chapter 1

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

"EXO!"

"BTS!"

"EXO!"

"BTS!"

Jeritan dan laungan pelajar pelajar sekolah terutamanya pelajar perempuan memenuhi stadium sekolah.. Tidak dinafikan, kumpulan Exo dan Bts sering kali menjadi saingan terhebat dalam sukan bola sepak di SM High School.

 

 

 

Sekali lagi kumpulan Exo berjaya memperoleh kemenangan 3-1. Selesai permainan tamat, kesemua ahli kumpulan pergi ke bilik persalinan sebelum pulang ke dorm masing masing. Senyuman kemenangan masih belum pudar. Minseok terus mengambil botol mineral dari loker lalu minum dengan rakus. Loker yang masih dipenuhi beberapa surat dari peminat tidak dihiraukan. Bukan niat dia sombong atau tidak layan surat menyurat itu tetapi hari ini dia agak penat. Baginya, dia hanya meluangkan masa dengan membaca surat peminat bergantung pada mood baik dan tenang. Meskipun dia seorang kingka kacak yang kaya, ahli pasukan bola sepak yang memiliki prestasi terbaik sekolah dan apa sahaja sempurna di mata pelajar perempuan, namun dia tetap seorang manusia biasa yang rendah diri dan mengekalkan gaya hidup sederhana.

Sedar tak sedar, botol mineral yang penuh sebelum ini hampir sahaja hendak habis diminum Minseok. Matanya masih merenung gambar yang terlekat kemas di pintu lokernya. Itu gambar omma dan appa nya. Dia tersenyum nipis. Sejak dia jadi pelajar asrama, sudah tentu dia merindui kedua orang tuanya setiap hari.

 

"Weh, rindu omma appa kau lagi ke?" sapa Kai secara tiba tiba mengejutkan Minseok dari lamunannya.

"Mestilah rindu. Gila tak rindu," balas Minseok dengan suaranya meninggi.

"Yelah yelah, anak manja katakan," usik Kai sambil ketawa mengekek.

"Anak manja pun kawan kau jugak." balas Minseok lalu menjelirkan lidah ke arah kawan rapat lagi annoying.

"By the way, hari dah nak senja ni. Semua students dah pulang. Jom balik. Kita dah lewat ni!" Kai terus menarik tangan Minseok kasar membuat pergelangan tangannya jadi kebas.

 

Kawasan sekolah agak sunyi. Memang benar kata Kai. Mungkin semua pelajar sudah beransur pulang. Tetapi, sepanjang perjalanan pulang ke dorm, mereka berdua terdengar bunyi salakan serigala. Bunyi salakan itu agak kuat dan bergema memenuhi seluruh ruang kawasan sekolah. Suasana senja lebih lebih lagi sunyi menambahkan lagi rasa seram buat mereka. Pelik. Tak pernah pernah pula ada bunyi serigala pada waktu senja. Tidak dinafikan, kawasan sekolah bersebelahan dengan kawasan hutan tebal. Dengar cerita, banyak serigala berkeliaran di situ. Biasanya bunyi serigala hanya berlaku pada waktu malam sahaja tetapi jarang. Kenapa baru sekarang serigala menyalak begitu kuat?

Minseok tiba tiba sahaja rasakan ada sesuatu yang tidak kena tapi tak tahu apa maksud itu. Langkah mereka semakin laju ke dorm, risau jika ada serigala yang cuba masuk ke kawasan sekolah.

 

 

 

Keesokan hari,

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"BERITA TERGEMPAR! BERITA TERGEMPAR! BERITA TERGEMPAR!" suara nyaring Baekhyun memecah kesunyian satu kelas. Semua ahli kumpulan Exo yang sedang membuat kerja masing-masing tadi teralih pada Baekhyun dengan hairan.

"Ada...berita....tergempar...." Suara Baekhyun tersekat sekat sedang mengejar nafasnya.

"Kalau ye pun duduklah dulu. Ni tak, dah macam monyet melalak minta buku lima aku tengok," Kata Chen sambil ketawa berdekah; diikuti dengan ahli yang lain.

 

"Bukan tu lah mangkuk! Sekolah kita sekarang ni ada kes bunuh!" Keada

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu