chapter 7

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

"Nah, telan ni." Arah Kai sambil memberikan dua biji panadol ke tangan Minseok.

Minseok mengangguk lemah dan hanya menurut arahan Kai. Sudah masuk hari kedua Minseok mengalami demam panas sejak kematian Mr. Kibum dua hari lepas. Kai dapat lihat wajah Minseok agak pucat. Sesiapapun yang lemah semangat, pasti akan mengalami benda yang sama seperti Minseok.

Sudah tentu Kai pernah bertanya kenapa Minseok tetiba bertindak drastik sewaktu berada di tempat kejadian. Minseok sudah menceritakan pada Kai mengenai mimpi yang dia alami sebelum ini dan tidak disangka menjadi realiti. Dan, sewaktu dalam mimpi Minseok masih ingat lagi dia bukan sahaja menjumpai tulang-tulang di dalam perut patung serigala, malah dia terjumpa satu nota yang terselit dalam patung tersebut. Yang pasti, nota itu dari Serigala 88. Namun, menurut khabar dari pihak polis, mereka tidak menjumpai sebarang nota yang ditinggalkan di dalam perut patung lebih-lebih lagi di tempat kejadian.

Bukan itu sahaja, heboh satu sekolah selepas mendengar keputusan yang dikeluarkan oleh pihak polis baru baru ini. Kesemua tulang tulang di dalam perut patung serigala adalah sah milik Mr.Kibum. Menurut hasil siasatan, mangsa tersebut dipercayai dibunuh terlebih dahulu kemudian mayatnya dibakar dan direbus sehingga menjadi tulang lalu disumbatkan ke dalam patung Serigala sebelum patung tersebut dijahit semula. Setakat ini, pihak polis masih mempergiat mencari suspek tetapi malangnya tiada sebarang cap jari dan bukti pembunuh untuk kes Mr.Kibum.

 

Cuma, Minseok tidak pernah menceritakan tentang Chen kepada Kai. Entah kenapa bila setiap kali dia ingin buka mulut tentang Chen, mulutnya seakan terkunci; hatinya rasa tak sedap. Seolah naluri dia dapat rasakan...Chen memberi amaran agar tidak beritahu kepada sesiapa tentang dia meskipun Minseok tidak pernah sekalipun berdepan dengan Chen sejak kejadian itu.

Minseok juga tertanya-tanya, adakah semua kejadian di sekolah ni...ada something kena mengena dengannya? Jika ya, kenapa? Kenapa harus dia? Dan siapa Serigala 88? Serius dia langsung tak pernah dengar nama tu.

 

"Minseok," Kai menepuk lembut bahu Minseok membuatkan lamunan Minseok terhenti.

"Ape hal?"

"Aku nak keluar kejap. Nak bagi buku rujukan math kat bilik sebelah. Luhan nak pinjam." jelas Kai sambil berdecit geram. Bukan sebab Luhan jenis tak reti mengembalikan buku. Kadang-kadang kalau bab pinjam meminjam agak sedikit leceh baginya.

Perlahan-lahan dia membuka laci meja dan mengambil buku rujukan. Laci meja di tutup sebelum keluar dari bilik tanpa banyak bersuara.

 

Minseok merebahkan dirinya di atas katil. Dia cuba melelapkan matanya, mengharap dia boleh terlena sepanjang malam dan berjaga esok hari. Dan, dia tidak mahu memikirkan perkara yang cukup merungsingkan otaknya. Dia juga berharap keadaannya sembuh seperti sediakala. Itu lagi penting.

 

 

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu