MV 8

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

 

[CONTENTID1] MV 8 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] JIMIN P.O.V

Setelah penat aku mencari pintu keluar, akhirnya aku terduduk di atas lantai kembali. Mukaku diraup berkali-kali. Macam mana aku nak selamatkan sahabat-sahabatku daripada si dia kalau aku tidak mampu untuk keluar daripada bilik ini? Aku cuba untuk mengingati kembali dari arah mana si pengkhianat itu masuk. Tak silap aku dia masuk ke dalam bilik ini dari sebelah kiri di tempat aku terduduk sebentar tadi.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, aku mengagahkan kakiku yang sudah lenguh itu untuk terus berdiri. Dan, aku mula memerhati keadaan sekeliling bilik yang aku berada sekarang ini. Dari tempat aku berdiri, aku mengimbas kembali betul-betul dari mana lelaki berjubah hitam itu masuk. Ya! Aku dah menemukannya. Akibat bilik yang sedikit gelap menyebabkan pandanganku sedikit terjejas. Aku mula mengorak langkah menuju ke arah sebelah kiri bilik dan tanganku mula meraba dinding, mencari sebuah pintu untuk keluar dari sini. Hasil dari titik peluhku, akhirnya pintu itu dijumpaiku sebelum dibuka. Bibir aku juga sudah mula menguntum senyuman dengan wajah yang cukup gembira.

Sebaik sahaja aku keluar dari bilik tersebut, aku tergamam melihat keadaan di luar pintu yang dibukaku. Senyumanku juga sudah mula mati bersama-sama dengan wajah kegembiraan yang terpamer sebentar tadi. Di hadapanku kini mempunyai dua cabang lorong untuk keluar dari tempat tersebut dan aku mula keliru lorong mana satu yang akan menuju ke arah jalan keluar yang sebenar. Aku mula menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

"Macam mana nak keluar kalau ada banyak sangat ruang rahsia?" tanya aku pada diri sendiri.

Setelah berfikir panjang, akhirnya aku memilih untuk mengikut lorong yang berada di sebelah kanan ruang tersebut. Perjalananku hanya ditemani dengan obor-obor yang masih bernyala, tergantung pada dinding. Kiri dan kanan. Suasana yang sunyi, lorong yang gelap dan bunyi tapak kaki bergema menemani setiap langkahku yang sedang mencari jalan keluar dari tempat ini.

Setelah lama berjalan, aku mula berhenti seketika. Aku menyandarkan tubuhku pada dinding yang sejuk itu. Perlahan-lahan tangan aku menjalar pada betisku dan mula mengurutnya perlahan kerana kakiku berasa lenguh sedari tadi akibat banyak sangat berjalan. Aku mula memandang sekeliling dan kakiku mula mahu berjalan mencari ruang keluar namun terhenti secara tidak sengaja apabila sebuah pintu berwarna kelabu menarik perhatian aku. Pintu itu seperti pintu besi. Di atas pintu itu, tergantung sebuah kadbod yang bertulis 'JANGAN MASUK'. Perasaan ingin tahu membuak-buak di dalam diri aku. Aku mula melangkah menghampiri pintu tersebut dan berhenti di hadapannya.

Pintu besi itu cuba dibuka oleh aku namun ia-nya berkunci dan itu membuatkan aku berasa sedikit geram kerana aku ingin mengetahui apa yang berada di sebalik pintu tersebut. Aku tidak mengalah malah aku cuba menghentam pintu itu menggunakan badan aku supaya ia-nya terbuka. Namun, badanku pulak terasa sakit dan pintu itu langsung tidak terjejas dengan penangan yang diterima. Aku menggigit bibir bawah. Geram.

Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk meneruskan perjalananku dan melupakan seketika hasratku untuk mengetahui a

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...