Chapter one

Cik Muda, Cik Mafia?
Please Subscribe to read the full chapter

Jin mengeluh berat. Lengannya yang luka di balut dengan kain putih. Rasa sakitnya seperti di cucuk jarum yang tajam. Namun, di tahan bersama kerutan dahi. Dia bersandar pada sebalik dinding bangunan lama itu. Penat tahu tak, asyik lari sana sini untuk melindungi diri. Nafasnya di tarik dalam-dalam. Suasana di bangunan lama itu menjadi sunyi. Tiada lagi bunyi tembakan seperti tadi, mungkin kerana mereka semua sedang bersembunyi dan menunggu musuh menyerang dahulu. Mask mata berwarna hitam untuk menutup identitinya di betulkan.

"Bodoh ke apa diorang ni tunggu musuh serang dulu," Rungut Jin seorang diri. Pistolnya ditarik picu sedia untuk menyerang. Dia terlebih dahulu mencuri pandang sebalik dinding yang berlubang itu.

Tiba-tiba bunyi seseorang sedang meluncur masuk ke arah Jin mengejutkannya. Pistol terus di acukan pada lelaki itu.

"Eh, ketua! Ni aku, I.M!" I.M terus cuba melindungi dirinya takut-takut Jin tertembak.

Jin mengeluh lega. Dia sempat menjeling ke arah I.M. "Kau ni, boleh tak jangan buat aku terkejut! Kalau tak kau dah jadi arwah dah tadi!" Marah Jin.

I.M hanya menunduk. Dia mengaru-garu kepalanya yang terasa gatal. Tak berani hendak menjawab, karang tak pasal-pasal dia betul-betul jadi arwah di situ. Jin mencuri pandang sekali lagi.

"Laporan kedudukan musuh," Kata Jin yang masih lagi memerhatikan keadaan.

I.M bersandar pada dinding. "Dari arah kiri dan kanan terdapat dua orang musuh,"

Jin mengagguk. "Dia tahu tak aku di sebalik dinding ni?"

"Mereka tahu kedudukan, ketua," I.M mengeluh.

Jin memandang I.M "Mereka tahu tak kau ke sini?" Tanyanya.

"Tak, ketua,"

"Di mana kedudukan Leo?" Tanyanya lagi.

"Kedudukan Leo tidak jauh di sini. Dia berada di arah tenggara di mana musuh di bahagian kiri," I.M melihat jam tangan yang di ciptanya yang memberitahu kedudukan musuh mereka dan ahli black mask yang lain. 

"Laporkan pada Leo, masa untuk kita keluar," Jin menarik picu pistolnya. "Beraksi," Senyumnya.

Satu das tembakan di lepaskan oleh Jin kepada seorang musuh yang sedang menghendapnya di arah utara. Jatuh rebah seorang dengan mudah. Leo melompat keluar dari tempat persembunyiannya dan menembak salah seorang lelaki di arah kiri dan kanan dengan mudah. I.M terus melindungi ketuanya dari belakang agar tidak di serang musuh yang lain. Bermulalah sesi pertarungan yang lebih sengit, musuh yang lain mula keluar dari tempat persembuyian dan mula menyerang dengan tembakan. Jin sempat melindungi dirinya dari terkena tembakan. Dia berlindung di sebalik perabot yang mula di makan anai-anai. Berdas-das tembakan di lepaskan oleh Jin, I.M dan Leo.

Tiba-tiba telefon pintar Jin bergetar. Ah, biar betul ada orang telefon waktu sengit begini! Jin hanya tidak mengendahkan panggilan dan terus menyerang musuhnya. Banyak juga musuh yang muncul pada hari ini. Mark dan Jackson muncul menyertai pertarungan. Dua, tiga orang berjaya di tembak mereka. Sekali lagi, telefon Jin bergetar, lelaki itu hanya mampu mengetap bibir dan mengeluh dengan panjang. Dia melihat skrin telefon pintarnya. Panggilan dari cik mudanya. Serius ni! 

"Jackson!" Jerit Jin memanggil lelaki itu.

Satu das tembakan di beri musuh mereka apabila tenampak Jin. I.M terlebih dahulu bertindak menyerang lelaki itu sebelum dia cuba untuk melepaskan lagi das tembakan pada ketua mereka.

"Lindungi aku!" Arah Jin.

Jackson terus mengagguk. Dia berlari ke arah Jin dan membelakangi lelaki itu. Jin mengakat panggilannya.

"Apa yang buatkan awak lambat sangat nak angkat panggilan!" Tengking Oh Eunmi, cik muda aka minah mengada yang di gelarkan Jin.

Jin sedaya-upaya menahan marah. Dia memejamkan matanya.

"Cik muda, maafkan saya tapi saya tengah sibuk sekrang ini," Jin menoleh ke belakang melihat jika musuh menyerang. Menyedari musuh di hadapannya satu das tembakan di lepaskan.

"Apa tu? Awak dekat arked ke?!"

Aduh. Itu sahaja yang dapat Jin keluhkan. Ada ke patut pergaduhan sebenar dia anggap permainan di arked. Biar betul cik mudanya ini. Tiba-tiba musuh menyerang dari bahagian atas. Tangan Jin di tendang lelaki yang berparut itu. Pistol di tangan terlepas dan tercampak. Jackson cuba untuk melindungi Jin akan tetapi dia juga di serang pasangan lelaki itu. Jin di tumbuk pada wajahnya. Dia berlanggar pada dinding.

"Helo!" Jerit Eunmi.

"Saya akan telefon cik muda balik," Bisik Jin di hujung talian sebelum mematikannya. 

"Sempat lagi kau telefon orang?" Lelaki berparut itu mengeluarkan senapang dan di acukan kepada kepala Jin.

Jin hanya ketawa. "Aku ni pro bukan macam korang. Lembik tunggu musuh serang dulu," Jin tersenyum bersama renungan tajamnya. 

"Diam!"

Belum sempat menembak, Mark terlebih dahulu menembak lelaki berparut itu. Jin hanya tersenyum sinis. Dia perlahan-lahan berdiri tanpa belas kasihan pada lelaki yang sudah mati itu. Dia menendang lelaki itu berkali-kali hingga lebam-lebam dan mula melihatkan cecair berwarna merah keluar dari kepala. Jin tersenyum puas. Dia mengambil sapu tangan yang di berikan Leo padanya. Darah di bibirnya di lap. Dia memandang sekeliling bangunan yang telah di penuhi 'sampah masyarakat'.

"Laporan kedudukan musuh," Ujar Jin.

Ahli Black Mask yang lain membelakangi Jin dan mengelilingi lelaki itu bersiap sedia melindungi ketua mereka dari terkena serangan musuh yang masih lagi tinggal. I.M melihat jam tangannya.

"Kosong, tiada lagi kedudukan di kesan," Balas I.M.

Mereka semua meyimpan pistol ke dalam poket penyimpanan pistol apabila mendengar laporan terbabit. Jin mengambil pistolnya yang tercampak sebentar tadi. Telefon pintarnya di keluarkan dan di dial nombor Tuan Besar ataupun lebih di kenali Pengerusi Black Mask. Belum lagi bunyi deringan panggilan tersebut telah di angkat dengan pantas.

"Tuan, misi selesai," Jin memasukkan pistolnya ke dalam poket pistol.

"Bagus," 

Kemudian, panggilan di matikan. Jin meregangkan badannya. Terasa penat pula mengotorkan tangannya. Jin berjalan menuju keluar dari bangunan lama itu bersama ahli yang lain sebelum polis yang di panggil D.O sampai di situ. Kereta yang di sembunyikan di sebalik semak yang lebat di hidupkannya. Mark mengetuk cermin kereta tersebut.

"Weh, nak balik dah ke? Tak nak lepak dengan kitaorang sekejap lepaskan penat?" Tanya Mark.

Jin hanya mengeleng dengan senyuman senget. "Aku kena baliklah, Cik muda cari aku tadi. Dahlah tadi aku matikan panggilan dia mesti dia tengah naik angin sekarang ni,"

"Aduh, cik muda tu lagi? Susah betul kerja kau ni," Mark mengeleng.

"Tulah, lagi susah nak lawan dengan musuh,"

"Hmm, okaylah. Semoga berjaya dengan kerja kau ni," Ucap Mark sambil melangkah ke belakang.

"Okay, terima kasih atas 'sokongan' kau," Balas Jin acuh tak acuh sambil mencabut mask hitam di wajahnya.

Mark hanya ketawa. Kereta Jin di pecut laju meninggalkan kawasan tersebut.

 

 

Pang! Pintu bilik Eunmi di tutup dengan kasar. Angin yang di hasilkan oleh pintu tersebut terus menampar wajah Jin dan Yura. Siapa lagi kalau bukan Eunmi yang menutup kasar pintu tersebut. Jelas sekali yang dia sedang marah ataupun lebih di kenali oleh perkerjanya sebagai 'merajuk'. Huh, dasar anak manja! Jin mengetap bibirnya. Matanya di pejamkan dan keluhan berat di lepaskan. Yura apa kurangnya dia pun sama mengeluh. 

"Nampaknya, awak jelah yang kena 'pujuk' dia tu," Yura memegang dahinya.

"Aduh, nuna susahlah nak jaga 'baby' sorang ni," Rengek Jin.

"Macam mana tak susah. Dia tak dapat bermanja dengan papa dia tu, dia bermanja dengan kita pula," Yura memandang pintu bilik Eunmi.

Jin juga berbuat demikian. Hanya mampu memandang sahaja pintu tersebut. Sudah tiga hari dia berkerja sebagai butler Eunmi. Sewaktu berkerja dengan Eunmi selama tiga jam pun dia sudah tidak tahan. Kenapa dalam banyak-banyak manusia dalam Black Mask. Tuan Besar Oh pilihnya. Aduh. Nak ajar Eunmi tentang mafia pun dia tak sempat atau lebih tepat Eunmi asyik beri alasan. Dia tahu sangat yang Eunmi cuba mengelak dari belajar mengenai mafia. Nampaknya dia kena lebih tegas!

Pintu bilik Eunmi di buka luas. Wajah Eunmi yang di geruni pekerja lain menyapa mereka berdua. Tangan gadis itu disilang. Dia telah mendengar perbualan mereka berdua. Yura tersengih bersama Jin di sebelahnya. 

"Seronoklah ya, kutuk saya," Eunmi menyadar pada pintu.

Yura melambaikan tangannya bermaksud 'bukan'. "Eh, cik muda. Jangan salah faham. Kami sedang berbual mengenai anak sepupu saya. Dia sangat comel dan pipinya yang tembam," 

Eunmi tidak memberikan sebarang reaksi. Yura terus terdiam. Jin tidak mahu berkata-kata apabila menerima respon cik mudanya. Encik Woo muncul tepat pada masa yang agak tegang. Encik Woo adalah ketua butler keluarga Oh dan yang paling tua berkerja dengan mere

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
FluffyCats
[1/5/2017] Nmpknya sya mungkin prlu cri co-author utk tolong edit cerita sya. Supaya x tertngguh lagi nk update sbb sibuk,,,,

Comments

You must be logged in to comment
sihoseok #1
Chapter 17: That's all ? Sorry to say this but I expect more than this actually , igt happy ending ngan jin lool. No season 2 ? I saw this ff on wp tapi x complete so i tggu almost 2 years, then i found yg completed dkt asianfanfic but then the ending mcm ni je ke? It bcs i love this story sm but no season 2 ?????
mizzfiona_ #2
Chapter 17: Best la citer ni awk x patut biarkan tergantung sepi mcm ni..BTW,best citer x cliche ngat
kingbeta
#3
lets join akdong malay igrp ー( ´ ▽ ` )ノ : goo.gl/FetpC9
thankyou for taking the time to read this advertise.
AurinKiss #4
Chapter 18: Laa.. kan dah elok ja cerita ni berjalan? Tak kan awak nk biarkan begitu ja? Kalau nk biarkan chap. dengan cliffhanger tu, sya masih boleh terima tapi dh sampai discontinued,.. why is that? Tell me, why? I had been waiting for every updates from you and how could you assumed that WE wouldn't want to read it till the end? Have more trust in yourself, please.. Because I trust you and believed that you will still working on this story. I just like it so much. Pertimbangkanlah ya?
pikahbajet #5
Chapter 13: palli!!!!!! selamatkan eunmi...
pikahbajet #6
Chapter 10: wow.... so romantic you,jin yah....
pikahbajet #7
Chapter 7: wow... style gile jin ni...
didi_dongsaeng
#8
Chapter 9: Love your story! ?
AurinKiss #9
Chapter 13: Baiklah. Dh lma sngt sya x bca fanfic Malay. Sjujurnya sya taip, sya suka sngt crita awk. Ia membuatkn sya trasa nk shja buat fanfic Malay semula. Dh lma sngat asyik hook up dngan fanfic English kn? Tapi, sekirnya diperhatikn betul2, crita awk spertinya trdapat agenda2 malay drama di situ, ya? Therefore, the plots are nice and well organized. Honestly, I don't even think that it will go on this well. The sinopsis is quite an eye-catching too. Moreover, the writing style.. You used fluent malay and I like it. Well, I don't expect anyone to write with that style anymore because based on my observation, now a day authors chooses to used 'kampung-like' Malay speaking style to make the story funny. We do have lots of funny-to-hear accent or dialect, aren't we? Anyways, awk sngat berhati2 dn peka dngan pnggunaan tatabhasa dn ianya suatu ciri yg bagus bgi seorang author yg professional. That's all. Thanks for reading dn sekian, terima kasih.