Tiga

Last Kiss (Malay Version)
Please Subscribe to read the full chapter

 

Sunmi mengerang sebaik sahaja bangun kerana belakangnya berasa lenguh. Sunmi meletakkan tanganya disebelahnya dengan harapan dapat merasakan Luhan yang tidur disebelahnya. Sunmi membuka mata apabila dia tidak merasakan badan Luhan. *Mungkin dia sudah bangun,* fikir Sunmi.

 

Ianya pukul 8 pagi dan Lujin sudah lama bangun. “Selamat pagi,mommy.” Sunmi mencium dahi anak lelakinya dan membalasnya, “Selamat pagi. Mana daddy?”

 

“Saya tak tahu. Saya tak nampak daddy lagi. Daddy masih tidur ke?” Sunmi menekan bibirnya kepada garisan lurus dan memeriksa dua tandas jika Luhan berada di situ, tapi pintu itu terbuka luas, menunjukan dia tiada di dalam tandas. Sunmi pergi ke dapur dan ruang tamu, tapi Luhan tiada disitu jugak.*Mungkin dia sudah ke tempat kerja.*

 

Sunmi menghantar mesej kepada Luhan, bertanyakan di mana dia dan mengambil keputusan untuk bersarapan tanpa menunggu Luhan kerana dia tidak mahu anak lelakinya kelaparan.

 

Satu jam sudah berlalu dan masih tiada tanda-tanda Luhan. Sunmi telefon setiausaha Luhan untuk bertanyakan jika Luhan sudah sampai, tapi dia kecewa apabila setiausaha Luhan mengatakan yang Luhan masih belum datang. Meninggalkan Sunmi yang tertanya-tanya di manakah suaminya. Sunmi menghubungi ibu Luhan dan bertanyakan adakah luhan berada bersamanya, tapi bila ibu mentuanya kata ‘tak’, Dia mula risau.

 

“Lujin, Jom kita ke rumah datuk dan nenek.” Lujin memegang tangan ibunya. Apabila Sunmi membuka kotak kunci, Dia melihat kunci kereta mereka tiada. Dia segera membawa Lujin ke kawasan parking kereta dan melihat kereta mereka hilang. *Luhan mungkin menggunakan kereta..*

 

Tidak mempunyai pilihan lain, mereka menaiki kenderaan awam untuk ke rumah ibubapanya.

 

“Lujin!Sunmi!” Puan Lu menyapa mereka berdua dan berpeluk antara satu sama lain. “Perut kamu semakin membesar dan memdesar.” Sunmi tertawa dan menyentuh perutnya, “Dia memembesar dengan pantas sama dengan Lujin.”

 

“Bercakap pasal Lujin, kenapa kamu bertanyakan akan di manakah Luhan?”

 

Sunmi mula berasa gelisah dan mengambil keputusan untuk membiarkan Lujin bermain bersama auntie Chae Rin dahulu barulah memulakan bicara dengan ibu Luhan. “Saya bangun dan sedar Luhan hilang. Saya cuba hubungi syarikat bertanyakan jika Luhan ada di sana, tapi mereka kata yang dia belum tiba dan bila saya dalam perjalan ke sini, saya dapati kunci dan kereta. Saya tak boleh hubungi Luhan langsung.”

 

Puan Lu mula berasa bimbang juga. Luhan takkan pergi ke mana-mana tanpa memberitahu mereka dan yang lain, untuk membuat isterinya risau akannya. “Bagaimana pulak dengan kawan-kawannya?”

 

“Ah.” Sunmi mula menghantar mesej kepada semua kawan mereka dengan balasa yang dia terima, hatinya semakin berat. Sunmi mengeleng kepalanya, tapak tangannya mula berpeluh. “Ommonim, saya takut. Saya risau akan Luhan. Patutkah kita cari dia?”

 

Puan Lu mengangguk tanpa ragu-ragu dan memberitahu mereka semua yang Luhan hilang. Sunmi juga turut menghantar mesej kepada kawan-kawannya dengan mengatakn Luhan telah hilang dan menguhubungi dia jika ternampak Luhan. Sunmi mengambil keputusan untuk tidak memberitahu Lujin akan perkara ini. Sunmi tidak mahu Lujin berasa risau,dia masih muda untuk memahami apa yang berlaku.

 

Selepas satu jam mencari dan bertanya kepada kenalan mereka, mereka masih tidak mendapat apa-apa khabar tentang Luhan. “Patutkan kita hubungi pihak polis?”

 

“Saya rasa kita patut.” Itu kata-kata terakhir yang Sunmi sebut sebelum dia mengangkat panggilan nombor yang tidak dikenali.

 

“Hello?”

 

“Adakah ini Lu Sunmi?”

 

“Ya, Saya. Siapa ni?”

 

“Kami menghubungi puan dari Hospital Besar Seoul. Encik Luhan terlibat dalam kemalangan kereta dan kami memohon agar puan dapat datang ke sini.”

 

Lutut Sunmi lemah, telefon yang berada ditangannya jatuh ke tanah. Air matanya mula jatu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Hundotlove
Special chapter untuk anda semua...muah ciked

Comments

You must be logged in to comment
hanbinhaera #1
Chapter 15: Saya menangis bagai orang gila ..
KimTaehyungWifeu
#2
Chapter 15: oh my goddd !! nasib baikk luhan tak mati ! authornim ! tahniah sebab buat sya mnangis ! aaa.. sedihh giler citer ni !!! i love this very very muchhh
BabySprinkle98
#3
Chapter 15: Ingtkn dh mti td c Luhan tu rpny hdup blik huhuhu :).....amboi Lujin ljuny ble dh tau appa die dh sdr.....Luhan ni dh tau die tu skit bleh lg brglak ktwe dngn Lujin,yela demi ank kan x bleh nk hlg dh.....Sunmi pun sme tau dh die tu skit nk prg jgk jnguk Luhan kat blik die p ble smpai je dkt ctu rse cam mimpi plak haha :D.....bgs Lujin prthnkan appa die dr kne mrh dngn omma die huhu tu pun mnympuk ckp org tue hehehe :V......akhrny jdlah sbuah klurga yg bhgie n hepy ending hehe.....annYeonG ^_- by jadoo98
_Chestnut
#4
Chapter 15: Yeay!! dah jadi happy ending //tepuktangan//
tyra01 #5
Chapter 14: Kenapa luhan mati...lujin perlukan dya...T-T
xiulhan03
#6
Chapter 13: sedih lah ending dia
Yifan_xoxo #7
Chapter 13: Knapa buat ending sdih....T-T T^T
BTW you are daebak!!!!
kayd2208 #8
Chapter 13: Author-nim buatla sequel lagi..atau fanfic lain fanfic awk memang best....
baekielover #9
Chapter 13: Sob sob...sedihnya.luhan...andwae!!!!!!huhi
AQFXQX
#10
Chapter 13: Dua kali I menangis...first bace ff baekyeol DreamingYou punye cite... second cite ni... sad ending~~TT^TT /seka air mata/ btw I love this ff so much!! Lujin~ meh peluk akk lg~~