YuixSehun for bigbangtanboys

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

Yui dan Sehun merupakan pelajar tingkatan lima dan berada di kelas yang sama tetapi mereka tidak pernah menegur antara satu sama lain. Mereka mempunyai satu persamaan iaitu sukakan kek dengan buah ceri yang dijual di kantin sekolahnya. Pada suatu hari..

"Makcik ada lagi tak kek buah ceri?" tanya Yui.

"ada satu je lagi dik." kata makcik kantin itu.

Tiba-tiba Sehun datang..

"Nak satu kek ceri" kata Sehun. Yui melihat kearah Sehun tiba-tiba makcik kantin itu memberikan kek itu kepada Sehun tetapi bukan kepada Yui. 

"Terima kasih makcik" kata Sehun kepada makcik kantin sambil melihat Yui dengan senyuman yang sinis. Yui mencebik bibir.

"Makcik saya kan datang dulu!" jerit Yui. Makcik kantin tidak melayan Yui. Yui mengeluh dan geram. Sudah lama dia mengidam untuk makan kek tersebut selepas cuti penggal pertama tetapi dia hampa.

Kemudian Yui beredar ke kelas dengan perut kosong.
__________________________________________________________________________________________________________

Yui dengan lapar merenung kearah Sehun yang sedang memakan kek ceri sambil menelan air liur. Sehun menyedari perbuatan Yui tadi dan ingin mengusik Yui. Dia mengangkat kek tersebut dan makan dengan penuh nikmat dan menggigit buah ceri sambil membuat muka untuk menambahkan rasa terliur kepada Yui. Yui berasa sangat geram dan meninggalkan Sehun. Sehun ketawa kecil entah mengapa dia mahu mengusik Yui. 

 

Keesokan harinya, Yui berniat mahu mengusik Sehun balik. Pada masa rehat, dia membeli dua kek ceri. Dia membeli untuk dirinya sendiri dan untuk mengusik Sehun balik. Dia mahu menyimpannya selama semalaman supaya Sehun cirit birit. Pada mulanya sebelum meneruskan plan Yui yang pertama,Yui bercadang untuk meletakkan sos wasabi yang banyak di atas kek ceri Sehun. 

Selepas selesai membeli, Sehun meletakkan kek ceri di atas mejanya. Yui hanya memandang Sehun. Sehun berasa hairan. Yui hanya memberikan senyuman. Sehun membalas senyumannya. Selepas Sehun tiada Yui cepat-cepat menuju ke arah meja Sehun dan meletakkan sos wasabi tersebut. Dia sanggup membawanya dari rumah untuk mengenakan Sehun.

Dia nampak Sehun datang semula kearah kelasnya. Dia bergegas ke tempat duduk dan menikmati kek cerinya. Sehun melihat Yui, Yui hanya senyum. Sehun berasa hairan kemudian membuka bekas kek ceri tersebut. Sehun berasa pelik kenapa kek ceri tersebut berwarna sedikit hijau. Sehun tidak kisah dia tetap mahu memakannya. Dia fikir makcik kantin tersebut meletakkan topping yang baharu.

Sebaik sahaja kek itu masuk ke dalam mulutnya, tiba-tiba matanya terbuka luas kemudian mengeluarkan semula kek. Dia berasa sangat pedas sampai berlari semula ke kantin untuk membeli air. Sehun kembali semula ke kelas. Yui ketawa berdekah-dekah sambil memegang perutnya. Sehun melihatnya dengan geram. Yui mengelip sebelah matanya kemudian kembali makan kek ceri tersebut lantas meniru aksi Sehun kelmarin.

"Kau buat apa dekat kek aku?!" jerit Sehun. Yui terkejut.

"Aku buat apa?" Semua mata memandang mereka berdua. 

"Ahh aku tak kira kau kena ganti balik."

"Aku tak kisah nak ganti balik tapi bukan sekaranglah. Esok ok?" kata Yui kemudian beredar dan tersenyum sinis.

"Aish perempuan tu!" getus hatinya. 

 

Selepas daripada itu, lepas waktu pulang mereka kembali menegking antara satu sama lain kemudian dileraikan oleh rakan-rakan mereka. 
______________________________________________________________________________________________________________

 

Keesokan harinya, Yui meletakkan kek ceri yang dibiarkan terbuka selama semalaman di atas meja Sehun sambil meninggalkan nota "Ni kek ceri kau" Yui masih geram dengan Sehun. Entah mengapa dia mahu mengenakan Sehun lagi.

 

Selepas beberapa ketika, dia terasa bahawa dia terlalu melampau, dia mahu mengambil kek itu kembali tetapi Sehun telah memakannya. 

"Weh, terima kasih" kata Sehun. Yui tergamam. Dia tidak sanggup untuk memberitahu perkara sebenar kemudian meninggalkan Sehun.

Pada masa seterusnya, Sehun sakit perut. Dia terus bangun dan memberitahu cikgu. Dia terus keluar. Yui melihatnya. Timbul pula rasa risau. Dia berasa bahawa dia sangat kejam terhadap Sehun. Sebab kek ceri je kot. 

 

Sehun tidak berhenti pergi ke tandas. Dia kelihatan pucat dan sangat letih... Yui mahu menegurnya tetapi sangat takut.
__________________________________________________________________________________________________________

Selepas beberapa hari Sehun tidak datang ke sekolah. Yui berasa sangat risau dan takut. Dia tidak boleh tidur dengan lena kerana asyik memikirkannya. Dia membuat keputusan untuk bertanya khabar tentang Sehun kepada rakanya. Sehun mengalami cirit birit, dia tidak mahu makan apa-apa kerana terlalu letih jadi sakit perutnya bertambah dengan gastrik. Dia terpaksa ditahan di hospital kerana gastriknya sangat teruk. Yui mahu melawatnya di hospital.

 

Petang itu, Yui pergi ke hospital untuk melawat Sehun. Dia membuka pintu bilik Sehun dan ternampak Sehun sedang nyenyak tidur. Dia masuk dan tutup pintu perlahan-lahan. Dia duduk di kerusi di tepi Sehun. Dia menatap wajah pucat Sehun.

"Handsome juga dia walaupun tengah sakit" getusnya dalam hati. Dia menunggu Sehun bangun tiba-tiba..

"Gahhrrrrr!" kejut Sehun. Yui menjerit sampai terjatuh daripada kerusi. Sehun ketawa berdekah-dekah, Yui mencebik bibir kemudian kembali duduk di kerusi.

"Kau datang ni sebab rasa bersalah ke?" tanya Sehun. Yui tidak membalas. Dia takut.

"Kau ni bangang betul la." kata Sehun. Yui mencebik bibir sekali lagi. Dia kasihankan Sehun. Tiba-tiba dia pun bersuara.

"Maafkan aku weh. Although kita baru kenal walaupun duduk sekelas, aku buat jahat dekat kau lagipun aku menyesal. Aku nak halang kau daripada makan kek tamat tempoh tu tapi masa tu kau dah makan and senyum lepas tu cakap terima kasih. Aku takut la weh. Lepas tahu condition kau macam ni aku takleh tidur malam tau!" luah Yui kemudian menangis. Sehun terkejut.

"Jadi kau yang bagi aku makan kek tamat tempoh la?" tanya Sehun. Yui mengangguk. 

"Lahh, habistu asal kau nangis? Aku maafkan kau la. Sebab aku jugak buat kau geram kan. Lagipun aku yang tak makan sebab tu kena tahan dekat hospital ni" kata Sehun kemudian meletakkan tangannya di bahu Yui. Yui berhenti menangis.

"Kau tak marah?"

"Tak." Yui tersenyum, Sehun memblas balik senyumannya.

Lepas daripada itu, mereka berdua jadi sangat akrab dan saling meluahkan perasaan. Disebabkan kek ceri mereka bergaduh dan disebabkan kek ceri itulah mereka jadi sangat akrab sekarang.
_______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________

 

Thank you for request ^^ Tak pasti yang cerita ni awak suka atau tidak tapi cousin saya pun tolong bagi idea xD 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??