Chapter ten

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Leo memeriksa badan Eunmi. Sangmin duduk di sebelah katil Eunmi. Leeteuk dan Kyungsoo pula berdiri bersebelahan Sangmin. Yura yang terdengar Eunmi di masukkan ke hospital sama dengannya terus bergegas ke wad Eunmi bersama Saena. Jin bergegas masuk ke wad apabila mengetahui dari Minhyuk yang Eunmi pengsan. Dia mengeluh memandang Eunmi terbaring lemah di atas katil. Apa pula masalah Eunmi kali ini?

Leo meletakkan tangan Eunmi dengan lembut. Dia kemudian memandang Sangmin. "Cik muda cuma gastrik. Dia okay, saya akan masukkan air ke dalam badan dia sekejap lagi,"

"Gastrik?" Sangmin mengerutkan dahi. "Eunmi tak pernah dapat gastrik. Tiba-tiba sahaja dapat gastrik,"

"Mungkin ada sesuatu yang tak kena juga dengan mental Cik muda," Leo menglepaskan keluhannya.

"Tak mungkin, sebab tadi elok sahaja tengok," Leeteuk mencelah.

"Tadi memanglah nampak okay," Leo memasukkan tangannya ke dalam kot putih. "Saya akan minta kawan saya ahli psikologi periksa cik muda bila cik muda dah bangun,"

Sangmin mengaggukkan kepala. Kepala Eunmi perlahan-lahan di usap. Leo bertembung mata dengan Jin. Dia memberikan isyarat mata untuk berjumpa dengan Jin di luar. Jin yang mengerti terus mengundur ke belakang keluar dari wad. Leo menunduk hormat meminta izin untuk meninggalkan mereka. Mereka berdua kini berada di luar wad.

"Kau pergi mana?" Tanya Leo.

"Aku ada hal dengan Black Mask. Kau tahukan aku tak pergi perjumpaan Fengjui tu," Jin menyandarkan diri pada dinding.

"Apa-apa sahajalah, ni aku nak cakap," Leo mengelengkan tangannya. "Ni, Profesor Seo Eunkwang bagitahu aku yang dia nampak Jimin datang ke Universiti Cik muda,"

Jin terus menumpukan perhatian pada Leo. "Profesor Eunkwang? Maksud kau E.Kwa?" Jin menyebut nama gelaran Eunkwang. "Dan Park Jimin dekat situ?"

Leo mengaggukkan kepala. "Aku rasa Cik muda jadi begini mesti sebab ada kaitan dengan mamat tulah,"

Jin memandang lantai dengan lama. Tangannya di silangkan. "Kau pasti ke?"

"Aku sangat pasti. Apa lagi yang boleh buat Cik muda jadi begini selain daripada mamanya?"

Jin mengaggukkan kepala sekali dan beredar tanpa berkata apa-apa. Kakinya laju melangkah. Alat komunikasi Black Mask di tekan Jin.

"Ketua? Kenapa ni?" Tanya I.M hairan.

"Cari lokasi Park Jimin," Arah Jin dengan nada yang serius. 

"Eh...?! Ketua ni biar betul,"

"Kau nampak macam aku main-main ke?" Nada Jin kini di tinggikan sedikit.

I.M menjadi kecut. Sejak akhir-akhir Jin semakin menjadi-jadi sikap panas barannya. "Baiklah, aku akan cuba,"

 

 

Jimin mencucuk-cucuk ais menggunakan straw dengan kasar. Wajah dia seperti berasa dalam keadaan tidak puas hati. Gigi pula di ketap penuh geram. Orang yang lalu-lalang bersebelahan meja dia pun takut apabila melihatnya. Taehyung hanya memerhatikan sahaja rakan baiknya ini. Seram pula nak tegur memandangkan mood Jimin nampak tidak baik. Semakin laju Jimin mencucuk-cucuk ais tersebut hingga kemek strawnya. Secara tiba-tiba, Jimin menolak kasar minumannya dari meja hingga terpelanting. Habis isi dalaman cawan tersebut terkeluar. Pelanggan yang duduk bersebelahan mereka sudah pun kaku.

