Chapter seven

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Entah kenapa pagi ini Eunmi terjaga dengan sendiri tanpa perlu di kejutkan maidnya. Dia bangkit dari baringannya dan mengedipkan mata berkali-kali seperti sedang keliru. Jam dinding di pandang. Waktu sekarang ini adalah tepat pada tujuh pagi. Nak sambung tidur dia tidak pula terasa mahu menyambungnya. Eunmi turun dari katilnya dan menuju ke tingkap bilik. Langsir di tarik dengan luas, langit pagi menyapanya dengan indah. Kejadian semalam bermain di dalam mindanya, terutama sekali kejadian di mana Jin meminta untuk berhenti kerja. Eunmi menjongket bahunya bermaksud lantaklah, pagi ini aku bangun dengan aman tanpa bantuan kau. Angin sejuk pagi menyapa badan Eunmi dengan lembut. Gadis itu tersenyum dan kemudian menghirup udara segar. Suasana yang tenang terbantut apabila telefon pintar Eunmi berdering, reminder yang di setkan di telefon pintarnya mengingatkan Eunmi sesuatu. Dia yang tadi tersenyum berubah wajah ke kecewa dan sedih. Keluhan berat di lepaskan. 

"Yura!" Panggil Eunmi lantang agar di dengari Yura.

Yura yang mendengar namanya di panggil terus berlari ke bilik Eunmi dengan pantas. Tidak sampai 5 minit selepas panggilan tersebut, Yura tiba.

"Ya, cik muda?" Tanya Yura.

"Sediakan baju saya untuk ke majlis perkahwinan..." Tutur Eunmi dengan tenang sambil matanya memandang permandangan kebun bunga rumahnya.

Yura memandang cik mudanya dengan perasaan yang risau. Biar betul Eunmi ini? Kemudian, Yura tersedar. Kalendar yang di selaknya sebentar tadi mengingatkan dia sesuatu. 

"Cik muda... hari ini ke harinya...?" Tanya Yura dengan nada berhati-hati.

Eunmi mengeluh dengan perlahan. "Ya..."

 

 

"BANGUN!" 

Jeritan tersebut mengejutkan Jin yang tertidur di sofa. Aduh, kepalanya di gosok. Namjoon di hadapan hanya mencekak pinggang sambil mengelengkan kepala. 

"Kau semalam dah lah datang sini tengah-tengah malam. Lepas tu, main masuk rumah orang tanpa bagitau apa tujuan kau dekat sini," Ujar Namjoon.

"Kejut aku elok-elok tak boleh ke?" Marah Jin sambil menutup wajahnya dengan kusyen.

"Tak boleh!" Balas Namjoon. "Kau kena tendang keluar dari villa tu ke?" Teka Namjoon bersama kerutan dahi.

"Tak, aku yang keluar sendiri," Jin menjawab dengan jujur.

"Hmm, hal kau dengan cik mudalah nikan? Okay, aku tak akan tanya dah," Namjoon dengan segera mencapai alat kawalan jauh. "Kau macam suami dia pula gaduh-gaduh lepas tu tumpang tidur rumah kawan,"

TV di tekan butang on. Satu-persatu saluran televisyen di tekan Namjoon. Sehinggalah tiba di berita mengenai dunia selebriti. 

"Perkahwinan Woo Taejun dan Kim Eunji pada hari ini di sambut dengan mewah," Ujar salah satu pengacara.

Apabila terdengar topik pada berita tersebut. Perlahan-lahan kusyen di turunkan dari wajahnya. Gambar Eunji dan pasangannya terpapar pada skrin televisyen. Dia tampak begitu gembira dan bahagia. Perkahwinan kedua bak orang kata pengubat hati bagi mengantikan perkahwinan yang pertama. Jin mengeluh. Wajah Eunmi bermain di mindanya, gadis itu pasti tahu hari ini adalah harinya.

"Wah, ini perkahwinan dia yang kedua," Kata Namjoon dengan berminat. "Kalau dia ada anak apalah agaknya anak dia akan rasa?" 

"..." Jin kembali menutup wajahnya menggunakan kusyen.

Kelahiran Eunmi dari darah daging Oh Sangmin dan Kim Eunji memang di rahsiakan dari pengetahuan dunia luar. 

 

 

Kaki Eunmi perlahan-lahan melangkah masuk dewan perkahwinan mewah tersebut. Yura di belakang mengekori langkah Eunmi yang sekejap cepat dan sekejap perlahan itu. Eunmi memandang kiri dan kanan mencari laluan ke ruang di mana pengatin akan menunggu dan menangkap gambar bersama rakan-rakan atau keluarga.

"Cik muda, tak apa ke kalau kita main masuk tanpa kad undangan?" Tanya Yura dengan nada yang berbisik.

"Shh," Eunmi meletakkan jarinya pada bibir menyuruh Yura diam.

Mereka berdua berterusan mencari. Yura sedikit terpaku kerana terdapat beberapa selebriti yang sangat terkenal. Matanya bersinar apabila ternampak Ji Changwook, pelakon lelaki yang di minatinya. Kemudian, dia terserempak dengan pelawak, Oh Nami. Yura sedikit kagum dan teruja kerana dia belum pernah berada di tempat yang di penuhi dengan selebriti. Apabila matanya terpandang Eunmi, senyuman di wajahnya sedikit pudar dan dia baru teringat tujuan utamanya ke sini. Wajah Eunmi yang nampak tenang tidak dapat membuatkan Yura meneka sama ada dia sedang bersedih ataupun gembira di atas perkahwinan Eunji. 

"Cik muda..." Panggil Yura dengan lembut.

Eunmi tiba-tiba sahaja berhenti secara mengejut membuatkan Yura terlanggar belakang Eunmi sedikit. Dia dengan pantas menunduk hormat berkali-kali sambil meminta maaf akan tetapi tidak mendapat apa respon dari Eunmi. Yura memandang sekelilingnya, baru di sedar yang di sini terdapat ramai orang. Eunmi pula masih lagi memandang hadapannya. Yura mencuri pandang di celah-celah Eunmi. Seketika kemudian, barulah dia faham. Keluhan berat di lepaskannya. Wajah bahagia Eunji menjadi tontonan mereka berdua. Entahlah, Eunmi tidak tahu apa perasaannya ketika itu kecewa, marah, sedih, gembira dan bangga bercampur baur di sudut hatinya. 

"Eunji, tak sangka dah umur macam ini pun masih lagi ada orang berminat," Kata Choi Jiwon.

Eunji ketawa. "Itulah jodoh namanya,"

"Perkahwinan kau kali ini memang meriah, semua media sangat berminat dengan perkahwinan kau ni," Hyojin memegang bahu Eunji.

"Lagipun, suami kau yang ini memang kacak dan sangat manis! Patutlah kau boleh tertarik!" Puji Jihyun.

"Eh, kau ni mana ada," Eunji malu-malu pula apabila dia teringat kali pertama dia bertemu dengan suaminya.

"Cik sekalian, pandang kamera!" Arah kamera man majlis perkahwinan tersebut. 

Mereka berempat terus membetulkan posisi duduk dan baju. Nak nampak cantik dalam gambarlah katakan. Mereka berempat tersenyum lebar memandang kamera. Kemudian, senyuman pada wajah Eunji pudar apabila seorang gadis yang di kenalinya berada di belakang kamera man memandang tepat ke arahnya. Mereka berdua berpandangan. Perlahan-lahan bibir Eunmi mengukirkan senyuman. Mata Eunmi berkaca. Dia mengaggukkan kepalanya perlahan-lahan dan memusingkan badan berjalan pergi. Eunji bangkit dari tempat duduknya.

"Apasal kau ni, Eunji?" Tanya Hyojin bersama kerutan dahi.

"Aku..."

"Cik Eunji, kenapa cik tak senyum dalam gambar ni?" Kali ini kamera man bertanya. 

Eunji terus mengelengkan kepala dengan pantas. Kedua-dua kepalanya di pegang. Ketiga-tiga kawannya mula mengelilingi Eunji. 

"Eunji kau okay ke? Kau gementar sangat ke?" Jiwon menepuk lembut belakang badan Eunji. 

"Dia datang... dia datang..." Kata Eunji dengan tergagap-gagap.

"Siapa datang?" Jihyun mula memandang sekeliling. 

"Uh?" Eunji tersedar. "Tak ada siapa, aku saja nak berlatih lakonan," 

"Kau ni serius ke?" Jiwon menolak bahu Eunji.

"Boleh tak jangan nak bergurau!" Marah Hyojin.

"Hish, aku ingat kau rasa sakit tadi," Jihyun memegang dadanya sambil mengeluh lega.

"Hahaha, aku gurau je," Ujar Eunji.

"Okay, mari tangkap gambar semula," 

Mereka berempat ke posisi asal semula. Eunji sedaya upaya mengukirkan senyuman. Namun, matanya melilau-lilau mencari Eunmi. Akan tetapi, tiada lagi bayangan Eunmi. Gadis itu hilang di dalam lautan manusia. Keluhan berat di lepaskan Eunji. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan anak perempuannya. Kini, Eunmi adalah anak gadis yang sudah besar. Secara jujurnya, dia rindukan panggilan 'mama' Eunmi. Dalam ingatannya, hanya wajah kanak-kanak Eunmi sahaja menjadi hiasan kerinduannya kerana dia tidak di benarkan berjumpa dengan Eunmi lagi selepas bercerai. Apabila melihat Eunmi sudah membesar, dia berasa sangat sedih kerana dia tidak berada di sisi Eunmi selama gadis itu membesar. 

 

 

Eunmi sekali lagi mengeluh. Wajah kegembiraan Eunji menghiasi benam fikirannya. Air mata yang sangka akan jatuh bercucuran tidak pula mengalir. Tapi hati dapat dirasakan seperti di carik-carik. Eunji tampak begitu gembira dan bahagia di dalam gambar perkahwinan dia bersama Taejun berbanding dengan Sangmin. Adakah kelahirannya hanyalah kesilapan perkahwinan Eunji dan Sangmin? Jika benar dia di sayangi mereka sudah pasti mereka akan bersama sehingga kini dan Eunmi juga tidak akan mempunyai masalah kompleks hubungan di antara dia dan papanya. Langkahnya semakin perlahan. Yura hanya memerhatikan gerak-geri Eunmi. Gadis itu tampak kecewa dan sedih setelah keluar dari dewan per

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.