Chapter Fifthteen

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Jimin meredah masuk syarikat penyiaran SBS apabila di halang. Pengawal-pengawal tersebut terus mengekori Jimin walaupun Jimin menolak kasar mereka.

"Encik, Encik tak boleh buat begini!" Ujar Pengawal tersebut. 

Jimin tidak mengendahkannya. Hampir ke semua pintu bilik persalinan pelakon di bahagian untuk pengambaraan di bukannya. Semua pelakon yang berada di situ terkejut besar apabila Jimin membuka pintu secara tiba-tiba tanpa ketuk terlebih dahulu. Pengawal tersebut menarik bahu Jimin namun di tepis kasar. Jimin membesarkan langkahnya agar tidak dapat di capai pengawal tersebut. Dia akhirnya terhenti di sebuah bilik tertera nama 'Kim Eunji'. Pintu bilik tersebut terbuka luas. Eunji dan Song Joongki sedang membincangkan tentang dialog mereka terhenti apabila Jimin menerjah.

"Siapa benarkan kau main masuk?!" Juru solek Eunji memarahi Jimin. 

"Park Jimin?" Sebut Eunji.

"Nuna kenal ke?" Joongki meletakkan skripnya di atas meja solek. 

"Ya, nuna kenal," Eunji bangkit memusingkan kerusinya menghadap Jimin. "Apa yang kamu buat di sini waktu begini?" Eunji melirik ke arah jam. Jam tepat pada pukul 9:30 malam.

Pengawal tersebut memasuki bilik persalinan Eunji. Dia membetulkan topinya yang senget kerana berlari ke sini.

"Maafkan kami, Puan Eunji. Kami akan bawa keluar orang luar ini," Ucapnya.

"Jangan sentuh aku," Jimin menarik lengannya dari pegangan pengawal tersebut. "Kita perlu bercakap sebentar, Aunty. Ini kecemasan," 

Eunji merenung Jimin buat seketika kemudian dia beralih pada mereka yang berada di dalam bilik persalinannya. "Boleh tinggalkan kami sebentar,"

Mereka mengerti tanpa banyak bertanya terus meninggalkan bilik persalinan. Apabila keluar sahaja mereka semua. Jimin mengunci pintu bilik. Dia juga melihat dari celah-celah bawah pintu bilik persalinan jika ada sesiapa yang cuba mencuri dengar.

"Jangan risau pintu tu kedap bunyi," Ujar Eunji. 

"Oh, begitu," Jimin bangkit lalu menepuk-nepuk tangannya membuang debu yang terlekat.

"Jadi kenapa kamu ke mari dalam keadaan tergesa-gesa?" Tanya Eunji mengambil tempat duduknya. 

"Eunmi dia dalam masalah. Dia dah di culik," Tutur Jimin.

Air muka Eunji berubah. "Dia di mana sekarang?!" 

"Itu saya tak pasti. Saya baru sahaja dapat panggilan darinya. Dia kedengaran takut dan mengigil. Dia sendiri juga tak tahu dia di mana," Jawab Jimin.

"Sekejap kenapa dia telefon kamu dan bukannya ahli Black Mask?" Soal Eunji. 

"Mungkin mereka tak dapat di hubungi sebab itu dia tiada cara lain," Teka Jimin.

"Bagi nombor yang dia telefon kamu tadi. Aunty akan jejak lokasi dia," Eunji menghidupkan telefonnya semula.

"Baiklah," Jimin terus menaip-naip menghantar nombor tersebut pada Eunji.

Eunji kaku. Ada beberapa panggilan tidak terjawab terpapar pada skrin telefonnya. Nombor tersebut sama dengan nombor yang di beri Jimin. Jantungnya luruh. Dia tiada sewaktu anaknya perlukan bantuan. Terasa seperti ingin menangis tatkala melihat miss call tersebut. Nombor telefon PA di dail Eunji. 

Telefon Jimin berdering. Tanda mesej masuk. Nombor telefon yang di gunakan Eunmi menelefonnya tertera pada penghantar mesej tersebut.

'Memang dalam perancangan aku. Semuanya berjalan lancar. Memang aku sengaja tinggalkan telefon aku untuk dia hubungi penyelamat. Tapi dia hubungi penyelamat yang paling dia percayai,'

Kemudian, mesej kedua masuk.

'Risau?'

Jimin membalas mesej tersebut. 'Siapa kau?'

'Manusia, manusia yang inginkan keadilan,'

Jimin mendegus. Dia memandang Eunji yang masih lagi di telefon pintarnya membuat panggilan. Barangkali sedang bercakap dengan anak-anak buahnya. Jejak nombor telefon tersebut tidak dapat di kesan membuatkan Eunji lebih geram. Jimin mengeluh berat. Satu deringan lagi masuk.

'Cuba nak jejak lokasi aku ke? Maaflah tapi dah sekat semua akses melalui nombor telefon dan internet aku,'

Jimin mengigit bibirnya. Dia sangat bijak. Penculik ini terlalu bijak dengan teknologi. Dia pasti bukan calang-calangnya.

'Aku tak tahu apa masalah kau dengan Eunmi. Tapi aku akan pastikan kau merempat dalam penjara,' jari-jemari Jimin sangat tangkas menaip penuh amarah. Rasanya skrin telefon pintarnya boleh rosak dengan cara dia menekan.

Dalam beberapa saat mesej Jimin terbalas. 'Semoga berjaya,'

Panas pula hati Jimin. Satu lagi mesej masuk.

'Mari main satu permainan, hadiahnya ialah Oh Eunmi,'

Jimin menjengilkan mata.

'Pertunjuk #1 lokasi : di mana bermulanya kehidupan hijau yang baru, namun ianya tidak lagi menjalar seperti kebiasaannya. Semuanya kosong kecuali batang yang di berikan petanda ada lagi kehidupan di dalam,'

Jimin menyengetkan kepala. Dagunya di usap-usap menggunakan jari.

"Aunty, saya dapat mesej daripada penculik!" Panggil Jimin. 

Tangkas Eunji beralih pada Jimin. Dia memandang skrin telefon Jimin. Ding! Satu lagi mesej masuk.

'Pertunjuk #2 : (0II + tik tok BOOM! = X—X,'

Eunji dan Jimin menjadi lebih keliru.

'Pertunjuk #3 : Under HQ Urgent Management,'

'Itu sahaja pertunjuk yang aku akan berikan. Aku percaya yang Eunmi dah bagi pertunjuk yang lebih detail aku tinggalkan untuk dia. Lokasi dia akan senang kau jejaki,'

Jimin menaip. 'Kau jangan mengarut. Petunjuk begitu tak jelas!'

'Apa-apa sahajalah. Kau di berikan 36 jam untuk mencari Eunmi,'

'Gila, itu tak cukup!'

'30 Jam,'

Jimin dan Eunji memandang sesama sendiri. 

'48 jam,' Balas Jimin.

'24 Jam,'

Semakin Jimin merayu semakin berkurang jangka masa. 

'Baiklah, 36 jam!' Taip Jimin dengan geram.

'Tak, 24 jam. Bermula sekarang. Semoga berjaya,'

Itulah mesej terakhir yang di berikan penculik tersebut. Jimin mengusap wajahnya. Dia tak patut 'tawar-menawar' jangka masa. Jimin cuba menelefon penculik tersebut. Namun, talian telah di matikan. Wow, itu sangat pantas. 

"Jimin, kamu bawa keretakan?" Tanya Eunji.

"Ya?" 

"Kita pergi sekarang," Eunji terus mencapai beg tangannya dan berlari ke luar bilik persalinan.

"Eh? Tapi kita tak tahu lokasinya lagi!" Jimin mengejar langkah Eunji yang pantas itu.

"Eunji, kau nak ke mana?" Soal Chorong, kawan baik merangkap manager Eunji.

"Aku ada hal, batalkan semua schedule aku hari ini," Arah Eunji.

"Hari ni kau ada perjumpaan pembacaan skrip dengan Pengarah Kim Mookbong! Dia pengarah terbaik Korea Selatan, kau tak boleh buat macam ni!" 

"Aku tak kisah,"

Eunji meneruskan langkahnya. Jimin masih lagi mengekori Eunji. Dalam fikirannya, Eunji macam tahu-tahu sahaja mana keretanya. 

 

 

Seorang pengawal berbaju biru gelap berjalan kehulur-hilir di hadapan penjara Jin dan Yerin. Yerin sudah pun tertidur memandangkan waktu malam sudah menjelma. Jin pula hanya menyandarkan diri pada dinding memandang pengawal tersebut kehulur-kehilir. Kemudian, pengawal tersebut memukul penjara Jin.

"Tidurlah, kalau kau cadang nak larikan diri dari sini tak akan berjaya," Sengihnya.

"Okay," Jawab Jin dengan senyuman.

Pengawal tersebut mengerutkan dahi. Terasa sangat curiga dengan Jin. Tiba-tiba leher pengawal tersebut di peluk seseorang dengan pantas dari belakang dan di pukul pada bahagian leher agar pengawal tersebut pengsan. Perlahan-lahan badan pengawal tersebut di letakkan pada atas lantai. 

"Lambat," Kata Jin.

"Maaf, Ketua. Ada banyak masalah di pangkalan," L mencabut topi pengawal keselamatannya.

"Aku dah agak korang tetap akan datang. Hebat juga korang pecah masuk kawasan yang paling di kawal rapat ni," Sengih Jin.

"Tengoklah siapa," L berbunyi bangga. 

"Status kedudukan Black Mask," Arah Jin. Dia menendang pintu pagar penjaranya.

L terkejut. Boleh terbuka? Buat penat dia sahaja mengambil kunci pendua penjara ini di bilik utama. L mengeluh. Kalau tidak dia boleh datang sini lebih awal. Nampaknya Jin lebih bijak memecahkan pintu.

"Kumpulan A di bahagian bawah bangunan sekali bersedia untuk melindungi kita untuk keluar dari sini. Manakala, kumpulan B semua sudah terkumpul di dalam bangunan di tingkat ini untuk mengiringi ketua keluar dari sini tanpa jejak," Terang L. Dia menyerahkan sesuatu pada Jin. "Ini alat komunikasi baru ketua, I.M buat yang baru dalam masa yang sama dia tambahkan penambah baikkan alat komunikasi ketua,"

"Macam mana korang masuk sini?" Tanya Jin.

"Kami jadi sebahagian dari mereka. Kami buat id palsu dan memasukkan maklumat kami di dalam sistem mereka. Kumpulan A jadi perkerja di dalam bangunan ini dan kumpulan B pula di daftarkan sebagai pelatih," Ujar L. "Maklumat kami di dalam sistem ejen rahsia akan terpadam sepenuhnya. Semua akan di reset semula menurut I.M,"

"Agak berbahaya cara korang ini tapi aku harap ia dapat melindungi identiti kita," Jin menyilang tangan. 

"Pasukan informasi maklumat Black Mask akan selesaikannya," 

"Bagus," Jin menendang pagar penjara Yerin. 

Ia mengejutkan L lagi sekali. Sistem penjara terus terpadam. Bunyi tit kedengaran. Yerin bangkit dari katilnya. Rambut yang berselerak di betulkan.

"Mari kita mulakan, Cik Yerin," Jin tersenyum.

"Aku hanya nak keluar dari sini," Yerin mengambil pistol dari pengawal tersebut lalu di tarik picu. 

"Sekejap, ketua kenal ke?" Tanya L.

"Aku akan terangkan nanti, mulakan operasi," Arah Jin.

L menganggukkan kepala. "Kod Kuning, ketua berada di tangan yang selamat. Mulakan operasi," L memberikan maklumat pada alat komunikasi Black Mask.

EunB yang berada di dalam kumpulan A menjadi ketua membimbing mereka. Dia menganggukkan kepala. "Arahan diterima,"

EunB memetik jari sekali lalu memberikan isyarat mata pada ahli kumpulan A. Mereka membuat tanda okay apabila menerima arahan. Manakala, kumpulan B di tingkat sama dengan Jin di ketuai oleh S.Coups. S.Coups menerima arahan dari L membetulkan tali lehernya bererti operasi bermula. L, Jin dan Yerin masih lagi di dalam bilik penjara tersebut. Yerin mengacukan pistol tersebut pada L. L apa lagi dia membulatkan mata. Satu tembakkan di lepaskan oleh Yerin. Rupanya Yerin menembak sistem kotak penjana elektrik di dalam penjara tersebut. Kiri dan kanan berkali-kali Yerin melepaskan tembakan. Bunyi siren kedengaran di seluruh bangunan. EunB dan S.Coups yang mendengar bunyi kecemasan tersebut keliru. Ini bukan perancangannya!

L menarik bahu Yerin. "Apa kau buat?! Nak buat kita tertangkap ke!" Marah L.

Yerin menolak kasar tangan L. "Jangan sentuh aku," Jelingnya. "Kau patut tanya ketua kau. Dia yang rancang semua ni,"

"Ketua...?" L memandang Jin.

Dia tampak tenang bersama senyumannya. Dia seperti sudah merancangnya. Jin menekan butang alat komunikasinya agar di dapat berkomunikasi dengan setiap anak buahnya yang berada di dalam bangunan ejen rahsia ini dan di pangkalan data. 

"Tutupkan alat komunikasi korang semua sebab ada yang telah memecah masuk dan mendengar rancangan kita melalui alat komunikasi ini," Arah Jin.

"Apa dia...?" Binnie kaku apabila mendengar arahan Jin.

"Ini memang rancangan mereka dari awal. Bila korang masuk dalam kawasan mereka bermaksud alat komunikasi kita telah di hack oleh mereka," Terang Jin. "Tapi mereka masih lagi tak tahu identiti kamu semua. Jadi, lindunginya. Berada di posisi masing-masing dan kita akan tukar plan ke UERC. Putus komunikasi sekarang," 

Dengar sahaja arahan, mereka menekan butang off pada alat komunikasi mereka. EunB mengeluh berat. Dia mengurut kepalanya. Ini tak mungkin tanpa mengunakan komunikasi agak sukar untuk mereka mengetahui kedudukan masing-masing dan status musuh. Mereka juga terpaksa mengunakan plan UERC. Satu-satunya plan kecemasan. EunB memandang ahli kumpulannya. Kemudian bahunya di tepuk oleh seseorang.

"Apa kau buat? Cepat pengkhianat tu dah melepaskan diri. Nampaknya dia tahu rancangan kita," Arah seorang perempuan berpakain serba hitam tersebut. Dia adalah salah satu perkerja ejen rahsia tersebut.

"Oh, ya," Jawab EunB. 

EunB mencapai senjata mereka. Ia agak ringan tapi kuasa dan kekuatan yang di miliki pistol seorang ejen rahsia sangat hebat. Kening kiri EunB terangkat apabila dua ahli kumpulan A berada berdekatannya. Dia menarik nafas dalam-dalam. 

"Unplanned Escape Red Code," Sebut EunB.

"Hah?" Ejen rahsia Jang yang terdengar bisikan kecil EunB mengerutkan dahi. 

"Halakan pada mereka," Arah EunB.

Binnie dan Zelo yang mendengar arahan EunB menekan butang. Bom kecil yang telah di letakkan pada lantai setiap meter meletup mengeluarkan asap putih. Isyarat telah di berikan. Mask muka hitam di pakai. Hoshi dan Leo menembak setiap kamera litar tertutup. Pasukan teknologi di pangkalan Black Mask menerima isyarat tersebut apabila kamera litar terpadam. Segala rakaman gerak-geri mereka di p

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.