Chapter thirteen

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Jimin menendang kasar pasu di hadapan pintu rumahnya. Dia kemudian mencampakkan beg ke atas serpihan kaca pasu bunga. Batang besi yang tersorok di belakang pintu di ambil lalu di hentakkan kuat pada rak kasut melepaskan kemarahan. Habis tumbang rak kasut tersebut. Pembantu rumah Jimin, Sunmi dan Yeeun yang berdiri di belakang Seunghoon hanya melihat Jimin penuh ketakutan. Jonghyun juga mampu melihat dengan wajah yang tenang. Dia tidak berani hendak menghalang.

"Perempuan tak guna!" Jerit Jimin.

Sakit betul hatinya apabila papanya membuat keputusan begitu sahaja. Batang besi di campakkan ke tepi sehingga mengenai cermin kereta. Habis berderai kaca pintu kereta tersebut. Kisah apa dia, papanya banyak duit. Petik jari sahaja boleh dapat dan betulkan semua benda ni. Pembantu rumah Jimin terjerit kecil lalu menekupkan telinga apabila mendengar bunyi kuat kaca berderai. Kereta berwarna biru gelap memasuki perkarangan villa Park. Pintu kereta tersebut di bukakan oleh drivernya. Wajah Lee Hyejin, ibu kepada Jimin bersama Mina di sebelah menyapa mereka semua. Lantas, kesemua perkerja villa Park menunduk hormat.

"Park Jimin!" Panggil Hyejin dengan lantang. Langkahnya pantas mendekati anaknya.

Mina di sebelah Hyejin memandang sekeliling kawasan rumah yang sudah hampir di musnahkan oleh tangan Jimin sendiri. Dia tersenyum sinis puas hati. Jimin memandang mamanya.

"Apa yang kamu buat? Kamu cuba nak musnahkan rumah ni ke?!" Marah Hyejin. Kemudian, matanya jatuh pada cermin kereta yang sudah pecah sehingga cebisan. "Park Jimin, kamu ke yang buat semua ni?!" Dia menunjukkan ke arah cermin kereta.

Jimin mengeluh berat. Dia menoleh tidak mahu bertentang mata dengan Hyejin. Namun, matanya bertentangan dengan Mina. Gadis itu seperti tersenyum kemenangan. Darah Jimin kembali berderau. Dia berjalan ke arah Mina. Tangan yang memegang batang besi itu di angkat dan di ayunkan hendak menghentak Mina. Mina apa lagi terus cuba mempertahankan dirinya mengunakkan tangan. Melihat tindakan Jimin, lantas Seunghoon dan Seungyoon menahan Jimin. Besi di tangannya terjatuh. Badan Jimin di tolak ke bawah dan tangannya di letakkan ke belakang badan.

Jimin cuba melepaskan diri. "Lepaskan akulah! Kau tahu tak kau tengah buat apa sekarang ni? Aku boleh pecat kau sekarang juga!" Teriaknya.

"Maafkan kami, Tuan Muda. Ini untuk kebaikan Tuan Muda," Kata Seungyoon.

"Aunty!" Mina terus berlari ke belakang Hyejin meminta perlindungan kerana ketakutan.

Hyejin menepuk-nepuk lengan Mina cuba menenangkan gadis tersebut. 

"Park Jimin, bawa bertenang! Kamu ni gila ke cuba nak pukul Mina?!" Marah Hyejin sekali lagi.

"Saya tak gila. Perempuan tak guna tu yang gila! Pandai-pandai buat cerita dekat papa!" Jimin masih lagi bergelut. "Kau perempuan gila! Biar aku bunuh sahaja kau!"

Hyejin mengarahkan Jonghyun dan Yonghwa mengangkat Jimin untuk menghadapnya. Apabila sudah di angkat terus tamparan hinggap di pipi Jimin.

"Mama tak ajar kamu jadi macam ni! Kamu yang buat dia jadi macam tu kamu tak nak mengaku? Park Jimin, kenapa sejak balik ke sini kamu banyak berubah!" Hyejin menepuk dadanya kerana terasa begitu kecewa.

"Tapi Jimin tak buat dia mengandung!" Akhirnya, Jimin meninggikan suara. Suaranya seperti bergema di kawasan villa Park.

Perkerja villa Park semuanya terkejut dan mula membisik sesama sendiri. Mina yang duduk di belakang Hyejin menjeling sekilas Sunmi dan Yeeun. Terus tertunduk dua orang pembantu rumah tersebut.

"Buat benda tu pun tak pernah. Macam mana pula betina tu boleh mengandung?!" Jimin merenung tajam Mina di belakang mamanya. "Mama pasti ke tu anak kandungan Jimin? Entah jantan mana dia tidur sekali. Perempuan murahan macam ni memang berlambak jantan nak!"

Sekali lagi, Jimin di tampar oleh mamanya. "Park Jimin! Jaga bahasa kamu tu!" Hyejin merenung dalam anak mata Jimin. 

Mina yang mendengar mula kepanasan. Perempuan murahan? Wah, ini memang benar-benar menaikkan kemarahannya.

"Jimin, kamu jangan nak tipu mama. Kamu cuba nak larikan diri dari tanggungjawab sebab itu kamu kembali bukan? Mina dah ceritakan segalanya. Kalau papa dia tahu memang nahas kita sekeluarga. Tali persahabatan Red Ribbon dan Century Time juga akan putus! Kamu nak semua tu terjadi ke? Red Ribbon itu sudahlah kumpulan mafia yang berpengaruh di Jepun,"

"Tch," Hampir tergelak Jimin mendengarnya. "Itu ke yang penting sekarang ni? Mama percayakan dia? Mama tak percayakan anak mama sendiri ke? Apa? Jimin lari balik ke Korea sebab nak lari dari tanggungjawab? Mama tahu Jimin bukan jenis yang macam tu,"

Hyejin terdiam. Mina tersengih. Kau cakaplah apapun Park Jimin semua itu tak akan menjadi. Hah, nampaknya rancangan kau berjaya Mina. Aku patut di anugerahi dengan trofi.

"Mama tak percayakan kamu," Hyejin berpusing dan memegang bahu Mina membawanya masuk ke dalam villa bersama.

Jimin mengeluh berat. Kedua-dua belah lengannya di rentap kasar sehingga di lepaskan. Batu yang berdekatannya di capai dan di campakkan ke cermin berhampiran Mina. Kali ini, kaca tingkap bersebelahan pintu utama pecah sehingga cebisan. Gadis itu terkejut dan terus membulatkan mata. Hampir sipi-sipi mengenainya. Kalau kena pasti dia akan koma seminggu. Hyejin terus mengusap kepala Mina memastikan gadis itu tidak di apa-apakan.

"Park Jimin! Kamu cuba nak jadi penjenayah ke?" Hyejin semakin marah.

"Hah! Jadi mafia pun penjenayah juga bukan?" Perli Jimin kemudian dia beralih pada Mina yang masih lagi kaku. "Itu amaran aku pada kau,"

Jimin melangkah pergi meninggalkan villa Park. Dia berjalan kaki menuju ke suatu tempat agar dapat menenangkannya. Jeritan panggilan namanya tidak di endahkan. Sakit hatinya dengan fitnah dan ancaman di berikan Mina. Gadis itu sudah melampau.

Tapi ancaman Jimin lebih menakutkan.

 

 

Eunmi menolak buaian ke depan dan ke belakang menggunakan kakinya. Dia berseorangan di taman permainan kecuali terdapat beberapa orang kanak-kanak sedang bermain kejar-kejar. Jika Seokjin tahu dia berseorangan tanpa penjaga memang di marahi habis-habisan. Eunmi hanya ketawa kecil apabila membayangkan reaksi Jin bila dapat tahu dia berseorangan sekarang. Kemudian, seorang wanita datang berlari pada anaknya yang terjatuh. Anak kecil itu meraung kesakitan namun di tenangkan ibunya. Luka di tiup dan wajah anaknya di usap. Eunmi mengukirkan senyuman. Perbualan semalam bersama mamanya bermain di fikiran semula.

"Kami bercerai hanya sebab salah faham. Papa tuduh mama tanpa bukti terlebih dahulu. Papa percayakan orang lain berbanding mama,"

"Mama di tuduh mendedahkan rahsia Black Mask dan...."

Eunmi mengeluh. Bukan itu sahaja mamanya di tuduh. Rasanya dia harus mencari bukti untuk membersihkan nama mamanya. Tapi, patut ke dia bersetuju untuk jadi sebahagian keluarga Kim dan bukannya Oh lagi? Kalau papanya dapat tahu pasti dia akan tutup dunia luar Eunmi bersama orang lain termasuk kawan-kawannya. Kalau Eunmi bersama Eunji. Dia akan dapatkan apa yang dia mahukan selama ini, dengan tidak mewarisi kumpulan Black Mask. Itu juga apa yang Eunji mahukan memandangkan ia sangat bahaya.

"Ah, kelirunya!" Eunmi meninggikan suara.

"Keliru tentang apa?" Tanya seorang gadis bersebelahan Eunmi.

Terkejut Eunmi apabila di tanya sebegitu dan sejak bila ada orang duduk di atas buaian sebelahnya. Seorang gadis berambut stail wavy tersenyum manis pada Eunmi. Dia menyengetkan kepala.

"Err...?" Eunmi mula merasakan kekok.

"Oh maaf," Gadis itu ketawa dengan sopan sambil menekup mulanya. "Saya tak patutnya tanya soalan peribadi sebegitu pada seseorang yang baru kita jumpa bukan?" 

Eunmi mengelipkan mata berkali-kali. Dalam masa yang sama dia terpegun melihat gadis secantik ini sedang bercakap dengannya. 

"Hai, nama saya Kim Kei. Saya baru sahaja berpindah di kawasan perumahan ini. Selamat berkenalan," Dia menghulurkan tangan pada Eunmi.

"Oh..." Eunmi memandang tangan tersebut kemudian perlahan-lahan mencapai tangannya. "Selamat berkenalan, Saya Oh Eunmi. Err, tinggal di kawasan ini juga," Tipu Eunmi. Mana ada dia tinggal di kawasan ini. Rumahnya masih jauh di dalam. Kalau dia bagitahu di mana dia tinggal habislah dia mana tahu ini salah seorang musuh kumpulan mafia ke. 

"Buat apa dekat sini seorang diri?" Tanyanya cuba meneruskan perbualan.

"Saja, nak ambil angin. Saya suka tengok permandangan di taman," Jawab Eunmi. Dia mula menerima perbualan dengan tenang. "Awak pula baru berpindah ke sini belajar di sini ke?" Tanya Eunmi pula. Bagus juga kadang-kala mempunyai teman untuk berbual.

"Hmm, saya jadi pelajar pertukaran selama setahun. Jadi saya menyewa rumah di sini. Kawasan perumahan ni tenang penuh dengan keluarga," Keitersenyum lembut.

"Betul tu," Eunmi bersetuju.

"Sejujurnya, saya cemburu dengan mereka," Kei menunjukkan ke arah sekumpulan kanak-kanak yang sedang bersama ibu mereka. Keluhan berat di lepaskan.

Eunmi mengerutkan dahi. Tak akan dengan budak pun nak cemburu?

"Mereka sangat bertuah ada mak di sisi. Saya juga nak pegang tangan, luka di tiup, makan masakan dan buat segalanya dengan mak saya," Ujar Kei.

Eunmi memandang Kei di sebelahnya. Wajah Kei jelas menunjukkan ia sedang bersedih. 

"Umm..." Eunmi cuba berhati-hati hendak bertanya memandangkan ia mungkin akan sensetif. "Mana mak awak?"

Kei menundukkan kepalanya. "Dia dah tiada. Dia pergi meninggalkan saya sewaktu kecil lagi. Saya hidup sebagai anak yatim piatu sejak umur 7 tahun lagi," sambung Kei "Dia meninggal di sebabkan kemalangan jalan raya,"

"Maaf," Eunmi bersimpati. 

Air mata Kei mula bertakung. Eunmi pula mula cuak. Halamak, janganlah menangis dia bukan jenis yang pandai memujuk sudahlah mereka berdua baru sahaja berkenalan hari ini. 

Kei dengan pantas menyeka. "Haha, maaf kita baru sahaja berkenalan dah teremosi pula saya,"

Eunmi hanya mendiamkan diri. Dia faham dengan perasan merindui seorang ibu. Bahu Kei di pegang lembut.

"Saya faham. Mak dengan ayah saya bercerai. Bukan itu sahaja, ayah saya juga menyekat pertemuan saya dengan pertemuan. Hampir dua belas tahun kami tak bersua muka," Kata Eunmi.

"Teruknya," Kei terlepas cakap terus menekup mulut. "Maaf, saya tak patut cakap ayah awak teruk,"

"Haha, tak mengapa," Eunmi mengeleng.

Mereka berdua meneruskan perbualan sehingga waktu petang. Selepas itu, Kei meminta diri untuk pulang. Eunmi melambai pada Kei dan akhirnya hanya tinggal dia seorang sahaja di taman. Sekumpulan kanak-kanak juga sudah pulang ke rumah. Eunmi masih lagi berada di taman. Buaian kemudian di tolak kuat-kuat dan kemudian ia berayun di udara. Pasti Jin dan yang lain mencarinya kerana dia belum pulang lagi. Lantaklah, dia terasa begitu bebas sekarang. Terasa seperti hidupnya tidak di kongkong oleh sesiapa. Dia dapat berkawan dan berjumpa dengan sesiapa sahaja dia mahu. Tempat ini selalu menjadi tempat di mana Eunmi dan Jimin meluangkan masa ketika waktu kecil. Sekarang semuanya hanya sebagai kenangan. Selepas 30 minit Kei meninggalkannya, Eunmi melompat turun dari buaian rasanya baik dia pulang dah nak dekat malam mungkin boleh membahayakan dirinya. 

"Oh Eunmi,"

Eunmi memusingkan badan kebelakang mencari pemilik suara tersebut. Dia membulatkan mata kerana pemilik suara tersebut ialah Park Jimin. Belum sempat Eunmi berkata apa-apa. Jimin terus memeluk erat Eunmi. Eunmi kaku seperti biasa. Jimin memejam erat matanya apabila terasa kehangatan memeluk Eunmi. Dia rindukan gadis ini. Luka di hati disebabkan Mina yang melampau harus di ubati. Eunmi yang keliru hanya membiarkan sahaja kerana pelukan ini seperti mengatakan dia berada di dalam kesedihan. Perlahan-lahan belakang badan Jimin di tepuk lembut Eunmi. Tak mengapa, mungkin kali ini sahaja. 

Dia ingin bersama Park Jimin.

 

 

Lelaki berbadan sasa cuba menyerang namun Jin lebih licik mengelak dengan sempurna. Kepala lelaki berbadan sasa itu di cengkam Jin lalu di hentakkan pada meja. Berdetak kuat bunyi hentakkan tersebut. Apabila Jin melepaskannya dia jatuh rebah sambil berguling-guling di atas lantai menahan kesakitan. Berpusing kepalanya. Pistol renjatan eletrik di keluarkan lalu di halakan pada lelaki tersebut. Renjatan elektrik mula merenjat lelaki berbadan sasa sehingga pengsan. Jin tersenyum puas apabila berjaya.

"Next target," Sengih Jin.

Jin memusingkan badan ke belakang dan terus menembak ke arah lelaki yang cuba mengambil peluang untuk menembaknya. Pistol elektrik tersebut merenjatnya sehingga pengsan. Apabila selesai Jin meniup pistol tersebut dengan bangga. Dia menyimpan semula pistol tersebut dan mula mencari anak buahnya yang lain. Dia berjalan dengan berhati-hati mencari anak buahnya. I.M dan Jackson yang masih bertarung di tingkat bawah. Jin yang mendengar das tembakan di lepaskan pada I.M dan Jackson. Mengambil tempat di sebalik dinding untuk menyerang mereka. Pistol eletrik di tembak pada seorang yang berada di sebelah kanan dan pistol berpeluru di acukan pada lelaki yang mensasarkan tembakan pada I.M. Seorang tumbang, seorang lagi terus mengakat tangannya apabila di kepung.

