Dua

Last Kiss (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

“Luhan, Saya dah cakap banyak kali kan dengan awak yang Lujin sepatutnya sudah tidur sebelum pukul lapan. Sekarang sudah pukul sepuluh. Kita akan ke rumah ibu dan ayah awal pagi esok dan saya tak nak lihat dia mengantuk bila kita ke sana!” Sunmi meletakan tangannya di atas pahanya sambil memarahi Luhan yang baru sahaja menutup pintu bilik anak lelaki mereka.

 

Mood swings Sunmi perlahan-lahan membuat Luhan hilang sabar. Dia tahu yang ini akan berlaku sekali lagi sejak kali pertama dia mengandungkan Lujin, Mood swings Sunmi memang sangat teruk dan sekarang dia mengandung lagi, Dia memang mengalami mood swings yang teruk.

 

Luhan mengeluh dang mengurut dahinya. Dia memang mengalami hari yang teruk di pejabat memandangkan dia ada banyak kerja yang perlu disiapkan dan apabila dia pulang ke rumah isteri dia pula mengalami mood yang teruk, tidak dapat membantu dia langsung. Luhan hanya ingin meluangkan masa dengan anak lelakinya, tapi sejak dia balik rumah lambat, ianya sudah terlambat untuk meluangkan masa dengan anak lelakinya.

 

“Maafkan saya. Saya janji ia takkan berlaku lagi.” Luhan berjalan ke katil mereka dan berbaring disebelah Sunmi.

 

“Awak selalu cakap benda yang sama!” Marah Sunmi kepada suaminya.

 

Tahu yang dia akan marah pada masa yang tertentu kepada Sunmi, Luhan mengambil keputusan untuk menyuruh Sunmi senyap dengan baik. “Baby, lihat, Maafkan saya kerana saya, Lujin berjaga sehingga pukul 10 tapi saya hanya rindu dengan anak lelaki saya. Boleh kita tidur sekarang? Saya ada hari yang panjang di pejabat tadi dan ianya tidak bagus untuk awak marah-marah dan berjaga hingga lewat malam.”

 

“Jika sahaja ia bukan untuk awak, Saya takkan terjaga sehingga lewat malam. Awak selalu balik lambat dan Lujin tidak mahu tidur sehingga dia berjumpa dengan awak!” Sunmi duduk di atas katil dan merenung Luhan. “Kenapa awak tak boleh jadi lebih bertanggungjawab,Luhan?”

 

Luhan mendegus dan menarik selimut untuk melindungi kepalanya. Luhan berpusing kesebelah jadi Sunmi berhadapan dengan belakangnya dan Luhan mengambil keputusan untuk tidak mengeluarkan apa-apa untuk dikatakan memandangkan dia tidak mahu untuk bergaduh dengan Sunmi walaupun dia tahu yang dia tidak akan menang dengan cara apa sekali pun.

 

Darah Sunmi mendidih dengan geramnya apabila dia menyedar yang Luhan menghiraukan dia. Sunmi menarik rambutnya berasa geram. “Baiklah, Jika awak tak mahu berkata apa-apa, Saya akan tidur di atas sofa.” Sunmi bangun dan berjalan keluar dari bilik.

 

Luhan menyumpah di dalam hatinya dan membuang selimutnya ke tepi dan mengekori Sunmi. Luhan berlari dengan perlahan untuk menangkap Sunmi dan menarik pergelangan tangan Sunmi. “Apa yang awak nak saya katakan? Apa yang awak nak saya lakukan?” Tanya Luhan,  sedikit geram dan marah, tapi dia cuba untuk pendam semuanya di dalam hatinya.

 

“Saya tak suka bila awak tak berkata apa-apa!” Jerit Sunmi, Tapi kuat untuk membangunkan Lujin.

 

“Apa-apa yang saya katakan, akan membawa kita kepada pergaduhan dan saya tak mahu kita bergaduh akan perkara yang kecil,” Luhan cuba untuk bertenang secapat yang mungkin tapi mood Sunmi masih tidak berubah.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
Special chapter untuk anda semua...muah ciked

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 15: Saya menangis bagai orang gila ..
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 15: oh my goddd !! nasib baikk luhan tak mati ! authornim ! tahniah sebab buat sya mnangis ! aaa.. sedihh giler citer ni !!! i love this very very muchhh
BabySprinkle98
#3
Chapter 15: Ingtkn dh mti td c Luhan tu rpny hdup blik huhuhu :).....amboi Lujin ljuny ble dh tau appa die dh sdr.....Luhan ni dh tau die tu skit bleh lg brglak ktwe dngn Lujin,yela demi ank kan x bleh nk hlg dh.....Sunmi pun sme tau dh die tu skit nk prg jgk jnguk Luhan kat blik die p ble smpai je dkt ctu rse cam mimpi plak haha :D.....bgs Lujin prthnkan appa die dr kne mrh dngn omma die huhu tu pun mnympuk ckp org tue hehehe :V......akhrny jdlah sbuah klurga yg bhgie n hepy ending hehe.....annYeonG ^_- by jadoo98
_Chestnut
#4
Chapter 15: Yeay!! dah jadi happy ending //tepuktangan//
tyra01 #5
Chapter 14: Kenapa luhan mati...lujin perlukan dya...T-T
xiulhan03
#6
Chapter 13: sedih lah ending dia
Yifan_xoxo #7
Chapter 13: Knapa buat ending sdih....T-T T^T
BTW you are daebak!!!!
kayd2208 #8
Chapter 13: Author-nim buatla sequel lagi..atau fanfic lain fanfic awk memang best....
baekielover #9
Chapter 13: Sob sob...sedihnya.luhan...andwae!!!!!!huhi
AQFXQX
#10
Chapter 13: Dua kali I menangis...first bace ff baekyeol DreamingYou punye cite... second cite ni... sad ending~~TT^TT /seka air mata/ btw I love this ff so much!! Lujin~ meh peluk akk lg~~