YoungheexJhope for K-hope

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

"Makcik! Younghee ada dekat rumah tak?" tanya Jhope.

"Ada! Kejap eh. Masuk lah dulu." kata ibu Younghee. Jhope mengangguk kemudian bergegas masuk.

"Younghee! Turunlah, Jhope ada ni" jerit ibu Younghee. 

Jhope duduk di sofa lembut di ruang tamu. Dia terpandang gambar Younghee di atas meja. 

"Comelnya" katanya didalam hati kemudian tersenyum seorang.

Jhope terasa seseorang memegang bahunya. Dia berpaling, rupa-rupanya dia itu Younghee. Younghee tersenyum manis. Jhope membalas senyumannya.

"Awak kata nak teman saya pergi kedai buku!" kata Jhope. Younghee membuat muka terkejut. Dia membuat isyarat 'tunggu' dan terus naik ke dalam biliknya untuk menyalin pakaian. Jhope tersenyum seorang.

 

Younghee dilahirkan bisu. Dia tidak mampu bercakap tetapi dia seorang yang pandai. Walaupun bisu ramai yang suka berkawan dengannya. Dia dan Jhope berkawan sejak kecil. Dulu Younghee agak pemalu kerana dia tidak mampu berkata-kata seperti orang lain tetapi apabila Jhope hadir kedalam hidupnya, Jhope sentiasa memberi semangat. Oleh itulah dia sudah tidak malu seperti dulu. Selain ibubapa Younghee, Jhope sahajalah yang faham bahasa isyarat Younghee. 

 

Setelah 10 minit, Younghee turun daripada tingkat atas. Dia memakai dress dan sedikit lip-gloss dibibirnya. Walaupun hanya ada lip-gloss, terserlah kecantikannya. Jhope tersenyum seorang lagi. 

Young hee membuat bahasa isyaratnya.

kenapa awak tersenyum ?

"Tak ada ape-apelah. Awak nampak comel harini." kata Jhope.

awak tipu eh?

"Eh betullah! Kita puji dia tak percaya pulak" gurau Jhope. Younghee tersenyum.

"Eh kamu berdua nak pergi mana ni?"

"Saya nak Younghee temankan saya pergi kat kedai buku hujung sana tu" kata Jhope.

"Oh, jaga diri baik-baik ye" kata ibu Younghee. Younghee mengangguk.

"Tak apa saya akan jaga dia" kata Jhope.  Younghee tersipu malu.

Younghee keluar dari rumahnya dahulu. Sebaik sahaja Jhope mahu keluar ibu Younghee menarik tangan Jhope.

"Kenapa makcik?" tanya Jhope.

"Jaga Younghee baik-baik ye. Dia ada mengadu yang kadang-kadang orang awam suka pelekehkan dia, dia sedih. Jadi tolong jaga dia baik-baik ya. Jangan buat dia sedih." kata ibu Younghee.

Jhope mengukir senyumannya.

"Baiklah!" kata Jhope.

 

Younghee yang dari tadi menunggu Jhope memuncungkan mulutnya.

Jhope datang kearah Younghee.

Younghee membuat bahasa isyaratnya dengan ekspresi mukanya yang risau.

awak buat apa lama sangat?

"Oh takde lah. Tertinggal dompet tadi. Jom! Nanti lepas beli buku, kita pergi kedai aiskrim nak tak?" tanya Jhope. Younghee mengangguk laju. Dia memang sangat sukakan aiskrim.

Younghee memang sukakan Jhope kerana Jhope sahajalah yang tahu apa yang dia suka, apa yang dia tak suka, jenis protective dan memahaminya. Lagipun dia pun handsome tetapi adalah masalahnya. Dia tidak mampu meluahkan perasaannya lagipun Jhope tidak tahu bahasa isyarat seperti 'saya sukakan awak' atau lain-lain yang berkaitan dengan itu sebab Younghee belum ajar dia lagi. 

"Kenapa mengelamun ni?' tanya Jhope.

tak ada apa-apa lah. 

"Tipu!"

betul.

Jhope ketawa kecil.

"Comel je awak bila marahkan?" usik Jhope. Younghee mencubit paha Jhope.

"Ouch!"

Younghee menjelir lidah. Jhope memuncungkan mulutnya.

Apabila tiba di kedai buku..

Jhope mengambil buku komik kegemarannya dan beberapa buku rujukan untuk belajar bersama Younghee kemudian dia mengikuti Younghee. Dia nampak Younghee mengambil beberapa novel cinta.

"Awak sukakan novel cinta eh?" tanya Jhope. Younghe mengangguk sambil tersenyum.

"Oh, okay saya akan ingat sampai bila-bila. Hehe' kata Jhope. Younghee hanya menggelengkan kepalanya.

Di kaunter pembayaran, terdapat beberapa pelajar perempuan di belakang Jhope dan Younghee. Mereka hanya melihat gelagat Jhope dan Younghee apabila bercakap. 

"Awak.." tegur salah seorang daripada mereka.

"Ya?"

"Awak handsome lah."

"Oh ye ke? Saya tahu" kata Jhope kemudian ketawa. Younghee menggeleng kepalanya.

Kemudian Jhope sambung bercakap dengan Younghee. Mereka memanggil Jhope tetapi Jhope masih rancak berbual dengan Younghee. Mereka geram. Apabila mereka sudah membayar mereka melalui di tepi Younghee.

"Tak padan dengan bisu, ada hati nak dekat dengan orang handsome.."

"Dia ingat lelaki tu sukakan orang bisu ke?"

"Kalau tak bisu pun laki tu tetap tak sukakan dia." 

Antara kata-kata mereka yang dilemparkan kepada Younghee. Mereka pun ketawa. Younghee menggigit bibir. Dia menahan airmatanya. Jhope juga dengar apa yang dia cakap.

"Hei!" jerit Jhope.

Mereka semua berpaling kearah Jhope.

"Korang ingat korang siapa nak cakap macam tu dekat dia?"

"Ikut suka hati kitorang lah, asal kitorang ada suara nak bercakap. Bukan kitorang bisu"

"HAHAHAHAHA" mereka semua ketawa berdekah-dekah.

"Woi bangang! Korang ingat korang ada suara ada ke hati baik macam dia? Korang lebih hodoh lah! Hati busuk! Ada suara tetapi tak reti nak cakap baik-baik. Pergi mampus lah~" jerit Jhope. Mereka semua membisu. Kemudian beredar pergi.

Younghee terkejut. Dia melihat kearah Jhope. 

kenapa awak jerit dekat diorang?

"Sebab diorang perlekehkan awak lah. Saya tak suka bila ada orang suka buat awak sedih."kata Jhope.

Younghee tergamam. Dia berdebar. Jhope sanggup buat macam tu hanya kerana untuk orang bisu macam dia. Dia menangis kerana terharu.

"Eh, sa.saya tak marah awak lah Younghee."

 

bukan lah. saya terharu..

"Teharu?"

Younghee mengangguk kemudian Jhope memluknya.

"Kan saya dah kata saya tak suka lihat awak terluka." kata Jhope. Younghee tersenyum.
_______________________________________________________________________________________________________________

 

"Jhope, tak apa ke tidur dekat rumah makcik?"tanya ibu Younghee.

"Iyalah." kata Jhope.

"Baiklah kalau macam tu. Bilik kamu ada dekat tepi bilik Younghee. Bilik tu memang bilik untuk tetamu pun." kata ibu Younghee.

"Terima kasih makcik" kata Jhope dambil tersenyum lebar. Ibu Younghee membalas senyumannya. 

Jhope mahu tidur disana kerana dia mahu mengulangkaji bersama Younghee. 

 

Di bilik Younghee..

"Kalau a+be jawapan dia 32 bukan 30. Cuba kira balik, macam saya ajar tadi" kata Jhope. Younghee mengangguk. Dia mengira semula. Jhope merenung muka serius Younghee. 

"Walaupun serious, muka dia tetap comel" getusnya dalam hati.

Younghee tersenyum gembira. Dia menunjukkan kertasnya kepada Jhope bahawa dia sudah dapat jawapan.

"Haa, kan boleh tu" kata Jhope.

Younghee tersenyum.

"Saya malu lah dengan awak sebenarnya. Hahaha! pelik kan?" kata Jhope.

kenapa?

"Hahaha. Ish tak tahulah. kadang-kadang rasa berdebar-debar. Ish tengok tu malu la pulak." kata Jhope kemudian kembali ketawa. Younghee yang hanya mendengar Jhope berkata juga berdebar. Takkan lah Jhope pun sukakan dia?

 

"Saya rasa saya sukakan awak.. hehe tapi saya rasa macam awak tak suka kat saya jugak." kata Jhope.

awak bergurau ke?

"Mana ada. Seriouslah" kata Jhope. Younghee memandang Jhope. Jhope berasa segan. Lagipun dia rasa hendak cium sahaja Younghee. Younghee comel sangat.

"Dahlah, jom kita sambung. Kalau yang ini kan..." tiba-tiba Younghee memegang tangan Jhope. Jhope berpaling keara Younghee. Younghee mengambil kertas kosong kemudian membuat bahasa isyarat.

Saya nak ajar awak benda baru.

"Okay." kata Jhope kemudian melihat Younghee.

kalau macam ni *dia membuat bahasa isyaratnya*

kemudian dia menulis "saya sukakan awak"

Jhope berdebar.

kalau macam ni *dia membuat bahasa isyaratnya*

Dia menulis lagi "Saya sayangkan awak"

dan ini *dia membuat bahasa isyaratnya* dan satu lagi *membuat bahasa isyaratnya lagi*

dia menulis " saya rindukan awak dan saya nak awak bersama dengan saya"

"Apa maksud awak?" kata Jhope.

dia membuat bahasa isyaratnya lagi.

Jhope cuba memahaminya.

"Awak sayangkan saya dan mahu bersama dengan saya sebab dah lama awak sukakan saya?" kata Jhope selepas memahami apa yang dikatakan oleh Younghee.

Younghee mengangguk.

saya malu sebenarnya.

"Saya pun sukakan awak!" kata Jhope kemudian memeluk badan Younghee. Kemudian Jhope mencium bibir lembut Younghee. Mereka melepaskan ciuman dan dakapan mereka.

Jhope membisikkan di telinganya. 
"saya nak awak jadi milik saya selamanya!" 
_____________________________________________________________________________________________________________________

 

Thank you sebab request dan maaf kerana lama menunggu xD comment and upvote ^^

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??