"Ah, tak seronoklah macam ni. Aku dah di tugaskan untuk tidak membunuh korang," Keluh Jin. Pistol berpeluru di simpan semula. Lantas, Pistol elektrik di halakan dan merenjatnya mengunakan kuasa tinggi.

Badan lelaki tersebut terus kaku dan hangus apabila terkena renjatan tersebut. Jin mengeluarkan kad berwarna hitam dan bergambar mask hitam. Di situ juga tertera tulisan merah.

"Ini amaran, kalau kau kacau pelanggan kitaorang lagi. Nahas kau," Kata Jin lalu mencampakkan kad tersebut di atas badan mereka.

"L, Laporan status," Tanya Jin menghubungi L melalui alat komunikasi di telingannya.

"Semua tumbang. Tiada siapa yang nak mati hanya di pengsankan sahaja," Jawab L.

"S.Coups, Laporan status," Jin beralih pada Mark yang berada di bangunan sebelah.

S.Coups masih lagi memantau bersama senapangnya yang panjang mencari musuh yang sedang berkeliaran di luar kawasan bangunan. Hoshi di sebelahnya berbalas anggukkan kepala. "Kawasan semua sudah di bersihkan. Tiada lagi musuh di kesan,"

"Bagus, kod hijau. Misi selesai, semua tinggalkan kad amaran pada mereka dan kemudian beredar," Arah Jin.

"Menurut perintah, Ketua," Jawab mereka serentak.

I.M mula memeriksa sekeliling memastikan tempat ini betul-betul bersih. Tiba-tiba jam tangan istimewanya berdetik dengan kuat. Dia terhenti lalu merenung pada jam tangannya. 

"Ketua, jangan bergerak!" Arah I.M.

Jin yang melangkah terus terhenti. Dia memandang I.M bersama sebelah keningnya terangkat.

"Yang lain juga jangan bergerak!" I.M dengan lantang bersuara.

Mereka semua terhenti. Mereka semua terus kaku. I.M perlahan-lahan bergerak ke kanan dan ke kiri lagi.

"Tak syak lagi, memang sound wave kuat di sini," I.M mengetap bibirnya. "Dan ia semakin kuat,"

"Jadi?" L mengerutkan dahi.

"Semua tekup telinga dia nak keluar dah!" I.M terus menekup telinga dan duduk di posisi mencangkung tanpa memberikan penjelasan.

Tiba-tiba bunyi yang sangat bingit memenuhi ruang bangunan. Ahli Black Mask dengan pantas menekup telinga. Walaupun, telinga sudah di tekup bunyi dan tekanan tersebut terlalu kuat. Berkerut dahi mereka menahannya. Cermin tingkap bagunan lama yang masih ada terus pecah. Jin sedaya upaya cuba untuk mengarah S.Coups dan Hoshi yang berada di luar kawasan untuk menyerang. Namun, tekanan yang kuat itu memberi kesan pada alat komunikasinya. Mereka semua terbaring di atas lantai cuba menahan diri dari mendengar bunyi yang begitu bingit. Sekumpulan lelaki berdiri tegak di hadapan mereka. Bunyi tersebut di tutup dan akhirnya penderitaan terhadap telinga mereka terhenti. 

"Wah, wah, wah," Sebut ketua mereka apabila melihat Jin cuba untuk berdiri semula dalam keadaan yang terkial-kial. "Aku dah boleh agak korang akan ke mari,"

Jin perlahan-lahan berdiri. Dia tersenyum sinis bertentangan mata dengan ketua mereka. "Mestilah boleh agak, korang yang undang maut panggil kami ke sini dengan menganggu pelanggan Black Mask,"

"Bukan salah aku, mereka yang mulakan dahulu," Sengih ketua mereka.

Jin kemudian terkaku apabila bertentangan mata dengan seorang lelaki muda di sisi ketua mereka. Dia membulatkan mata kerana lelaki yang berada di sisi lelaki itu adalah orang yang sangat di kenalinya. Terasa seperti nafasnya tersekat. Lelaki itu tampak tenang mungkin dia tidak dapat mengecam Jin yang sedang memakai topeng muka. Jin menelan air liur cuba berlagak tenang memandangkan identitinya mungkin akan terbongkar.

