WenHyeJuxJun for anissofea

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

 

 

Jun menaip tentang kertas kerja yang dia perlu buat untuk projek besar dia kali ini. Dengan tekun dia menumpukan perhatian dan membuat kerjanya dengan cermat sekali.

Hye Ju iaitu anak kepada Jun datang secara senyap di belakang Jun. Dia ralit memerhatikan ayah kesayangannya menaip sesuatu di laptop. Dia berjalan perlahan-lahan menghampiri Jun, 

"Gahh!" jerit Hye Ju. Jun terkejut. Dia memegang dadanya. 

"Hye Ju!: kata Jun. Hye Ju ketawa kerana melihat ayahnya terkejut. Dia suka bergurau dengan ayahnya. Ibunya telah mati semasa umurnya 2 tahun. Dia hanya ada ayahnya seorang. Dia sangat sayangkan ayahnya.

"Ish dah lewat ni Hye Ju, pergi tidur." kata Jun.

"Tak nak."

"Esok kena bangun awal. Kamu nak pergi sekolah." kata Jun kemudian mengangkat Hye Ju pergi ke biliknya.

Hye Ju menangis,

"Hye Ju tak nak tidur. Hye Ju nak main ngan ayah!" kata Hye Ju sambil menangis. Jun meletakkan Hye Ju kebawah. Dia mengeluh. 

"Ish, baiklah. Jangan kacau kerja ayah sudah." kata ayahnya. Hye Ju tersenyum kembali apabila mendengar ayat ayahnya yang membenarkan dia bermain dengannya.

"Hooray!" jerit Hye Ju. Jun menggelengkan kepalanya.

___________________________________________________________________________________________________________

 

"Hye Ju nak main apa?" tanya Jun.

"Hye Ju nak tengok ayah buat kerja."

"Tadi kata nak main?"

"Taknak nak tengok ayah je.."

"Okay. Kalau mengantuk pergi tidur tau." 

"Baik!"

 

Jun menyambung kerjanya yang belum siap. Anaknya ralit memerhati Jun. Apabila Jun sedang menaip, Hye Ju menggeletek badannya membuatkannya ketawa.

"Hei! Hye JU.. hahaha!" 

Hye Ju hanya ketawa melihat gelagat ayahnya. 

"Hye ju!" jerit Jun. Hye Ju berhenti.

"Jangan kacau ayah! Ayah nak buat kerja. Kerja ni penting tahu tak?" kata Jun kemudian menyambung membuat kerjanya. Hye Ju mencebik bibir. Dia bermain dengan anak patungnya di belakang ayanya. Dia menguap. Dia bangun, dia tidak mahu tidur lagi. Dia memeluk ayahnya dari belakang. Jun tersalah taip.

"Hye Ju.. Kenapa kamu ni degil sangat?" kata ayahnya.

"Hye Ju nak peluk ayah.." kata Hye Ju.

"Hmm. Hye Ju tak faham ke? Ayah kena siapkan kerja ni. Kalau tak siap nanti bos ayah potong gaji ayah." kata Jun dengan tegas.

Hye Ju mengeluh kemudian dia bermain dengan patungnya lagi. 

Setelah beberapa minit, Hye Ju menguap lagi. Dia berdiri kemudian melihat ayahnya membuat kerjanya. Dia lihat ada kotak kecil berwarna biru disambungkan ke laptop ayahnya. Dengan pantas dia menarik kotak kecil tersebut.

'Pak!' semua kerja ayahnya hilang. Jun terkejut. Dia memandang anaknya lagi.

"Hye Ju!!" jerit ayahnya. Hye Ju terkejut. Jun merampas kotak kecil itu.

"Hye Ju ingat ni permainan ke? Ni pendrive ayahlah! Penting tahu tak? Nasib baik ayah sempat save sebelum kamu tarik. Dahlah, pergi tidur! Jangan nak mengada duduk dekat ayah malam ni." marah Jun kemudian mengangkat anaknya ke bilik tidur. Hye Ju menangis.

"Ayah!! Hye Ju nak duduk dengan ayah!" jerit Hye Ju. Jun tidak mengendahkan apa yang Hye Ju katakan.

Jun meletakkan anaknya ke bilik kemudian menutup lampu dan mengunci bilik anaknya. Hye Ju menangis teresak-esak.

"Ayah!! Hye Ju cuma rindukan ayah!!" jerit Hye Ju. Jun yang baru beberapa langkah pergi mendengar jeritan anaknya itu. Langkahnya terhenti.

"Ayah selalu sibuk dengan kerja! Hye Ju selalu kena duduk dekat rumah pengasuh! Ayah balik lambat! Hye Ju rindu ayah!!' jerit Hye Ju lagi. Jun mendekati pintu bilik Hye Ju. Kedengaran tangisan anaknya itu. 

"Hye Ju nak tidur tapi sebab ayah ada, Hye Ju tak mahu tidur.." kata anaknya lagi. Kemudian dia menangis. Jun masih lagi tidak membuka pintu. Dia sedang berfikir. 

"Ayah.." kata Hye Ju perlahan kemudian tiada tangisan dan jeritan daripadanya lagi. Jun mengeluh. Dia meninggalkan tempat itu. DIa menyambung kerja-kerjanya.

 

Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Dia telah menyiapkan semua kerja-kerjanya. Dia tersenyum puas.

"Siap jugak." katanya didalam hati. Dia meregangkan otot-otot nya. Dia menguap. Dia menarik 'pendrive' nya kemudian menutup semua fail kerjanya. Desktopnya kelihatan gambar Jun, Hye Ju dan arwah isterinya. Dia merenung desktopnya dengan lama. Dia teringat kata-kata arwah isterinya.

"Tolong jaga anak kita dengan baik. Jangan marah dia, dia masih kecil. Dia baru ingin kenal dunia. DIalah satu-satunya anak kita bang" ayat itu masih Jun ingat. Kemudian dia teringatkan tentang apa yang dia lakukan kepada anaknya tadi. Dia rasa bersalah. Dia tidak sepatutnya buat begitu. Dia masih kecil. Jun menangis. DIa mengelap airmatanya kemudian berlari ke bilik anaknya. 

 

Baru sahaja dia ingin membuka kunci bilik anaknya, dia terdengar suara anaknya.

"Hello! Awak apa khabar?"

"Khabar baik!"

"Ayah saya baik tau!"

"Ayah saya lebih baik daripada awaklah! DIa hebat!"

"Taklah! Ayah saya!"

"Ayah sayalah baik!" 

Antara ayat yang dikeluarkan daripada mulut Hye Ju. Jun membuka pintu bilik anaknya. DIa melihat anaknya bermain dengan anak patung. Dia hanya berlakon bersama anak patungnya. Hye Ju melihat Jun. Dia terkejut. Dia cepat-cepat membungkus dirinya dengan selimut.

"Hye Ju..." panggil Jun tetapi Hye Ju sedikit pun tidak membalas.

"hye Ju maafkan ayah.. Ayah kan sibuk tadi. Ayah bengang la.. Maafkan ayah Hye Ju.." kata Jun lagi kemudian mendekati katil anaknya itu. Dia duduk bersebelahan anaknya. Dia membuka selimut anaknya. Hye Ju sedang menangis. Jun dengan pantas memeluk anaknya. 

"Maafkan ayah Hye Ju!" kata Jun.

"Hye Ju.. maafkan ayah." kata Hye Ju.

"Esok kita keluar nak? Hye Ju tak payah pergi sekolah esok. Ayah akan ambil cuti. Nak?" tanya Jun.

Hye Ju tersenyum lebar.

"Nak!!" jerit Hye Ju kemudian memeluk ayahnya lagi. 
____________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________

 

Thank you sebab request ^^ Harap okay lah cerita ni :D Do upvote and comment! Saya ada tambah storyline, harap awak tak kisah.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??