Chapter six

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Pintu bilik Eunmi di buka luas. Kiri dan kanan di toleh cuba memastikan tiada sesiapa yang memerhati. Perlahan-lahan pintu di tutup agar tidak membuat bunyi yang kuat. Langkah kecilnya cuba berhati-hati supaya tidak terlanggar barangan Eunmi kerana jika tersilap langkah tindakannya pasti akan di ketahui. Laci baju Eunmi di buka dan di selongkar dengan hati-hati. Kemudian, dia beralih pada bahagian meja belajar Eunmi. Satu persatu laci buku di tarik dengan kasar. Dia bertambah geram apabila tidak menemui apa-apa. Buku-buku yang tersusun kemas di atas meja Eunmi juga di selak satu persatu. Tiba-tiba matanya tertangkap pada kotak bersaiz sederhana yang tersorok pada belakang susunan buku. Apabila tangannya perlahan-lahan mencapai. Bahunya ditarik seseorang.

“Seokjin oppa,” Sebutnya dengan nada terkejut.

Jin mengerutkan dahi. “Apa kau buat dekat sini, Dahyun?” Tanya Jin yang masih lagi tidak melepaskan bahu gadis itu.

Mata Dahyun memandang ke arah lain cuba mengelak dari memandang mata Jin. Di benam fikirannya bermain pelbagai alasan. “Err, saya tercicir benda dalam cik muda,” Sengihnya.

“Aku tak rasa tugas kau untuk mengemas bilik cik muda?” Jin semakin hairan. “Dan barang apa yang kau tercicir tu?”

Dahyun mengetap bibir. Cuba mencari alasan lain. Hah, barang apa yang kau cicirkan tu Dahyun? Dahyun meramas-ramas jari-jemarinya menampakkan kegelisahan.

“Sebenarnya, saya tak sengaja terjatuhkan subang saya. Lepas tu, subang ni jatuh tergolek-golek sampai termasuk ke dalam bilik cik muda yang pintunnya terbuka sedikit…” Dahyun cuba membuat muka kesian.

“Subang apa?” Tanya Jin lagi untuk kepastian.

“Subang saya bentuk kepala beruang warna coklat. Saya ingatkan cik muda mungkin simpankannya sebab benda tu terjatuh semalam,” Terang Dahyun.

Jin perlahan-lahan mengagguk. Pinggang di cekak. “Okay, habis tu dekat telinga awak tu apa? Bukan subang tu awak hilangkan ke?”

Dahyun membulatkan mata. Lantas telinganya di pegang bagi menutup bukti namun apakah daya dia sudah terlambat. Lalu Dahyun menundukkan kepala.

“Okay, saya tahu awak baru sahaja bekerja di sini tiga hari lepas dan awak mungkin tak tahu peraturan di dalam Villa ni. Jadi, saya akan bagitahu peraturan mengenai bilik cik muda,” Jin menyilang tangan. “Pertama, bilik cik muda tak boleh di masuki sesuka hati. Kedua, yang hanya di benarkan masuk ke bilik ini saya, Yura nuna, Encik Woo dan Tuan Besar Oh. Ketiga, Kalau awak nak masuk kena beritahu saya dan Yura dahulu. Keempat, Kalau dah dapat kebenaran barang cik muda,” Jin mendekati buku-buku yang berselerak di atas meja Eunmi “Jangan sekali di sentuh,”

Dahyun mengagguk dengan pantas. “Faham, maafkan saya. Saya janji saya tak akan buat lagi,” Dia menunduk meminta maaf.

“Baguslah, kalau begitu sila keluar,” Arah Jin.

Dahyun mengagguk sekali lagi. Dia terus berjalan dengan pantas keluar dari bilik Eunmi. Jin memerhatikan gadis itu sehingga hilang di koridor tingkat dua villa ini. Selepas itu, Jin kembali pada meja belajar Eunmi. Disusunya semula buku-buku Eunmi dalam masa yang sama di mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket. Nombor telefon, Jane di dail.

“Yup, ketua!” Jawab Jane dengan ceria.

“Tolong perhatikan maid baru tu,” Arah Jin sambil memasukkan buku ke tempat asal.

“Aik? Kenapa pula? Maksud ketua, Dahyun ke?” Binnie membetulkan apronnya. Dia berada di dapur sedang membantu Puan Yoo memasak pie di dapur.

“Yalah, siapa lagi? Dia baru sahaja selongkar bilik Cik muda,” Jin mengeluh.

“Okay, itu pelik. Tak mengapa serahkan tugas tu pada Jane!” Jane menepuk dada.

“Kalau ada apa-apa maklumat pelik tolong bagitau aku,” Jin ternampak kotak bersaiz sederhana yang berada di celahan susunan buku milik Eunmi.

“Menurut perintah, ketua,” Ucap Jane.

