Enam

Last Kiss (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

Untuk kali pertama selepas kemalangan itu, Luhan akhirnya pulang ke rumahnya. Tiada apa yang berubah dalam ingatannya tentang rumahnya. Hanya apabila dia menjejakan kakinya ke bilik tidurnya dia perasan akan beberapa bingkai gambar dia dan seorang perempuan. Luhan mengambil bingkai gambar itu dan melihatnya. Dia kelihatan seperti seseorang dia kenal dan sehinggalah dia sedar yang itu adalah Sunmi. Hatinya tiba-tiba bagaikan dipulas, melihat gambar yang penuh dengan kasih sayang itu. Ianya pelik bagi Luhan kerana dia tidak dapat mengingati apa-apa berkenaan Sunmi. Kenapa dia terlalu cintakan dia? Bagaimana Sunmi boleh buat dia gembira? Betapa istimewanya perempuan itu kepada dia? Banyak soalan yang timbul di mindanya dan dia memegang kepalanya apabila sakit kepala mula muncul. Doktor sudah berpesan kepadanya agar tidak banyak berfikir jika tidak ia akan menyebabkan kepala sakit.

 

Meletakan semua bingkai gambar itu di tempat asal, dia melihat sekeliling biliknya dan mula berasa curiga akan perempuan itu. Luhan melihat sebuah bingkai gambar yang besar tergantung pada dinding. Dia kelihatan seperti malaikat dan mereka kelihatan sangat muda. Gambar perkahwinan mereka yang tergantung di dinding. Pada masa itu mereka dipaksa berkahwin antara satu sama lain, tapi tiada pilihan lain.

 

Perasan ingin tahu Luhan makin lama membuat dia ingin tahu dan pergi ke almari yang dia ingati di mana semua album gambar berada. Luhan mengendahkan yang sudah dia kenal dan mengambil yang tidak pernah dia lihat. Dia mumbuka album gambar yang berwarna biru dan melihat gambar seorang bayi. Bayi yang baru dilahirkan dan kelihatan sangat kecil. Luhan menyambung melihat gambar tersebut sehinggalah dia tersedar semakin bayi itu membesar, semakin bayi itu kelihatan seperti dia.

 

Luhan melihatnya untuk kali kedua untuk memastikan itu bukan album gambarnya. Lujin memang kelihatan seperti dia. Ada beberapa gambar dia yang sedang mengajar Lujin cara berjalan,menyuapnya,memandikan dia dan bermain dengannya. Perasaan di hatinya semakin berat. Dia melihat sekilas gambar tersebut. Dia merasakan ingin menangis tapi dia tidak tahu kenapa. Luhan tidak pernah sangka yang dia sudah mempunyai anak dan sepatutnya menjadi seorang bapa.

 

Menutup album gambar itu, Dia mencari album lain akan Lujin dan Sunmi tapi dia tidak dapat menjumpainya lagi, “Album yang lain berada dekat apartmen kamu,” Suara itu menyebabkan Luhan terkejut lalu meletakan tangan di dadanya. “Ibu, jangan buat lagi!” Luhan merengek dan ibunya datang duduk di sebelahnya.

 

Ibu Luhan melihat album gambar yang berselerak disekeliling Luhan. Dia kelihatan sangat menyedihkan dalam keadaannya. Ianya kelihatan yang dia sedang mencari sesuatu yang terlalu dia inginkan. Ibu Luhan mengambil album gambar dan membukanya. “Lihat gambar keluarga kamu yang pertama. Ianya waktu Lujin lahir. Lihatlah dia. Dia seperti kamu waktu ibu melahirkan kamu”

 

Luhan hanya mendiamkan diri dan membiarkan ibunya bercakap. “Ibu masih ingat apa kamu bagitahu ibu saat kamu mendukung Lujin. Kamu bagitahu, ‘Ibu, keluarga saya sunguh cantik. Saya sangat gembira dan bangga. Saya boleh hidup tanpa kemewahan di dunia ini asalkan saya ada mereka. Saya takkan pern

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
Special chapter untuk anda semua...muah ciked

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 15: Saya menangis bagai orang gila ..
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 15: oh my goddd !! nasib baikk luhan tak mati ! authornim ! tahniah sebab buat sya mnangis ! aaa.. sedihh giler citer ni !!! i love this very very muchhh
BabySprinkle98
#3
Chapter 15: Ingtkn dh mti td c Luhan tu rpny hdup blik huhuhu :).....amboi Lujin ljuny ble dh tau appa die dh sdr.....Luhan ni dh tau die tu skit bleh lg brglak ktwe dngn Lujin,yela demi ank kan x bleh nk hlg dh.....Sunmi pun sme tau dh die tu skit nk prg jgk jnguk Luhan kat blik die p ble smpai je dkt ctu rse cam mimpi plak haha :D.....bgs Lujin prthnkan appa die dr kne mrh dngn omma die huhu tu pun mnympuk ckp org tue hehehe :V......akhrny jdlah sbuah klurga yg bhgie n hepy ending hehe.....annYeonG ^_- by jadoo98
_Chestnut
#4
Chapter 15: Yeay!! dah jadi happy ending //tepuktangan//
tyra01 #5
Chapter 14: Kenapa luhan mati...lujin perlukan dya...T-T
xiulhan03
#6
Chapter 13: sedih lah ending dia
Yifan_xoxo #7
Chapter 13: Knapa buat ending sdih....T-T T^T
BTW you are daebak!!!!
kayd2208 #8
Chapter 13: Author-nim buatla sequel lagi..atau fanfic lain fanfic awk memang best....
baekielover #9
Chapter 13: Sob sob...sedihnya.luhan...andwae!!!!!!huhi
AQFXQX
#10
Chapter 13: Dua kali I menangis...first bace ff baekyeol DreamingYou punye cite... second cite ni... sad ending~~TT^TT /seka air mata/ btw I love this ff so much!! Lujin~ meh peluk akk lg~~