Chapter 12

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

Flashback

Apa...Apa kau cakap ni Chen?

"Jumpa aku kat depan pintu dewan perhimpunan jam lapan malam nanti." kata Chen.

Minseok berfikir sejenak, cuba menghadam apa yang sebenarnya Chen ingin sampaikan. Kemudian, dia tersenyum sedikit.

"Heh, asal pulak aku mesti percaya cakap kau? Entah-entah kau nak perangkap aku lagi macam semalam kan?" Minseok menepis kedua tangan Chen yang menghalang laluannya. Detik demi detik perasaan takut beransur hilang.

Chen mengeluh berat.

"Terpulang pada kau nak percaya or tak. Kau sendiri nak cari kebenaran. Luhan dah tak ada. Kau takde pilihan lain, bukan?"

Minseok sentap. Tak tahu apa yang hendak dikata. Wajahnya jelas terlukis perasaan terkejut.

"Luhan...tak ada?" soal Minseok. Namun, sekitar tiga atau empat saat dibalas sepi.  Chen hanya membiarkan Minseok untuk berfikir.

Bagi Minseok, memang benar kata Chen. Dia tiada pilihan lain. Nak harapkan Luhan, mungkin keadaan menjadi bertambah rumit sekiranya menunggu Luhan dengan lebih lama.

"Luhan dah tak ada. Jangan tanya aku apa dah jadi kat dia. Dan jangan tanya aku siapa dalang di sebalik semua tu. Aku akan jelaskan semuanya malam nanti. Itupun kalau kau nak datanglah." tambah Chen sebelum segera keluar dari bilik, meninggalkan Minseok yang masih terpinga-pinga di situ.

 

End Flashback

 

 

 

 

Sudah lama agaknya Minseok merenung diri di hadapan cermin. Fikirannya masih teringat dengan kata-kata Chen pagi tadi. Entah berapa kali dia cuba buat keputusan sama ada Chen betul-betul membantu dia atau dia bakal alami benda yang sama seperti semalam. Setelah otaknya bertarung memikirkan pilihan jawapan, jadi dia ambil keputusan untuk pergi ke dewan perhimpunan seperti permintaan Chen. Ya, dia tiada pilihan lain. Dia kena ikut kata Chen. Walaupun Minseok tahu pilihannya boleh dikatakan agak gila namun sekurang-kurangnya dia cuba, lebih baik dari tiada langsung. Semestinya dia kena bersedia dengan apa jua kemungkinan risiko yang bakal dia dapat. Mungkin mati.

Sebentar. Mati?

"Kau nak pergi mana Min?" pertanyaan Kai mengejutkan Minseok ke alam nyata. Segera Minseok berpaling ke arah Kai. Agak lama dia memandang Kai. Seolah ingin memberitahu sesuatu yang mungkin agak berat untuk luahkan.

"Kai, kalau aku... tak pulang lepas ni, aku nak minta maaf."

Mata Kai membulat besar. Dari katanya agak...mencurigakan. Tiba-tiba Kai mula berasa tak sedap hati.

"Apa... maksud kau?" soal Kai.

Minseok tidak menjawab. Sebaliknya dia mengukir satu senyuman kecil kepada Kai sebelum kakinya melangkah keluar dari bilik. Kai hanya memerhatik

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu