MV 9

Mystery Villa
Please Subscribe to read the full chapter

[CONTENTID1] MV 9 [/CONTENTID1]
[CONTENTID2] JUNGKOOK P.O.V

Kami bertiga menaiki tangga menuju ke tingkat paling atas. Dalam hati aku sudah meronta-ronta, ingin mengetahui apa yang berada di sebalik ruang atas yang tidak boleh kami naiki. Dan apa sebabnya kami bertujuh tidak dibenarkan naik ke tingkat paling atas. Adakah ia-nya merupakan tempat persembunyian pembunuh tersebut? Aku melangkah laju ke hadapan diikuti dengan Taehyung dan Jin. Setiap langkah aku menaiki tangga, jantung aku akan mula berdetak dengan lebih laju melebihi paras normal.

"Jungkook-yah," suara Jin daripada belakang Taehyung menyebabkan langkah aku terhenti sekaligus aku berpaling ke belakang, melihat Jin yang berada di bawah satu anak tangga daripada Taehyung yang turut berhenti.

"Ada apa, hyung?" tanya aku.

"Kau sure ke nak naik ke tingkat atas? Hyung tak sedap hatilah," balasnya masih dengan wajah ketika mula-mula dia menghalang aku.

"Hyung, kookie tetap dengan keputusan kookie. Kenapa hyung nak menghalang?" tanya aku mula bosan dengan perangai Jin yang berubah 360 darjah itu. Biasanya, Jin lah manusia yang paling aktif dalam penyiasatan diorang tetapi kali ini? Sikapnya nampak...pelik.

"Beul tu, hyung! Kenapa nak halang kami daripada melakukan penyiasatan ke atas kehilangan Jimin dan Villa ni?" tanya Taehyung  seperti menyokong kata-kata aku.

"Hyung tak kisah kalau korang nak melakukan penyiasatan sekalipun tetapi lebih baik buat masa sekarang ni tak payah," balas Jin mungkin sedang berusaha memujukku.

"Macam nilah hyung," aku berjalan mendekatinya dan merenung wajahnya sedalam-dalam yang mungkin bagi mendapat jawapan daripada Jin mengapa dia menghalang kami berdua menaiki tingkat atas. "Kalau hyung tak nak naik, kami berdua boleh naik ke tingkat atas untuk mencari Jimin. Hyung bolehlah tunggu di bawah, okey?" aku menyambung kembali percakapanku yang tergendala sebentar tadi sambil tanganku menepuk-nepuk perlahan bahu kanannya.

"Baiklah hyung setuju but nanti jangan menyesal," balas Jin membuatkan aku menganggukkan kepala.

"Hyung nak ikut kami tak?" tanya Taehyung pula.

"Takpelah, hyung tunggu kat sini. Korang berdua naik lah ke tingkat atas. Hati-hati!" balas Jin sambil cuba tersenyum. Aku dan Taehyung sama-sama membalas dengan anggukkan kepala dan terus berlalu pergi meninggalkan Jin yang berada di aras kedua bawah.

Sepanjang perjalanan naik ke tingkat atas, kami berdua hanya mampu mendiamkan diri. Perjalanan tetap diteruskan. Seketika aku terfikir, kenapa kami tak naik je lif yang tersedia di dalam Villa ini untuk naik ke ruang atas. Aku hanya mampu menggelengkan kepala apabila terasa bahawa betapa bodohnya aku untuk mendaki anak tangga yang bukannya sedikit jumlahnya. Tetapi ada bagusnya juga kerana dapatlah aku mencergaskan badan. Ya tak?

Sampai di tangga teratas, kami tergamam kerana di hadapan kami berdua sekarang ini hanya mempunyai sebuah pintu. Pintu berwarna koko yang tertulis 'JANGAN MASUK' pada sebuah papan yang tergantung di atasnya. Aku ingatkan ruang atas mempunyai beberapa buah bilik tetapi ini hanyalah sebuah bilik yang sekiranya kami menaiki tangga akan terus berhubung ke arah bilik tersebut.

"Kau bukalah," arah Taehyung sambil melihat-lihat ke tingkat bawah. Lebih tepat memastikan sekiranya ada sesiapa yang akan menaiki tangga tersebut

"Okey," balasku bersahaja dan mula memulas tombol pintu tersebut. Tidak berkunci! Baguslah, tidak perlulah kami bersusah payah  untuk cuba membuka pintu ini. Pintu dibuka luas. Gelap ruang dalamnya. Langsung tidak mempunyai cahaya yang akan menyinari tempa

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Ifahzira
Dah tamat dah cerita ni..

Comments

You must be logged in to comment
Yana_xoxo
#1
Hai awak, review cerita awak ini di Caramel Review Malay Shop telah pun siap. Boleh check di link bawah ni ^_^

https://www.asianfanfics.com/story/view/925195/9/caramel-review-malay-shop-malay-review-shop-reviewshop-storyreview
vixxobang #2
Chapter 18: Siapa sangka Jin yg berwajah handsome and lembut gitu jdi dalang utama pembunuhan?..Whoo! Mmg daebak aa..n for the first time on forever, ni fanfic pertama yg saya baca dgn hanya satu hari..x'D

P/s : Wow...Jin as an assasin princess...daebak!!
Marquise
#3
Chapter 18: oit macam tu je agaga adehh siapa lagi dua mayat tu? betul ke tu mayat jongsuk dengan hye jin? kan jin kata spekulasi diorg tu betul tapi tak semua. apa yang tak semuanya tu?
mpreggoland
#4
Chapter 16: dah agak mesti Jin yg jht tu sbb gmbr dia dikaburkn...my Jinnie, please let them go...
Helovemenot #5
Chapter 16: Waaaaaaaaaa =D
Daebakk
illymaisara #6
Chapter 15: Oh Jin...bertaubatla aq xnk tngok ko mti...aq syng ko ni Jin!!!aq pn xnk tngok ko msuk pnjara!!
najwanamani
#7
Chapter 14: Mmmm... Update again and again
Marquise
#8
Chapter 12: Kesiannya Jin.. :'((
illymaisara #9
Chapter 12: Oh why Jin?! Why u do this do me?! Kita yng hidup truskan jela biarla parents ko tu...
Marquise
#10
Chapter 11: I knew it... It's Jin...