Chapter eight

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Suasana di pangkalan rahsia Black Mask sekarang ini sangat kecoh. Kesemua ahli black mask kehulur hilir sambil sibuk melakukan tugas masing-masing. I.M adalah ketua pasukan teknologi sedang kelam kabut bersama ahli yang lain mencari lokasi cik muda mereka. SinB dan S.Coups sedang mencari lokasi terakhir Cik muda telah di culik agar mereka dapat jejaki ke mana penculik itu telah pergi. Di sudut bilik, Rose mengigit kukunya dengan gelisah. Rambutnya di kusutkan kerana terlalu risau dengan statusnya sekarang. 

"Weh, Rose. Cepatlah kita orang perlukan koordinat!" Marah Woozi.

"Kau tak dapat lagi ke koordinat aku bagi tadi?" Rose bangkit dari tempat duduknya.

"Tak, koordinat kau bagi tu salah," 

"Tak mungkin koordinat aku salah! Baik kita cari cik muda cepat!" Rose memegang kolar Woozi yang hampir sama tinggi dengannya. 

"Aku tahulah kitaorang tengah cubalah ni!" Woozi merentap dirinya dari genggaman Rose.

"Rose cuba bertenang," Ujar SinB.

"Macam mana aku nak bertenang!" Tengking Rose dengan lantang.

Ahli black mask semuanya berhenti melakukan tugas mereka dan menumpukan perhatian pada Rose. SinB merenung Rose. Dia tahu sebab apa gadis ini tampak begitu gelisah.

"Tuan Besar Oh akan balik tak lama lagi! Kalau kita tak jumpa cik muda, nahas kita!" Rose menggongcangkan badan SinB. "Kita semua akan mati!"

Kesemua ahli black mask terdiam. Ada separuh dari mereka mula menundukkan kepala. Ada juga yang sudah berpeluh. Rose mula menangis. SinB mengakat tangannya lalu menampar wajah Rose dengan kuat. Puan Im berlari ke arah mereka berdua. Badan Rose yang terjatuh di atas lantai akibat tamparan kuat SinB di peluknya dengan erat. Rose memegang pipinya yang kini merah sambil memandang SinB dengan penuh ketakutan. Hampir kesemua ahli black mask terkejut dengan tindakan SinB. Selama ini SinB di kenali sebagai gadis yang tenang dan lemah-lembut.

"SinB, sudah! Apa yang kamu buat ni!" Marah Puan Im.

"Apa saya buat? Apa yang dia buat?! Merungut? Menangis?! Takut dengan ancaman Tuan Besar?!" Marah SinB semula. 

Kolar baju Rose pula di tariknya dengan kasar hingga kaki gadis itu tidak mencecah lantai. Kekuatan SinB memang mengejutkan. Dia mampu mengakat Rose dengan sebelah tangan sahaja.

"Habis tu, cik muda macam mana?! Kau fikir dia selamat ke sekarang ni?! Kenapa kau boleh lagi fikirkan pasal ancaman dari Tuan Besar sahaja?! Ancaman besar yang di hadapi cik muda sekarang ni tak penting ke! Nyawa dia di hujung jari penculik sial tu je!" SinB merenung tajam wajah Rose.

Rose terkedu. Dia semakin ketakutan apabila melihat wajah menakutkan SinB. Selama ini, Rose kuat mengarah SinB sehingga dia sangkakan yang SinB sangat takutkannya. Ternyata yang dia sudah tersilap. Ahli lain hanya mampu mengunci mulut. Puan Im tidak dapat menghentikan SinB kerana apa yang dikatakan gadis itu ada kebenarannya juga.

"Hentikannya, aku tak nampak korang tengah lakukan tugasan," 

Suara yang amat di kenali ahli Black Mask meleraikan kekecohan yang sedang berlaku. Jin berjalan masuk ke dalam pangkalan Black Mask bersama beg sandangnya yang berwarna merah. 

“Ke.. Ketua," Sebut L tergagap-gagap.

Dinding pangkalan yang besi itu di tepuk dengan kuat hingga mengeluarkan bunyi yang bingit. Ahli Black Mask yang lain menekup telinga.

"Balik. Pada. Tempat. Masing. Masing. Sekarang. Ini," Arah Jin.

Mereka semua terus bersurai dan mula kembali menjejak lokasi cik muda dan penculik terbabit. Jin berjalan ke arah SinB dan Rose. Dia menyilang tangannya. 

"Aku tak suka kalau ahli lain timbulkan masalah terutama sekali waktu kecemasan seperti ini. Tak profesional langsung," Kata Jin.

"Maafkan kami, Ketua," Mereka berdua menunduk meminta maaf.

Jin menjeling dan menuju ke arah I.M pula, I.M sedang ligat menaipkan sesuatu. 

"Dah jumpa apa-apa?" Tanya Jin.

"Tak, belum lagi. Tapi aku dah dapat kesan lokasi terakhir cik muda," I.M menolak laptop tersebut kepada Jin.

Jin mengerutkan dahi. Kalau tak silap dia ini kawasan semak-samun. Meja di hentam Jin dengan kuat hingga mengejutkan ahli yang lain. Waktu begini, janganlah buat Jin marah memang kena padahnya. I.M menelan air liur. 

"Tak guna betul, teruskan mencari," Arah Jin.

I.M menggaguk. Jin kemudian menyilang dan kemudian memandang skrin besar di hadapannya. Mereka semua sedang tekun mencari lokasi Eunmi. Keluhan berat di lepaskan Jin. Ini semua salahnya kerana meninggalkan Eunmi begitu sahaja tanpa memberikan arahan pada pengawal peribadi lain untuk memantau Eunmi. Kalau apa-apa terjadi pada Eunmi, semua ini salah dirinya. 

"Kalau apa-apa terjadi pada cik muda, mereka akan kena akibatnya," Jin merenung tajam skrin. 

Para ahli yang lain hanya memandang sesama sendiri. Jin mengelipkan mata tatkala teringatkan sesuatu. Dia memusingkan badan ke belakang lalu berjalan ke arah sekumpulan ahli Black Mask yang berada di meja. Mereka terus berdiri apabila Jin menuju ke arah mereka. 

"Aku nak korang semua pergi ke villa Oh dan bawa Kim Dahyun ke sini! Aku beri korang dalam masa 30 minit! Jangan biarkan perempuan tu terlepas," Ujar Jin. Dia beralih pada Jennie. "Telefon Encik Woo, pesan pada dia tahan Dahyun keluar dari situ,"

Mereka memandang sesama sendiri sebelum mengagguk serentak. "Arahan di terima,"

Terima sahaja tugasan, mereka terus berarak keluar dengan pantas. Jennie pula sudah pun menelefon Woo. 

"Kau ingat kau licik kau boleh terlepas," Kata Jin seorang diri.

 

 

Eunmi tercungap-cungap kerana kepenatan akibat di tampar dan di pukul berkali-kali akibat membuat bising walaupun mulut telah di ikat. Changmin, penculik yang memukul Eunmi itu tersenyum puas apabila melihat keadaan Eunmi. Baru nak diam selepas di pukul. Anak buahnya yang lain juga ketawa bersama.

"Wah, budak ni memang kuat dan banyak mulut," Seonghwan mengeleng.

"Tulah akibat dia," Jinseok ketawa.

Eunmi mengetap bibirnya. Air matanya mula menitik, wajah Yura bermain di fikirannya. Adakah gadis itu selamat? Adakah dia berada di hospital sekarang ini ataupun dia masih lagi di tengah jalan tanpa pertolongan? Yura, dia masih lagi bernafas ke? Itulah yang bermain di fikiran Eunmi dalam keadaan begini. Kepalanya di tundukkan ke bawah. Dagu Eunmi di tarik Rowon, ketua mereka. Dia memandang wajah Eunmi bersama senyuman sinis. 

"Muka cantik, tapi malangnya memang tak berguna. Aku rasa kalau aku jual kau pun mesti tak laku," Kata Rowon.

Eunmi tersenyum. "Tangan kau terlalu jijik, jangan sentuh aku," 

Rowon tertawa. Dagu Eunmi di lepaskan dengan kasar. 

"Waktu begini pun kau boleh bergurau? Tak penat kena pukul ke?" Tanya Rowon.

Jinseob memegang bahu Rowon. "Weh, kau tak takut ke? Kau baru je culik anak pewaris Black Mask!"

Rowon ketawa mendengarnya. "Buat apa nak takut? Diorang tak akan berani nak serang kita, bila mereka tahu yang kita dah culik orang yang penting buat mereka,"

"Urgh, bila Pengerusi nak datang ni aku dah penat menunggu," Rungut Seonghwan.

"Ish! Jangan merungut kuat sangat dia dengar nanti," Jari terlunjuk di letakkan di bibir Changmin.

"Tapi, ni memang risiko yang besar culik anak mafia yang berpengaruh. Korang bukan tak tahu Blak Mask mempunyai pengaruh yang kuat. Identiti mereka pun kita tak dapat nak kesan. Mereka kumpulan mafia yang paling di geruni sejak zaman dulu lagi," Seonghwan mengigit bibir.

"Tahulah, tak perlu nak ajarkan kitaorang balik," Jinseok membaling batu kecil ke arah Seonghwan.

"Cuba kalau mereka jumpa kita? Memang nahaslah!" Seonghwan ketakutan. 

"Mereka tak akan jumpa kita, Dahyun adalah pengitip kita yang paling hebat sekali. Tiada siapa boleh jadi pengitip sehebat Dahyun," Puji Rowon.

"Si Dahyun tu ada dekat villa diorang lagikan? Cuba kalau dia tertangkap?" Nada Changmin kedengaran risau.

"Tak mungkin, aku dah suruh dia lari dari situ awal-awal lagi untuk jalankan operasi ni," Rowon tersenyum sinis.

“Wah, ketua adalah ketua paling hebat sekali!” Puji Jinseob.

“Lepas ni, kumpulan mafia Gokjieu pula akan menjadi paling berpengaruh!”

Bunyi tapak kaki bergema menuju kea rah mereka. Terus keenam-enam rakan tersebut bangkit. Pengerusi Gokjieu memandang anak buahnya yang berbaris di sebelah kanan. Kemudian, dia beralih pada Eunmi yang berada di hadapannya bersama senyuman sinis. Langkah kakinya perlahan-lahan menuju ke Eunmi. Dagu gadis itu di angkat memandangnya. Eunmi merenung tajam Kim Minjae, Pengerusi Gokjieu.

“Hmm, bagus. Korang memang buat tugasan dengan sempurna aku akan naikkan gaji,” Puji Minjae.

“Terima kasih, Tuan!” Keenam-enam mereka menunduk hormat. Dalam hati mereka sudahpun melonjak kegembiraan.

“Mana Dahyun?” Tanya Minjae lalu melepaskan dagu Eunmi dengan kasar.

“Dia akan sampai ke sini sebentar sahaja lagi,” Jawab Rowon.

“Baguslah tu,” Minjae mengambil tempat duduk di sofa yang telah di sediakan oleh bodyguardnya. Eunmi di hadapannya sekali lagi di pandang dengan puas hati. “Kau tak nak tanya ke kenapa aku culik kau?”

Eunmi memadang Minjae dengan penuh amarah. Rambutnya yang kusut menutup sebelah matanya. Tali yang di ikat menyukarkan Eunmi untuk bergerak walaupun sedikit. Hanya renungan tajam darinya memberikan makna. Eunmi tidak berkata apa-apa. Minjae ketawa lembut.

“Tak mengapa, aku tahu yang kau ingin tahu bukan?” Minjae menongkat kepalanya yang di sengetkan. “Ini sahajalah caranya untuk buatkan Black Mask menyerah dan jadikan Gokjieu sebagai kumpulan mafia yang berpengaruh semula seperti dahulu kala,”

Minjae tersengih. Eunmi masih lagi setia mendiamkan diri.

“Sudah bertahun lamanya Black Mask menjadi kumpulan mafia yang paling berkuasa sehinggakan Gokjieu menjadi kumpulan yang di pandang hina oleh kumpulan mafia yang lain!” Minjae membesarkan suara. “Selepas aku mewarisi Gokjieu aku bersumpah akan naikkan semula tangga Gokjieu dan juga banggakan bapa aku,” Minjae mengeluarkan rokoknya. Rokok tersebut di nyalakan oleh salah seorang pembantu Minjae. Asap yang terkumpul terus di tiup keluar.

Sambung Minjae. “Lagipun, apa gunanya Black Mask terus aktif dalam kegiatan mafia. Korang bukannya buat kerja pemasaran gelap seperti menjual pistol ataupun dadah,”

Kali ini, Eunmi pula ketawa. Ketawa Eunmi mengejutkan ahli Gokjieu. Kenapa gadis ini ketawa sedangkan dia berada dalam keadaan begini? Eunmi tersenyum sinis.

“Sebab itulah kitaorang wujud, untuk menghapuskan kumpulan mafia yang tak berguna macam korang,” Eunmi menjegil. “Kau culik aku untuk naikkan kedudukan Gokjieu balik? Hah, tahu tak kalau kau lawan Black Mask habis-habisan barulah di pandang hormat dan bukannya dengan cara menculik pewaris seterusnya,”

“Kau rasa begitu,” Minjae menyadar pada sofa.

“Ataupun, aku patut cakap yang kau ni pengecut,” Eunmi dengan berani bersuara.

Minjae mengetap bibir apabila terdengar ayat ‘pengecut’. Anak-anak buahnya sudahpun membuat muka geram kerana Eunmi berani berkata sedemikian. Gadis itu ketawa dan melepaskan keluhan yang kuat.

“Orang yang pengecut sahaja akan buat kerja ini. Selepas itu, mengugut mereka untuk mengaku kalah. Terbukti yang korang adalah pengecut sangat pengecut,” Eunmi mengejek.

“Berani kau,” Kata Minjae. Suaranya bergetar menahan geram.

“Kalau kau bukan pengecut, lepaskanlah aku dan lawan ke semua ahli Black Mask sehingga lunyai. Kemudian, baru aku cakap kumpulan Gokjieu adalah kumpulan yang sangat kuat dan berani,”

Minjae bangkit dari tempat duduknya dan menampar wajah Eunmi. Eunmi yang diikat pada kerusi terjatuh menghempap lantai akibat tampar kuat Minjae. Lelaki itu membetulkan kotnya sebelum menendang badan Eunmi. Rambut Eunmi di tarik memandangnya.

“Kau tu pula, lemah. Kau tak sepatutnya mewarisi Black Mask sebab kau tak layak. Perempuan nak jadi ahli mafia? Lawak apa pula kali ini?”

“Sekurangnya, perempuan ni tak pengecut!” Eunmi meludah pada wajah Minjae.

“Tuan Muda!” Joohyuk mengeluarkan sapu tangan di dalam blazer.

Minjae memejamkan matanya. Perempuan ni sudah melampau! Rambut Eunmi di lepaskan dengan kasar. Joohyuk mendekati Minjae lalu wajah Tuan Mudanya di lap. Badan Eunmi di tendang dengan kuat.

“Tak sangka kau ni berani melawan walaupun nyawa kau berada di hujung jari,” Kata Minjae.

“Kau akan menyesal dengan apa yang kau buat,” Eunmi terbatuk-batuk.

“Apa-apa sahajalah,”

“Tuan muda! Pewaris Century Time sudah tiba!” Donghyun kepenatan akibat berlari.

Eunmi mengakat kepalanya. Jimin? Apa lelaki itu buat di sini? Minjae tersenyum lebar. Dia kemudian memandang Eunmi yang tampak keliru.

“Century Time, musuh abad Black Mask. Terkejut bukan? Memang waktu inilah kau kena takut,” Sengih Minjae sebelum menyilang tangan menunggu kedatangan Jimin.

Bunyi tapak kaki menuju ke arah mereka bergema. Wajah serius Jimin menyapa mereka bersama tangan kanan di masukkan ke dalam poket. Jimin tampak begitu bergaya. Enam orang pengawal peribadinya mengekori langkah Jimin dengan sekata. Sekali tengok seperti menyertai pertandingan kawad kaki. Jimin berhenti apabila tiba di hadapan Minjae dan anak buahnya. Kelibatan Eunmi langsung tidak di sedari Jimin akibat di halang ahli Gokjieu. Minjae menghulurkan tangan untuk bersalam namun Jimin hanya memandang sahaja tangan tersebut.

“Apa tujuan kau nak bertemu dengan aku? Cepat aku tak ada masa nak di luangkan bersama kau,” Kata Jimin dengan nada yang serius.

Minjae ketawa dengan kekok. Tangannya perlahan-lahan di jatuhkan. “Sabarlah, dan aku nak ucapkan selamat pulang ke Korea Selatan,”

“Yalah, tolong ringkaskan apa yang kau nak cakap,” Jimin menjadi semakin bosan.

“Sebelum tu, duduklah dulu,” Minjae mempelawa Jimin untuk duduk.

Jimin tanpa banyak soal terus duduk di hadapan Minjae. Minjae juga mengambil tempat yang sama. Kaki Jimin di silang.

“Park Jimin, mari kita bersatu. Dengan gabungkan Century Time dan Gokjieu kita pasti akan menjadi kumpulan mafia yang paling hebat di Korea Selatan,” Minjae memulakan perbualan.

“Tujuan kau?” Soal Jimin dengan wajah yang bosan.

Minjae berdehem apabila melihat Jimin menunjukkan tanda-tanda tidak berminat. “Aku pasti kau boleh kalahkan Black Mask kalau kita bersatu,”

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.