KwonShinHyexByunBaekHyun for kwonShinHye

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

 

"aish asal lembab sangat kau ni baekhyun" jerit Shin Hye. 

"Kejap la. Sikit je lagi ni" kata Baekhyun sambil menulis karangan untuk Shin Hye.

"Cepat la weh, cikgu nak datang dah ni" kata Shin Hye.

"Jap.."

 

"Ehem. Byun Baek Hyun. Apa sedang awak buat?" tanya Cikgu Han, guru bahasa inggerisnya.

Baekhyun memandang Shin Hye. Shin Hye membuat muka supaya Baekhyun diam. Cikgu Han mengambil kertas di atas meja Baekhyun. Baekhyun menggigil ketakutan. Shin Hye baru sahaja ingin melarikan diri tiba-tiba dipanggil Cikgu Han.

"Kwon Shin Hye!" 

"Ya cik..cikgu Han" kata Kwon Shin Hye.

"Kenapa Baekhyun tolong menulis karangan awak?" marah Cikgu Han. Kelas menjadi senyap. Semua mata memandang.

"Mana la kita tahu cikgu. Dia yang nak tulis untuk saya. Saya dah larang dia cikgu" tipu Shin Hye.

"Betul ke ni Baekhyun?" 

Baekhyun berpaling kearah Shin Hye. Shin Hye membuat muka marah.Baekhyun memandang Cikgu Han. Dia mengangguk perlahan-lahan. Cikgu Han menolak keluar Baekhyun. Dia menyuruh Baekhyun mengangkat tangan sambil berdiri di luar sepanjang masanya. Kwon Shin Hye mulai resah. Kesian la pula tetapi dia menampar mukanya.

"Kesian apa nya? Dengan nerd pun kesian?" katanya dalam hati.

 Selepas habis masa Cikgu Han. Cikgu Han memarahi Baekhyun lagi. Baekhyun hanya menunduk kepalanya.

"Weh jom la balik" ajak rakan Shin Hye tetapi ditolak. Dia lebih suka buli si nerd tu lagi daripada balik dan berborak dengan rakanya.

Baekhyun cepat-cepat mengemas barangnya. Semua orang telah pulang. Baekhyun tiada rakan. Dia balik keseorangan. Sebaik sahaja dia ingin keluar, Shin Hye menghalangnya. Baekhyun terkejut. 

"Kau dah nak balik ke? Tak nak buat homework aku dulu ke?" tanya Shin Hye. Baekhyun gugup.

"Err.. saya.." Shin Hye mangambil begnya dan membuang semua pen nya di atas meja. Dia keluarkan kesemua homework yang diberikan oleh guru mereka.

"Buat la ye. Aku nak pergi beli air kejap." Baekhyun mengangguk perlahan.

"Dan satu lagi, jangan cuba nak lari." kecam Shin Hye kemudian pergi membeli air di luar. Baekhyun mengeluh. Tiba-tiba dua orang budak lelaki datang.

"Eh, Baekhyun. Kena buli dengan budak perempuan lagi?" tanya seorang daripada mereka kemudian kedua-dua mereka ketawa jahat.

"Kesian kau ni eh" kata salah seorang daripada mereka. Baekhyun tidak mampu melawan, dia hanya menahan perasaannya. Buat apa nak gaduh? Dia sendiri lemah, nasib malang la jawabnya.

"Ni, amik kitorang punya. Buat ek." mereka meletakkan homework mereka diatas meja Baekhyun. Salah seorang daripada mereka menggosok kepalanya.

"Terima kasih Byun Baekhyun" mereka pun beredar pergi. Shin Hye ternampak dua orang budak lelaki tadi kemudian dia meluru kearah Baekhyun.

"Asal tadi?" Baekhyun tidak menjawab. Shin Hye melihat homework mereka diatas meja. Shin Hye geram.

"Woi kau ni takde suara ke nak sound diorang? Habis tu homework aku bila la nak siap? Buat yang aku dulu sampai habis. Kalau tak siap, nahas la kau" Baekhyun mengagguk lagi.

"Takde suara ke? Asyik angguk angguk angguk je. Aku lempang kan" kata Shin Hye kemudian meneguk minumannya ditangan.

"Weh, esok kau bawak homework aku lepas tu letak atas meja. Kalau kau bagitahu cikgu, nahas la kau!" ugur Shin Hye kemudian menggalas beg nya dan beredar. Baekhyun menitiskan airmata. Dia takut yang homework mereka tidak akan siap. Dia cepat-cepat mengemas barang dan balik.

Selepas pulang, Baekhyun terus menghadap meja dan menyambung kesemua kerja sampailah malam. Memang banyak homework yang cikgu bagi. Hanya sedikit lagi hendak siap dia terlelap. Dia tidak sempat membuat homeworknya.

 

Keesokan paginya..

"Baekhyun dah lewat ni!" panggil ibunya. Baekhyun segera bangun dan mandi. Setelah selesai, dia mengemas homework mereka dan mengambil spec lalu dipakainya.

"Sarapan?" tanya ibunya.

"Tak nak. Sudah lewat ni." ujar Baekhyun.

"Doktor kan sudah cakap haritu, jangan skip meal. Makan je la dulu"

Baekhyun berlalu pergi tanpa menghiraukan kata ibunya. Dia ingin membeli makanan di kantin pada waktu rehat di sekolahnya.

Sampai sahaja disekolah, loceng sekolah baru berbunyi. Dia bernasib baik, sedikit sahaja lagi dia akan ditahan disebabkan lewat.

_______________________________________________________________________________________________________________________

 "Weh homework aku cepat!!" ujar Shin Hye. Baekhyun dengan cepat memberikan kepada Shin Hye, Shin Hye kembali ke tempat duduk.

"Takpe ke kau buli dia?" tanya seorang rakan Shin Hye.

"Aish apa kau ni? Kesian dekat dia ke?" tanya Shin Hye.

"Kesian la weh"

"Pelik je kau ni. Dahlah, cikgu dah nak masuk ni" 

 

"Homework kitorang mana?" tanya dua orang budak lelaki kelmarin. Baekhyun teringat yang dia tidak siapkan lagi homework salah seorang daripadanya. Homework dia sendiri pun tidak disentuh.

Baekhyun memberikan homework mereka. Baekhyun takut. Dia menggigit bibirnya.

"Bagus. Kalau tak siap, siap la kau" kecam salah seorang daripada mereka. Baekhyun tidak memanddang mereka. Dia menelan air liur. 

 

Cikgu Han melihat kerja kesemua murid. 

"Byun Baekhyun!!" jerit Cikgu Han.

"Kau ni tak habis-habis nak buat masalah. Keluar! Jangan masuk kelas saya selagi tak siap homework!" Baekhyun ra keluar. Shin Hye memerhati sahaja Baekhyun. Terdetik rasa kesian pula.

"Awak! Keluar!" arah Cikgu Han kepada salah seorang daripada budak lelaki yang membuli Baekhyun.

"Tapi cikgu.. sikit je lagi" 

"Ahh, keluar!" Lelaki itu pun keluar dengan geram.

Shin Hye berasa gelisah.

 

Baekhyun asyik menyiapkan kerja sekolah di  luar kelas tiba-tiba budak lelaki itu menumbuk pipi Baekhyun. 

"Sebab kau la ni aku kena keluar." Bibir Baekhyun berdarah. Baekhyun berasa takut. 

"Bak sini duit kau!" Baekhyun dengan segera mengeluarkan duitnya. Budak lelaki itu merampas dari tangan Baekhyun.Baekhyun cemas. apa yang dia hendak makan rehat nanti? 
_______________________________________________________________________________________________________________

 

Pada masa rehat..

Baekhyun tidak berhenti memegang perutnya. Dia lapar.. sangat lapar.

Tiba-tiba Baekhyun jatuh. Dia pengsan. Shin Hye yang baru sahaja masuk terkejut lalu mendapatkan Baekhyun bantuan. Shin Hye berasa bersalah. Ibubapa Baekhyun datang mengambil bersama van hospital. Sebaik sahaja mereka ingin bertolak, Shin Hye berlari kearah van tersebut.

"Puan Byun, Encik Byun! Berhenti! Saya... saya nak ikut!" kata Shin Hye tercungap-cungap.

Mereka membenarkan Shin Hye mengikuti mereka.

Puan Byun menagis teresak-esak. Encik Byun pula cuba menenangkan isterinya. Shin Hye melihat Baekhyun yang masih tidak sedarkan diri. Shin Hye juga menangis.

"Maafkan saya.." katanya perlahan.

Sebaik sahaja tiba di hospital doktor menyuruh Shin Hye dan ibubapa Baekhyun menunggu di luar. Doktor mengatakan Baekhyunakan berada di wad ICU jika pembedahan berjaya.

"Pembedahan?" getus Shin Hye dalam hati.

Semakin risau Shin Hye dan ibubapa Baekhyun. Mereka dengan gelisah tunggu diluar wad. 

"Awak ni mesti Shin Hye kan?" tanya ibu Baekhyun. Shin Hye mengangguk.

"Baekhyun banyak bercerita tentang awak. Dia cakap awak baik orangnya. Dia selalu lihat awak tolong orang. Dia cakap awak satu-satunya kawan dia" kata Puan Byun. Shin Hye menangis. 

"Mesti awak tak tahu kan? Dia ada penyakit ketumbuhan dekat usus. Doktor kata pembedahan kemungkinan 30% berjaya. Dulu doktor dah syorkan untuk bedah tapi dia taknak sebab dia takut doktor bagi cuti lama. Dia kata dia nak jumpa dengan Shin Hye." Shin Hye bertambah sedih. DIa menangis teresak-esak. 

"Kenapa dia tipu? Kenapa dia kata aku baik? Aku jahat sangat. Jahat sampai banyak kali kena denda dengan cikgu sebab aku. Kawan? Aku buli kau. Lembab Baekhyun. " jeritnya dalam hati.

Shin Hye sedar dia mulai sukakan Baekhyun. Dia menyesal selama ini dia begitu jahat dengan Baekhyun. Dia mahu minta maaf dengan Baekhyun. Dia melayan Baekhyun dengan jahat tapi dia kata Shin Hye baik.

Setelah tiga jam menunggu, doktor keluar daripada bilik bedah. Shin Hye laju pergi dekat dengan doktor.

"Doktor macam mana?" laju dia bertanya. Ibubapa Baekhyun menunggu jawapan.

"Dia stabil. Pembedahan selamat dijalankan tetapi kami tak pasti dia akan bangun dari koma ataupun tidak" kata Doktor. Ibubapa Baekhyun menangis. Shin Hye turut menangis. Dia memegang dadanya. Lelah SHin Hye kerana asyik menangis. Doktor hanya membenarkan ibubapa sahaja masuk. Shin Hye dibenarkan melawat esok. Shin Hye sedih, dia tidak mampu melawan. Dia pulang ke rumah.

_______________________________________________________________________________________________________________

Setelah bangun daripada tidur. Shin Hye lekas mandi dan bergerak ke hospital.

Dia menarik nafas panjang kemudian membuka pintu wad ICU. Ibubapanya baru sahaja hednak meninggalkan Baekhyun, mujurlah Shin Hye sempat sampai berjumpa dengan mereka. Puan Byun belum lagi makan jadi dia mengarahkan Shin Hye menunggu Baekhyun.

Shin Hye laju pegi ke Baekhyun. Dia menatap wajah pucat Baekhyun. Dia masih belum bangun. Shin Hye menangis lagi, dia memegang tangan Baekhyun.

"Maaf sebab aku buat jahat. Selama ni aku tak tahu yang kau sakit. Aku sayangkan kau weh bangunlah" jerit Shin Hye. Jururawat menenangkan Shin Hye. Shin Hye meminta maaf.

Kemudian Shin Hye terlelap ditepi Baekhyun. Airmatanya mengalir jatuh ke atas pipi Baekhyun. 

Tangan Baekhyun bergerak perlahan-lahan.  Baekhyun terbatuk. Shin Hye terkejut kemudian memanggil doktor. Ibubapa Baekhyun juga turut datang. 

Setelah beberapa minit doktor mengesahkan Baekhyun stabil dan boleh balik dalam masa seminggu. Shin Hye laju memeluk Baekhyun.

"Maafkan saya!!" jerit Shin Hye. Baekhyun tersenyum gembira. Kemudian mereka menjadi rapat dan Baekhyun menjadi semakin tegas. Tiada orang membulinya lagi.
__________________________________________________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________________________________________________

 

Thank you for request. Ni la story paling panjang. :)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??