chapter 13

Puaka Serigala 88
Please Subscribe to read the full chapter

 

Flashback

"Kamu digantung sekolah semalam dua minggu!" Luhan bagai terkena renjatan elektrik saat mendengar kata pengetua sekolah.

Perasaan hampa mula bersarang dalam diri Luhan. Bukan sekadar dia tak boleh ke sekolah selama dua minggu, malah dia tidak mampu rasanya untuk terus-terusan menghalang perbuatan gila sang Serigala 88 dan melindungi Minseok lagi.

Satu senyuman terlukis pada bibir Chen dan Kyungsoo sebagai respon kemenangan buat mereka. Pengetua mengarah mereka bertiga pulang semula ke kelas.

Ketika dalam perjalanan menuju ke kelas, Luhan pantas menarik lengan Chen membuatkan langkah Chen terhenti.

"Apehal? Nak cari gaduh lagi?" soal Chen sambil tersengih.

"Aku tahu kau suka aku tak ada. Cuma aku ada benda penting nak cakap dengan kau, sebelum aku blah dari tempat ni. Please Chen?" Luhan menatap Chen, mengharapkan jawapan positif dari mulut Chen.

Chen memandang ke arah Kyungsoo. Kyungsoo hanya membiarkan mereka dan meneruskan langkah yang ingin ditujui, tidak mahu masuk campur. Kemudian, Chen memandang kembali ke arah Luhan.

Chen mengangguk kepala. Luhan tersenyum kecil. Itulah jawapan yang dia inginkan.

"Aku tahu kau buat semua ni sebab...kau nak 'hidupkan' semula mak kau bukan?" 

Chen tergamam. Ma..macam mana dia tahu?!

"Dah tak guna kalau sekarang kau nak sembunyikan hal ni dari aku. Kau tak payah tanya dari mana aku tau rahsia kau. Kau sanggup sakitkan kawan kau sendiri semata-mata nak hidupkan mak kau?" soal Luhan

"Kau-"

"Kau sanggup terima perjanjian hitam dengan si raja bapak serigala untuk mak kau sorang? Kau tak terfikir ke andai mak kau hidup semula dengan cara terkutuk ni...huh, trust me, your mom will never accept you. NEVER!" Luhan mencelah.

Chen mengeleng-geleng kepala dan tertunduk. Deep? Ya, mungkin deep. Air matanya mula mengalir jatuh ke pipi. Sejak ketiadaan ibu menyebabkan Chen menjadi lelaki yang berjiwa sensitif. Sesekali ada orang yang bercerita tentang hal keluarga membuatkan dia teringat pada seseorang iaitu

ibu.

Memori sewaktu ibu masih hidup masih segar dalam ingatannya. Memori yang teramat sukar lupakan untuk anak penyayang seperti dia. Kedua lututnya bagai mencair, bila-bila masa sahaja akan hilang imbangan kekuatan untuk terus berdiri kerana dikawal oleh perasaan sedih.

"Kau...tak paham Han, kau tak-"

"Bayangkan kalau kau di tempat mak kau, kau happy ke bila kau dihidupkan oleh anak kau dengan cara macam ni? Kau ada rasa bangga ke bila dapat tahu yang anak macam kau sembah benda terkutuk ni? Aku bukan nak cari gaduh. Aku nak kau sedar dengan apa yang kau dah buat." soal Luhan, kali ini dengan nada sayu.

Kepala Chen tertunduk sekali lagi. Usah jelaskan bagaimana perasaan apabila kehilangan seseorang yang tercinta. Bagai nak gila rasanya mengenangkan seseorang yang kini tiada lagi di dunia lebih-lebih lagi insan yang bernama ibu. Agak lama Chen memandang ke arah lantai. Dah lama sebenarnya dia sedar yang dia sendiri tak dapat terima hakikat yang ajal ibunya dah sampai. Cuma entah kenapa hatinya terpaksa berbuat sedemikian rupa. Perasaan menyesal agak sukar diungkap keluar dari mulut tatkala dirinya telah terjebak ke arah sesuatu yang sangat hitam.

 

"Aku...pernah terfikir macam tu...tsk..tsk...Aku tahu ni salah...Aku terpaksa Han....Maafkan aku...tsk..tsk..tsk..." laju Chen menyembamkan mukanya pada bahu kanan Luhan. Semua itu berlaku secara refleks. Chen yang selama ini berhati kering sejak perjanjian hitam serigala itu tiba-tiba menangis. Sungguh, dia tak mampu untuk meneruskan katanya kepada Luhan. Tangisan Chen membuat Luhan sendiri berasa pilu. Luhan menepuk lambut belakang Chen. Dia dapat rasa bahunya mulai basah akibat air mata Chen namun dihiraukan sahaja. Yang penting, Luhan berasa lega. Sekurang-kurangnya dia yakin hati Chen tidaklah sepenuhnya hitam. Dan ini sesuatu yang bagus.

"Aku minta tolong kau jelaskan hal sebenar kat Minseok secepat mungkin. Minseok kena tau hal ni sebelum semuanya jadi terlambat. Kau nak ke kehilangan kawan kau, sepertimana kau kehilangan mak kau? Kau nak tempah penderitaan dalam diri kau lagi? Aku yakin kita masih ada peluang nak selamatkan dia. Kau sorang ja yang aku harapkan. Ingat Chen, dia tu kawan kau. Dia pernah bersama kau waktu kau susah dan senang. Ingat senang ke nak cari orang macam dia? Mungkin sampai hujung dunia pun kau takkan jumpa pengganti sama macam dia kalau dia dah tak ada. Please?" rayu Luhan.

Tangisan Chen

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Chapter 19: Kiranya, kyungsoo atau wifan yg puaka tu sebenarnya? hahaha menyeramkan betul ayat last kyungsoo tu... apapon cite authornim ni mmg terbaik tak pernah mengewakan...
sone_shawols #2
Chapter 19: Happy Birhday authornim and Happy New Year
NaliNaJK #3
Chapter 19: Happy birthday
pikahbajet #4
Chapter 19: thanks for the bonus chapter ...now I understand .....happy birthday to you...........
otakuromanticgirl
#5
Chapter 19: terima kasih utk bonus chapter ni.
baik betul luhan biarlah wi fan tu puaka pun.
happy birthday, cik author
Syifiqifa01 #6
Chapter 19: Happy birthday kak ema!!!!!!! Yeay dah abis :'( ... selamat tahun baru authornim, walaupun awal lagi nk mengungkap kata2 tu(ayat skema gitu)..
misz_dina #7
Chapter 19: happy birthday a/n!!siyes nk ckp,fanfic ni selalu buat sy meremang bulu roma...auuu