ParkInhyexKai for lugege_

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

 

 

Park Inhye ialah seorang pelajar baru di Sekolah X Art School. Dia terpaksa ditukarkan ke sekolah tersebut oleh kerana ayahnya yang baru membeli rumah di kawasan tersebut. Hari ini ialah hari pertamanya di sekolah. Dia berdebar. Inilah kali pertama dia berpindah ke sekolah baru.

Setelah tiba di pintu pagar sekolah, Inhye tersenyum seorang tatkala melihat bangunan sekolah yang gah berdiri. Pintu pagarnya yang tinggi dan bangunan bertingkat-tingkat serta ruang sekolah yang besar! 

"Bertuah jugak dapat pindah sekolah ni!" kata Inhye didalam hati.

 

Dia menunggu guru kelasnya, Puan Hyo menguruskan fail dan borang untuk diisi oleh Inhye. Setelah selesai, beliau mengiringi Inhye ke kelas baharunya, kelas 4 Emerald. 

Puan Hyo melangkah masuk kedalam kelas. Inhye hanya mengikutinya dari belakang. Kelas tadi yang riuh rendah sudah pun senyap apabila Puan Hyo datang. Inhye berdiri ditepi gurunya.

"Kelas, hari ini ada pelajar baru dari Busan. Harap dapat berkenalan dan berkawan dengan dia ya." kata Puan Hyo kepada kelasnya.

"Sila perkenalkan diri awak." sambung Puan Hyo. 

"Uh oh! Saya, err.. Saya Park Inhye daripada Busan. Saya berpindah kesini oleh kerana ayah saya baru beli rumah dekat sini. Harap boleh berkenalan dengan awak semua!" kata Inhye kemudian menundukkan badannya tanda hormat.

"Tempat awak disitu ya." kata Puan Hyo. Inhye mengangguk kemudian menuju ke tempat duduknya. Dia melihat meja ditepinya kosong. Dia meletakkan begnya dikerusi kosong tersebut. Dia sempat melihat beberapa orang pelajar melihat Inhye menuju ke tempat duduknya dengan muka yang risau. Dia hanya melihat mereka dengan bingung.

 

Semasa sesi pembelajaran berlangsung dia sempat mendengar pelajar didepannya berbisik.

"Kesian dekat dia. Macam mana kalau dia dirasuk?"

"Aish mengarut lah. Kalau ya pun, kita tak payahlah kawan dengan dia. Nantu hantu tu datang kat kita." balas rakannya. Inhye terkejut. Dia menegur mereka.

"Maafkan saya, kenapa dengan dirasuk dan hantu?" tanya Inhye.

Mereka saling berpandangan.

"Nak cakap ke tak nak?" tanya rakannya. Dia menyiku lengan rakannya.

"Cakap ajelah." 

"Macam ni, tempat kosong kat sebelah awak tu berhantu!" bisik pelajar tersebut.

"Hah?!" 

 

"Ehem, Inhye. Awak nak cerita benda kat depan ni ke?" tanya gurunya. Inhye terkejut, dia menggelengkan kepalanya.

"Jadi, tolong senyap." kata gurunya itu kemudian menyambung mengajar dihadapan.

_____________________________________________________________________________________________________________

 

Inhye masih belum tahu apa yang rakan didepannya kata. Berhantu? Mana mungkin! Sekolah ni nampak masih baru dan kelihatan seperti tiada cacat cela. Tidak mungkinlah berhantu.

Dia ternampak pelajar tersebut di kantin, dengan pantas dia berlari kearah mereka. 

"Awak berdua!" panggil Inhye. Mereka terkejut.

"Tolonglah sambung apa yang awak nak beritahu tadi." kata Inhye.

Mereka berpandangan lagi. Kemudian salah seorang daipada mereka bersuara.

"Begini, dulu ada pelajar bunuh diri dekat kelas tu. Meja kosong ditepi awak tu tempat dia dan juga tempat dia gantungkan diri dia. Puncanya masih misteri. Kebanyakan budak yang pernah duduk disitu pernah kena rasuk kerana mencerobohi tempat dia. Rohnya masih berkeliaran. Semenjak tahun lalu, tiada orang pun berani duduk kat tempat tu. Sebab tu kelas kita aman sekarang tetapi entahlah, takut dia nak kacau awak." jelas pelajar tersebut.

Inhye terkejut. Bulu romanya naik. 

"Betul ke ni?" tanya Inhye yang masih tidak percaya. Mereka mengangguk.

"Terserah awak lah nak percaya atau tidak." kata salah seorang daripada mereka kemudian mereka berdua beredar.

