Lapan

Last Kiss (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

“Luhan, awak pasti mengenai ini?” Tanya Sunmi sebaik sahaja berjalan ke apartmentnya dengan Luhan yang mendukung Lujin yang sudah lena tertidur.

 

Luhan sudah berbincang dengan ibu bapanya dan Sunmi tentang rancangannya untuk tinggal dengan mereka. Dia memberi sebab yang ia mungkin menolongnya untuk mengingat kembali memorinya dan merasakan tanggungjawabnya untuk Sunmi dan Lujin.

 

Mengendahkan soalan Sunmi, Luhan bertnaya, “Adakah kita berdua berkerja? Adakah Lujin ke sekolah?”

 

Tidak kisah soalannya dihiraukan, dia menjawab soalan Luhan itu, “Lujin masih tiga tahu. Dia akan ke tadika tahun depan dan saya suri rumah.” Menyebut perkataan itu, dia merasakan dirinya tidak berguna, terutama dalam kes yang di mana Luhan terpaksa meninggalkan kerja atas arahan ayahnya kerana keadaan dia.

 

Menyedari yang mereka berdua tiada kerja, Sunmi mula berfikir untuk mencari kerja, tapi dia risau akan bayi dalam perutnya. ‘Mungkin lepas aku bersalin..’

 

“Jadi, kita bertiga akan tinggal di rumah.” Sunmi mengangguk acuh tidak acuh dan Luhan tiba-tiba berhenti menyebabkan Sunmi terlanggar belakangnya. Luhan melihat Sunmi, “Kenapa?”

 

Untuk beberapa saat, Sunmi tidak tahu untuk memberitahu dia tentang mencari perkerjaan kerana jika Luhan tidak kehilangan memori, sudah pasti dia takkan mengatakan ya tapi sekarang Luhan mengalami amnesia. Sunmi tahu yang dia patut layan Luhan seperti biasa dia layan Luhan dan bukan memanjakannya kerana ianya tidak akan mencepatkan kesembuhannya.

 

“Saya berfikir untuk mencari kerja.” Sunmi mengigit bawah bibirnya dan membuka pintu rumah apartment mereka.

 

Bulu kening Luhan berkerut dengan marah secara tiba-tiba dan merenung Sunmi, “Tak.”

 

Sunmi mengeluh. Suatu perkara takkan pernah berubah. Dia masih ada sifatnya yang lama sebelum mengalami kemalangan. Lagipun, dia bukan manusia lain.

 

“Awak sedang hamil, Saya tak tahu nak jaga anak dan tak pandai memasak!” Kata Luhan dan Sunmi hampir tertawa bila bahagian terakhir. Luhan tak pernah tahu memasak. Bila Sunmi mahu mengajarnya, dia akan memberikan alasan seperti ‘isteri yang sepatutnya memasak’ dan ‘waktu dia bersama lujin tidak boleh diganggu sehinggalah ianya masa makan’

 

Luhan melihat Sunmi yang tertawa tapi dia tidak tahu apa yang lawak jadi dia melangkah ke bilik dan membukanya satu persatu.

 

“Lujin tak tidur dengan kita?”

 

Sunmi mengeleng kepalanya dan Luhan bertanya lagi, “Kenapa kita hanya ada tiga bilik tidur?”

 

“Awak kata nak asingkan bilik untuk anak perempuan dan anak lelaki awak.”

 

Luhan pantas berpaling, berasa malu secara tiba-tiba. Luhan sedar yang ianya mesti sesuatu yang dia lakukan dengan ‘pasukan bola sepaknya sendiri’

 

Sebuah fikiran muncul di kepalanya yang dia tidak pernah berfikir bila mengambil keputusan untuk tinggal dengan Sunmi lagi.

 

“Kita akan berkongsi sebilik?”

 

Tanpa rasa belengu,Sunmi mengangguk.

 

“Saya tahu apa yang awak rasa sekarang ni, tapi awak tak boleh terlepas dari kebenaran yang saya ni isteri awak dan awak ialah suami saya. Tiada masalah untuk kita berkongsi katil dan bukannya awak ingin menyentuh saya.”

 

Itu hanya separuh dari kebenaran yang Sunmi rasakan. Dia tahu yang ianya tidak patut kerana Luhan masih lagi seperti orang lain.

 

“Tapi masih…” Bisik Luhan.

 

Dia bukanlah seorang sahaja yang merasa stress akan kehilangan memorinya, Sunmi juga

 

Memusingkan badannya di atas katil, Luhan langsung tidak boleh tidur. Dia mengintai dari bahunya dan melihat betapa jauhnya ruang diantara dia dan Sunmi yang tidur membelakangi dia.

 

Mencapai telefon bimbitnya di atas meja, dia menghantar mesej kepada orang yang pertama terdetik di mindanya. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitnya berbunyi dan dia membuka mesej itu dengan gembira apabila melihat nama Narae terpapar di skrin telefon bimbitnya.

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
Special chapter untuk anda semua...muah ciked

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 15: Saya menangis bagai orang gila ..
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 15: oh my goddd !! nasib baikk luhan tak mati ! authornim ! tahniah sebab buat sya mnangis ! aaa.. sedihh giler citer ni !!! i love this very very muchhh
BabySprinkle98
#3
Chapter 15: Ingtkn dh mti td c Luhan tu rpny hdup blik huhuhu :).....amboi Lujin ljuny ble dh tau appa die dh sdr.....Luhan ni dh tau die tu skit bleh lg brglak ktwe dngn Lujin,yela demi ank kan x bleh nk hlg dh.....Sunmi pun sme tau dh die tu skit nk prg jgk jnguk Luhan kat blik die p ble smpai je dkt ctu rse cam mimpi plak haha :D.....bgs Lujin prthnkan appa die dr kne mrh dngn omma die huhu tu pun mnympuk ckp org tue hehehe :V......akhrny jdlah sbuah klurga yg bhgie n hepy ending hehe.....annYeonG ^_- by jadoo98
_Chestnut
#4
Chapter 15: Yeay!! dah jadi happy ending //tepuktangan//
tyra01 #5
Chapter 14: Kenapa luhan mati...lujin perlukan dya...T-T
xiulhan03
#6
Chapter 13: sedih lah ending dia
Yifan_xoxo #7
Chapter 13: Knapa buat ending sdih....T-T T^T
BTW you are daebak!!!!
kayd2208 #8
Chapter 13: Author-nim buatla sequel lagi..atau fanfic lain fanfic awk memang best....
baekielover #9
Chapter 13: Sob sob...sedihnya.luhan...andwae!!!!!!huhi
AQFXQX
#10
Chapter 13: Dua kali I menangis...first bace ff baekyeol DreamingYou punye cite... second cite ni... sad ending~~TT^TT /seka air mata/ btw I love this ff so much!! Lujin~ meh peluk akk lg~~