chapter 11

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

Minseok P.O.V

"Nurse! Minseok dah bangun!" terdengar suara Kai membingitkan cuping telinga aku.

Aku buka mata perlahan-lahan. Detik demi detik pandanganku semakin jelas. Melihat keadaan aku masih berbaju sekolah, katil dan bau seakan ubat-ubatan, aku tahu aku berada di bilik kesihatan. Aku lihat Kai berada di sebelah aku yang sedang terbaring di atas katil.

"Apa...dah...errr..." kepalaku agak pening mengatur soalan.

"Kau pengsan. Rilex dulu, rilex." Kai cepat menahan aku bangun dari pembaringan tadi.

Seorang jururawat wanita lebih kurang usia 30an masuk ke bilik. Kai bingkas bangun dari kerusi dan memberi laluan kepada jururawat untuk mendekatiku. Aku hanya membiarkan jururawat memeriksa keadaan aku.

"Kamu dah stabil. Sekarang kamu dibenarkan keluar. Kalau ada apa-apa, panggil saya." ucap jururawat sambil tersenyum manis.

Aku bangun dari katil. Meraba-raba lengan, badan dan kedua kaki aku, semuanya okay. Aku dapat rasakan tiada sebarang luka ke atas tubuhku. Namun, fikiranku tiba-tiba teringat sesuatu. Chen, Kyungsoo...badut dan...Lu-

"Dah, cepat sikit! Lama gila kau pengsan. Waktu rehat dah nak habis nih!"

"WHAT?!" satu perkataan terpancul keluar dari mulutku. Sungguh! Aku betul betul terkejut.

"Yelah, kau pengsan lama gila. Terpaksa aku skip makan dulu sebab nak tunggu kau sedar. Dah, jom pergi kantin!" 

Aku berjeda seketika. Aku berkira-kira. Mungkin dalam masa 3 atau 4 jam aku pengsan, bermula dari awal waktu belajar. Wait,

"Luhan? Luhan!" Fikiranku tiba-tiba teringatkan Luhan.

Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar berlari meninggalkan bilik kesihatan.

"Minseok! Minseok! Nak ke mana tu?!" aku hiraukan teriakan Kai.

 

 

 

 

 

 

Sampai sahaja di kelas, mataku meliar mencari Luhan. Kelihatan ada beberapa rakan sekelas sedang memandang aku dengan hairan(?). Mungkin aku sedar dari pengsan kot mereka seakan 'terkesima' melihat bila aku masuk kelas. Ah, lantaklah!

"Choi! Kau dah okay?" tiba-tiba bahuku ditepuk, suara Sehun mengejutkan aku.

Nasib baiklah aku takde penyakit jantung. Silap-silap aku bertukar jadi roh tak tenang dan kalau hendak diikutkan hati, mahu sahaja hendak humban jasad dia di bangunan tingkat tiga puluh gara-gara dia punca aku mati muda.

"Aish, aku okaylah! Mana Luhan?" soalku sedikit bengang.

Baru sahaja Sehun membuka mulut, Kris yang kebetulan ke sini pantas mencelah,

"Luhan di gantung sekolah dua minggu. Dia bergaduh dengan Chen dan Kyungsoo masa kau pengsan tadi. Sebab dia tuduh dua orang tu buat kau pengsan. Aku dengar hari ni juga dia kena tinggalkan a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu