chapter 4

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

Minseok terjaga semula apabila tubuhnya terasa sedikit janggal dan berbau harum mula menusuk masuk ke rongga hidung. Harum?

Segera matanya dibuka dan bangkit bangun. Matanya meliar keadaan sekeliling. Sekarang, Minseok berada di atas katil di biliknya. Sunyi. Bau harum makin lama kuat menusuk ke hidung. Takkanlah bau tu.....tuxedo?

Ya, tubuhnya lengkap berpakaian tuxedo. Stokin putih dan kasut hitam berkilat siap dipakai kemas pada kedua kakinya. Dia cuba ingat apa yang berlaku terhadap dirinya sebentar tadi. Seingat dia, lepas keluar dari bilik mandi, dia belum pakai apa apa. Hanya bathrobe sahaja. Kemudian, dia terserempak badut entah dari mana tiba tiba masuk ke biliknya. Dan, dia tak ingat apa apa lepas tu. Wait, badut?

 

Segera dia bangun dari katil, meraba-raba tuxedo yang dipakainya. Dia tak rasa ada sebarang luka pada badannya. Dan tuxedo tu, bukankah tuxedo dia tertinggal di rumah? Jadi, tuxedo siapa yang dia pakai sekarang ni? 

Dia terus memandang dirinya ke arah cermin meja solek. Tindakbalas refleks cepat menekup mulutnya, terkejut. Kemudian, tangannya cuba memegang rambutnya. Dia tak rasa rambutnya basah. Seolah dia memakai gel rambut membuat rambutnya jadi pacak dan lebih kemas. Wajahnya licin tanpa cela seperti sudah disolek. Garisan eyeliner jelas di matanya agar tampak lebih menyerlah.

Minseok cuba bertenang, tarik nafas lama-lama dan hembus. Tak. Ini tak membantu! Dia makin panik. Melihat dirinya secara keseluruhan. Sekarang, penampilannya nampak lebih kemas. Dan, dia yakin bau harum itu datang dari tubuhnya. Namun, matanya terpandang kasut yang dipakainya. Serta merta dia membuka kasut dari kaki kanan dan membelek belek kasut itu. Jenama Louis Vuitton direka pada bahagian tapak kasut. Dahinya berkerut, hairan. Sejak bila dia ada kasut jenama LV? Jangan-jangan badut tu....

 

 

"Weh, cepat si....kit," Kai yang baru sahaja membuka pintu bilik Minseok terus ternganga.

"Wow," itu sahaja ungkapan dari mulut Kai. Matanya berkelip kelip bagaikan tidak percaya akan penampilan drastik Minseok. 

"I..I can...explain," Kata Minseok terketar ketar, fikirannya jadi celaru. Tak tahu macam mana nak buat penjelasan.

Kai tersentak apabila phone di tangannya berbunyi. Dia menekan butang hijau.

"Hello,"

"Weh, dah berjanggut kitorang tunggu korang kat luar! Bila nak pergi ni?!" Suara nyaring Suho dari phone membuat Kai tersengih.

"Ok ok ok kitorang pergi sekarang," Talian terputus.

"Diorang tengah tunggu kita tu, jom!" Kai terus menyambar tangan Minseok keluar dari bilik.

 

 

 

 

 

Sewaktu Kai membuka pintu dorm, Suho, Chanyeol, Luhan, Lay dan Baekhyun masing masing terkesima memandang Minseok. Ada yang mengeleng kepala bagai tidak percaya. Siapapun, pasti akan terkejut melihat pernampilan drastik seorang kawan. Mana tidaknya, Minseok yang selama ini 'kaya' dengan wajah cute dan innocent berubah kacak, segak dan nampak matang sekarang.

Minseok faham reaksi mereka. Sudah dijangka yang mereka terkejut dengan penampilan matangnya. Hakikatnya dia sendiri pun masih terkejut. Jika dibandingkan dengan Kris, kedudukan kingka yang kacak dan cool pasti akan jatuh ke tangan Minseok.

"Wah, bau Dior lah!" Kata Chanyeol apabila tercium bau harum pada tubuh Minseok.

"Ni kan, bau Dior yang latest tu? Kau pakai perfume Dior Sauvage ke?!" Baekhyun bertanya terkejut.

"Mana kau tau?" soal Minseok hairan. Dahinya berkerut.

"Minggu lepas aku dan Chanyeol dijemput datang event pelancaran produk perfume terbaru Dior. Kitorang dah try perfume tu," jelas Baekhyun.

"Kalaulah aku jadi perempuan, aku dah lama ngap kau masuk bilik," Kali ini Luhan mula bersuara sambil tersengih. Mata Minseok menjeling tajam ke arah Luhan, rasa bengang pun ada.

"Ape ngap ngap? Kau jangan nak cari penyakit kat sini," Minseok meninggikan suara yang dibuat-buat sambil menghadiahkan buku lima ke bahu Luhan.

"Jangankan perempuan, aku yang jantan ni bergetar tul

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu