MV 4

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 4 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] "Silakan duduk semua," Eun Hyuk bersuara tatkala kelibat mereka bertujuh muncul di ruang makan tersebut. Mereka bertujuh mula berjalan menuju ke arah meja makan yang terletak di tengah-tengah ruang itu lalu duduk di atas kerusi yang empuk lagi selesa. Jimin, orang terakhir yang bergerak menuju ke meja makan kerana masih teringat peristiwa petang tadi. Dimana patung panda yang dipegangnya telah hilang bersama kelibat Eun Hyuk. Dan Taehyung tidak nampak akan kelibat itu.

"Memandangkan korang semua baru sahaja tinggal di sini, saya ingin memberitahu beberapa peraturan yang perlu dipatuhi ketika korang berada di dalam rumah ini. Peraturan yang kamu tidak boleh langgar walau satu pun. Jika itu berlaku, kamu akan dikenakan denda yang amat dikesali," kata Eun Hyuk memulakan bicaranya. Hye Jin yang berada di sebelahnya hanya mendiamkan diri.

"Peraturan? Peraturan apa?" tanya Jin yang kebingungan itu. Eun Hyuk yang masih berdiri bagi memberi penerangan kepada tujuh penyiasat itu menghiasi bibirnya dengan senyuman sinis.

"Ada beberapa peraturan yang kamu perlu patuhi. Yang pertama, kamu semua tidak dibenarkan memasuki bilik selain daripada lima bilik yang berada di aras yang sama dengan bilik kamu. Kedua, jangan sesekali menaiki tangga menuju ke aras atas sekali. Ketiga, kamu semua tidak dibenarkan keluar daripada bilik pada pukul 12:00 malam dan ke atas. Keempat, jangan keluar daripada rumah ini tanpa kebenaran daripada pemilik rumah ini sendiri. Okeylah, itu sahaja peraturan yang kamu perlu patuhi buat masa sekarang ni. Kalau ada apa-apa soalan, silalah bertanya kepada kami berdua," panjang lebar penerangan Eun Hyuk kepada mereka semua.

"Macam mana nak minta kebenaran daripada pemilik rumah ini sekiranya kami tak tahu siapa dia?" tanya Jungkook, si maknae kehairanan.

"Sebab itulah kami meminta korang semua berkumpul di sini. Pemilik rumah ini akan tiba tak lama lagi," balas Hye Jin dengan senyuman sinis. 

"Hah?" mereka semua nampak seperti terkejut. Mungkin tidak sangka akan bertemu dengan pemilik rumah itu.

Tiba-tiba, pintu ruang makan itu terbuka dengan sendirinya dan muncul-lah seorang lelaki yang berkacamata hitam disertakan dengan topi hitam besar di atas kepalanya. Sesungguhnya ruang makan untuk menjamu selera ini bagaikan sebuah bilik yang besar : dimana ia hanya dipenuhi dengan meja makan yang diletakkan di tengah-tengah ruang besar itu. Ruang makan itu juga berada di ruang bawah tanah. Banyak juga ruang rahsia yang masih tidak diketahui mereka.

"Akulah pemilik rumah ini! Lee Jong Suk imnida," kata lelaki tadi, berdiri di muka pintu setelah menutup pintu itu kembali. Kemudian, dia mula berjalan di kerusinya yang terletak di hadapan meja makan itu. Kerusi yang melambangkan dia-lah tuan rumah tersebut.

"Jadi, korang semua bolehlah minta kebenaran kepada dia jika mahu keluar ke mana-mana," kata Hye Jin seraya tangannya menunjukkan kepada Jong Suk yang sedang duduk di atas kerusi yang berada di sebelahnya.

P

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...