Blog SERAM Kim
Description
Nama aku Akim. Korang boleh panggil aku Kim jelah. Segan nak panggil lebih-lebih. Kalau nak lebih, panggil aku Kim Myung Soo sebab ramai orang cakap muka aku macam Myungsoo. Mereka yang cakap, bukan aku. Dengan hati terbuka berbunga-bunga bak sanubari aku terima bila mereka dah cakap macam tu. Okay lepasni semua pakat nak sepak aku berjemaah dengan heels 8 inci milik uncle JYP.
By the way, aku ada beberapa pengalaman seram yang terjadi dalam hidup aku. Kalau nak tahu, rajinkan jari-jemari anda dengan tekan 'SUBSCRIBE' untuk membaca cerita aku lebih lanjut. Better buat awal-awal, in case mana tau jari kena dipotong dikerat ke apa kang menangis keluar air mata darah tak pasal-pasal tak dapat baca blog aku.
Foreword
ATTENTION!
Fanfic ini adalah basic horror yang diceritakan dalam bentuk blog. Semua watak termasuk watak utama yang bernama Kim adalah rekaan semata-mata. Semua cerita dalam fanfic ini adalah cerita tipu kecuali dinyatakan ambil dari cerita sebenar. Sekiranya terdapat persamaan atau realiti kehidupan anda dari cerita ini, semua itu cuma satu kebetulan jadi jangan lumat authornim hidup-hidup.
*Watak Kim sebenarnya diinspirasi dari seseorang =3
Comments