"Weh... Park Jimin," Panggil Taehyung.

Jimin memandang Taehyung dengan pandangan yang menakutkan. Taehyung menelan air liur dan terus mengalihkan matanya dari Jimin. Dia kemudian bersiul lalu menghirup minumannya berpura-pura tidak mengambil kisah. Haih, seramlah nak tegur anak mafia ni! Jimin mengeluh apabila menyedari yang dia sudah agak melebih-lebih. Dahinya di urut.

"Maaf, aku bukan sengaja nak marah kau atau apa. Aku cuma frust,"

Taehyung mengaggukkan kepala perlahan-lahan. "Tak apa, aku faham," Taehyung terus duduk dengan tegak bagi memulakan perbualan. "Tapikan, kenapa kau frust sangat macam orang baru putus cinta sahaja,"

Jimin kembali merenung Taehyung.

"Oh," Taehyung tersenyum janggal. "Jadi betullah,"

"Urgh!" Degus Jimin dengan kuat.

"Chillah kawanku, perempuan di luar sana banyak lagi. Tunang kau pun banyak lagi, lawa-lawa fuh mantap!" Taehyung cuba menceriakan Jimin. Ibu jarinya di angkat apabila teringatkan bakal tunang Jimin. Semuanya mak aih macam model!

Jimin menepuk meja. Taehyung yang tadi menyambung menghirup air tersedak. Haih, mamat ni.

"Aku tak suka diorang. Tergedik-gedik, semuanya gilakan duit," muka menyampah di pamerkan Jimin. "Setiap kali keluar dengan diorang mesti ada sahaja duit beribu aku kena keluarkan semata-mata nak belikan beg tanganlah, bajulah, tak habis dengan tu makan pun dekat kedai yang mahal," 

"Weh, biasalah. Anak orang kaya semua macam tu," Taehyung menjeling.

"Tak, bukan semua," Jimin tiba-tiba tersenyum mengingatkan Eunmi. 

"Haih, Park Jimin," Taehyung meletakkan minumannya di atas meja. Baik dia berhenti minum mana tahu lepas ni Jimin bercadang nak mengejutkannya sekali lagi, karang habis airnya pula yang terpelanting. "Lupakanlah, Mina tu,"

"Bukan Minalah,"

"Habis tu siapa?! Kau main kayu tiga ke?!" Taehyung sedikit terkejut.

"Tak! Eh, Ya? Tak bukan, mungkin...?" Jimin juga menjadi keliru. "Kau kenal cinta pertama aku, Oh Eunmi,"

Taehyung mengelengkan kepala. Bunyi 'tch, tch, tch' keluar dari mulut Taehyung. "Kau rasa sebab apa kau balik ke Korea Selatan? Kau tak sedar ke yang kau sebenarnya pergunakan Eunmi! Tu girlfriend sebenar kau dekat Amerika tu kau nak campak mana!" akhirnya, Taehyung meluahkannya.

Jimin menyandarkan badan dengan kasar. "Aku tak bermaksud nak pergunakan Eunmi. Itu semuanya arahan dari papa aku. Aku terpaksalah, Taehyung," Jimin mengusutkan rambut. "Aku tak nak tinggal dekat Amerika lagi. Aku tak suka!"

"Habis tu, mempermainkan perasaan cinta pertama kau suka pula!" Taehyung pula yang rasa sakit hati.

"Hei, Kim Taehyung," Jimin menjengil. "Kau ingat aku suka ke? Aku ingatkan aku dah tak ada perasaan dekat Eunmi lagi selepas aku berjumpa dengan Mina. Jadi aku bolehlah laksanakan tugasan papa aku dengan tenang. Tapi aku silap,"

"Bodohlah kau ni," Taehyung menjeling. "Boleh pula macam tu,"

"Ya, aku memang bodoh," Jimin mengaku. "Aku juga bodoh buat kesilapan paling besar. Aku tinggalkan dia waktu di culik itu lagi bodoh," 

Taehyung membulatkan mata. "Weh! Kau memang betul-betul bodoh!"

"Sebab tu aku nak tebus balik kesilapan aku. Aku bersumpah tak akan tinggalkan dia lagi. Aku tahu dia masih sukakan aku," Jimin sekali lagi tersenyum. "Aku akan buatkan dia jadi milik aku selamanya," 

Taehyung menampar kepala Jimin. Dia kemudian mengusap kepalanya yang terasa sakit sambil mengadu kesakitan.

"Itu untuk apa!" Kata Jimin.

"Untuk otak kau yang tak berapa betul," Balas Taehyung selamba. "Percayalah, dia tak akan terima kau semula. Kalau aku jadi dia pun aku tak nak kau,"

"Nasib baik kau bukan dia, kalau tak aku pun tak nak," Jimin menjeling sebelum menyambung."Tambahan pula, Sebab tu aku tengah berusaha nak dapatkan dia semula,"

"Mina macam mana pula?" Kali ini, Taehyung memetik nama teman wanita Jimin sewaktu berada di Amerika. 

Jimin terdiam. Lama juga Taehyung menunggu jawapan daripada Jimin. Namun, lelaki itu seperti tiada tanda-tanda untuk menjawab soalan Taehyung.

"Kau nak putuskan hubungan dengan dia ke?" apabila soalan pertamanya tidak di jawab. Soalan kedua pula di suakan.

"Aku rasa begitulah," Jimin mengeluh berat. "Aku tak bermaksud nak mainkan perasaan, Mina. Aku mengaku aku memang pernah ada perasaan dengan dia. Tapi perasaan aku pada Eunmi lebih kuat,"

"Ah, apa-apa sahajalah! Ni hal kau dengan diorang. Ingatlah, ya," Taehyung menunding jari. "Aku tentang hubungan kayu tiga ni. Jadi aku tak nak masuk campur,"

Jimin mengaggukkan kepala faham. Taehyung sekadar mengeluh dan kembali menghirup minumannya. Apa dah jadi dengan kau, Park Jimin? Kemudian, Taehyung mengakat kepalanya memandang seorang lelaki yang tiba-tiba sahaja berdiri di belakang Jimin. Wajah lelaki itu jelas sangat menakutkan di mata Taehyung. Bahu Jimin di sentuh lelaki. Apabila Jimin pandang sahaja, wajahnya terus di tumbuk. Pelanggan perempuan yang berada di dalam kafe menjerit ketakutan. Taehyung bangkit cuba melindungi Jimin. 

"Apasal pula ni main tumbuk-tumbuk orang?! Tak ada adab ke?!" Jerit Taehyung.

Lelaki itu menunding jari pada Taehyung. "Kau jangan masuk campur,"

Taehyung menjadi bengang pula apabila menerima kata-kata tersebut. Bahu lelaki itu di pegang. Mendarat sahaja tangan Taehyung, lelaki itu terus memusingkan tangan Taehyung ke belakang. Taehyung meraung kesakitan.

"Wow, bro. Semua benda boleh di bawa berbincang!" Taehyung cuba menenangkan lelaki tersebut. "Ouch!" 

Jimin terasa seperti wajahnya sudah lebam Aduh, betapa kuatnya tumbukan tersebut. Jimin memandang wajah lelaki yang menumbuknya sebentar tadi.

"Kim Seokjin," Sebut Jimin.

Taehyung terus di tolak ke tepi oleh Jin. Kolar Jimin di tariknya mengunakan kedua-dua tangan. 

"Berani kau pergunakan Cik muda," Kata Jin dengan penuh kegeraman.

"Aku tak pergunakan dia," Jimin merentap kasar. Dia berjaya melepaskan diri. "Aku ada sebab buat begitu,"

"Tapi semuanya jelas yang kau gunakan dia!" Tengking Jin.

L terus bertindak melakukan sesuatu. Jika ini berterusan kemungkinan identiti Jin juga akan terbongkar. Memandangkan ini kafenya, dia cepat-cepat menghalau keluar beberapa orang pelanggan yang masih menonton kejadian tersebut dengan sopan. Apabila selesai 'menghalau', dia terus memusingkan signboard dari 'buka' ke 'tutup'. 

