MV 5

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 5 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] Perlahan-lahan kelopak mata Jimin dibuka. Dia memandang sekitar bilik. Ini bukan bilik yang didudukinya! Malah bilik yang sedang dia berada sekarang ini begitu berlainan sekali dengan bilik yang didudukinya sebelum ini. Dia baru perasan bahawa bilik itu tidak mempunyai sebuah katil dan dia hanya berbaring di atas lantai marmar yang sejuk. Dia bangun daripada pembaringannya dan memerhati sekeliling ;mencari cahaya yang menerangi bilik. Hanya obor yang terletak di sebalik dinding bilik itu membolehkan Jimin melihat sekitar bilik tersebut dengan senang.

Seorang lelaki yang tiba-tiba muncul daripada sebalik dinding di sebelah kiri Jimin menyebabkan jantungnya hampir gugur. Dia mengurut-urutkan dadanya supaya jantungnya yang berdegup laju dapat dikurangkan. Lelaki itu hanya berdiri di hadapan Jimin sejauh 10 langkah darinya. Dia memandang lelaki itu dari atas kebawah. Baju jubah hitam yang bagaikan hoodie itu menyukarkan dia mengecam siapa lelaki itu. Dan lelaki itu juga sedang membelakangi dirinya yang hanya duduk memandangnya.

"Korang takkan terlepas daripada aku!" jerit lelaki itu tiba-tiba. Dia hanya memandang dinding yang berdiri teguh di hadapannya.

Secara tiba-tiba, lelaki itu berpusing ke arah belakang : menghadap Jimin. Walaupun si lelaki itu memandangnya, dia masih lagi tidak mampu mengecam wajahnya akibat bilik yang gelap. Hanya cahaya daripada obor sahaja menerangi bilik itu. Kemudian lelaki itu perlahan-lahan menyeluk kocek bajunya dan mengeluarkan sesuatu yang... tajam! Jimin meneguk liurnya yang terasa pahit. Jantungnya mula berdegup kencang bagaikan dia sedang berlari dalam marathon. Peluh juga membasahi wajahnya.

"Kau takut ke?" tanya lelaki itu. Entah kenapa dia dapat rasakan yang dia seperti pernah mendengar suara lelaki itu. Mungkin ia hanyalah sekadar perasaannya sahaja.

"Kau... kau siapa?" tanya Jimin dengan suara yang terketar-ketar.

 Lelaki itu tersenyum sinis. 

"Jangan apa-apakan aku. Aku merayu!" kata Jimin lebih kepada merayu supaya dirinya tidak diapa-apakan oleh lelaki itu.

Lelaki itu masih tersenyum dengan sinisnya. Perlahan-lahan dia mengorak langkah menuju ke arah Jimin yang semakin ketakutan. Sesuatu yang tajam itu digenggam erat olehnya. Setiap langkah kaki lelaki itu membuatkan jantungnya semakin berdebar kuat. Sampailah langkah kaki yang terakhir, jantung Jimin masih berdegup laju. Dia kemudian mencangkung di hadapan Jimin dan dia mula bermain dengan pisau yang dipegangnya sedari tadi.

"Masa untuk kau mati!"  Pis

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...