MV 7

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 7 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] Dua jam sudah pun berlalu dan kini mereka bertujuh memulakan misi mereka bagi mencari Jimin yang telah menghilangkan diri secara tiba-tiba. Sebelum itu, Jungkook memberikan cadangannya supaya kumpulan dibahagikan. Hal ini kerana ingin memudahkan misi pencarian yang akan dilaksanakan oleh mereka. Jungkook, Taehyung dan Jin merupakan satu kumpulan manakala Yoongi, Hoseok dan Namjoon merupakan satu kumpulan. Di ruang tamu, kumpulan Jungkook mencari Jimin.

"Hyung, Kookie rasa Jimin hyung takde-lah kat sini," kata Jungkook memerhati sekeliling.

"Hyung pun rasa macam tu. Takkanlah dia pergi main sorok-sorok pulak dan kita kena cari dia. Dahlah ruang ni kecik je. Taklah besar mana," ngomel Taehyung sambil mulutnya dimuncungkan. Jin yang melihat hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Hyung, kookie rasa kookie tahu kat mana kita nak cari Jimin hyung," suara Jungkook berubah teruja apabila menuturkan ayat tersebut.

"Kat mana?" tanya Taehyung ingin tahu.

"Kita pergi cari dia kat aras paling atas!" berdasarkan suara Jungkook, sudah dapat didengar bahawa dia tersangatlah teruja.

"Ish, mana boleh!" Jin menolak cadangan Jungkook yang ingin mencari Jimin di aras paling atas. Taehyung dan Jungkook memandangnya dengan pandangan yang pelik.

"Kenapa pulak, hyung?" tanya Taehyung nampak seperti tidak berpuas hati.

"Kamu berdua tak ingat apa yang Eun Hyuk pesan pada kita? Tak boleh naik ke tingkat atas. Macam mana kalau ada perkara buruk yang tejadi nanti?" balas Jin. Ada logik juga katanya. Namun dua manusia itu langsung tidak kisah dengan apa yang Jin katakan.

"Kalau hyung nak ikut peraturan dalam rumah ni, sampai tua-lah kita takkan tahu apa yang berlaku pada 12 orang lelaki itu dan siapa pembunuhnya," balas Jungkook sedikit geram.

"Ya, hyung tahu! Tapi kita tunggulah masa yang sesuai untuk merungkaikan misteri ni," Jin membalasnya. 

"Hyung! Katakanlah kalau Jimin ada kat atas sana, takkan hyung nak biarkan je! Dia tu kan sahabat kita!" Taehyung bengang dengan jawapan yang diberikan Jin.

"Yalah, yalah. Kita pergi naik ke tingkat atas. Kalau apa-apa terjadi, jangan salahkan hyung pulak sebab ni keputusan korang berdua," akhirnya, Jin akur dengan keputusan dua sahabatnya itu. Taehyung dan Jungkook menganggukkan kepala dengan wajah yang sedikit gembira. Bukan apa Jin tidak mahu mereka pergi ke aras paling atas. Dia tidak mahu apa-apa terjadi pada sahabatnya kerana mereka itu adalah tanggungjawabnya. Walaupun Namjoon adalah ketua tetapi dia lah insan yang paling tua  di dalam kumpulan tersebut dan dia berhak dipersalahkan sekiranya terjadi apa-apa kepada sahabat-sahabatnya. Sudahlah Jimin menghilang. Tidak tahu kemana perginya lelaki itu. Takkanlah dia nak membiarkan ahli kumpulannya yang lain hilang pulak! Dia mengeluh kecil dan mula mengikut langkah dua sahabatnya itu, yang telah meninggalkannya di belakang sekali.

                                               

Manakala kumpulan Namjoon pula,

"Korang, cuba tengok ni!" Suga menunjukkan sesuatu pada dinding yang berada di hadapannya. Nampak seperti sebuah pintu. Pintu yang berwarna koko itu dibuka oleh Suga. Ternyata pintu tersebut langsung tidak berkunci dari dalam mahupun dari luar.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...