MV 13

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 13 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] “Korang nak lari ke mana?” suara seseorang mengejutkan mereka berenam yang berdiri di hadapan muka pintu bilik itu. Kehadiran Jong Suk di hadapan mereka membuatkan jantung mereka berenam hampir luruh. Senyuman sinis terhias di bibir jejaka itu yang merupakan orang suruhan Jin.

PAKK!

Tiba-tiba, Jong Suk rebah ke lantai dan tidak sedarkan diri. Mereka berenam terkejut lantas memandang ke arah gerangan siapakah yang membuat hentakkan di kepala Jong suk. Eun Hyuk? Apa motif dia lakukan semua ini?

“Cepat! Korang kena keluar daripada sini sebelum Jin... eh? Emm.. Tuan Jin sedar akan kehilangan korang. Aku akan tolong kau dengan melambatkan perjalanan Tuan Jin. Dah, cepat pergi!” kata Eun Hyuk menggesa mereka berenam.

Hakikatnya Jimin dan ahli kumpulan BTS yang lain hanya tercengang tanpa melangkah pergi sedikit pun. Mereka masih lagi terkaku di hadapan pintu bilik tersebut dengan kehadiran Eun Hyuk secara tiba-tiba itu.

“Kenapa korang masih tercegat ni?” Eun Hyuk yang panik sebentar tadi terus bertanyakan soalan kepada mereka apabila melihat bahawa mereka masih berdiri seperti patung di dalam kaca yang berada di kedai-kedai baju.

“Macam mana kami nak percaya cakap kau?” tanya Hoseok yang berada hampir dengan pintu keluar di sebelah kiri bilik. Eun Hyuk menggaru kepalanya yang tidak gatal, tidak tahu macam mana mahu menjelaskan satu-persatu yang telah menyebabnya berubah fikiran mahu menyelamatkan enam penyiasat itu daripada ketuanya, Jin yang hanya berpura-pura menjadi penyiasat.

"Terpulang kepada kau nak percaya atau tak. Yang pasti, aku nak korang selamat dan menjalankan tugas kau sebagai penyiasat yang bertanggungjawab menangkap pembunuh," kata Eun Hyuk dengan senyuman di akhir bicara. Mereka berenam terdiam.

"Okeylah, aku kena pergi sebelum Tuan Jin tahu apa yang berlaku sekarang ni," Eun Hyuk segera berlalu pergi setelah berkata sedemikian. Mereka masih belum bergerak dari situ sampailah kelibat Eun Hyuk menghilang.

"Korang rasa betul ke apa yang Eun Hyuk katakan tu? Betul ke dia nak selamatkan kita?" tanya Taehyung yang berada di belakang sekali sambil memapah Suga yang masih lemah itu.

"Betul kot sebab aku tak rasa yang dia menipu kita semua. Apa yang dia dapat kalau tipu kita semua?" tanya Jungkook yang turut memapah Namjoon. Tangan kiri Namjoon dibiarkan melingkari lehernya. "Dan, aku yakin yang Eun Hyuk tolong kita kerana dia tak suka Jin hyung melakukan pembunuhan ke atas kita berenam," sambungnya lagi dengan yakin.

"Emm, apa yang kau cakap tu mungkin betul dan mungkin juga tak betul tapi apa-apa pun, jomlah kita keluar dari sini. Alang-alang Eun Hyuk beri lampu hijau kepada kita berenam supaya cari jalan keluar terlebih dahulu," ujar Jimin setuju. Kemudian, mereka sama-sama berlalu pergi sebelum Jong Suk tersedar daripada pengsannya serta sebelum Jin mengetahui kehilangan mereka berenam daripada bilik yang gelap ni.

"Err, hyung... arah mana kita nak lalu ni?" kata Hoseok yang berada di sebelah kiri Jimin bersuara.Matanya terkebil-kebil memandang lorong yang terbahagi kepada dua. Satu sebelah kanan dan satu lagi di sebelah kiri.

"Ikut sebelah kiri. Aku dah pernah masuk lorong kanan tapi ternyata kat lorong tu adalah jalan mati. Dan kalau kita masuk lorong kanan berkemungkinan Jin hyung akan nampak kita dan membunuh kita semua," terang Jimin dan yang lain hanya menganggukkan kepalanya.

Mereka semua kembali berjalan dan berjalan sehingga mereka nampak sebuah pintu yang berwarna koko betul-betul di tempat pertama kali mereka

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...