KimHanmixParkChanyeol for juliahanum

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

   

Chanyeol mencium isterinya selepas dia sudah sah menjadi suami untuk Kim Hanmi. Mereka bagaikan pinang dibelah dua. Setelah lebih 5 tahun bercinta, mereka akhirnya boleh hidup bersama buat selama-lamanya. 

Mereka melayan tetamu yang hadir sampai ke malam. Majlis mereka sangat meriah. Chanyeol berasa sangat bertuah dapat menjaga Hanmi walaupun dia tahu mungkin bukan selama-lamanya..

________________________________________________________________________________________________________________________

Seminggu selepas perkahwinan..

"Wah sedapnya awak buat!" kata Chanyeol sambil makan makanan yang dibuat oleh Hanmi. Hanmi hanya tersenyum gembira melihat suaminya menikmati makanan tersebut.

"Awak memang pandai masak eh?" tanya Chanyeol.

"Apa yang awak merepek ni. Biasa-biasa jelah" kata Hanmi kemudian tergelak kecil.

 

Selepas mereka makan malam, mereka berbual di ruang tamu sekejap kemudian terus masuk tidur.

Chanyeol belum boleh tidur, dia memusingkan badannya kearah Hanmi yang nyenyak tidur. Dia melihat muka Hanmi. DIa menyentuh pipi Hanmi dan tersenyum seorang. Hanmi masih nampak cantik walaupun sedang tidur. Chanyeol tiba-tiba tidak boleh bernafas dan kepalanya sakit sangat. DIa memegang kepalanya dan menjerit. Hanmi tersedar daripada tidur. Dia terkejut melihat Chanyeol, dengan segera dia menelefon hospital.
_______________________________________________________________________________________________________________________

Hanmi menangis seorang di ruang menunggu. Dia masih tidak tahu kenapa suaminya menjadi begitu. Dia nampak sihat sebelum ini tetapi kenapa secara tiba-tiba dia tidak boleh bernafas? Hanmi cuba menenangkan diri. Dia menarik nafas panjang. DIa menunggu doktor dengan sabar.

Semasa di dalam bilik rawatan..

"Dok..doktor.." kata Chanyeol perlahan. 

"Bertahan ya encik" kata doktor tersebut kemudian mengambil alat pernafasan.

"Jangan beritahu isteri saya tentang penyakit saya.." kata Chanyeol lemah.

"Tapi encik.."

"Tolonglah.." kata Chanyeol kemudian memegang erat tangan doktor tersebut. Doktor tersebut mengeluh dan hanya mampu mengangguk.

 

Selepas merawat Chanyeol. Chanyeol akhirnya stabil, doktor membenar Hanmi masuk.

"Kenapa dengan suami saya, doktor?" tanya Hanmi cemas.

"Dia hanya mengalami simptom biasa-biasa sahaja.. Jangan risau" jelas doktor kemudian beredar. Hanmi masih tidak faham. Kemudian dia terus berlari kedalam bilik yang disediakan oleh pihak hospital kepada Chanyeol.

 

Doktor memberikan Chanyeol ubat tidur. Dia tidur dengan nyenyak dengan bantuan alat pernafasan tersebut.

Hanmi cuba tidur ditepi Chanyeol tapi tidak boleh dia asyik fikir tentang keadaan sebenar Chanyeol. Setelah beberapa jam, dia terlelap juga.
__________________________________________________________________________________________________________________

"Sayang?" panggil Chanyeol.

Hanmi tersedar dari lenanya. Dia melihat Chanyeol yang tersenyum manis, dengan pantas dia memeluk Chanyeol.

"Apa dah jadi?" kata Hanmi kemudian melepaskan pelukannya. Chanyeol menarik nafas panjang, dia tidak mahu untuk memberitahu keadaan sebenarnya. 

"Migrain saja.." tipu Chanyeol.

"Betul ke?"

Chanyeol mengangguk dengan senyuman. Hanmi masih lagi tidak percaya.

"Dah la. Petang nanti saya dah boleh keluar." kata Chanyeol. Hanmi dengan perlahan mengukir senyuman.

"Kenapa awak tak beritahu saya awal-awal awak ada migrain?" tanya Hanmi.

"Takdelah. Nanti awak risau pula." kata Chanyeol.

"Tapi saya isteri awak, saya mesti tahu keadaan awak." jelas Hanmi. Chanyeol tiba-tiba rasa bersalah sebab menipu Hanmi. Dia masih tidak boleh memberitahu perkara yang sebenar.

Chanyeol hanya memeluk badan isterinya itu. Dia mahu sahaja menangis sepuas-puasnya tetapi tidak boleh.
_______________________________________________________________________________________________________________

 

Selepas beberapa bulan, Chanyeol tidak menunjukkan apa-apa simpton. Dia berulang alik ke hospital secara senyap. Dia masih tidak mahu isterinya tahu, lebih-lebih lagi isterinya sedang mengandung dua bulan.

"Awak pasti tidak mahu memberitahu sesiapa?" kata doktor. Chanyeol mengangguk.

"Awak semakin teruk. Dengan ubat ni, tidak mampu buat awak jadi lebih sihat. Awak sedang berada dalam tahap 2. Jika awak masih berdegil tidak mahu membuat pembedahan, kemungkinan besar yang awak tidak mampu teruskan hidup." kata doktor tersebut.

Chanyeol terkejut, dia mengeluh. Mukanya kelihatan sayu. Dia masih tidak mahu membuat pembedahan.

"Baiklah kalau begitu. Tetapi awak mesti tandatangan surat ni. Pihak hospital tidak akan bertanggungjawab jika awak meninggal dunia' jelas doktor tersebut.

Chanyeol menandatangan surat itu. Selepas beberapa jam dia pulang ke rumahnya.

 

"Awak pergi mana? Dah sejuk makanan tu" kata Hanmi.

"Keluar dengan kawan, sayang" kata Chanyeol. Dia sebenarnya sungguh sedih apabila melihat Hanmi yang mengendong bayinya. Mungkin dia tidak sempat melihat anaknya sendiri nanti. Muka dia kelihatan sayu.

"Awak ni kenapa? Migrain lagi ke?" tanya Hanmi.

"Takde lah. Hm, takpelah, saya nak mandi dulu" kata Chanyeol kemudian mencium dahi isterinya.

Hanmi berasa semakin pelik tetapi dia tidak mahu bertanya kepada Chanyeol
___________________________________________________________________________________________________________

 Selepas makan malam, Hanmi dan Chanyeol duduk di ruang tamu. Mereka sedang menonton television. Hanmi meletakkan kepalanya di dada Chanyeol. 

"Awak jangan tipu saya ya" kata Hanmi.

"Tipu apanya?" tanya Chanyeol. Dia risau kerana mungkin isterinya syak sesuatu.

"Apa-apalah.. Ingat, saya ni isteri awak. Saya tak mahu kehilangan suami saya yang tercinta ni kalau terjadi apa-apa" kata Hanmi lagi. Kemudian terdetik di hati Chanyeol mahu menceritakan hal yang sebenar.

"Sayang.."

"Hmm?"

"Sebenarnya.. saya.." tidak sempat Chanyeol memberitahu tiba-tiba sakit kepalanya datang lagi. Kali ini lebih sakit daripada sebelum ini. Hanmi cemas, dia terkejut. Dia terus memanggil pihak hospital.

Sebaik sahaja van hospital datang, mereka membawa naik Chanyeol dan Hanmi. Jururawat didalam dengan pantas melihat keadaan Chanyeol. Hanmi pasti, Chanyeol bukan migrain. Dia terus memegang tangan Chanyeol.

"Abang.. jangan tinggalkan saya." kata Hanmi kemudian menitiskan airmata.
_____________________________________________________________________________________________________________

Setelah beberapa hari di hospital, Chanyeol masih belum sedar. Mukanya bertambah pucat. Semakin risau Hanmi dibuatnya. 

Pada suatu hari, Hanmi pulang ke rumah kerana tertinggal sesuatu. Dia membuka almari Chanyeol untuk mengambil tuala kecil. Sebaik sahaja dia membuka almari, tiba-tiba ada buku yang terjatuh. Hanmi mengambilnya.

Dia melihat buku itu. Dia pelik. Di atas buku itu tertulis. 'My Personal Diary' . Hanmi berasa ingin tahu kemudian terus membuka dan membaca isi didalam. Alangkah terkejutnya apabila mendapat tahu Chanyeol mempunyai kanser otak! Hanmi bertambah sedih apabila membaca apa yang Chanyeol tulis.

 

"Harini, doktor kata saya perlu buat pemdedahan sebab kanser saya berada di tahap 2.

Ubat yang saya makan sekarang dah tidak mampu nak menahan sakit saya sekarang ni. 

Saya tak mahu cakap dekat isteri saya, saya tak mahu dia risau atau menangis, lagipun

dia sekarang tengah mengandung. Saya pun dah tandatangan surat hospital, kalau saya mati,

diorang takkan bertanggungjawab. Saya berharap kalau saya mati pun Hanmi akan dapat terima kenyataan,

dan cari pengganti lain yang lebih baik daripada saya. Saya sangat cintakan dia.

park chanyeol."

 

Hanmi meraung sepuas-puasnya. Dia menutup buku itu dan terus pergi ke hospital. Sebaik sahaja dia sampai ke bilik, dia melihat doktor dan beberapa jururawat kelihatan cemas sedang merawat Chanyeol, Chanyeol nampak sangat pucat daripada sebelumnya. Hanmi terjatuh. Dia menangis. Dia memegang buku itu sekemas yang mungkin. Dia berharap Chanyeol akan okay.

Selepas beberapa minit, Chanyeol terpaksa dibedah.

"Puan, tolong isi borang ni" kata jururawat tersebut.

"Kenapa doktor tidak bagitau saya sebelum ni yang suami saya ada kanser?" jerit Hanmi.

"Maafkan saya Puan, suami puan yang mengarahkan doktor supaya merahsiakan perkara ini" kata jururawat tersebut kemudian meminta diri untuk pergi.

Hanmi seakan tidak percaya. Perlukah doktor merahsiakannya? Ugh, dia sakit hati. Dia terus mengisi borang tersebut.

 

Selepas beberapa jam, Hanmi tidak berhenti berdoa supaya suaminya selamat.'Kemudian Doktor keluar. Hanmi terus bangun dan mendekati doktor.

"Harap bersabar. Kami masih perlukan beberapa doktor pakar untuk pembedahan otak. Mungkin peratusan yang dia akan hidup dalam 30 peratus." kata doktor kemudian bergegas mendapatkan bantuan. Hanmi jatuh sekali lagi. Dia menjerit. Dia mahu menangis sepuas hatinya. Selepas beberapa minit, dia berhenti menangis. Dia bersabar dengan ketentuan yang telah ditakdirkan ini. Dia masih menunggu di luar.
_______________________________________________________________________________________________________________

"Hanmi?" panggil doktor. Hanmi cepat-cepat bangun.

"Suami awak bernasib baik, dia terselamat!" kata doktor tersebut. Hanmi menutup mukanya. Dia gembira sangat-sangat. Dia berasa sungguh gembira sampai airmatanya terkeluar. Dia dengan pantas pergi ke wad ICU.

 

 

Selepas beberapa jam Hanmi menunggu Chanyeol, tiba-tiba tangan Chanyeol bergerak. Hanmi melihat dengan terkkejut. Dia tersenyum seorang.

Chanyeol membuka matanya.

"Abang!" jerit Hanmi. Chanyeol tersenyum melihat isterinya. Nasib baiklah dia hanya hilang ingatan sedikit sahaja. Dia masih ingat akan isterinya. Mereka berpelukan. Hanmi sungguh gembira yang suaminya telah sedar.

Kemudian mereka hidup dengan gembira. Chanyeol juga selalu memberitahu Hanmi jika ada apa-apa masalah. Chanyeol sedar, jika dia betul-betul cintakan seseorang, dia harus kuat dan tidak perlu menipu walaupun seteruk mana keadaan dia.

_______________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________________________________________

 

Thank you sebab request disini! ^^ Do upvote and comment :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??