ini ke sebab utama aunty bercerai dengan dia? Maaf kalau saya bertanya," Kata Jimin. 

"Ya dan ada sebab lain juga..." Suara Eunji semakin mendatar. "Tapi tak akanlah aunty nak ceritakan pada kamu,"

"Betullah tu," Jimin menangguk faham. Dia teringin sangat nak tahu apa yang di simpan Eunji tapi ini hal peribadi mereka dia tak sepatutnya ambil 'kisah'.

"Aunty betul-betul berharap yang kamu boleh bagikan ini pada dia. Tolonglah, aunty akan bagi apa sahaja yang kamu nak agar fail ini sampai ke tangannya," Rayu Eunji.

Jimin merenung fail dan kotak hadiah di atas meja sambil sedang berfikir. Patut ke dia buat? 

"Jadi, kalau dia setuju maksudnya dia akan jadi sebahagian dari keluarga Kang dan bukan lagi Oh?" Tanya Jimin.

"Ya, aunty akan pastikan yang Oh Sangmin tiada lagi namanya sebagai bapa di sijil kelahiran Eunmi," Eunji bersuara dengan yakin.

"Saya akan buat," Jimin bersetuju untuk menolong Eunji memberikan barang tersebut.

 

 

Sudah dua jam sejak Eunji meninggalkan Jimindi restoran. Jimin merenung fail berwarna coklat bersama kotak kecil hadiah di atasnya. Dia mengigit bibir sambil memikirkan apa yang di bualkan sebentar tadi bersama Eunji. Biar betul, Eunji ni? Kenapa baru sekarang? Kalau Eunmi tahu agaknya dia akan menerimanya? Jimin mengusap seluruh wajahnya. Ah, dia tak patut fikirkan hal ini. Dia sepatutnya fikirkan bagaimana mahu menyerahkan fail dan hadiah ini kepada Eunmi. Kerusi di hadapan Jimin di tarik oleh seseorang. Jimin yang tadi menunduk mengakat kepala memandang manusia di hadapannya.

"Hoi, ketat semacam sahaja muka?" Tanya Jungkook dengan nada yang ceria. 

"Lambat kau sampai," Tegur Jimin. "

"Lambat apa? Kau telefon aku waktu tengah dalam latihan untuk mengambil alih syarikat. Lagipun aku sampai dulu sebelum Taehyung cepatlah tu," Jungkook menyadarkan diri. "Ni kenapa kau panggil aku ke sini?"

"Hmm, aku bosan dan perlukan kawan," Kata Jimin dengan selamba.

"Ceh, maksudnya buang masa akulah datang sini?" Jungkook mengeleng.

"Lebih kuranglah," Sengih Jimin. Sengaja mahu menyakitkan hati Jungkook.

Jungkook menepuk pahanya sebelum berdiri. "Okay, aku balik dulu," 

Jimin ketawa kecil sebelum tangannya ke atas ke bawah menyuruh Jungkook duduk semula. "Aku gurau sahajalah, tu pergilah order minuman aku belanja,"

"Okay, aku nak yang mahal," Jungkook kembali ke tempat duduknya.

"Boleh, boleh," Angguk Jimin berkali-kali tanda setuju.

Mata Jungkook kemudian jatuh pada fail dan kotak hadiah di hadapan Jimin. Dia menunding jari ke arah fail dan kotak hadiah tersebut. Matanya kerap beralih ke Jimin dan kemudian ke kotak hadiah dan fail tersebut semula. Jimin mengakat keningnya sambil mengerakkan bibir seperti mengatakan 'apahal?'.

"Kau nak melamar girlfriend kau ke?" Tanya Jungkook tanpa banyak berfikir.

Hampir terjatuh kerusi Jimin mendengarnya. Melamar? Lawaklah kau Jungkook. Jimin mengeluh berat. 

"Apa benda kau mengarut ni?" Jimin memandang Jungkook

"Yalah, manalah tahu. Tu kotak hadiah kecil tu cincin bukan dan fail tu borang pendaftaran perkahwinankan," Jungkook tersenyum sinis.

Haih, mamat ni gila apa? Mana ada orang melamar beberapa minit lepas tu terus suruh pergi daftar perkahwinan. Nampak sangat terdesak nak kahwin dan buat anak. Eh tak bukan, nak mendirikan rumah tangga! Jimin tak tahu patut ke dia gelak sebab Jungkook ataupun patut dia menangis sebab peluang seperti hendak berkahwin dengan Eunmi kelihatan tipis.

"Bukanlah, ini cuma fail kerja aku. Papa aku suruh belikan kotak kosong ni untuk dia," Tipu Jimin. Tak akan dia nak beritahu perkara sebenar.

"Oh," Kata Jungkook dengan panjang. "Cis, aku baru nak gembira bila tengok kawan aku yang tua ni nak dekat kahwin,"

"Hah! kau tu pula bila nak kahwin cakap aku lebih!" Jeling Jimin. Bab pasal kahwin ni jangan sekali nak kaitkan dengan dia! Suka hati dialah nak kahwin bila yang semua orang sibuk nak tanya kenapa? Nak ada anak dengan dia ke?!

"Aku?" Jungkook kemudian tersengih seorang diri. Kepalanya di tongkatkan dan tangan kirinya punya jari terlunjuk melukis bulatan di atas meja berkali-kali.

Angau apa budak ni? Fikir Jimin sambil memandang Jungkook jelik.

"Mungkin tak lama lagi...?" Sambung Jungkook sambil meneka.

"Tolonglah, jangan buat macam tu. Aku gelilah tengok!" Meremang bulu roma Jimin melihat wajah Jungkook.

Taehyung yang baru tiba mengambil tempat duduk bersebelahan Jungkook.

"Yo, bro. Sorry aku lambat sikit, ada hal," Ujar Taehyung sambil bergilir-gilir memandang mereka sebelum terhenti pada Jungkook. "Kau ni dah kenapa? Kena angau?"

"Hmm, memang pun," Jawab Jimin bagi pihak Jungkook. 

"Ah, ni mesti angau pasal tunang dia tu," Taehyung membetulkan posisi duduknya dengan selesa.

"Kau angau dengan tunang kau yang kurang ajar tu? Banyak-banyak perempuan kau pilih dia," Jimin mengeleng.

"Kau tengok sahaja dia macam tu tapi aku tahu dia bukan buat semua tu dengan secara suka-suka," Jungkook mempertahankan Eunmi.

"Hmm, yalah, Ni Park Jimin kau pun sama angau dengan cinta pertama kau, Korang berdua sama sahaja," Taehyung memasukkan tangan di dalam poket. Terasa sejuk pula.

"Hei, kau jangan nak kaitkan aku dengan Jungkook. Kitaorang berbeza," Jimin menjeling.

"Cinta pertama? Wah, kau tak pernah ceritakan pun dekat aku," Jungkook duduk dengan tegak tertarik untuk mendengar.

"Buat apa nak ceritakan dekat kau?" Tutur Jimin. "Macam perempuan pula nak berbual pasal semua ni," Jimin menyedut minumannya.

"Hah, yang kau pula. Apa nama tunang yang kau gilakan sangat tu?" Tanya Taehyung mengubah topik.

"Tunang aku? Oh Eunmi," Jawab Jungkook.

Jimin menyemburkan minumannya apabila terdengar nama tunang Jungkook. Nasib baik tak tersembur ke wajah Jungkook. Taehyung pula membulatkan mata. Nama yang sama ataupun kebet

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.