Sepuluh

Last Kiss (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

“Mommy,” Panggil Lujin sambil duduk bersama kanak-kanak yang lain di sebuah tadika.

 

Sunmi mampu mencari perkerjaan sebagai pembantu pengajar untuk kanak-kanak di sebuah tadika di Dajeon. Memandangkan dia tidak boleh meninggalkan Lujin berseorang, Sunmi meminta kepada pengetua agar membiarkan Lujin menyertai kelas tersebut walaupun dia perlu membayar yuran seperti pelajar yang lain. Lujin sepatutnya akan ke tadika pada tahun depan dan sekolah itu kebiasaannya tidak menerima pelajar yang berpindah pada pertengahan tahun. Pengetua itu cukup baik untuk membiarkan Lujin menyertai kelas itu dengan percuma walaupun kelas itu kecil tapi ianya tidak mengapa.

 

“Maaf, baby. Mommy sibuk. Kejap lagi, okay?”

 

Bahu Lujin jatuh, dia pergi ke hujung kelas dan bermain sendirian. Sunmi mula dihimpit rasa bersalah. Lujin mempunyai masa yang berat untuk menyesuaikan diri. Dia tidak biasa untuk mendapat kurang perhatian yang diberikan oleh kedua orang ibubapanya, tapi Sunmi sedang berkerja. Dia perlu menjaga kanak-kanak lain.

 

“Saya mahukan daddy,” Bisik Lujin dengan memuncungkan bibirnya.

 

Sunmi mengigit bibirnya apabila berjalan ke arah Lujin dan terdengar omelan Lujin. Walaupun Luhan kelihatan seperti bergelut dengan diri sendiri untuk menjadi ayah kepada Lujin, dia tidak pernah hiraukan Lujin. Dia selalu memberikan perhatian kepada Lujin apabila Lujin memerlukan dia.

 

“Maafkan mommy, Lujin, tapi kamu terpaksa-“ Sunmi mengeluh, tahu yang Lujin tidak akan faham dengan situasi yang berlaku.

 

Sunmi-ssi, awak dah boleh balik sekarang,” Beritahu Puan. Wu apabila perasan yang kedua anak beranak itu mempunyai masalah. “Jangan risau. Lagipun beberapa minit sahaja yang tinggal sebelum tamat waktu persekolahan. Lagipun, kamu perlu menjaga diri kamu. Ibu seperti kamu di tahap sebegini tak boleh banyak melakukan kerja,” Sambungnya.

 

Sunmi hanya memberikan senyuman dan berterima kasih. “Terima kasih banyak-banyak, Puan. Wu.”

 

Lujin memegang tangan ibunya sebaik sahaja mereka berjalan kaki ke sebuah apartment kecil yang disewa oleh mereka.

 

“Kamu masih marahkan mommy?”

 

“Tak,” Omel Lujin dan Sunmi hanya tersenyum lemah terhadapnya sebaik sahaja dia membiarkan Lujin duduk di atas pahanya apabila dia duduk di atas sofa di dalam apartment mereka.

 

“Maafkan mommy ya.” Sunmi mengeluh lalu memeluk Lujin, Sunmi dapat rasakan kepala Lujin bersandar di bahunya.

 

“Mommy, saya lapar.”

 

Sunmi tertawa kecil melihat anak lelakinya, sehinggalah dia teringat yang mereka sudah kehabisan makanan. Gajinya tidak mencukupi untuk membeli makanan. Ibubapanya jugak keluar mencari perkerjaan. Ianya tidak mudah untuk mereka kerana ibu bapanya hanya menghabiskan pelajaran di sekolah tinggi dan mereka tidak dapat belajar di kolej kerana ianya sangat mahal ketika mereka masih muda.

 

Sunmi melihat almari dan hanya menjumpai beberapa peket ramyum yang tinggal. Dia lapar,juga, memandangkan dia ada zuriat di dalam perutnya yang sedang membesar, tapi dia lagi risaukan Lujin.

 

Sunmi memasak ramyum itu dan dan memberikan mangkuk yang berisi ramyum itu kepada Lujin yang sedang merenung ibunya. “Mommy, tak makan ke?”

 

Sunmi mengeleng kepalanya, “Mommy tak lapar.”

 

Lujin mula memakan ramyumnya dan perlahan-lahan menolak mangkuk itu kearah Sunmi yang sedang melihat Lujin yang sedang makan. Lujin memegang chopsticknya dan membuka mulutnya dengan luas sambil berkata, “Mommy, cakap ‘ahh’”.

 

Sunmi membuka mulutnya dan memakan ramyum itu. Sumpah dia ingin menangis. Lujin masih lagi tidak sedar akan apa-apa tapi Lujin masih mengambil kisah tentangnya. Apa yang Sunmi beritahu dia adalah yang mereka sedang bercuti panjang dan ayahnya sedang sibuk berkerja.

 

Apabila Sunmi bangun untuk mengambil air, dia merasa dirinya ingin muntah. Perutnya sangat sakit dan Sunmi menggenggam perutnya dalam kesakitan sebaik sahaja dia merengek dengan perlahan-lahan, tidak mahu Lujin melihat dia dalam kesakitan..’lagi’

 

===

 

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
Special chapter untuk anda semua...muah ciked

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 15: Saya menangis bagai orang gila ..
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 15: oh my goddd !! nasib baikk luhan tak mati ! authornim ! tahniah sebab buat sya mnangis ! aaa.. sedihh giler citer ni !!! i love this very very muchhh
BabySprinkle98
#3
Chapter 15: Ingtkn dh mti td c Luhan tu rpny hdup blik huhuhu :).....amboi Lujin ljuny ble dh tau appa die dh sdr.....Luhan ni dh tau die tu skit bleh lg brglak ktwe dngn Lujin,yela demi ank kan x bleh nk hlg dh.....Sunmi pun sme tau dh die tu skit nk prg jgk jnguk Luhan kat blik die p ble smpai je dkt ctu rse cam mimpi plak haha :D.....bgs Lujin prthnkan appa die dr kne mrh dngn omma die huhu tu pun mnympuk ckp org tue hehehe :V......akhrny jdlah sbuah klurga yg bhgie n hepy ending hehe.....annYeonG ^_- by jadoo98
_Chestnut
#4
Chapter 15: Yeay!! dah jadi happy ending //tepuktangan//
tyra01 #5
Chapter 14: Kenapa luhan mati...lujin perlukan dya...T-T
xiulhan03
#6
Chapter 13: sedih lah ending dia
Yifan_xoxo #7
Chapter 13: Knapa buat ending sdih....T-T T^T
BTW you are daebak!!!!
kayd2208 #8
Chapter 13: Author-nim buatla sequel lagi..atau fanfic lain fanfic awk memang best....
baekielover #9
Chapter 13: Sob sob...sedihnya.luhan...andwae!!!!!!huhi
AQFXQX
#10
Chapter 13: Dua kali I menangis...first bace ff baekyeol DreamingYou punye cite... second cite ni... sad ending~~TT^TT /seka air mata/ btw I love this ff so much!! Lujin~ meh peluk akk lg~~