 

Di kelas, Inhye tidak duduk dengan tenang. Sekali-sekali dia memandang kerusi dan meja disebelahnya. Kadang-kadang bulu romanya berdiri tegak. Dia menggosok lengannya dan cuba memberi perhatian kepada guru yang sedang mengajar,

"Awak takut ke?" tanya seorang lelaki yang suara yang agak kasar.

Inhye mengangguk kemudian matanya terbeliak. Dia melihat disekelilingnya. Tiada sesiapa pun yang berada dekat dengannya. Dia berasa ada aura yang seram sejuk disekelilingnya. Dia menutup matanya dan cuba menenangkan diri.

"Takkan lah suara tu hantu. Ataupun ni hanya khayalan?" katanya didalam hati.

Dia perlahan-lahan membuka matanya dan menjerit tatkala melihat seorang lelaki yang badannya nampak boleh ditembusi. Semua pelajar melihat kearahnya termasuklah gurunya. Puan Jung, guru Matematiknya menuju kearahnya dengan muka yang bingung.

"Awak ni dah kenapa nak menjerit?" tanya Puan Jung.

"Ha....Hantu!" jerit Inhye lagi yang masih lagi menutup mukanya dengan tangan. Pelajar mula bising, mereka nampak takut.

"Ish, mana ada hantu. Dah dah, kalau awak terus macam ni saya lapor dekat guru disiplin." marah Puan Jung kemudian pergi ke tempatnya semula dan sambung mengajar.

Inhye yang matanya sudah berair, menggigit bibirnya dan kemudiann melihat sekeliling. Hantu itu sudah tiada. Dia menarik nafas lega.

"Kenapa menjerit tadi? Tak malu ke?" tanya hantu itu pula yang datang entah dari mana. Baru sahaja dia ingin menjerit, dia menutup mulutnya kerana teringat amaran Puan Jung. Dia melihat hantu tersebut, wajahnya tidaklah menakutkan, cacat cela pun tidak ada cuma biasalah, lumrah manusia, ada perasaan takut kan?

"A..apa yang awak nak?" tanya Inhye dengan berani.

"Tolong saya.."

"To..tolong? Tolong apa?" tanya Inhye.

"Tolong amankan saya." pinta hantu tersebut dengan wajah yang sayu.

Perasaan kasihan mulalah timbul di hati Inhye walaupun dia itu hantu.

"Saya Kai. Tolonglah saya.. Saya dah takde sesiapa nak minta tolong. Hanya awak yang boleh nampak saya." rayu hantu tersebut, Kai.

Inhye menarik nafas panjang.

"Nak tolong macam mana?" tanya Inhye. Perasaan takutnya mula hilang setelah nampak Kai, hantu tersebut tidak mahu mengapa-apakannya.

"Tolong cari rantai saya. Saya hilangkannya beberapa tahun dahulu. Roh saya tidak dapat pergi kemana-mana. Para malaikat tidak membenarkan roh yang tidak aman berada di syurga. Tolonglah saya. Lagipun saya memang perlukan rantai tu. Rantai tu penting sangat." rayu Kai lagi. Inhye melihat kerah Kai. Dia mengeluh.

"Baiklah." kata Inhye. Kai tersenyum gembira.

"Terima kasih!"kata Kai kemudian memeluk tubuh Inhye tetapi malangnya dia tidak dapat menyentuh Inhye walaupun sekejap. Dia terjatuh. Inhye menahan krasa mahu ketawa.

_____________________________________________________________________________________________________________

"Saya bunuh diri sebab saya tak dapat terima hakikat bahawa emak saya telah tiada. Satu-satunya ahli keluarga saya yang saya tahu ialah emak saya. Saya dilahirkan semasa keluarga saya berpecah belah. Saya takde sesiapa selain emak saya sendiri. Kali terakhir saya pegang rantai itu dekat kelas kita." jelas Kai kepada Inhye,

"Jadi, kita kena pergi ke kelas lah!" kata Inhye.

"Tapi, sudah bertahun kot hilang, takkanlah masih ada lagi." kata Kai dengan sedih.

"Belum cuba belum tahu." kemudian Inhye berlari masuk ke dalam kelas. Kelas itu kosong kerana sesi persekolahan hari itu telah tamat. Dia dan Kai mencarinya di merata tempat tetapi hampa. Mereka tidak jumpa apa-apa pun.

Kai mengeluh. Inhye masih lagi mencari tiba-tiba pintu kelas dibuka. Inhye dan kai terkejut kemudian melihat kearah pintu.

"Makcik Han.." kata Kai.

"Huh?" Inhye terpinga-pinga.

"Adik buat apa disini?" tanya perempuan separuh umur itu yang digelar Makcik Han oleh Kai.

