FINALE

Last Kiss (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

Air mata yang tiada kesudahan jatuh dari mata Sunmi sebaik sahaja dia melawan segala tenaga yang dia tinggal. Setiap saat bagaikan beberapa jam baginya. Setiap langkah membuat dia semakin lemah. Semakin dekat dia menghampiri Luhan, semakin dia menjadi lemah.

 

Orang ramai sudah mengelilingi di kawasan Luhan dilanggar oleh kenderaan yang laju. Lujin menarik tangan Luhan perlahan dengan tanganya yang kecil. Tangisan kuat oleh Lujin menyebabkan orang ramai merasa kasihan akannya, tapi itu bukanlah yang Lujin mahukan. Dia perlukan ayahnya. Dia mungkin masih muda, tapi dia faham yang kejadian yang berlaku dihadapanya ini tidak menyenangkan dia. Ayahnya tidak bangun.

 

Ada suatu masa bila Luhan berpura-pura mati apabila bermain dengan anaknya. Lujin akan tertawa melihat ayahnya yang berpura-pura mati, tapi dihadapannya kini bukanlah adegan yang Luhan kini sedang bermain-main dengannya.

 

“Daddy, daddy..” Tangis Luhan teresak-esak sebaik sahaja melihat Luhan di bawa ke atas pengusung. Salah seorang jururawat cuba membawa Lujian dan Lujin cuba meraikan dirinya dari jururawat tersebut. “Tak! Jangan sentuh saya!Daddy! Saya nak daddy saya! Lepaskan saya!” Lujin melepaskan dirinya dari jururawat tersebut dan berlari ke pengusung itu sepantas yang dia mampu, tapi dia dihalang oleh seorang jururawat lain dan dengan pantas tapi berhati-hati menyuntik Lujin dengan ubat penenang.

 

Bila Lujin tampak bertenang, dia di angkat oleh Chae Rin, Sunmi akhirnya dapat mendekati Luhan, mengigil, tapi perjumpaan pendek dia terpaksa diakhiri kerana Luhan perlu ke ruang kecemasan.

 

“Tak, Luhan. Awak tak boleh buat macam ni. Tolong, apa-apa sahaja tapi bukan ini..” Tangis Sunmi sehingga tersedar akan tangan yang menyentuh dia, Sunmi melihat Luhan yang masih menutup matanya. Dia masih lagi sedar tapi dalam keadaan yang lemah.

 

“Saya cintakan awak, Sunmi..” Uman Luhan sebelum mulutnya mengeluarkan cecair likat berwarna merah apabila batuk.

 

“Luhan, jangan, berhenti bercakap. Saya cintakan awak juga. Tolong, kembali. Saya minta maaf. Kembali kepada saya.” Sunmi mengenggam erat tangannya dan jururawat menolak Sunmi apabila sudah sampai di ruang kecemasan.

 

“Maaf, puan, tapi awak harus berada diluar,” seorang jururawat cuba menahan Sunmi agar tidak bergerak apabila seorang lagi jururawat lain menyunik ubat penenang untuk membawa kembali Sunmi kembali ke bilinya.

 

Melawan dirinya untuk terus bangun, badanya mengalah dan pandangannya mula gelap. Sunmi yang tidak sedarkan diri itu dibawa ke biliknya sementara doktor sedang bertungkus lumus menyelamatkan nyawa Luhan.

 

-

 

Pandangan yang kabur dan kepalanya yang sakit dapat dirasai oleh Sunmi apabila membuka matanya perlahan-lahan. Mengelipkan matanya beberapa kali sebelum melihat keadaan sekeliling. Dinding yang dicat putih. Akhirnya dia tersedar yang dia masih lagi di hospital. Dia ingin bercakap, tapi akhirnya dia berjumpa dengan seseorang yang sudah lama tidak dia temui. Bila Sunmi melihat mereka, otaknya mengingati sesuatu.

 

“Lu..Luhan..mana Luhan?” Sunmi bertanya, cuba untuk mencari Luhan walaupun tekaknya berasa kering untuk bercakap.

 

Puan Lu berjalan ke arah Sunmi dan duduk di kerusi sebelah katil Sunmi. Dia memegang erat tangan Sunmi. Sunmi perasan akan mata yang bengkak,merah dan berair. Apa yang bermain dimindanya amat menakutkan dia. Perlahan-lahan rasa takut dan risau muncul. Ada kemungkinan apa yang bermain di fikirannya adalah sesuatu yang dia tidak mahu fikirkan. Dia tidak mahu itu berlaku.

 

“Macam mana perasaan kamu?” Tanya Puan Lu dengan lembut sebaik tersenyum ke arah Sunmi. Akan tetapi, Sunmi tidak mahu soalan itu semua. Apa yang dia mahukan adalah jawapan untuk soalanya.

 

“Mana Luhan?” Mata Sunmi melihat disekelilingnya dan melihat ke arah ibubapanya mencari jawapan, tapi mereka melakukan yang terbaik dengan mengelak dari berpandangan dengan Sunmi. “Ibu, ayah,” Panggil Sunmi dengan suara yang menuntut jawapan daripada ibubapanya. “Tolong, jawab soalan saya. Itu sahaja yang saya tanya.” Suaranya bergetar-getar sebaik sahaja air matanya jatuh.

 

Menghiraukan pujukkan Sunmi, Puan Lu menyambung semula menanyakan tentang keadaan Sunmi, “Adakah kepala kamu sakit, Kamu peningkah? Kamu-“

 

“Jawab sahaja soalan saya, tolong!” Akhirnya Sunmi menjerit sebaik sahaja genggaman dia pada tangan Puan Lu semakin kuat. “Saya merayu. Dia adalah suami saya,” Rayu Sunmi.

 

Melihat betapa terdesaknya Sunmi menginginkan jawapan, dia mengambil keputusan untuk memberitahu kepada Sunmi. Walau apapun yang berlaku, Sunmi pasti akan mengetahui kebenaran jua. “Dia dilanggar dengan…teruk. Luhan kehilangan banyak darah.” Henti Puan Lu seketika sebelum menutup matanya sebaik sahaja air matanya mula jatuh. “Dia tidak berjaya. Luhan..mati.”

 

Air matanya jatuh. Nafasnya mula tidak stabil dan pandangannya mula kabur. Tangannya mengigil dan dia merasakan yang dia kehilangan suaranya.

 

Mengatakan yang dia tidak mahu mendengar jawapan yang begitu pasti dianggap pelik kerana

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
Special chapter untuk anda semua...muah ciked

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 15: Saya menangis bagai orang gila ..
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 15: oh my goddd !! nasib baikk luhan tak mati ! authornim ! tahniah sebab buat sya mnangis ! aaa.. sedihh giler citer ni !!! i love this very very muchhh
BabySprinkle98
#3
Chapter 15: Ingtkn dh mti td c Luhan tu rpny hdup blik huhuhu :).....amboi Lujin ljuny ble dh tau appa die dh sdr.....Luhan ni dh tau die tu skit bleh lg brglak ktwe dngn Lujin,yela demi ank kan x bleh nk hlg dh.....Sunmi pun sme tau dh die tu skit nk prg jgk jnguk Luhan kat blik die p ble smpai je dkt ctu rse cam mimpi plak haha :D.....bgs Lujin prthnkan appa die dr kne mrh dngn omma die huhu tu pun mnympuk ckp org tue hehehe :V......akhrny jdlah sbuah klurga yg bhgie n hepy ending hehe.....annYeonG ^_- by jadoo98
_Chestnut
#4
Chapter 15: Yeay!! dah jadi happy ending //tepuktangan//
tyra01 #5
Chapter 14: Kenapa luhan mati...lujin perlukan dya...T-T
xiulhan03
#6
Chapter 13: sedih lah ending dia
Yifan_xoxo #7
Chapter 13: Knapa buat ending sdih....T-T T^T
BTW you are daebak!!!!
kayd2208 #8
Chapter 13: Author-nim buatla sequel lagi..atau fanfic lain fanfic awk memang best....
baekielover #9
Chapter 13: Sob sob...sedihnya.luhan...andwae!!!!!!huhi
AQFXQX
#10
Chapter 13: Dua kali I menangis...first bace ff baekyeol DreamingYou punye cite... second cite ni... sad ending~~TT^TT /seka air mata/ btw I love this ff so much!! Lujin~ meh peluk akk lg~~