Chapter four

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

"Sasaran telah dikenal pasti," Beritahu Mark pada alat komunikasi mereka.

"Baiklah, semua berada di posisi masing-masing," Arah Jin.

"Dah tak sabar nak berlawan ni. Berapa lama tak beri tumbukan ni," I.M mencium penumbuknya.

"Kau ni diam boleh tak?" Jin menyiku bahu I.M.

"Ah, ah! Sakit!" Adu I.M.

Jin menjeling sekilas. Terus terkunci mulut I.M apabila menerima jelingan maut Jin. Dia menunduk-nunduk meminta maaf. Jin kembali pada tugasnya. Dia mula menjenguk di tepi kontena melihat anak-anak buahnya sedang bersembunyi.

"S.Coups, laporan kedudukan musuh," Katanya melalui alat telemonikasi. 

S.Coups yang berada di atas pembinaan bagunan yang sudah lama di tinggalkan meneropong sekeliling pelabuhan itu. "Ketua mereka telah kelihatan dan sekarang ini menuju ke kawasan jeti. Boat mereka berada di arah utara," 

"Bagus, dengar tak SinB?" Kini, giliran SinB pula di beri arahan melalui alat komunikasi mereka.

"Laporan diterima, ketua," SinB mula mencuri tengok musuh-musuh mereka. "Sasaran semakin menghampiri,"

"Sedia," Sebut Jin.

Mereka semua mula bersedia. SinB memasukkan tangannya ke dalam sling beg mengambil cecair letupan yang di ciptanya.

"Jadi, kita boleh mulakan kerja kita sekarang," Kata Youngmin kepada Minho di sebelahnya.

"Ya, Tuan. Nampaknya kita dah berjaya kaburi pihak berkuasa," Taemin di belakang Youngmin bersuara.

"Saya suka cara awak semua buat kerja," Youngmin tersenyum puas.

Youngmin adalah ketua kumpulan Sparrow. Mereka kini sedang menuju ke arah bot bersaiz sederhana itu. Ia kecil kerana tidak mahu di curigai oleh orang lain. Barang mereka juga tidaklah terlalu banyak. Irene yang sedang membimbing ketuanya menjengilkan mata kerana dia ternampak kaki milik I.M yang tidak jauh dari mereka. Perlahan-lahan gadis itu menahan ketua mereka. Berkerut dahi Youngmin.

"Ada orang sedang memerhati," Kata Irene separuh membisik. Dia mengunakan isyarat mata menunjukkan ke arah tempat itu.

Youngmin memandang ke arah yang di maksudkan Irene. Kemudian, dia mengagguk. Tangannya di hulurkan pada Jonghyun. Lelaki itu seperti memahami terus mengeluarkan sepucuk pistol. S.Coups membulatkan mata.

"Ketua, musuh menyerang berdekatan!" Jerit S.coups pada alat komunikasi itu.

Pang! Satu das tembakan di lepaskan Youngmin. Jin sempat menarik I.M ke belakang. Kali ini, Youngmin melepaskan lebih banyak lagi das tembakan. Jin terkial-kial mencari tempat pesembunyian. Ahli-ahli Sparrow juga sudah bersiap sedia untuk menyerang. Youngmin memberikan pistolnya pada Irene.

"SINB, SEKARANG!" Arah Jin.

SinB keluar dari tempat persembunyian. Cecair yang berada di dalam botol kaca kecil itu di baling pada mereka. Satu letupan yang tidak terlalu besar terhasil dari cecair itu. SinB membaling lagi satu sebelum melarikan diri. Key dan Onew terus melindungi Youngmin. Asap yang mengaburi pandangan mereka cuba di kipaskan. Taemin dan Minho mula menyerang.

"Serang!" Ujar Jin.

Kesemua ahli Black Mask terus keluar dari tempat persembunyian. Mark, Jackson dan The8 berlawan mengunakan tenaga. Ketangkasan mereka telah mengelirukan ahli Sparrow. S.Coups yang berada di atas bangunan turut membantu Mark, Jackson dan The8 dengan menembak mereka mengunakan senapang jenis LEE-ENFIELD SMILE.  Dia tersenyum sinis apabila tembakannya mengenai beberapa orang. Sedang mereka semua sibuk berlawan, Youngmin mengambil peluang meninggalkan kawasan tersebut bersama Irene.

"Irene akan lindungi tuan, biar kami lawan," Ujar Taemin dan berterusan melepaskan tembakan.

"Baik," Balas Irene dan terus membawa Youngmi.

SinB yang perasan mereka cuba melarikan diri terus melakukan gerakkan gimnastik yang pernah di belajarnya dahulu dengan melompat melepasi mereka dari atas. Dia tersenyum.

"Nak lari mana?" Tanyanya. 

Irene tidak teragak-agak terus mengeluarkan pistol dan mengacukannya pada kepala SinB. Gadis itu terus kaku. 

"Jangan halang laluan kami," Jeling Irene.

SinB ketawa. "Maaflah, tapi ini tugas aku untuk menghalang musuh aku,"

Irene terus melepaskan das tembakan. Ia mengenai bahu SinB. Gadis itu mengerang kesakitan dan jatuh tersembam. Zelo pula mengambil kesempatan menembak pistol Irene. Tembakan tersebut mengejutkan Irene dan pistolnya tercampak hingga memasuki laut. Hyunkyung yang berada berdekatan berlari ke arah SinB. Zelo mengacukan pistol pada Irene. Gadis itu mengakat tangannya.

"Mengalah?" Sengih Zelo.

"Hah, kau rasa?" Balas Irene dengan berani.

Dia terus menendang pistol di tangan Zelo hingga tercampak jauh. Dia melepaskan tumbukan pertama tapi dielak Zelo dengan pantas. Apabila tidak mengenai tumbukan Irene, gadis itu terus membalas dengan tendangan pada perut Zelo. Lelaki itu terjatuh namun, digagahkan diri dan cuba membalas dengan tumbukan. Irene memegang tangan Zelo dan mengakat dia untuk dicampakan ke belakang. Zelo mengerang kesakitan. Boleh dengar retakkan tulang belakangnya kerana di hempas pada simen lantai dengan kuat.

"Kuat sia perempuan ni," Ujar Zelo dalam kesakitan.

Irene tersenyum puas. "Lain kali jangan pandang aku sebelah mata,"

"Begitu?" Kata seorang gadis.

Baru sahaja Irene ingin memandang ke arah pemilik suara itu. Kaki Irene di sadungnya. Apabila Irene jatuh gadis itu mengambil peluang memusingkan Irene kearah meniarap dan meletakkan kedua-dua tangan Irene ke belakang agar tidak dapat berbuat apa-apa. Tak cukup dengan itu, dia siap duduk lagi atas Irene.

"Kau lambatlah, Binnie!" Marah Zelo yang masih lagi terbaring.

Binnie mengeluh. "Bersyukurlah sekurang-kurangnya aku datang,"

"Lepaslah!" Marah Irene sambil meronta-ronta.

"Ish, kau ni duduk diam boleh tak? Menyusahkan aku sahajalah,"

Hyunkyung yang berada di sisi SinB mengendongnya di belakang badan. "Hyung, mana ketua dia?!"

Zelo mengerutkan dahi. Ha'ahlah, sibuk berlawan dengan minah kuat ni sehingga terlupa mengenai ketua mereka. Binnie mengigit bibirnya. Dia merenung tajam Zelo. Irene ketawa dengan lembut.

"Hei! Kau ni bodoh sangat pahal?!" Jerit Binnie.

"Eh? Aku lawan dia sebab nak lindungi SinB dia kena tembaklah!" Marah Zelo semula.

"Bukanlah! Janganlah terbaring lagi bongok! Pergilah cari ketua dia!" Binnie sempat lagi mencapai batu berdekatannya lalu di balingkan pada Zelo.

Zelo sempat berguling ke tepi dan terus melarikan diri mencari ketua Sparrow.

"Lembap," Kata Irene.

"Diam!" Binnie menolak kepala Irene sehingga mencium simen.

Youngmin mengeluh. Dia memandang kiri dan kanannya. Dengan pantas, dia terus melompat masuk ke dalam bot tersebut.

"Hidupkan enjin!" Arahnya.

"Nak ke mana pula," Jin keluar dari tempat pemanduan bot itu.

Youngmin melangkah ke belakang kerana terkejut. "Macam mana kau datang ke sini? Bukan tadi kau—," 

"Tengah berlawan? Oh, memang pun. Tapi kami ada strategi yang sangat mengejutkan," Jin menarik picu pistol. "Kau tembak anak buah aku, kau cederakan mereka, kau pernah sekali buatkan salah seorang dari kami tertuduh, kau juga mencuri berlian kumpulan kami yang sangat berharga dan sekarang ni kau cuba nak lari ke luar negara untuk jual barang berharga Black Mask?"

Youngmin menelan air liur. "Aku cakap hidupkan enjin!"

Jin tersenyum sinis. "Kau tak boleh arah budak yang bawa bot ni. Sebab dia sebenarnya kerja dengan aku," Jin terus mengacukan pistol tersebut pada kepala Youngmin.

Youngmin kemudian ketawa. "Kau ingat aku cukup bodoh ke?" Youngmin terus mencapai senapang bot itu. "Kau akan mati,"

"Hei, hei," Lelaki yang berambut hijau itu keluar dari tempat pemanduan bot. Lolipop di dalam mulutnya di keluarkan. "Kau tahu tak yang senapang tu tak ada peluru,"

"Ergh!" Degus Youngmin. "Sparrow! Serang mereka berdua!" Jeritnya memanggil ahlinya untuk berlindung.

"Penakut," Kata lelaki berambut hijau itu. Dia menghisap semula lolipopnya.

"Kau nak panggil siapa lagi?" Jin mengunakan kepalanya menunjukkan ke arah ahli Sparrow yang sudah terbaring. "Mereka dah pengsan dah sebab bom asap yang baru kami lepaskan sebentar tadi," 

Youngmin mula berpeluh. Dia kemudian mengambil tindakan drastik dengan melompat keluar dari bot. Jin bersama dengan lelaki berambut hijau itu membeliakkan mata. Baru sahaja Jin cuba untuk terjun ke dalam laut bersama. Nampaknya, L.Joe sudah pun menangkapnya. Mereka berdua mengeluh lega. 

"Misi selesai," Kata Jin pada alat komunikasinya.

Lelaki berambut hijau itu menjeling Jin. Dia memukul lengan Jin hingga membuatkan lelaki itu jatuh ke belakang kerana kesakitan. Dia pukul bahagian luka tahu tak?! Malang betul nasib asyik kena pukul dekat bahagian luka.

"Bangang sakitlah!" Jin mengetap bibirnya. "Kau pukul bahagian luka,"

"Maaf," Kata lelaki itu dengan selamba. "Apapun, aku ni bukannya pembawa bot aku ni pilot yang bawa kapal terbang okay. Aduh,"

"Suga, kau sahaja yang hebat bawa bot dan lesen untuk membawanya. Apa salahnya," Jin menendang kaki Suga.

Terlompat-lompat Suga. "Tsk, kali ini sahaja aku tolong kumpulan mafia kau ni,"

Jin hanya

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.