MV 16 - Akhir

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 16 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] Dua Tahun Kemudian,

Tajuk besar pada muka surat khabar dibacanya. Senyuman kepuasan terukir pada bibirnya. Langsung dia meletakkan surat khabar di atas meja di hadapannya setelah dibacanya sekali lagi. Semuanya telah berakhir. Ya, kejadian letupan di Villa Putera telah menjadi kejutan kepada semua masyarakat. Kejadian tersebut telah berlaku semenjak dua tahun lepas. Semakin lama, semakin pudar diingatan. Namun, hanya dia sahaja yang masih teringat akan kejadian tersebut.

“Kau masih rindukan villa tu ke?” tanya satu suara dari sebelah kirinya. Dia memandang sejenak wajah rakannya. Hanya senyuman yang dibalas.

“Tulah. Perkara dah lama berlalu kot. Tiada lagi dendam. Tiada lagi pembunuhan. Apa yang nak ditenungnya tajuk utama surat khabar tu?” sampuk seorang lagi rakannya yang berada di sebelah kanannya. Berhadapan dengannya.

“Aku pun rindukan villa tu jugak. Pengalaman yang jarang kita dapat,” ujar seorang lagi rakannya yang kini berhadapan dengannya.

“Ya. Pengalaman ketika aku kena culik. Pengalaman melalui lorong rahsia. Pengalaman berhadapan dengan pembunuh dengan cara yang hampir sama dengan dalam mimpi. Pengalaman dimana kita sempat selamatkan diri daripada letupan bom yang hampir meletup,” ujarnya. Senyuman sekali lagi diukir pada bibirnya.

“Yalah. Kita hampir-hampir nak hilang nyawa. Nasib sempat untuk selamatkan diri. Syukur pada Tuhan,” kata Jungkook, memandang ke langit.

Suasana petang yang mendamaikan telah menjadi waktu untuk mereka berenam berkumpul bersama bagi berkongsi pengalaman, berkongsi cerita dan macam-macam lagi. Bayu angin meniup lembut menampar pipi mereka membuatkan mereka diulit ketenangan. Setenang-tenang mereka, masih ada persoalan di minda masing-masing.

“Walaupun kita tak dapat cari mayat 12 orang mangsa, tapi sekurang-kurangnya, kes itu dah selesai. Macam yang kau kata, tiada lagi dendam,” balas Taehyung sebelum minumannya diteguk sedikit.

“Macam mana dengan keadaan Jin hyung sekarang?” tanya Jungkook, si maknae teringat akan satu-satunya hyung yang paling rapat.

“Aku pun tak tahu, Jungkook,” balas Hoseok sedikit mengeluh.

"Kami pun rindukan dia, Jungkook. Tapi nak buat macam mana. Kehilangan dia secara tiba-tiba. Inspektor Taekwoon ada bagitahu kat aku yang mayat yang dijumpai dalam villa tu hanya dua mayat selain daripada 12 lagi mayat mangsa sebelum ni. Inspektor Taekwoon pun ada kata yang wajah mangsa tidak dapat dikenal pasti kesan daripada letupan yang terjadi," balas Namjoon memandang ke arah Jungkook serta rakan-rakannya yang lain.

"Jin hyung masih hidup!" suara tinggi daripada Suga mengejutkan mereka semua. Terus wajah Suga dicari.

"Kenapa kau kata macam tu?" tanya Taehyung yang berada di sebelah Suga. Masing-masing menganggukkan kepala. Mereka ingin tahu makna yang dikatakan Suga. Kenapa dia berkata macam tu? Jin masih hidup? Adakah benar?

"Kau ingat tak masa kita semua diculik?" tanya Suga sudah mula mahu berkongsi spekulasinya. Dia memandang satu-persatu wajah kawannya.

Masing-masing menganggukkan kepala. Aktiviti minum air atau menghadap telefon diberhentikan kerana teruja ingin mengetahui apa yang hendak disampaikan oleh Suga.

"Hye Jin noona. Dia hilang semasa kita diculik. Kelibatnya langsung tak muncul-muncul. And, Namjoon, Hoseok, kau masih ingat kan kehadiran Hye Jin noona ketika kita berada di pintu ruang rahsia tu?" kata Suga tidak terus memberi jawapan. Dia memandang Namjoon dan Hoseok silih-berganti. Mengharapkan jawapan keluar daripada mulut salah seorang dari mereka.

"Ya, aku ingat. M

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...