HwangJaehyunxS.Coups for ynhaerajjg

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

"Weh weh Jaehyun, tu bukan ke S. coups kau ke?" kata rakan Jaehyun. Jaehyun dengan pantas berlari ke pintu kelas dan melihat jejaka yang dia minati tersebut.

S.coups melihat kearah Jaehyun. Dia menjeling.

"ish budak ni lagi" kata S.coups kepada rakannya.

Jaehyun hanyut dibuai perasaan. Dia tidak berhenti merenung S.coups. Dia sangat gilakan S.coups dia pun tidak tahu mengapa. S.coups tidak sukakan perempuan, bukan bermakna dia tu gay tetapi sebab bekas teman wanita dia curang dengan dia. DIa sangat kecewa dan semenjak itu dia bencikan semua perempuan. Nak kawan tu boleh tapi couple, memang tak lah.

"Hwang Jaehyun!" panggil rakannya. Jaehyun kembali ke tempat duduk.

"Kau tak boring ke asyik kejar S.coups je? Sejak tahun lepas kot" kata kawannya.

"Kau tak paham aku. Ikut aku lah nak dekat sapa pun." marah Jaehyun.

"ye la tapi, dia reject kau kot masa tu." kata kawannya.

Kemudian Jaehyun teringat, pada dua bulan lepas Jaehyun menghantar message kepada S.coups tentang perasaan sebenarnya tetapi S.coups mengatakan bahawa dia tidak berminat untuk berhubungan dengan sesiapa. Jaehyun tidak pula memaksa S.coups kerana jika dia berbuat demikian dia akan dipermainkan oleh S.coups . Pernah sekali dia mendengar cerita yang budak form3 minta couple dengan dia dan memaksa S.coups kemudian budak itu menyesal kerana S.coups permainkan dia sahaja.

"Weh Jaehyun" kata kawan Jaehyun sambil melambai-lambai kearah mata Jaehyun. Jaehyun tersedar yang dia mengelamun. Jaehyun pergi meninggalkan kawannya.
_______________________________________________________________________________________________________________

"S.coups.. Aku rasa kau patut ubah lah perangai kau. Berhenti jadi macam ni, aku nak S.coups yang dulu. Sebab perempuan tu je kot kau jadi macam ni. BAik kau cari yang baru, boleh ubati sikit hati kau yang keras tu" kata kawan S.coups, Hoshi.

"Kau sibuk kenapa?" kata S.coups dengan dingin.

"Kau berubah banyak sangat. Aku tengok Jaehyun, junior kita tu tak pernah berhenti kejar kau. Kau tak suka kat dia ke? DIa boleh tahan jugak weh" kata Hoshi.

"Aku bencikan perempuan." kata S.coups.

"Habistu kau gay? Kau suka dekat aku ke? Jujur je la" gurau Hoshi. S.coups tergelak kecil kemudian menolak dada Hoshi.

"Geli aku dengan kau. Dah lah aku nak balik" kata S.coups.

Hoshi hanya ketawa kemudian mengangkat tangan kanannya tanda selamat tinggal. S.coups membalas.

 

Jaehyun balik berjalan kaki. Rumahnya dengan rumah S.coups pun sebenarnya tak jauh. Dia berharap dia bolehlah tengok S.coups waktu balik sekolah sebab tu dia ambil keputusan untuk berjalan kaki. Tiba-tiba langit menjadi gelap. Guruh berdentum dengan sangat kuat, hujan mulai turun dengan lebat. Jaehyun cemas, dia dengan cepat berlari kearah 'bus stop'. Guruh tidak berhenti berbunyi, Jaehyun keseorangan di 'bus stop', dia ketakutan. Kemudian dia ternampak susuk tubuh tinggi lampai berlari kearah 'bus stop' itu juga. Dia menarik nafas lega. Takdelah dia takut sangat kemudian dia melihat kearah lain.

 

S.coups ternampak Jaehyun di 'bus stop' dia tidak mahu bersama Jaehyun kerana dia tidak sukakannya tetapi dia tiada pilihan. Dia terpaksa duduk disitu juga. Setelah tiba disana, S.coups menyedari bahawa Jaehyun tidak langsung melihatnya. S.coups duduk di tepi tempat duduk Jaehyun. Jaehyun dari tadi tidak memandangnya. Mungkin Jaehyun tidak tahu bahawa lelaki itu S.coups. S.coups yang asyik membetulkan bajunya yang basah kemudian terganggu dengan Jaehyun yang menggigil kesejukan. S.coups melihat tangan Jaehyun memeluk tubuhnya sambil menggeletar. Agaknya dia terlalu sejuk. S.coups memerhati sekeliling kemudian ternampak satu kot yang terbiar di kerusi belakangnya. Mungkin tuan kot ini tertinggal. Dia pun meletakkan ke tubuh Jaehyun. Jaehyun terkejut lalu berpaling kearah S.coups. Dia tergamam.

Jaehyun berdebar. Dia tidak menyangka bahawa dia itu S.coups. Dia tidak berkelip. S.coups berasa tidak selesa kemudian kembali ke tempat duduknya.

"Jangan salah faham, saya buat pun sebab nampak awak menggigil dari tadi." kata S.coups. Jaehyun hanya mengangguk. Jaehyun berpaling kehadapan dan tersenyum seorang diri.

"Apa patut aku buat? OMG tak sangka dia ada" jeritnya dalam hati. Dia menggigit bibirnya kerana terlampau teruja. Dia menarik nafas dan berpaling semula kearah S.coups. 

"Terima kasih" ujar Jaehyun dengan gembira sambil melempar senyuman yang sangat manis. 

S.coups tiba-tiba terasa segan. Dia hanya mengangguk. 

"Asal aku segan pulak ni. Ugh" katanya dalam hati. Dia pula yang menggigil kesejukan, Jaehyun menyedari S.coups menggigil lalu berkongsi kot tersebut dengan S.coups. Nasib baik kot tu besar, bolehlah berkongsi kot. Jaehyun tidak bermaksud untuk menggodanya tetapi kasihankan dia. Tak pasal-pasal nanti dia yang demam sebab tak kongsi kot.

"Tak perlu lah macam ni.." kata S,coups.

"Biarkan jelah, bukan orang nampak pun lagipun tak pasal-pasal demam anak orang sebab bagi kot dekat orang luar" kata Jaehyun tetapi tidak memandang mata S.coups. Dia berpura-pura jual mahal. S.coups tersenyum.

DIa asyik memerhatikan Jaehyun. Entah mengapa suka pulak pandang Jaehyun. Comel pun ada. Terdetik dalam hatinya mahu mengenali gadis tersebut. 

Hujan mulai berhenti, Jaehyun bangun kemudian meminta diri untuk pergi. Dia sempat berterima kasih lagi kepada S.coups. S.coups hanya membalas dengan senyuman. Jaehyun tidak mahu duduk lama-lama tanpa sebab dengan S.coups nanti dia label Jaehyun sebagai penggoda pula bukannya dia tidak mahu duduk bersama S.coups. 

Sepanjang duduk bersama S.coups, jantungnya tidak berhenti berdegup kencang. Semakin sayang pula dia kepada S.coups.
___________________________________________________________________________________________________________

DI dalam kelas..

 

S.coups tidak berhenti mengingati kejadian kelmarin. Dia asyik teringatkan wajah kecil Jaehyun. Dia telah terjatuhcinta kepada Jaehyun. Dia tidak menyangka Jaehyun begitu baik dan tidak seperti peminatnya yang lain yang hanya pandai nak goda, goda dan goda sahaja. Jaehyun lain, walaupun dia tahu Jaehyun sukakan dia tetapi di pandai mengawal perasaannya dan sebab itulah S.coups jatuh cinta dengan Jaehyun. Lagipun betullah kata Hoshi, Jaehyun pun boleh tahan. Comel apa.

Disebabkan asyik teringatkan Jaehyun, dia mahu meluahkan perasaan sebenarnya dengan cepat. DIa mahu berjumpa dengan Jaehyun.

 

Di kelas Jaehyun..

"Eh Jaehyun jom la main benda ni." kata rakan Jaehyun.

"Mainan apa ni?" sambil melihat ke dalam telefon rakannya.

"Ni lah kuiz, lepas jawab semua soalan dia akan bagi tahu ramalan." kata rakannya. Jaehyun berasa teruja dan menjawab semua kuiz tersebut.

Kuiz tu tanya benda pelik-pelik,  harini mood macam mana, colour apa yang dia paling suka harini dan macam-macamlah kemudian..

"Kamu sangat bernasib baik! Benda yang kamu impikan akan tercapai pada hari ini tetapi awas dengan tingkah laku kamu dan blablabla..." 

Jaehyun teruja apabila mendapat tahu yang dia akan bernasib baik tetapi tak tahu lah, mungkin balik ni ibunya akan beli iphone atau album Seventeen untuknya.
__________________________________________________________________________________________________________

Selepas balik daripada sekolah, hari ini nampak cerah, tiada tanda-tanda hari hendak hujan. Jaehyun gembira, jadi tiada apa-apa boleh halang dia balik dengan awal tiba-tiba dia ternampak S.coups berdiri sambil menyandar di 'bus stop' kelmarin. Jaehyun hanya memandang S.coups. Alangkah baiknya kalau dia dapat S,coups. Dia pun sambung berjalan ke rumah.

S.coups memandang Jaehyun. Dia memanggil Jaehyun. Jaehyun terhenti seketika lalu memandang S.coups. S.coups berjalan kearah Jaehyun. Jaehyun berasa berdebar. Tiba-tiba S.coups berhenti didepan Jaehyun sambil menatap wajah Jaehyun. Muka Jaehyun merah. Tidak pernah S.coups memandangnya sebegitu.

"Saya sukakan awak!" tiba-tiba S.coups bersuara. Jaehyun terkejut dan terharu. Dia seperti hendak pengsan. Jantungnya bagaikan nak luruh. Jaehyun tidak berkelip memandang S,coups. S.coups ketawa kecil.

"Tak percaya ke?" tanya S.coups. Jaehyun menggeleng kepalanya.

"Kalau tak percaya.." S.coups dengan tiba-tiba mencium pipi Jaehyun. Jaehyun dapat merasakan darahnya naik ke atas kepala. Dia tidak terkata.

"Dah percaya?" tanya S.coups. Jaehyun mengangguk perlahan. 

"Taknak cakap balik ke yang awak pun sukakan saya?" tanya S.coups.

"Sa..Saya sukakan a..awak" Kata Jaehyun tergagap-gagap. S.coups ketawa kecil dan memeluk pinggang Jaehyun. 

"Sekarang awak milik saya" kata S.coups
_________________________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________________________

 

Thank you sebab request ^^ Comment and upvote as well hehe :*

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??