"Walaupun aku pergunakan dia. Aku sedar kesilapan aku dan aku akan tebus semula,"

"Kau berbahaya, kau tak layak bersama Cik muda," Ujar Jin. 

Jimin tersentak. Dia merenung Jin. "Kau tu pula macam mana? Kau tak rasa kau cukup bahaya? Macam mana seorang bekas ejen rahsia kerajaan yang di kehendaki FBI menjadi seorang pengawal peribadi kepada Eunmi?!"

Taehyung membulatkan mata apabila mendengar kata-kata Jimin. L hanya memerhati. Jin mengeggam tangannya. 

"Dari mana kau tahu semua ni?"

"Sebagai 'teman lelaki' Eunmi sudah tentulah aku kena tahu terutama sekali apabila dia berada di sekeliling lelaki," Jimin tersenyum sinis. "Memang betul tekaan aku, kita pernah berjumpa di Amerika dulu. Itu pun secara kebetulan,"

"Itu semuanya sudah berlalu. Aku dah tiada kaitan lagi dengan semua ni,"

"Tiada kaitan? Ceh, kau masih lagi berada di dalam senarai di kehendaki," Jimin menyilang tangan. "Kau tak di buang kerja, kau sendiri yang larikan diri dari kerja kau. Lagipun, kau orang yang paling berbahaya sekali,"

Jin terdiam.

"Dengarlah sini, Kim Seokjin. Aku tahu, kau suka Eunmi. Jelas sekali, tapi ingatlah kau hanyalah orang bawahan. Eunmi tak akan tertarik dengan orang bawahan macam kau ni," Jimin menepuk bahu Jin. "Aku tak boleh anggap kau sebagai musuh cinta aku. Sebab kau dan aku tak setanding,"

Jimin melangkah pergi. Taehyung yang keliru terus berlari-lari anak mengekori langkah Jimin. Jin mengeluh. L juga begitu. Cawan yang masih lagi basah di lapkan mengunakan kain. Agak lama Jin berdiri kaku di situ. L hanya membiarkan sahaja, dia pasti yang Jin akan mengamuk selepas ini. Jin menendang meja dengan kuat. Meja juga di terbalikkan. Sakit hati mendengar kata-kata Jimin yang ada kebenarannya. Kan betul yang Jin akan mengamuk. L mengetap bibirnya sambil menangis di dalam hati kerana mejanya kini mempunyai kesan tendangan Jin. Kenapalah mereka pilih kafenya untuk menjadi tempat pergaduhan.

 

 

Eunmi merenung siling putih. Sejak terjaga dari pengsannya beberapa minit lalu, dia langsung tidak bergerak. Pintu bilik wad terbuka luas, Sangmin memasuki bilik wad Eunmi dengan berhati-hati. Cuba tidak mahu mengejutkan Eunmi yang mungkin sedang tidur. Eunmi memandang Sangmin. 

"Papa ingatkan kamu tengah tidur," Sangmin tersenyum. "Hari ni dah boleh check-out dah,"

Eunmi tidak menjawab. Dia berpaling. "Saya tak nak jumpa papa,"

Sangmin yang tadi tersenyum menjadi pudar senyumannya. "Apa pula kali ini?"

"Saya tak suka papa. Kenapa papa buat begitu?" Eunmi bangkit dari katilnya ke posisi duduk. "Maksud saya, kenapa lepas balik dari L.A terus nak berjumpa dengan bakal tunang. Kenapa?"

Sangmin mengambil tempat duduk bersebelahan Eunmi. "Kamu tahukan papa sibuk? Mana ada masa,"

"Papa tahukan saya di culik?" 

"Papa tahu," Sangmin mengaggukkan kepala perlahan-lahan. Kemudian, Dia mengeluh. Walaupun wajahnya tidak menunjukkan yang dia sebenarnya risau. Tapi dalam hatinya, dia rasa nak humban sahaja keturunan Gokjieu ke dalam gunung berapi. "Sebab tu papa singkat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.