"Haih, dah buat salah tak mahu mengaku pula," Jin mencekak pinggan.

Ke semua ahli Black Mask mulai bangkit semula. Jin memberikan isyarat tangan pada I.M. Apabila perasan sahaja tanda isyarat tangan Jin. I.M perlahan-lahan menekan butang kecemasan. Ia akan mengeluarkan sound waves yang tidak boleh di dengari oleh manusia tanpa mengunakan alatan istimewa. Memandangkan tekanan tadi telah merosakkan alat mereka. Hanya ini sahaja yang boleh di lakukan.

Tembakkan bertalu-talu di lepaskan S.Coups dan Hoshi apabila mendapat isyarat buyian tersebut melalui headphone istimewa yang di pakai mereka untuk mengesan bunyi tipis. Debu-debu yang terkena tembakan mulai memenuhi ruang di antara mereka. Jin memberikan isyarat tangan agar lari seorang satu-persatu. Mereka yang mengerti terus beredar. Mereka melarikan diri bukan sebab mereka takut cuma mereka telah di beri arahan untuk tidak membunuh mereka. Jadi, kalau K. Won cuba melawan Black Mask memang nahaslah K. Won. Tak pasal-pasal ada seorang nyawa melayang. Ceh, yakin sangat. Hoshi mencari sasaran. Dia menembak bom asap di tengah-tengah antara Jin dan gang K. Won. Bom asap di lepaskan dan Jin terus mengambil peluang untuk beredar.

Seokjin mengeluarkan pistol lalu di tembak ke arah tiang bangunan yang rapuh berkali-kali agar ia jatuh menutup laluan. Setelah sepuluh kali melepaskan das tembakan, akhirnya tiang tersebut jatuh dan menghalang laluan. Jin terus melarikan diri apabil selesai. Kad amaran terakhir di campakkan pada mereka sebelum beredar. Dengan sekelip mata, ke semua ahli Black Mask menghilangkan diri. Ketua K. Won memberikan arahan untuk mencari mereka. Lelaki yang berada di sisi ketua memandang kad yang berada di lantai. Di kutipnya lalu di baca. 

"AMARAN KERAS DARI BLACK MASK! JIKA BERLAKU SEKALI LAGI. KAMI AKAN PASTIKAN KAU TAK LAGI WUJUD DI MUKA BUMI INI!"

"Kim Seokjin," Sebutnya lalu mengeggam dengan erat bersama senyuman sinis. "Aku dah jumpa kau,"

 

 

"Seokjin?"

"Oh, Seokjin!" 

"Kim Seokjin!" Meja di hentakkan.

Jin yang sedang memegang buku terus terjatuhkan buku tersebut dari tangannya. Dia mengelipkan mata cuba memahami situasi yang sedang berlaku. Wajah Eunmi yang berkerut di pandangnya. 

"Apa yang awak mengelamukan tu? Kenapa awak berhenti membaca?" Soal Eunmi sambil menongkat dagu.

"Ah? Saya sedang membaca ke?" Tanya Jin seorang diri sambil mengutip buku yang terjatuh. Buku tertera tajuk 101 untuk menjadi seorang pemimpin di selak semula. "Kita dekat mana tadi,"

"Serius ni, apa yang awak fikirkan? Baca pun tersekat-sekat," Keluh Eunmi. 

Jin mengeleng sambil melambaikan tangannya bermaksud tidak ada apa-apa. "Maafkan saya, Cik Muda sebab tak berikan tumpuan,"

"Awak betul-betul okay ke?" Tanya Eunmi.

"Saya okay," Jin tersenyum. 

Eunmi bangkit dari tempat duduknya. Dia mendekati Jin. Kakinya di jengketkan agar wajahnya dekat pada Jin. Jin pula mengelipkan mata berkali-kali dengan tindakan Eunmi. Dia ke belakang. Apabila dia ke belakang Eunmi yang berjengket tidak stabil hampir terjatuh telah mengunakan dada Jin untuk menahan dirinya dari ter

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.