Chapter nine

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Keesokkan harinya, awan gelap mula menyelubungi langit yang cerah. Hujan mulai turun renyai-renyai seperti dapat menjangkakan hari ini adalah hari yang menyedihkan. Jin memayungkan Eunmi. Jaehyun mengesat air matanya yang membasahi pipi. SinB dan Binnie memandang dinding yang memaparkan gambar Saeyoung. Jackson membaca dinding tersebut tertara 'Di sini tinggalah memori Ahn Saejin'. Semua orang menundukkan kepala.

"Saya dah pesan dekat dia kerja mafia ni kerja yang bahaya dia tetap berdegil nak buat juga," Saena adik kepada Saejin aka Saeyoung merenung gambar abangnya yang tersenyum di dinding memorial itu. Wajah Saeyoung bermain di fikiran. "Disebabkan nak balas budi baik, Tuan Oh Sangmin. Dia sanggup menyertai mafia,"

Eunmi memandang Saena di sebelahnya. Gadis itu mengesat air mata yang mengalir. Saena yang sedar dirinya di pandang membalas semula pandangan Eunmi.

"Saya tak boleh salahkan awak atas permegian dia. Ini takdir Tuhan," Saena tersenyum walaupun jelas sekali senyuman dia sangat di buat.

Eunmi mengeluh. Matanya memandang simen lantai di bawah kakinya. "Maaf," ngumam Eunmi.

"Tak perlu, abang tetap akan jalankan tugasan dia walaupun bahaya. Itulah Ahn Saejin, mana pernah nak dengar cakap orang," Saena menolak rambut hadapannya ke belakang. 

"Walaupun saya tak berapa kenal dia tapi saya dapat rasakan yang dia seorang yang taat dan bersungguh-sungguh," Eunmi menepuk bahu Saena. "Juga sangat menyayangi adiknya,"

Saena mengagguk. "Dia memang jenis yang macam tu,"

Jin mencelah. "Tambahan pula, Saeyoung memang seorang detektif yang hebat. Mata dia yang tajam tu boleh kesan bukti yang kecil," Celah Jin.

"Oh begitu," Jawab Eunmi pendek.

"Tunduk hormat!" Arah Jin.

Lantas, ke semua ahli Black Mask menunduk hormat. Tanda penghormatan terakhir buat Saeyoung. Jasa Saeyoung kepada Black Mask tak akan sekali di lupakan.

"Di sini, perginya seorang lagi ahli Black Mask yang berdedikasi. Dia bukan sahaja seorang yang pakar tapi juga keluarga kepada kami. Pemergian Ahn Saeyoung, dapat kami rasakan. Semoga tenang di sana," Ucap Jin.

"Selamat tinggal!" Ucap ahli Black Mask serentak.

Apabila selesai, Eunmi masih lagi berdiri di situ memandang tempat memorial Ahn Saejin. Selagi dia tidak bergerak, selagi itu Black Mask tidak boleh beredar. Hujan mulai lebat, Jin memeluk bahu Eunmi melindungi gadis itu dari terkena hujan kerana payung yang mereka gunakan agak kecil. 

"Baiklah, mari kita beredar," Eunmi memusingkan badan ke belakang dan berjalan dahulu.

Satu-persatu ahli Black Mask berdear. Tinggalah Saena seorang diri menangis. Eunmi pula hanya melihat. Saena yang dahulunya mempunyai seorang abang kini tinggal seorang diri. Abangnya sahaja sentiasa berada di sisi selepas kematian kedua-dua ibu bapanya. Kesuyian yang Saena rasai adalah lebih perit berbanding kesunyian yang Eunmi rasai. Eunmi memasuki kereta. Enjin kereta di hidupkan dan memulakan perjalan. Eunmi seperti biasa hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Keluhan berat di lepaskan. Hujan yang membasahi bumi seperti bersama-sama berkongsi air mata. 

"Saya nak jumpa Yura," Kata Eunmi pada Jin yang sedang memandu.

"Ya?" Jin seakan meminta Eunmi mengulang semula kerana dia tidak fokus. 

"Bawa saya ke hospital. Saya nak jumpa Yura," Arahnya.

"Menurut perintah, Cik muda," Jin membelokkan kereta menukar jalan.

 

 

Yura menghirup secawan koko panas memandangkan hari ini hujan yang sejuk. Dia membaling pandangannya ke luar tingkap, hujan lebat di luar. Tiba-tiba wajah Saeyoung terbayang di mindanya. Yura masih lagi tidak percaya bahawa lelaki yang bernama Saeyoung itu telah pun pergi buat selamanya. Saeyoung, kenapa dia sudah lama tidak bersua muka dengan Saeyoung? Yura kemudian memandang koko panas di tangannya. Teringat sewaktu kali pertama dia dan Saeyoung bertemu, kenangan yang paling manis dan kelakar sekali. Air mata Yura mengalir, tanpa di sedari air matanya termasuk ke dalam koko panas. Saeyoung, kenapa kau tinggalkan aku? Air mata Yura semakin deras apabila terfikirkan yang dia tidak dapat bersama-sama Saeyoung buat kali terakhir. Dia tidak dapat melihat wajah senyuman Saeyoung buat kali terakhir. Guraun hambar lelaki itu juga tidak dapat dia dengari lagi. Dia tidak dapat menyetuh Saeyoung buat kali terakhir. Langsir wad Yura di tarik laju oleh seseorang. Wajah Eunmi yang tenang bersama Jin di sisi menyapa Yura yang sedang menangis.

"Hei, Yura? Awak menangis ke?" Eunmi menarik kerusi yang berada di sebelah katil Yura.

Yura dengan pantas mengesat air matanya. Cawan koko panas yang di pegang tadi terjatuh akibat kelam-kabut ingin mengelap air mata yang mengalir. Yura mengadu kesakitan apabila air panas tersebut mengenai tangannya. Eunmi terus mengambil tisu lalu di basahkan dengan air sejuk. Jin pula mengakat cawan yang berada di atas riba Yura. Selimut Yura yang mengenai koko panas pun dengan segera di tarik ke tepi. Pergelangan tangan Yura di pegang Eunmi. Tangan Yura yang melecur di balut dengan tisu yang di basahi air sejuk oleh Eunmi.

"Ouch," Adu Yura bersama linangan air mata.

Eunmi memandang Yura. "Tulah, jangan kelam-kabut sangat! Tengokkan dah cedera, tangan kiri awak tu dahlah patah," Marah Eunmi.

Yura mengetap bibirnya. "Maafkan saya, cik muda," Yura menundukkan kepala. "Saya gembira cik muda selamat," 

"Saya gembira yang awak pun selamat," Balas Eunmi. "Kenapa awak menangis?" Tanya Eunmi. Tangan Yura di usap lembut Eunmi buat kali pertama.

"Tak adalah, mata masuk habuk," Tipu Yura bersama senyuman.

"Tipu! Itulah alasan yang paling ketinggalan zaman sekali!" Eunmi menjengil.

Yura ketawa kecil apabila melihat Eunmi menjengil. "Hari ini pengembumian Saeyoungkan?"

Suasana menjadi sunyi buat seketika, hanya bunyi doktor dan beberapa orang pesakit kedengaran. Jin memandang Eunmi yang masih lagi merenung Yura. Yura pula membalas renungan Eunmi.

"Dari mana awak tahu?" Eunmi mengeluh.

"Binnie bagitahu dan mestilah saya kena tahu,"

"Ya, hari ini hari pengembumian Saeyoung. Semuanya berjalan lancar," Jin yang berada di belakang Eunmi menjawab.

"Begitu," Yura tersenyum pahit. "Jadi bolehlah saya masuk kerja besok?" 

"Awak jangan nak mengarut!" Eunmi melepaskan tangan Yura. "Awak baru sahaja masuk hospital semalam dah nak sambung kerja besok. Awak tu cedera parah, mana boleh bertugas," 

"Tak nak, saya tak nak," Yura mula kedengaran seperti budak-budak yang mula merengek. "Saya kena kerja, saya nak kerja juga supaya saya tak terfikirkan pasal Saeyoung!" Yura mengeleng berkali-kali.

"Siapa Saeyoung di mata awak?" Eunmi agak sedikit terkejut mendengar.

Yura memegang dahinya. "Maaf, cik muda. Saya teremosi,"

Nampaknya seperti Yura tidak mahu menyatakan siapa Saeyoung padanya. Eunmi perlahan-lahan menggagukkan kepala faham. 

"Awak mesti bosan tinggal sini, saya akan arahkan Soojin teman awak," Eunmi menongkat dagunya.

"Tak perlulah, Cik muda. Lagipun, ada seseorang yang akan teman saya memandangkan dia akan cuti penggal," Yura menolak pelawaan Eunmi.

"Siapa?" 

Baru sahaja ingin bertanyakan siapa, pintu wad Yura terbuka luas. Saena masuk bersama sebakul buah-buahan dan makanan. Dia membulatkan mata apabila menyedari Yura mempunyai tetamu. Dia dengan pantas menunduk hormat pada Eunmi. 

"Oh, saya tak tahu pula cik nak ke sini," Saena ketawa dengan janggal.

"Awak tak cakap pun awak nak ke sini, kalau tak saya boleh tumpangkan," Tutur Eunmi pula. 

"Saya tak nak menyusahkan cik pula kalau cik tak ke sini," bakul penuh makanan dan buah di letakkan atas meja kecil. 

Jin melirik ke arah jam tangannya. "Cik muda, cik ada kelas tengah hari ini,"

"Oh ya," Eunmi bangkit dari tempat duduknya. "Duduklah, Saena. Saya pulang dulu, cepat sihat Yura dan bertabahlah Saena,"

Mereka berdua mengagguk serentak dan menunduk hormat. Pintu wad di bukakan Jin untuk Eunmi, gadis itu melangkah keluar dengan perlahan. Nampaknya, banyak yang dia perlu belajar untuk lebih mengenali ahli Black Mask yang lain. Eunmi menghulurkan tangannya pada Jin. Jin pula mengerutkan dahi kerana tidak mengerti. 

"Saya nak alat komunikasi Black Mask awak, saya perlu panggil I.M,"

Jin mengeluarkan alat komunikasi Black Mask. Nombor I.M di dail, hanya beberapa deringan I.M mengakat. Eunmi mengerutkan dahi apabila mendengar suara I.M yang nampak seperti gembira.

"Yo, ketua. Aku memang dah rancang nak telefon ketua pun, ada perempuan nak setkan date dengan ketualah lepas aku tunjukkan gambar ketua kuikuikui," Ketawa I.M dengan ceria.

"Im Changkyu, begini ke awak buat tugasan awak?" Eunmi bernada tegas.

Changkyu berada di markas Black Mask sedang menjongket kerusi terjatuh dari kerusinya apabila suara yang di dengari sangat di kenalinya. Mark dan Jackson yang menaip pada komputer cuba memecah masuk komputer syarikat YU memandang I.M yang terjatuh. I.M mengosok-gosok kepalanya yang sakit akibat terhantuk dengan meja apabila cuba untuk bangun. Dia cuba memandang skrin telefonnya, memang tertera nama 'Ketua' di skrin telefon tapi kenapa pula cik muda yang menjawab?

"C—Cik muda," I.M mula berpeluh.

"Hei, Im Changkyu!" Jerit Eunmi. Jeritan Eunmi mengejutkan para doktor, nurse dan pesakit di situ. Jin juga turut terkejut memegang dadanya. "Kita baru sahaja kehilangan salah seorang ahli kita dan saya ingatkan awak semua sedang bersedih? Ni siap setkan date dengan Seokjin?!" Eunmi berjalan meninggalkan Jin di belakang.

Jin yang mendengar namanya di sebut menepuk dahi. I.M apa pula yang kau buat kali ini? Dia terus mengekori pantas langkah Eunmi.

"Bu—Bukan begitu, Cik muda! Saya cuma bergurau!" I.M mengigit kukunya ketakutan kerana ini pertama kali dia di marahi Eunmi.

"Awak ingat saya ni cukup lembap ke?!" Marah Eunmi. "Saya malas nak panjangkan, saya nak awak hantarkan saya semua sejarah hidup ahli Black Mask termasuk awak! Kalau awak cuba mengubah apa-apa sejarah kehidupan awak memang nahas awak kena dengan saya," Eunmi memberi amaran. "Jangan bagitau sesiapa saya minta ni,"

"Menurut pe—perintah, Cik muda!" I.M menabik hormat walaupun Eunmi tidak dapat melihatnya. Tergagap-gagap I.M bertutur.

Eunmi mecampakkan alat komunikasi Black Mask kepada Jin semula. Nasib baik Jin cekap menangkap benda cuba kalau benda tu jatuh pecah? Memang habislah dia. Jin menekapkan alat komunikasi Black Mask pada telingannya. Jelas sekali yang Eunmi lupa untuk mematikan panggilan. Eunmi kini sudah jauh dari Jin. Jin pula terhengeh-hengeh mengekori langkah Eunmi.

"Apa kau buat?" Marah Jin separuh membisik.

"Huish, ketua. Seramnya pertama kali aku di marahi cik muda. Rasa nak menangis," I.M mengeluh lega apabila bukan lagi Eunmi yang berbual dengannya.

"Kau ni buat lawak ke nak menangis? Apa cik muda suruh kau buat?" Tanya Jin.

"Maaf, Ketua. Aku tak boleh bagi tahu kalau tak nahas aku," I.M sudah pun terbayang hukuman yang bakal Eunmi berikan jika dia melanggar perintah.

"Aku dengar kau setkan date untuk aku? Kau memang nak mati ke?!" Kali ini, Jin pula yang meninggikan suara. Orang di sekeliling mula memandang.

Huhuhu, apalah nasib kau I.M kena marah dalam masa satu hari. "Maaf, ketua. Aku akan batalkan," Keluh I.M.

"Jumpa kau sekejap lagi," Jin mematikan panggilan dan terus berlari mengejar Eunmi.

I.M memandang alat komunikasinya. Dia terus meletakkan kepalanya di atas meja. Kerusi beroda yang di duduki Wonho terus di tolak ke arah I.M. Air minumannya di sedut sambil melihat I.M yang dalam keadaan 'despair'.

"Apa hal? Kena marah dengan ketua ke?" Soal Wonho.

"Cik muda, telefon aku guna telefon ketua," I.M mencebik.

Hampir tersembur air Wonho. "Habislah kau," 

"Memang habis pun!" 

 

 

Eunmi ke luar dari kelasnya. Kelasnya habis awal daripada jangkaannya. Telefon pintarnya yang baru di tekan-tekan apabila dia menerima mesej daripada I.M. Dalam masa satu hari, cepat sahaja Eunmi mendapat telefon baru. I.M telah menghantar beberapa maklumat mengenai ahli Black Mask. Memang pantas kerja I.M, Eunmi membaca satu-persatu sambil kakinya menuju ke perpustakaan Universitinya. Memandangkan masih banyak lagi masa untuk waktu kelas seterusnya baik dia pergi ke perpustakaan. Dia menyelak-nyelak setiap muka surat e-book di dalam telefon pintarnya. Begnya di letakkan pada satu kerusi yang kosong. Matanya masih lagi tidak lengkang membaca, walaupun kakinya kali ini melangkah ke rak buku untuk mencari buku. Mana satu yang dia mahu baca sebenarnya? 

Eunmi menyandarkan diri pada rak buku sastera. "Park Yura adalah tunang kepada Ahn Saejin..." Sebut Moonbyul. Patutlah Yura begitu sedih. Eunmi mula menyelak sejarah kehidupan Saeyoung. "Tuan Besar Oh Sangmin telah menanggung perbelanjaan pembelajaran Saena adik Saejin. Dia juga pernah menyelamatkan Saejin dan Saena daripada menjadi dagangan manusia," 

Eunmi mengeggam telefon pintarnya. Setiap kali dia menyelak semua sejarah kehidupan ahli Black Mask. Semuanya sedih terlalu sedih, ada sesetengah dari mereka kehilangan keluarga akibat di bunuh. Bila melihat sejarah mereka memasuki Black Mask semuanya di atas jasa Oh Sangmin. Eunmi mengeluh, baru dia sedar yang hampir ke semua ahli Black Mask terhutang budi dengan Sangmin. Sangmin telah banyak berjasa pada mereka. Termasuk I.M, lelaki itu di buang oleh keluarga angkatnya yang gila judi dengan alasan I.M mengaggur sedangkan dia masih lagi di bangku sekolah menengah rendah. Dia tiada arah tuju dan pernah berkali-kali di belasah gangster jalanan. Akhirnya dia terserempak dengan Sangmin dan Sangmin memberikan dia peluang perkerjaan. Manakala, SinB pula hampir di 'lelongkan' oleh bapa saudaranya sendiri. Sangmin terus membeli SinB dan juga memberikan wang untuk SinB menanggung hidup. Dia di berikan kebebasan, tapi SinB memilih untuk berkhimat pada Sangmin dengan menjadi mafia. 

"Hidup mereka lebih menyedihkan berbanding aku," Eunmi mengeluh. Dahinya di picit-picit. Dia selalu rasakan hidupnya kucar-kacir dan sangat menyedihkan ternyata dia silap sentiasa tersilap. Kali ini, Eunmi menyelak sejarah Jin pula. "Seokjin bekas ajen rahsia?!"

Baru sahaja ingin menyelak lagi satu muka surat. Tiba-tiba dia dapat rasakan bayangan hitam menghalang cahaya lampu. Eunmi mengakat kepalanya cuba melihat siapakah manusia yang berdiri di hadapannya. Riak muka Eunmi berubah dari tenang ke penuh kemarahan. Dialah lelaki yang paling Eunmi tidak mahu langsung berjumpa sejak kejadian semalam, Park Jimin. Jimin memadang Eunmi, matanya melilau sekitar wajah Eunmi yang masih lagi ada kesan luka walaupun telah di tutup dengan make-up.

"Eunmi awak okay ke?" Tanya Jimin bersama nada yang risau.

"Kau nampak macam aku okay ke?" Jeling Eunmi sambil menyilang tangannya. "Dan macam mana kau masuk ke sini? Kau bukannya pelajar universiti ni, kalau nak masuk pun kau perlukan kad pelajar," Soal Eunmi bersama nada yang malas nak layan.

"Eunmi, saya tahu awak marah pasal semalam. Saya tak bermaksud nak buat semua tu," Jimin cuba meraih

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.