KimEunHwaxHoya for b2utyvip01

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

Kim Eunhwa atau singkatannya Eunhwa suka sangat melihat kanak-kanak kat taman berhampiran rumahnya bermain. Setiap petang dia selalu berkunjung ke taman tersebut. Semua orang disana mengenali Eunhwa kerana selalu nampak Eunhwa datang ke taman.

Petang tersebut Eunhwa mengunjungi taman tersebut. Dia berjalan di tepi tempat permainan kanak-kanak. Dia tersenyum seorang tatkala melihat telatah kanak-kanak tersebut bermain. 

"Kak Eunhwa.." tegur seorang budak lelaki bernama Taekwon.

"Ya Taekwon?" kata Eunhwa.

"Taekwon nak aiskrim.. Kak Eunhwa tolong teman Taekwon boleh tak?' kata Taekwon sambil membuat muka comel. Eunhwa tergelak seorang kemudian mengangguk. 

"Yeay!" kat Taekwon kemudian menarik baju blouse Eunhwa.

"Perlahan sikit Taekwon!" kata Eunhwa. Taekwon tidak mendengar kata. Eunhwa menggeleng kepala.

Sebaik sahaja tiba di kedai aiskrim di tepi taman Eunhwa membelanja Taekwon aiskrim vanilla dan membeli aiskrim blue mint untuk dirinya.

"Terima kasih kak Eunhwa!" kata Taekwon kemudian berlari kearah tempat prmainan kanak-kanak. Eunhwa berjalan sambil melihat Taekwon berlari kemudian

Dubb!

Eunhwa berlanggar dengan seorang lelaki.

"Ouch!" kata lelaki tersebut sambil menggosok bahunya.

"Maafkan saya!" kata Eunhwa kemudian menolong lelaki itu bangun. Terdapat kesan aiskrim di baju lelaki tersebut. Lelaki tersebut melihatnya. Eunhwa mengeluarkan sapu tangan kemudian mengelap di dada lelaki tersebut. Lelaki tersebut mengambil sapu tangan daripada Eunhwa dan melihat muka Eunhwa.Eunhwa tidak berkelip melihat lelaki tersebut.

"Takpe saya boleh buat sendiri. By the way, jalan tu tengok kiri kanan dulu." kata lelaki tersebut.

"Sapa nama awak?" tanya Eunhwa secara spontan. Dia berniat mahu mengenali lelaki itu. Lelaki itu bertubuh sasa dan berwajah tampan. Dia tidak pernah melihat lelaki tersebut di taman ini.

"Hoya dan awak?"

"Eun..Eunhwa" kata Eunhwa gugup. Dia berdebar tiba-tiba. Hoya mengukir senyuman.

"Cantik nama. Hm, saya balik dulu! Sapu tangan ni saya bagi esok jelah." kata Hoya.

Eunhwa menangguk kemudian melihat Hoya sampailah hilang kelibatnya. Eunhwa tersenyum seorang diri. Dia pulang ke rumah awal kerana bajunya juga comot terkena aiskrim tersebut.
___________________________________________________________________________________________________________________

Eunhwa bangun daripada tidurnya yang lenasetelah mendengar loceng rumahnya dibunyikan beberapa kali. Dia mengikat rambutnya dan membuka pintu rumahnya. Kelihatan Taekwon dihadapan pintu. Eunhwa terkejut.

"Eh Taekwon!" Taekwon hanya tersenyum manis dan tiba-tiba seseorang menegur Eunhwa.

"Hi!" kata Hoya.

"Awak.. Awak kenal macam mana rumah saya ni?" tanya Eunhwa.

"Taekwon yang tunjukkan dekat Pakcik Hoya." kata Taekwon kemudian Hoya memukul kepala Taekwon dengan halus.

"Kan abang dah kata, panggil 'abang Hoya' bukan pakcik!" kata Hoya. Eunhwa tergelak kecil.

"Emm, masuklah dulu. Nanti saya buat air" kata Eunhwa. Hoya dan Taekwon masuk ke dalam rumah Eunhwa.

Selepas Eunhwa menghidangkan air dia meminta diri untuk mandi sekejap. Tiba-tiba Hoya memegang tangan Eunhwa.

"Ni sapu tangan awak." kata Hoya. Jantung Eunhwa berdegup kencang ketika Hoya memegang tangan Eunhwa.

"Oh sorry. Terpegang tangan awak lama" kata Hoya ketika menyedari perbuatannya itu. Eunhwa hanya tersenyum manis kemudian meninggalkan Hoya dan Taekwon yang sedang asyik bermain permainannya.

Selepas menutup pintu bilik, Eunhwa tersenyum seorang diri kemudian mencium bau sapu tangannya. Bau minyak wangi lelaki, sedap sangat perfume Hoya. Semasa Eunhwa sedang mandi, dia teringatkan Hoya lagi. Dia berdebar tiba-tiba. Dia mandi dengan cepat kerana bimbang meninggalkan Hoya bersendirian lama-lama. Setelah selesai menyikat dan mengeringkan rambut, Eunhwa bergegas keluar.

Kelihatan Hoya sedang bermain dengan Taekwon. Hoya nampak sangat comel apabila bermain dengan Taekwon. Eunhwa berjalan kearah Hoya. Hoya berpaling kearah Eunhwa.

Hoya mengajak Eunhwa. Eunhwa hanya mengangguk. Mereka membawa Taekwon berjalan di taman kemudian Taekwon meninggalkan mereka berdua selepas ternampak tempat permainan.

"Apa hubungan awak dengan Taekwon?" tanya Eunhwa.

"Saya ayah saudara dia." kata Hoya. Eunhwa terkejut. 

"Kenapa selama ni saya tak pernah nampak awak kat sini?" 

"Oh, saya baru balik dari Busan. Saya nak jumpa kakak saya sebab dah lama tak datang sini" kata Hoya.

"Oh orang Busan" getus Eunhwa dalam hati.

"Awak stay sorang ke?" tanya Hoya. Eunhwa mengangguk.

"Tak boring?"

"Tak jugak sebab petang-petang boleh la tengok budak-budak ni main" kata Eunhwa. Hoya tersenyum.

Mereka pun duduk di bangku berdekatan.

Setelah berbual selama beberapa minit. Mereka juga mempunyai banyak persamaan. Hoya ialah seperti lelaki idaman Eunhwa. Tiba-tiba..

"Saya sukakan awak Eunhwa" luah Hoya. Eunhwa terkejut, dia sangat berdebar dan gembira kemudian memberanikan diri untuk meluahkan kembali,

"Saya sukakan awak" kata Eunhwa.Hoya terkejut.

"Betul?' tanya Hoya. Eunhwa mengangguk perlahan kerana malu. Hoya tersenyum kemudian memegang dagu kecil Eunhwa dan 

'chupp!'

Eunhwa terkejut. Jantungnya bagai hendak tercabut, dia sangat gembira. Hoya melepaskan ciumannya dan berlalu pergi dan meninggalkan Eunhwa dalam keadaan terpinga-pinga.

"Kenapa dia pergi? Dia taknak couple ngan aku ke?" getusnya dalam hati. Eunhwa menangis keseorangan.

Taekwon datang kearah Eunhwa.

"Kenapa akak menangis?" tanya Taekwon.

"Hoya..." kata Eunhwa perlahan.

"Pakcik Hoya? Dia nak pulang ke Busan malam ni" kata Taekwon. Eunhwa terkejut.

"Dia pergi dengan apa?" tanya Eunhwa cemas.

"Keretapi kat stesen Gangnam-gu. Dia takkan datang sini dah." kata Taekwon. Eunhwa mahu berjumpa juga dengan Hoya. Kenapa Hoya perlu muncul dalam hidupnya kalau dia mahu pergi? Dia perlu jumpa dengan Hoya!
_________________________________________________________________________________________________________________

Di stesen keretapi Gangnam-gu..

Hoya duduk di bangku sambil menunggu keretapi. Dia teringatkan Eunhwa, gaid yang baru dikenalinya kelmarin. Dia berasa sangat teuk kerana meninggalkan dia dengan ciuman. Dia tidak mahu pergi tetapi kerana ibunya mahu dia terus berada disitu akibat perbalahan antara ibubapa dan kakak Hoya. Hoya mengeluh kesedihan. Dia mahu sahaja tinggal disitu tetapi tidak boleh.

 

"Keretapi ke Busan.. Keretapi ke Busan telah sampai" pengunguman tersebut menunjukkan bahawa tiba masanya Hoya pergi. Hoya bangun danmenarik nafas panjang kemudian mahu menaiki keretapi tersebut tiba-tiba..

"Hoya!!! Hoya!!! Tunggu!" kata Eunhwa.  Hoya terkejut kemudian tubuhnya dipeluk oleh Eunhwa.

"Kenapa awak nak tinggalkan saya? Kenapa awak buat saya luahkan perasaan saya kat awak? Kenapa awak nak buat saya sakit hati?" jerit Hoya. Hoya menenangkan Eunhwa.

"Maafkan saya. Keluarga saya suruh saya tinggalkan tempat ni"

"Jangan pergi!" jerit Eunhwa kemudian menangis teresak-esak. Hoya terharu kemudian mencium dahi Eunhwa.

"Saya tak akan tinggalkan tempat ni." kata Hoya. Eunhwa berpaling kepada Hoya.

"Betulkah?" Hoya mengangguk perlahan-lahan. Mereka pun berpelukan. Semua orang melihat mereka. 

"Jom, semua orang tengok ni" kata Hoya. Eunhwa mengangguk. 

"Tapi sebab awak paksa saya terpaksalah saya kena tinggal sebumbung dengan awak" usik Hoya. Eunhwa tersenyum kemudian menolak Hoya. Hoya ketawa kecil
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________

 

Tadaa xD Thank you for request^^ Do comment and upvote kalau boleh hihi :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??