Jin mematikan panggilan. Kotak tersebut di ambilnya. Agak sedikit berhabuk akibat sudah lama tidak di sentuh atau di buka. Tulisan kanak-kanak yang semakin kabur itu masih lagi dapat di baca Jin. Di kotak tersebut tertulis ‘Papers of Memories’. Jin agak teragak-agak untuk membukanya. Dia tahu ini adalah kesalahan jika cuba melihat barang peribadi Eunmi tapi rasa ingin tahu Jin semakin tinggi. Semakin banyak soalan mengenai kotak tersebut di fikirnya semakin banyak rasa ingin tahu.

“Maaf, Eunmi,” Ngumam Jin dengan perlahan.

Kotak tersebut di buka dan kertas-kertas bersama beberapa keping gambar berteraburan di lantai. Mampus kau Jin! Lelaki itu dengan pantas mengutip kertas-kertas tersebut. Kemudian, pergerakkannya terhenti pada satu kertas. Dia mengambilnya dan mula membaca. Kertas terakhir yang di kutip Jin tertulis ‘Jika rasa kecewa atau terluka pandanglah ke atas memandang langit yang luas terbuka,’. Jin berkerut. Sedang cuba mengutip gambar pula, kakinya terpijak sesuatu. Buku yang berkulit leather di kakinya di ambil.

Buku nota itu kecil sahaja tetapi muka suratnya banyak. Satu persatu muka surat di selak. Semuanya tulisan kanak-kanak hinggalah tulisan yang lebih kemas. Kali terakhir buku itu di tulis adalah pada tahun 2013. Muka surat yang lain semuanya kosong. Dua keping gambar yang terselak pada buku tersebut jatuh. Jin mengambilnya. Gambar seorang kanak-kanak perempuan bersama ibu bapanya kelihatan gembira. Bibir Jin mengukirkan senyuman. Dia kenal siapa yang berada di dalam gambar ini. Sudah tentulah, Eunmi. Eunmi nampak gembira ketika ini. Satu lagi gambar pula Eunmi semasa tahun pertama memasuki sekolah menengah rendah. Di dalam gambar itu, dia bersama seorang lelaki.

“Ah, pasti orang yang berada dalam buku ni penting untuk Eunmi ya?” Jin tersenyum senget.

Setelah menyusun ke semua beberapa keping gambar dan kertas ke dalam kotak. Gambar Eunmi di hadapan sebuah rumah pondok menangkap perhatian Jin. Dia hanya merenungnya dan apabila selesai merenung dia menyimpan semula. Baru sahaja ingin meletakkan ke tempat asal. Jin kaku buat seketika sedang memikirkan sesuatu.

 

 

Eunmi menghentakkan kakinya. Dalam masa yang sama, dia melihat jam tangannya. Kiri dan kanannya juga di toleh berkali-kali. Eunmi mengembungkan pipinya.

“Ish, apa yang lembap sangat Seokjin ni?!” Marah Eunmi.

Dia memandang sekelilingnya sekali lagi. Masih lagi tiada kelibatan butlernya. Dia mendengus dengan kasar. Tangannya di silangkan. Kakinya mula terasa penat akibat menunggu dengan lama. Rambutnya yang menghalang pandangan di tolak kebelakang dengan geram. Telefon pintarnya di keluarkan dari poket untuk menghubungi Jin. Baru sahaja ingin mendail nombor butlernya. Sebuah kereta Porche berwarna hitam berhenti di hadapannya. Eunmi mengelipkan matanya. Oh tidak, janganlah mamat yang gatal asyik phewit-phewit mempelawanya pulang. Tingkap kereta berwarna hitam itu perlahan-lahan di turunkan. Akhirnya, menunjukkan identiti pemandu tersebut.

“Hei, Oh Eunmi,” Kata Lelaki itu bersama senyuman yang manis.

“Jimin?” Sebut Eunmi. Dia kebinguan. “Dari mana awak tahu ini kampus saya?”

Jimin mengagguk. “Masuklah, nanti saya cerita. Mari Saya bawa awak keluar berjalan-jalan,” Ajak Jimin.

Eunmi memandang sekelilingnya sekali lagi memastikan tiada ahli Black Mask mahupun butlernya Seokjin. “Maaf, saya tak boleh,” Ucap Eunmi menolak pelawaan Jimin.

“Kenapa pula?” Tanya Jimin dengan nada yang sedih.

Eunmi mengigit bibirnya. Kenapa pula?! Kalau boleh sekarang ni juga dia nak lompat masuk ke dalam kereta. Tapi apakah daya, hubungan dia dan Jimin sama sekali dilarang. Eunmi juga takut jika apa-apa terjadi pada Jimin. Dia tak mahu perkara yang sama berulang sekali lagi.

“Awak tahukan awak akan ada dalam bahaya kalau mereka nampak kita bersama?” Eunmi mengeluh.

Jimin terdiam buat seketika. Kemudian, dia keluar dari kereta. Eunmi pula keliru melihat Jimin yang keluar dari kereta. Pintu kereta bahagian depan di bukakan Jimin lalu di tariknya Eunmi memasuki kereta tersebut. Pergerakkan badan Eunmi hanya menuruti sahaja walaupun Eunmi kelihatan agak terkejut dengan tindakan Jimin.

“Kalau begitu mari kita pergi jauh dari sini,” Kata Jimin bersama senyuman sinis lalu menutup pintu kereta.

“A—apa?” Eunmi mengerutkan dahi sambil melihat Jimin berjalan melepasi kereta untuk ke tempat duduk pemandu.

“Baiklah, mari pergi!” Ucap Jimin teruja.

“Pergi mana?” Soal Eunmi.

“Pergi ke tempat di mana tiada semua benda serabut ni,” Jimin menepuk lembut kepala Eunmi. Keretanya terus di pecut laju meninggalkan perkarangan universiti Eunmi.

Eunmi memegang bahagian kepala yang di tepuk Jimin. Sejujurnya, dia rindu setiap kali kepalanya di usap lembut Jimin. Dia perlahan-lahan tersenyum dan memandang Jimin yang sedang memandu. Lelaki itu tampak segak apabila memandu kereta. Sungguh bergaya dan mampu mencairkan hati setiap perempuan. Tiba-tiba kejadian semalam bermain di fikirannya. Siapakah gadis yang berada di sisi Jimin semalam?

“Eunmi, apa khabar?” Tanya Jimin apabila mereka berdua dari tadi melayan perasaan masing-masing.

“Hah? Ah, khabar baik. Sihat je,” Balas Eunmi. “Awak macam mana belajar dekat luar negara? Okay tak? Mesti ramai kawan baru? English dah improve?” Bertubi-tubi soalan Eunmi.

“Belajar dekat luar negara? Okay, sahaja. Macam biasa. Kawan? Ramai juga ada juga yang mengambil kesempatan nak mengorat saya. English? Masih lagi berterabur sedikit,” Sengih Jimin.

“Oh,” Sebut Eunmi.

“Eunmi pula macam mana? Okay sahaja ke di sini?” Tanya Jimin. “Banyak lagi perkara yang awak risaukan?”

Eunmi terdiam buat seketika. Jari-jemarinya di ramas- ramas. “O—Okay, Semuanya seperti biasa. Tiada yang istimewa…”

“Oh,” Kata Jimin. “Tipu,”

“Maaf, apa?” Kening kiri Eunmi terangkat.

“Awak tipu,” Sebut Jimin dengan serius. “Dari nada tu nampak macam banyak perkara berat awak lalui,”

Eunmi mengeluh. “Tak ada kaitan dengan awak. Hal kehidupan saya awak tak perlu masuk campur,” Kata Eunmi.

Kata-katanya kedengaran seperti cuba menolak Jimin jauh dari kehidupannya. Bukan Eunmi sengaja berkata sedemikian. Dia Cuma tidak mahu Jimin berada dalam masalah. Jimin akan buat apa sahaja untuk orang yang dia sayangi. Sekejap sayang? Eunmi merenung Jimin dengan lama dan mengeluh sekali lagi. Mungkin sayang dia pada Eunmi sudah pudar.

“Tak mengapa, saya faham kenapa awak cakap begini,” Jimin kekal fokus pada pemanduan.

Suasana kembali sunyi. Bunyi deruman kereta sahaja memecah kesunyian. Jimin sekali lagi membuka mulut.

“Maaflah kalau saya sakitkan hati jika bertanya,” Jimin mengaru pipinya. “Mama awak akan kahwinkan minggu depan?”

Eunmi tidak menjawab. Dia mengetap bibirnya dan memandang keluar tingkap.

“Dan saya dengar dari Century Time yang pengerusi Black Mask akan di gantikan dengan anaknya, awaklah orangnya bukan?” Tanya Jimin lagi.

Tiada lagi jawapan.

“Mesti sukarkan untuk awak?” Jimin pula mengeluh. “Sukar untuk saya juga. Saya rindukan awak setiap hari. Saya risaukan awak. Saya nak berada di sisi awak dan bawa awak lari dari semua masalah ini. Kita tinggalkan segalanya dan mulakan hidup baru semula bersama. Tapi jika ini berlaku kedua-dua kumpulan mafia milik keluarga kita akan bertekak,” Jimin mengeleng.

“Bukan awak ada teman wanita baru?”

Jimin memberhentikan keretanya di tepi jalan apabila mendengar perkataan ‘teman wanita baru’. “Teman wanita baru?”

“Yalah, semalam tu perempuan yang awak tengah cakap tu bukan teman wanita awak? Dia nampak cemburu bila awak datang bercakap dengan saya,” Ucap Eunmi dengan tenang.

“Oh,” Jimin mengagguk faham. “Dia tu salah seorang calon tunang saya,”

“Begitu,” Eunmi memandang tangannya. Dia tidak mahu bertembung mata dengan Jimin.

“Cemburu,” Sengih Jimin sambil menongkat dagunya.

Eunmi terus memandang Jimin. Dia dengan pantas mengeleng berkali-kali. “Cemburu? Siapa? Saya? Oh, tolonglah Park Jimin. Saya bukan jenis cepat cemburu!”

“Ye ke? Habis tu kenapa tanya?” Kening Jim

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.