"Oh saya nak cari rantai perak yang jatuh kat sini beberapa tahun dulu." jelas Inhye. Kai berdiri rapat dengan Inhye.

"Rantai? Oh rantai yang terjatuh kat lantai semasa hari seorang budak bunuh diri tu ke?" tanya Makcik Han.

Inhye dengan laju mengangguk. Kai nampak teruja.

"Makcik yang terjumpa haritu kemudian makcik letak kat bilik stor. Entah ada lagi atau tidak. Kalau takde cuba tanya Puan Jung, sebab dia juga guru sukan, mungkin dia ada ambil sebab haritu nampak dia sibuk kemaskan stor." kata Makcik Han.

"Terima kasih makcik!" kata Inhye kemudian berlari pergi ke stor.

 

"Siapa makcik tadi?" tanya Inhye kepada Kai.

"Oh dia tukang sapu sekolah ni. Sudah lama dia bekerja dekat sini." jelas Kai. Inhye hanya mengangguk faham.

 

Setelah tiba di bilik stor mereka mencari di setiap rak, laci dan sudut. Sudah dua jam mereka mencari tetapi rantai tersebut masih tidak dijumpai.

"Mungkin kita kena tanya Puan Jung esok. Hari dah nak gelap." kata Inhye.

Kai mengeluh kemudian mengangguk.

 

Malam tersebut,.

 

Kai membuat keputusan untuk mengikuti Inhye ke rumah. Malam tersebut mereka menceritakan tentang diri dan hal masing-masing. Tidak sangka yang mereka akan menjadi begitu rapat. Mereka saling memahami perasaan masing-masing. Terdetik perasaan cinta didalam hati Inhye. Dia dengan tiba-tiba berdebar. 

"Kai.." panggil Inhye.

"Hm?"

"Kalau kita dapat cari rantai awak tu, awak akan tinggal saya ke?"tanya Inhye.

"Kenapa?" tanya Kai balik.

"Saja nak tahu." kata Inhye selamba.

"Hmm. ya kot. Selepas semuanya selesai mungkin saya akan tinggalkan bumi ni. Sebab roh saya dah tenang." kata Kai.

"Oh.." kata Inhye. Terasa sebak didadanya tetapi dia hanya menahan. 

Akhirnya air matanya terkeluar juga. Kai terkejut apabila melihat air mata Inhye yang bercucuran keluar.

"Kenapa ni Inhye?" tanya Kai. 

"Saya sudah mula sukakan awak! Takkan awak nak tinggalkan saya kot?" jerit Inhye. Dia menutup mukanya dengan bantal. Kai terkejut. Dia juga tidak mahu jatuh cinta dengan manusia tetapi hatinya sekarang mahukan Inhye. Sebenarnya dia dilarang sekeras-kerasnya untuk bercinta dengan manusia oleh para malaikat. Dia mahu menggosok belakang Inhye tetapi tidak boleh. Badannya boleh menembusi apa-apa sahaja. Dia tidak mampu menyentuh Inhye.

"Jangan;ah menangis! Awak tak boleh sukakan saya!" kata Kai.

Inhye melihat dengan mata yang sayu.

"Kenapa?! Hanya kerana kita berlainan tidak mungkin saya tak boleh sukakan awak?" kata Inhye.

"Awak tak boleh. Saya juga tak boleh.. Harap faham maksud saya." kata Kai dan menghilangkan dirinya daripada Inhye. Inhye menangis. Terasa dunia ini tidak adil! Kenapa hatinya harus sukakan Kai? Kenapa Kai hadir dalam hidupnya? Dia sedih tetapi dia tetap mahu membantu Kai.

______________________________________________________________________________________________________

 

Keesokan harinya.

Kai dan Inhye mencari rantai tersebut buat kali terakhir di bilik stor tetapi ternyata rantai tersebut tiada. Tiba-tiba pintu bilik stor dibuka Kelihatan seseorang yang dikenalinya di pintu tersebut.

"Park Inhye? Kenapa awak dekat sini?" tanya Puan Jung.

"Saya... saya.."

"Awak nak mencuri ke?" tanya Puan Jung yang membuat andaiannya sendiri.

"Tidak saya.." belum sempat ayatnya dihabiskan Kai masuk kedalam badan Inhye kerana terdesak.

"Saya nak cari rantai milik bekas pelajar dekat sini, Kai. Puan ada simpan ke?" tanya Kai yang berada didalam badan Inhye.

"Huh.. Awak tahu dari mana tentang rantai tu?" tanya Puan Jung kemudian dia menutup mulutnya kerana tersasul.

"jadi, Puan ada menyimpannya?"

"Mana ada!"

"Puan tolonglah, saya kena tolong seseorang. Tolonglah Puan Jung.." rayu Inhye.

Puan Jung mengeluh kemudian mengangguk.

"Baiklah." akhirnya mengaku juga.

Kai keluar daripada badannya. Inhye terkejut. Badannya menggeletar.

"Apa yang awak buat ni?" bisik Inhye.

"Saya nak buat misi pencarian kita cepat. Faham?" kata Kai.

"Awak ada cakap apa-apa ke?" tanya Puan Jung.

"Oh takde apa-apalah," kata Inhye kemudian tersenyum.

 

Inhye dan Kai mengikut Puan Jung ke bilik guru. Inhye duduk ditepi Puan Jung. Puan Jung membuka laci almarinya. Kelihatan rantai perak didalam itu.

"Ranrai saya!" kata Kai. Inhye terkejut.

"Nah." Puan Jung memberikan rantai tesebut kepada Inhye.

"Saya sebenarnya ibu saudara Kai. Saya adalah satu-satunya kakak kepada ibu Kai. Saya agak sedih apabila tahu kedua-dua mereka meninggal dunia. Saya menyimpan rantai tu sebab rantai tu rantai ibu Kai. Saya akan teringatkan dia setiap kali saya melihat rantai tersebut." kata Puan Jung kemudian menyapu airmatanya.

"Maafkan saya kerana terlalu emosional. Boleh saya tahu, apa yang awak nak buat dengan rantai ni?" tanya Puan Jung.

"Saya nak amankan orang yang saya cintai." kata Inhye kemudian berlari ke luar. Kai yang masih berada disitu terkejut.

"Orang yang saya cintai" ayat itu membuat Kai berdebar.

Kai berlari mencari Inhye. Setelah 15 minit mencari akhirnya dia dapat menjumpai Inhye dibelakang sekolah.

Inhye menangis lagi. Dia memelluk erat rantai tersebut.

"Inhye.." kata Kai. Dia tahu Inhye masih tidak boleh menerima hakikat bahawa Kai akan pergi.

"Huh? Jangan datang dekat!" kata Inhye kemudian dia meyorok rantai itu dibelakangnya. Kai terkejut lagi.

"Inhye tolonglah. Bagi dekat saya." pujuk kai

"Awak nak tinggalkan saya macam tu je?" tanya Inhye.

"Bukan macam tu tapi.."

"Tapi apa? Selepas awak dapat rantai ni awak akan pergi dan tinggalkan saya. Awak tak faham ke saya cintakan awak?" kata Inhye sambil menyapu airmatanya.

Kai menggigit bibirnya. Dia mendekati Inhye.

"Saya pun sukakan awak! Awak tak faham ke? Hubungan kita dilarang sama sekali! " jerit Kai kemudian dia memegang kepalanya.

"Arghh!" dia menjerit. Inhye mendiamkan diri. Dia melihat rantai tersebut. Kerana egonya dan sifat pentingkan diri sendirinya dia jadi macam tu. Dia menarik nafas kemudian memberikan kepada Kai. Kai terkejut.

Setelah beberapa minit Kai masih belum hilang.

"Kenapa awak tak hilang? Pergilah! sebelum saya semakin sedih." kata Inhye.

"Saya juga tak tahu." kata Kai masih bingung. Kemudian dia teringatkan kata para malaikat, dia tidak boleh masuk ke syurga sebelum masalah dia selesai.

"Inhye!" panggil Kai. Inhye berpaling. Dia mendekati Inhye kemudian mencium bibir Inhye. Air mata Inhye berguguran lagi sama juga dengan Kai.

"Awaklah masalah saya yang perlu saya selesaikan." kata Kai kemudian mencium Inhye lagi. Inhye seakan tahu apa yang dimaksudkan oleh Kai. Anehnya, Inhye boleh rasakan sentuhan Kai. Tangan mereka bersentuhan setelah beberapa minit, Inhye merasakan Kai semakin hilang. Mereka terkejut.

"Kai!" jerit Inhye.

"Inhye!" jerit Kai juga. Mereka bercium buat kali yang terakhir kemudian roh Kai hilang sepenuhnya. Inhye jatuh ke lantai. Dia menangis semahu-mahunya. Dia menjerit. Dia tidak boleh menerima hakikat bahawa Kai lenyap dari hidupnya buat selama-lamanya. 

Dia menarik nafas panjang kemudian mendongak ke langit.

Dia menutup matanya dan berkata didalam hati.

"Semoga awak tenang dialam sana."
___________________________________________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________________________________________

 

Wahh! Story ni panjang gila berbanding yang lain hehe xD saya pun enjoy tulis imagine ni. Idea banyak masuk. Hehehee. Do comment and upvote as well ^^

xoxo

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??