JungHanaxKai for nshahirah293

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

 

Hana berpaling kearah rakan sekelasnya, Kai. Dia merenung wajah Kai yang sedang asyik bergurau dengan rakan-rakannya. Ketampanan Kai membuat dirinya cair. Sejak mula-mula masuk ke kelas itu lagi, dia telah memendam perasaan terhadap Kai. Tetapi dia seorang yang pemalu. Sampai sekarang dia tidak pernah menegur Kai.

"Weh! Tengok Kai lagi ke?" tegur rakan Hana. Hana terkejut, dia berpaling kearah rakannya itu.

"Ish, terkejut saya tahu tak?" kata Hana.

"Hahaha, bukannya Kai dengar pun. Apa yang terkejutnya?" kata rakannya tetapi Hana meneruskan lagi merenung Kai. Dia mengeluh memikirkan nasibnya yang mungkin tidak akan mendekati Kai.

"Saya rasa awak perlu tegur la Kai. Nanti kalau dia dah ada orang lain, menyesal tak sudah lah." kata rakannya.

"Ish, malaslah. Hmm." balas Hana.

"Ikut awak lah. Saya dah warning awal-awal, kalau terjadi jangan nak menyesal pulak." kata rakannya itu kemudian beredar meninggalkan Hana. Sekali lagi Hana mengeluh.
________________________________________________________________________________________________________

"Okay, awak semua dah boleh balik." kata Puan Yoon guru kelas Hana.

Setelah Puan Yoon beredar, pelajar mengemas beg masing-masing dan terus balik.

Hana mengemas begnya kemudian berlari keluar kerana rakannya telah meninggalkannya. Baru sahaja mahu melangkah keluar, Hana terjatuh kerana terlanggar seseorang. Kepalanya berlanggar dengan kepala orang itu.

"Aduh"  Hana mengaduh sakit kemudian pantas mengambil bukunya yang jatuh bertaburan di atas lantai.

"Maafkan saya." kata seorang lelaki. Hana terkejut, suara itu suara seseorang yang dia sangat kenal. Dengan pantas dia berpaling keatas. Alangkah terkejut dia melihat sekujur tubuh badan lelaki yang dia minati, iaitu Kai!

"Ah.. Kai.." katanya dengan perlahan.

"Hana.." balas Kai. Hana berdebar. Jantungnya berdegup kencang, dia berasa ingin menjerit sepuas hatinya. Tidak sangka dia mengenali Hana!

"Awak kenal saya?" kata Hana. Kai menghulur tangannya kepada Hana kemudian Hana memegang tangannya lantas Kai menarik Hana. Hana sudah pun berdiri dengan tegak.

"Mestilah saya kenal awak. Kita kan sekelas." kata Kai kemudian ketawa kecil.

"Oh iya.." kata Hana menahan malu. Dia bukan pernah bercakap dengan Kai, sebab tu lah dia ingat Kai tidak akan kenal dia.

"Ish awkward gila!" kata Hana dalam hati kerana dia dan Kai hanya berdiri berhadapan tetapi seyap.

"Tak apalah. Boleh tak number awak? Boleh lah kita kenal! Kita tak pernah bercakap pun kan?" kata Kai. 

"Oh tu.. hmm. Baiklah. 01XXXXX" Hana seperti tidak percaya bahawa Kai meminta nombor telefonnya. 

"Terima kasih! Tak apalah, saya dh lewat ni. Bye! By the way, comellah awak ni." kata Kai kemudian beredar meninggalkan Hana. Muka Hana merah. Dia ingin menjerit. Dia tersenyum seorang kemudian balik ke rumahnya dengan hati yang girang.
____________________________________________________________________________________________

Setelah tiba dirumah..

 

Hana meletakkan begnya ditepi katil dan terus menggapai telefonnya. Dia fikir yang Kai akan menghubungi dia tetapi tiada satu pun misscall atau mesej daripada dia. Dia mengeluh kemudian melempar telefonnya keatas katil.

"Ish bodohnya Hana, tak perlu kot berharap pada benda yang tak pasti!" katanya didalam hati.

 

Selepas dia makan tengahari dan mandi, dia mengambil telefonnya kembali. Dia terkejut apabila mendapat mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

"Hye :) "

"Ni Hana ke?"

"Reply la... :/"

"Ni saya lah, Kai.. hehe" 

Dia tersenyum lebar kemudian melompat-lompat diatas katil. 

 

"Hana!! kenapa bising sangat tu?" jerit ibunya. Hana terkejut. Dia tersenyum seorang.

"Sorry!" kata Hana kemudian membalas mesej Kai dengan cepat.

 

"Hye! Sorry lambat balas. Mandi tadi." balas Hana. Kemudian dia menunggu Kai membalas mesejnya pula.

Ting! Bunyi telefonnya yang menandakan mesej telah masuk.

