Epilog (Bonus)

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

Minseok tidak disedarkan diri setelah kepalanya di hentak kuat oleh Ji Woo. Satu senyuman lebar terbit di bibir merah Ji Woo. Tak sabar untuk menjamah lauk di hadapannya.

 

Namun, senyumannya mati.

 

"Bau apa pulak ni?" Bau ganjil tiba-tiba muncul menusuk masuk ke hidungnya. Begitu juga dengan Luhan. Wi Fan yang baru sahaja ingin menikmati tayangan di hadapannya berubah bengang.

Tiba-tiba mereka terdengar pintu di kuak perlahan. Muncul seorang lelaki bersama beberapa ekor serigala yang menggerunkan berada di luar pintu bilik.

Luhan, Wi Fan dan Ji Woo memandang lelaki yang memakai baju T-shirt plain hitam dan di tulis SERIGALA 88 berwarna putih. Lelaki itu tersenyum ke arah mereka bertiga. Dan, wajah lelaki itu sangat mereka kenali!

 

"Hish, potong stim betul lah kau! Kenapa? Nak join sekali ke?" soal Wi Fan sambil tersenyum.

"Khidmat antara aku dan kau dah tamat. I'm not your butler anymore. Seperti yang dijanjikan, sekarang kau dah takde peluang lagi nak jejak ke dunia. Selamat tinggal." kata lelaki itu dengan nada selamba.

"A-apa maksud kau?" giliran riak wajah Ji Woo pula berubah.

 

Lelaki itu tidak membalas. Tanpa membuang masa, lelaki itu memetik jari - serentak serigala-serigala sergah masuk ke bilik. Pada masa yang sama, mereka terkejut sejurus melihat semua serigala tiba-tiba masuk ke bilik dan terus menerkam Ji Woo dan Wi Fan.

"AAARRRGGHHHH!" Wi Fan dan Ji Woo meronta-ronta.

Lebih kurang sepuluh atau dua belas ekor serigala mula mengigit, menarik, mencakar, mengoyak badan Ji Woo dan anaknya tanpa henti. 

Luhan pula...hanya melihat. Dari babak keji yang tergendala kini bertukar babak ngeri. Teriakan dan rontaan dua beranak berkumandang seluruh ruang dalam kilang sunyi. Luhan memandang lelaki yang berdiri tadi. Wajah lelaki itu tidak sedikitpun rasa takut dan simpati. Wajahnya tenang dan hanya memandang kosong dengan apa yang dilihat di hadapan mereka. Lelaki itu memandang ke arah Luhan, satu senyuman kecil dilemparkan kepada Luhan. Tindakan refleks Luhan dengan memandang kembali ke arah Wi Fan dan Ji Woo, masih mengerang sakit.

Apa...apa yang aku saksikan sebenarnya ni?

Ketakutan dalam diri seolah tidak keruan. Terketar-ketar tubuh Luhan melihat beberapa ekor serigala masih mengigit dan cuba mengoyak daging mereka. Darah mula memercik ke lantai. Apa yang pelik, semua serigala tidak sedikitpun menyentuh tubuh Minseok yang terbaring berlumuran darah. Dan lebih mengejutkan, mereka berdua yang memiliki kuasa yang hebat pun seolah tak mampu melawan dan mengelak diri dari hamba serigala mereka sendiri!

Tak lama kemudian, erangan dan rontaan mereka mula berhenti. Serentak itu, mereka berdua termasuk semua serigala ghaib dari pandangan...

 

 

"Kau okay?" lelaki itu bersuara sambil tersenyum.

Luhan mengangguk kepala. Perasaannya mula sedikit tenang dengan keadaan di dalam bilik kembali sunyi.

"Oh ya, aku dah bawa sorang lagi masu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu