KimAerinxJeonJungkook for _missright_

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

Aerin dan Jungkook merupakan rakan sekelas. Mereka selalu bergaduh dan membuli sesama mereka. 

Di kelas..

"Weh budak lembab, mana pen aku hah?" jerit Jungkook.

"Eh? Asal tanya aku?" kata Aerin.

"Kalau bukan kau yang curi siapa lagi?" kata Jungkook kemudian mengambil pencil box Aerin.

"Hey! Bak sini balik!" jerit Aerin sambil berusaha untuk mengambil pencil box miliknya daripada Jungkook. Sesi kejar mengejar pun terjadi. Jungkook mengangkat pencil box tersebut. Dia tahu Aerin tidak akan sampai untuk mengambilnya. Kemudian Aerin naik diatas sebuah kerusi dan mahu mengambilnya dari tangan Jungkook, baru sahaja dia ingin mencapai pencil box nya, Jungkook menyorokkan kebelakangnya tiba-tiba Aerin terjatuh.

"Woah!" jerit Aerin kemudian dia jatuh diatas Jungkook. Jungkook berada dibawah Aerin. Aerin terpeluk Jungkook. Mereka berdua tidak berkata apa-apa. Mereka hanya senyap. Tiba-tiba muka mereka berdua merah.

"Oooh~" usik rakan sekelas mereka. Jungkook dengan cepat menolak badan Aerin. Aerin jatuh terduduk. Jungkook bangun dan membetulkan baju dan necktienya.

"Kau ni dahla curi pen orang lepas tu ada hati nak goda orang!" kata Jungkook. Aerin berasa sangat marah kemudian menengking Jungkook.

"Weh jantan. Kalau aku nak goda kau dah lama aku buat macam tu kat kau! Dahla kurang ajar, tuduh orang bukan-bukan pulak tu!" jerit Aerin kemudian bangun dan keluar daripada kelas.

"Haa haa taktahu" kata salah seorang daripada kawan Jungkook. Jungkook menolak kepalanya.

"Bodoh la kau ni" katanya.
________________________________________________________________________________________________________________________

Di rumah Aerin.

Aerin masih lagi terbayang bagaimana di boleh terpeluk Jungkook. Dia berasa berdebar tetapi benci sebab Jungkook! Dia menggigit bibirnya. Dia mengambil bantal dan menutup mukanya kemudian menjerit sepuas hatinya.

"AHHHH!" Jeritan Aerin tidak didengari sesiapa kerana dia menutup mulutnya dengan bantal.

Aerin berasa geram. Dia nampak muka Jungkook juga merah tapi kenapa Jungkook perlu sakitkan hati dia? Dia melempar bantal ke dinding dan cuba untuk tidur. Nasib baiklah dah start cuti penggal pertama. Boleh lah dia lupakan kejadian tu.

Tiba-tiba ibunya memanggil..

"Aerin!" 

"Iya?" jawab Aerin.

"Turun jap. Jumpa kawan lama mama ni!" kata ibunya. Aerin keluar daripada biliknya dan berggas turun. DIa nampak ibunya sedang ralit berbual dengan rakannya.

Aerin tunduk hormat kepada kawan ibunya. Kawan ibunya tersenyum. Aeri  duduk ditepi ibunya.

"Ni ke anak awak?" tanya kawannya.

"Ya, nama dia Kim Aerin. Aerin, ni kawan lama mama. Baru jumpa dia dekat shopping mall kelmarin, dia terus datang ke rumah harini. Panggil dia Puan Jeon." kata ibunya. Dia mengangguk faham.

"Umur berapa ya?" tanya Puan Jeon.

"18 tahun." kata Aerin ringkas.

"Oh! Serupa macam anak saya! Boleh lah nak buat menantu" gurau Puan Jeon. Mereka bertiga pun ketawa.

"Mana anak awak?" tanya ibu Aerin.

"Oh, ada dekat luar. Dia malu nak masuk" kata Puan Jeon. 

"Oh, tak apa ke? Nanti teh ni sejuk. Panggil lah anak awak tu" kata ibu Aerin. Puan Jeon mengangguk.

"Jungkook! Jungkook!Masuk lah, kawan mama dah hidang air ni" kata Puan Jeon. Terbeliak mata Aerin mendengar dia memanggil nama Jungkook. Dahla nama dia Puan Jeon. Nama penuh Jungkook kan Jeon Jungkook! Aerin cuba untuk beredar tetapi

"Nak pergi mana tu Aerin? Duduk sini." kata ibunya. Aerin menelan airliurnya dan cuba untuk bertenang.

Jungkook masuk dan menunduk hormat dekat ibu Aerin kemudian dia berpaling kearah Aerin. Matanya terbuka luas. 

"Kau!" jerit Jungkook. Aerin hanya memandang kearah Jungkook.

Ibu Aerin dan ibu Jungkook hanya melihat mereka berdua.

"Eh kenal ke?" tanya Puan Jeon. Jungkook tidak membalas. Aerin juga begitu.

"Betullah kenal. Dah jodoh tak kemana" usik ibu Aerin. Kemudian mereka berdua ketawa. Jungkook dan Aerin hanya diam.

"Eh Aerin, bawa lah Jungkook jalan-jalan kat luar ke, mama nak berbual dengan Puan Jeon kejap" kata ibunya. Aerin mengangguk kemudian bangun. Dia memandang kebelakang, Jungkook masih belum bangun. Dia membuat muka marah kepada Jungkook. Jungkook menjeling kemudian mengikutnya dari belakang.
_____________________________________________________________________________________________________

"Kau nak bawak pergi mana?" tanya Jungkook.

"Tak dengar ke apa yang mak aku cakap? Jalan-jalan lah!" balas Aerin kasar.

"Kau marah dekat aku lagi ke?" tanya Jungkook.

"Memang aku selalu marah dekat kau kan?" balas Aerin kemudian menjeling.

Jungkook senyap. Dia tidak tahu ayat dia buat Aerin marah. Dia sebenarnya sukakan Aerin, dia tidak tahu mengapa dia duka kacau Aerin. Mungkin sebab Aerin nampak semakin comel bila marah. Jungkook tersengih seorang.

Tiba-tiba Jungkook memegang tangan Aerin. Aerin terkejut kemudian berpaling.

"Hey!" Jungkook menutup mulutnya dan mengheretnya ke belakang bangunan kecil di sekitar perumahan rumah Aerin.

Aerin berdebar. Matanya hanya melihat Jungkook. Jungkook tersenyum sinis. Dia memang suka mengusik Aerin.

Kemudian Jungkook mendekati dirinya dengan Aerin. Dia cuba untuk mencium Aerin, Aerin terkejut, dia menutup matanya. Jungkook ketawa kecil. Aerin membuka matanya. Kemudian melihat Jungkook sedang ketawa. Dia ingat yang Jungkook cuba nak cium dia tapi Jungkook hanya mengusik.

"Bodoh betul!" jeritnya dalam hati kemudian menampar Jungkook. Mata Aerin sudah menangkung airmatanya. Jungkook terkejut. Niat dia bukannya nak suruh Aerin menangis, Aerin meninggalkan Jungkook sendirian. Dia menangis. Dia sungguh malu. Mesti Jungkook ingat dia memang sukakan Jungkook tetapi Jungkook mungkin nak mengusiknya. Dia berlari ke rumah dengan arimata. 

Jungkook melihat Aerin berlari. Dia berasa sungguh bersalah. Dia mahu meminta maaf. Dia memang nak cium Aerin tetapi Aerin comel sangat tadi. Dia hany mampu gelak.
__________________________________________________________________________________________________________

 

Aerin sekali lagi mengunci dirinya didalam bilik. Dia menagis sekuat hati. Ibunya dan Puan Jeon hanya melihat Aerin melintasi mereka dengan laju tanpa Jungkook. Mereka berasa pelik. Jungkook datang kembali ke rumah Aerin. Puan Jeon melihat kedalam mata Jungkook.

"Kamu buat apa dekat Aerin?" tanyanya tegas tetapi Jungkook tidak membalas. 

"Puan Kim, kat mana bilik Aerin?" tanya Jungkook. Ibu Aerin hanya menunjukkan kepada Jungkook. Jungkook meninggalkan mereka berdua.

"Kenapa agaknya?" tanya Puan Jeon.

"Biasalah, budak-budak dengan cinta kan" kata ibu Aerin. Mereka berdua tergelak kecil dan kembali menyambung perbualan mereka yang tergendala sebentar tadi.

____________________________________________________________________________________________________________

 

Jungkook mengetuk pintu bilik Aerin. Dia memanggil Aerin banyak kali tetapi Aerin masih tidak mahu membuka pintu. Aerin masih lagi rasa malu. DIa rasa taknak berjumpa dengan Jungkook.

"Aerin!! Maaflah, bukannya aku nak usik kau tadi. Tadi tu aku memang..." kata Jungkook. Aerin melihat kearah pintunya.

"nak cium kau pun" kata Jungkook perlahan tetapi Aerin masih dapat mendengar. Aerin perlahan-lahan membuka pintu biliknya. Dia menarik nafas panjang.

Dia membuka pintu dan Jungkook terus memegang pipinya dengan kedua belah tangannya. Jungkook menutup mata. Aerin terkejut. Dia berasa sangat berdebar. Aerin pun perlahan-lahan menutup matanya dan membaluti pinggang Jungkook dengan tangannya.

Kemudian mereka saling berpandangan. Aerin dan Jungkook sama-sama ketawa. Jungkook melihat Aerin.

"Aku sukakan kau" luahnya.

"Aku pun sukakan kau" balas Aerin.

Kemudian mereka berpelukan. Mereka menuruni tangga. Kelihatan ibu-ibu mereka melihat mereka. Ibu mereka pun berbisik sesama sendiri.

"Kan saya dah cakap!" bisik Puan Jeon. Ibu Aerin hanya mengangguk.

Jungkook dan Aerin seakan tahu apa yang mereka fikir. Mereka berdua ketawa kecil
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________

 

Sorry lama sangat nak update >_< Do upvote and comment! Sorry kalau tak best sangat hihi

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??