chapter 10

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

Matanya meliar keadaan sekeliling sebaik sahaja masuk ke kelas. Dia tak tahu perasaan apakah yang sebenarnya dia lalui sekarang. Takut, gementar, semuanya bercampur baur. Kadang-kadang, ada rasa sedikit lega dan gembira apabila dia menerima beberapa hadiah bersaiz kecil dan sederhana dan surat berwarna warni di atas mejanya. Itu semua dari peminatnya. Mungkin surat ucapan get well soon dan selamat kembali ke sekolah. Ada beberapa pelajar di dalam kelas terutamanya pelajar perempuan memandang Minseok dengan bermacam-macam pandangan. Hairan, terkejut malah ada juga yang turut gembira melihat keadaan Minseok sudah pulih. Bagaimanapun, ini bukan masanya untuk membuka hadiah dan membaca surat menyurat dari peminat. Sekarang, dia harus cari Luhan.

Tinggal lima minit sebelum kelas bermula, Hampir semua pelajar sudah masuk ke kelas. Namun kelibat Luhan masih belum kelihatan. Begitu juga Kyungsoo dan Chen. Entah kenapa timbul perasaan tak sedap hati. Kedua tangannya mula menggigil. Dia tak pasti sama ada hari ini adalah hari yang baik atau mungkin ada petanda buruk bakal menimpa dirinya. Apapun dia berharap sangat tiada apa apa terjadi kat Luhan.

 

 

"Pengumuman! Pengumuman! Berdiri semua!" suara Sehun di hadapan menyentak semua pelajar di dalam kelas termasuk Minseok.

Suasana di dalam kelas yang bising berubah senyap sembilan puluh peratus. Kedengaran bunyi sisa baki pelajar yang masih khusyuk berbual dan ada yang berbisik.

"Semalam kita dah buat undian semua calon ketua kelas. Sekarang, keputusan sudahpun ada di tangan saya. Jadi..." Sehun menghentikan kata apabila cikgu Matematik masuk ke kelas. Cikgu memanggil Sehun ke arahnya, mungkin ada perkara penting sebelum mengumumkan keputusan tersebut.

"Kai, kai. Bila pulak korang buat undi calon ketua kelas?" soal Minseok ke arah Kai yang duduk di sebelahnya.

"Duh, lupa nak bagitau kau. Kan bulan lepas semua orang tahu si Vernon dah pindah sekolah since dia trauma dengan kes kematian bestfriend dia. Semalam ada undi calon calon ketua kelas. Kau demam masa tu." jelas Kai.

Sebelum ini Vernon adalah bekas ketua kelas yang sangat bertanggungjawab. Dipendekkan cerita, sejak kematian rakan rapat Vernon jadi dia ambil keputusan untuk pindah sekolah kerana fokus terhadap pembelajarannya terganggu akibat terlalu mengenangkan Woozi sewaktu mereka bersama di sekolah. Itupun diceritakan oleh si Baekhyun yang sememangnya tidak reti nak duduk diam. Ada-ada saja gosip Baekhyun mengalahkan perempuan. Cikgu dah umumkan awal- awal lagi dalam masa sebulan untuk proses mencari calon ketua kelas yang sesuai. Sekarang Minseok baru faham ternyata semalam ada undian untuk calon-calon ketua kelas.

 

 

"Beri perhatian! Beri perhatian! Ketua kelas kita tahun ni adalah...CHEN!"

Minseok sentap. Kedua matanya membulat besar dan terkejut memandang Chen. 

Chen melangkah masuk ke dalam kelas seiringan gemuruh tepukan dan jeritan semua rakan dari dalam kelas. Kelihatan mereka semua menjerit gembira tetapi...

 

 

 

 

 

 

 

 

tidak pada Minseok.

Mulutnya ternganga. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang dia dengar sebentar tadi. Sungguh! Dia betul-betul tak tahu dan tak disangka Chen officially layak menjadi ketua kelas.

Kedua mata Chen yang merah saga memandang sekilas ke arah Minseok - mengukir satu senyuman. Entah kenapa Minseok dapat rasakan senyuman Chen itu adalah senyuman menggerunkan di mata Minseok. Mata Chen...merah? Kenapa? Kenapa sorang pun tak rasa pelik dengan mata dia?!

 

"Semalam kau boleh terlepas. Hari ni kau tak boleh bebas~" Suara Kyungsoo entah sejak bila dia tiba-tiba berada di sebelah Minseok.

Serentak jantung Minseok bagai terlepas satu degupan. Kedua mata merah saga Kyungsoo semakin jelas di hadapannya. Kyungsoo tersengih lebar saat melihat wajah Minseok berubah pucat.

Bulu roma Minseok berdiri tegak 90 darjah. Dia dapat rasakan badannya panas secara tiba-tiba. Peluh mula menitik deras seluruh tubuhnya.

Tidak cukup dengan itu, di belakang Kyungsoo, matany

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu