MV 15

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 14 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] “Tolong apa?” tanya Eun Hyuk sekadar mahu tahu. Matanya tepat memandang ke arah Jimin yang memandangnya bagaikan merayu.

“Boleh tak kau tolong pujuk Jin untuk serahkan diri dia pada polis? Aku tak sanggup nak tengok dia bergelumang dengan dosa dan bunuh lagi ramai orang yang tak bersalah,” ujar Jimin lebih kepada merayu. Eun Hyuk mengeluh kecil.

“Kau nampak kan tadi? Aku yang berkawan dengan dia dah lama pun tak mampu nak nasihat dia. Apatah lagi untuk menghalang dia,” balas Eun Hyuk nampak seperti keberatan untuk menolong.

“Kau sanggup ke nak tengok Jin hyung masuk penjara?” tanya Jungkook yang diam sedari tadi. Hanya sesekali sahaja dia menyampuk ketika Jin berada di hadapannya. Al-maklumlah dia merupakan maknae dalam kumpulan penyiasat tersebut.

Namjoon selaku ketua di dalam kumpulan penyiasatan tersebut mula berdiri daripada duduknya lalu berjalan menghampiri Eun Hyuk. Dia tidak boleh menyerah kalah untuk meyakinkan Eun Hyuk supaya memujuk Jin buat kesekian kalinya. Mereka berenam tahu bahawa bom yang dihidupkan oleh Jin sebentar tadi mula menjalankan setiap saat dan bila-bila masa sahaja akan meletup dan menghancurkan seluruh isi rumah.

“Aku tahu kau sayangkan Jin as your brother and kau pun tak sanggup nak tengok dia masuk penjara, kan?” kata Namjoon seraya bahu Eun Hyuk ditepuk. Tidak ada satu ayat pun yang terkeluar daripada mulut Eun Hyuk. Hanya terdiam dengan apa yang disampaikan oleh Namjoon.

“Kalau kau tak nak tolong, it’s okay! Tapi,  aku harap kau fikirkanlah perasaan orang lain juga,” akhirnya, Namjoon mengalah juga apabila kata-kata positif tidak keluar daripada mulut Eun Hyuk.

“Tapi Jin hyung akan tetap masuk penjara, kan?” tanya Eun Hyuk, melepaskan keluhan berat.

“Memang dia akan masuk penjara sebab dia dah buat kesalahan yang besar. Tapi hukuman yang akan dikenakan ke atasnya akan diringankan sekiranya dia serahkan diri dia pada pihak polis,” sampuk Jungkook, turut bersimpati akan nasib yang mungkin akan menimpa Jin.

“Hyuk, aku harap sangat kau boleh tolong kami,” kata Taehyung, mengharap.

“Aku akan tolong korang. Biarlah Jin hyung masuk penjara sekalipun. Aku akan tetap tolong korang. Kita tak boleh nak tegakkan benang yang basah, kan?” katanya. Senyuman mula terukir di bibirnya walaupun kelihatan hambar.

“Terima kasih, Eun Hyuk,” ucap Suga, lemah. Dia hanya mampu memerhati sahaja sedari tadi.

“Sama-sama,” kata Eun Hyuk dan terus menghilangkan dirinya bagaikan asap.

Jin dan Jong Suk terus berjalan menuju ke perpustakaan yang berada di lorong rahsia itu.  Masing-masing mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Lagipun, Jong Suk tidak berani mahu menegur Jin memandangkan dia tahu emosi tuannya itu sedikit terganggu dengan pembelotan (?) Eun Hyuk.

“Kau nak hidup, kan?” tanya Jin secara tiba-tiba. Jong Suk yang berada di belakang Jin sedikit tersentak. Lalu kepalanya didongakkan: memandang ke arah Jin. Namun si tuan langsung tidak memandang ke arah si kuli.

“Y... ya,” ujar Jong Suk sebagai jawapan kepada soalan Jin tadi.

“Kau boleh tolong aku?” tanyanya. Kini Jin menghentikan langkahnya dan memandang ke arah Jong Suk.

“Tuan nak saya tolong apa?” tanya Jong Suk. Dia masih menanti jawapan daripada mulut Jin.

Jin tersenyum apabila Jong Suk bertanyakan soalan itu kepadanya. “Maknanya, kau boleh tolong akulah?” kata Jin pula.

Berdasarkan soalan yang ditanya Jin, Jong Suk dapat rasakan ada sesuatu yang tidak kena. Senyuman yang terhias di bibir Jin pula nampak menyeramkan walaupun tiada unsur-unsur hantu dalam cerita ni. Bulu romanya tegak berdiri. Penangan daripada senyuman Jin.

“Jong Suk. Aku nak kau... Bukan aku nak kau tolong mati untuk aku,” ujar Jin. Jong Suk terkejut mendengar jawapan yang keluar daripada bibir Jin membuatkan dia menjadi panik.

“Ka... kau bergurau, kan?” tanya Jong Suk sudah mula terketar-ketar.

Jin tergelak besar mendengar soalan daripada Jong Suk sebelum kembali serius. “Aku tak main-main, Lee Jong Suk. Kau ada kat sini pun hanya menyusahkan aku,” kata Jin.

Dia terus menarik keluar sepucuk revolver penyenyap bunyi daripada poket jaketnya. Dengan pantas, dia terus menetap ke arah sasaran sebelum picunya ditarik tanpa sempat Jong

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...