chapter 2

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

GDUK!

 

Suara tawa kumpulan BAP kedengaran di bilik loker yang terang dan sunyi apabila Minseok jatuh tersembam ke atas lantai kerana sengaja ditolak oleh mereka. Siapa sangka, walaupun dia kingka sekolah, tetapi dia juga mempunyai pembuli yang semua peminatnya tidak tahu termasuk ahli kumpulan Exo sendiri kecuali Kai. Bukan apa, sekiranya heboh peminat tahu yang BAP itu pembulinya, sudah tentu nyawanya jadi ugutan mereka. Dia tidak mahu perkara itu berlaku!

Yongguk menarik kolar belakang Minseok untuk bangun. Kesan lebam kebiruan jelas di hujung mulutnya. Mereka tersenyum senget. Suka melihat kesakitan yang dirasai oleh Minseok. Giliran Himchan pula menarik kolar Minseok dengan kasar. Minseok hanya mampu menundukkan mukanya. Tak sanggup rasanya berdepan dengan semua manusia sial yang ingin mencederakan dirinya.

 

Minseok merasakan kolar bajunya dilepaskan secara perlahan. Terdengar bunyi yang pelik muncul secara tiba tiba di cuping telinganya. Ini membuatkan dia berasa sedikit hairan lalu perlahan lahan mengangkat mukanya. Segera dia menutup mulutnya secara sendiri kerana terlalu terkejut. 

 

Suasana berubah lain. Semua ahli kumpulan BAP memegang leher mereka sendiri dan mulut mereka berasa mual seakan ingin muntah di situ. Wajah mereka berubah pucat serta kedua mata mereka merah berair. Cepat cepat mereka keluar dari bilik loker tersebut dan meninggalkan Minseok yang masih terpinga pinga seperti patung.

 

"Kenapa dengan diorang ni? Salah makan ke?" Pertanyaan yang bermain di fikiran Minseok masih belum terjawab.

 

 

 

 

 

"Minseok! Kau okay ke?" Suara Kai bertanya risau dari belakang mematikan lamunannya. Dia tersenyum nipis sambil mengangguk kepalanya. Kai tahu, senyuman Minseok itu hanyalah senyuman paksa. Dia betul betul sangat risau. Dia tahu Minseok baru berjumpa dengan kumpulan BAP sebentar tadi.

Secara tidak sengaja, Kai menyentuh bahagian kesan lebam pada mulut Minseok membuat Minseok mengaduh sakit. Segera dia menepiskan jari Kai.

"So..sorry," Kai tersengih sambil menggaru belakang kepala yang tidak berasa gatal.

 

 

 

Tiba tiba mereka berdua terdengar jeritan nyaring dari luar. Mereka saling berpandangan sebelum berlari meninggalkan bilik loker. Kelihatan ada beberapa pelajar berlari lintang pukang sambil berteriak.

Tergamam. Serious mereka tergamam. Keadaan di sekeliling mereka berubah tegang secara tiba-tiba. Ketika itu, mereka terhidu bau yang kurang menyenangkan atau lebih kurang bau asap. Ini membuatkan mereka semakin cuak segera berlari mencari punca bau itu.

Namun, apa yang mengejutkan mereka ialah, bangunan blok kayu terbakar!

Api mula marak. Beberapa guru dan pelajar lain bertungkus lumus cuba memadamkan api dengan baldi berisi air. Kelihatan ada beberapa pelajar lain berjaya keluar dari bangunan terbakar itu. Namun, telinga Minseok terdengar suara nyaring salah seorang dari pelajar yang baru keluar dari situ.

"Kumpulan BAP....ada...kat...dalam tu....diorang...masih...kat dalam...bangunan tu!" Kata salah seorang pelajar sambil tercungap cungap meng

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu