MV 3

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 3 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] JIMIN P.O.V

"Jimin? Mana patung panda itu?" tanya Taehyung menyebabkan aku yang masih melihat ruang bawah terkejut dengan pertanyaan itu lantas berkalih, memandang wajah Taehyung yang seperti resah mungkin. Aku terdiam kerana masih terkejut dengan kehilangan kelibat Eun Hyuk secara tiba-tiba sekaligus membuatkan patung panda yang dipegangku hilang bersama kelibat itu. 

"Hoi! Aku tanya ni, mana patung panda yang kau pegang itu?" tanyanya sekali lagi menyebabkan aku memandangnya buat kesekian sekalinya.

"Hi-hilang," balasku ringkas. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku menanya kepadanya bahawa dia ada nampak kelibat Eun Hyuk melalui tangga yang dinaikinya itu atau tidak. Namun apabila difikirkan kembali, lebih baik aku mendiamkan diri buat sementara waktu dan berusaha mencari jawapan kepada kehilangan lelaki itu.

"Macam mana boleh hilang?" tanyanya. Okey, ini bermakna dia langsung tidak menyedari kewujudan Eun Hyuk sebentar tadi atau memang tidak nampak langsung kelibat lelaki itu. Tetapi, aku mesti menanyanya untuk mengetahui samada Eun Hyuk ada lalu di atas tangga itu sebentar tadi atau ia hanya sekadar ilusi aku.

"Ada sesiapa tak yang turun tangga ni tadi?" tanya aku untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi.

"Siapa? Aku tak nampak pulak. Kenapa?" tanya Taehyung membuatkan lidah aku terus kelu. Macam mana boleh dia tidak sedar kelibat Eun Hyuk melalui tangga yang dinaiki kami?

"Tak-takde apa-apalah. Just asking," aku menjawab dengan senyuman palsu.

"Soalan aku, kau tak jawab lagi," katanya menyedarkan aku tentang soalannya yang disoal tadi.

"Aku... nanti-nantilah aku cerita kat kau. Yang penting sekarang ni, kita kena jumpa Namjoon hyung terlebih dahulu," kata aku yang tadi berada di tangga ketujuh dari atas sudah mampu memintasnya yang menoleh memandangku. Dan dia mula mengikuti langkah aku yang sudah mula bergerak naik ke tingkat atas.

END P.O.V

JUNGKOOK P.O.V

Aku yang baru sahaja selesai menyiapkan diri tersedar bahawa kelibat Jimin hyung dan Taehyung hyung telah hilang setelah aku keluar dari bilik air yang berada di penjuru bilik tidur. Kata mereka, mereka ingin menunggu aku supaya dapat bersama-sama berjumpa dengan Namjoon hyung yang memegang jawatan sebagai leader kami semua. Aku mengambil langkah untuk menuju ke bilik Namjoon hyung kerana mungkin mereka berdua telah pergi ke sana tanpa menunggu aku. 

Bilik Namjoon hyung terletak di aras yang sama cuma bilik kami terpisah dek terhalang oleh sebuah tangga yang akan menuju ke aras atas. Di aras itu mempunyai dua tangga. Sebuah tangga lagi berada di hujung bilik ketiga dari bilik Namjoon hyung. Hal ini bermakna, tangga tersebut berada paling hujung. Sebaik sahaja aku berada di hadapan tangga yang menuju ke aras atas, aku terdengar bunyi kaca pe

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...