"Tak apa. Awak buat apa sekarang?" tanya Kai. 

Selepas itu, Hana asyik bermesej dengan Kai sampailah larut malam. Kai ada mengucapkan perkataan 'I love you' sebelum tidur kepada Hana. Oleh kerana itulah, Hana menghantar mesej kepadanya bahawa Hana memang sukakan Kai sejak dari dulu lagi.
__________________________________________________________________________________________________________

Keesokan harinya, Hana bangun pagi dan pergi ke sekolah. Hari ini dia memakai 'lip tint' berwarna pink untuk serlahkan lagi kecantikannya kerana mahu Kai lihat yang dia seorang yang cantik. Dia tersenyum seorang semasa berjalan kaki ke sekolah kerana asyik terfikir tentang mesej semalam.

 

Setiba di sekolah, Hana terus masuk ke kelas dengan hati yang girang kerana mahu berjumpa dengan Kai. Hana memasuki kelas dengan senyuman yang manis tiba-tiba..

"Kai, saya sukakan awak sejak dari dulu lagi!"

"I love you too!" beberapa orang pelajar lelaki mengajuk mesej yang Hana hantarkan kepada Kai semalam. Langkah Hana terhenti, dia melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang melihat kearahnya dengan senyuman yang sinis. Kelihatan Kai juga berada disitu tetapi wajahnya lain daripada mereka. Kai nampak seperti risau. 

"Kai, ni Hana kesayangan awak!"

"Hana love Kai"

"Luculah!" 

Antara kata-kata mereka yang dilemparkan kepada Hana. Hana menggigit bibir, dia berasa malu. Semua pelajar kelas itu melihatnya dan ketawa. Dia menahan tangisan.

"Janganlah nangis Hana! Kai ada ni. Hahahaha" 

Hana sekali lagi menggigit bibir. Dia melihat kearah Kai, dia menjeling. Dia menyangka Kai lah dalang kepada apa yang terjadi ni. Dia tidak menyangka bahawa Kai itu jahat! Sanggup berbuat begitu kepadanya? Dia malu. Dia bencikan Kai.

 

Pada waktu rehat..

Hana keluar daripada kelas. Dia berselisih dengan Kai. Riak wajah Hana menunjukkan reaksi benci kepada Kai. Kai mengeluh. 

"Hana.." panggil Kai tetapi Hana tidak menoleh. Hana serik. Mungkin Hana akan dimalukan lagi jika melayan Kai.

Kai menggigit bibir.
_____________________________________________________________________________________________________

 

Habis sahaja waktu persekolahan.

Hana melangkah keluar daripada kelas. Sorakan budak lelaki itu jelas kedengaran. Hana geram tetapi dia menahan perasaannya. Hana meninggalkan kelas tersebut.

Kai melihat kearah rakan-rakannya.

"Dahlah, apa yang lucu sangat sampai korang nak buat dia benci aku?" tanya Kai.

"Hish, berapa juta kali kau nak tanya soalan tu. Kau sukakan dia juga ke?" tanya salah seorang rakan mereka. Kai meneguk airliur. Dia menggigit bibir.

"Kalau ya pun kenapa?" kata Kai. Mereka semua terkejut.

"Kai, kau tak paham lagi ke kenapa kitorang buat macam ni? Sebab aku minat kat Hana lah! Aku nak suruh dia bencikan kau!" kata salah seorang daripada mereka. Kai terkejut.

"Jangan jadi bodoh! Kau ingat Hana pun akan sukakan kau ke? Dah jelas dia sukakan aku, asal nak dengki sangat? Cari perempuan lain lah! Even aku ngan dia tak rapat tapi aku pun ada perasaan dekat dia!" kata Kai kemudian berlari meninggalkan mereka. Kai mencari Hana sebelum Hana sempat pulang ke rumah.

 

"Hana!!" jerit Kai. Hana yang sedang menuruni tangga bangunan sekolahnya melihat kearah Kai. Kali ini Kai berseorangan. Walaupun dia fikir yang dia bencikan Kai, dia sebenarnya tidak mampu untuk membencinya.

"Hana saya..."

"Apa yang awak nak? Selepas memalukan saya?" jerit Hana. Dia menahan airmatanya lagi.

Kai terkejut.

Sebenarnya saya..."

"No! Tak payah nak explain! Saya benci awak!" kata Hana kemudian melangkah pergi.

Kai memegang tangannya kemudian mereka mengahadap kearah masing-masing.

"Apa yang awak nak? Huh?" jerit Hana kemudian mulutnya terkunci dek ciuman yang diberikan oleh Kai. Hana hanyut serta-merta selepas cuba untuk membebaskan diri daripada ciuman oleh kerana gagal. Tambahan lagi, dia sebenarnya sukakannya. Dia tidak menyangka perkara itu akan terjadi,

Selepas ciuman tersebut.

"Saya memang sukakan awak." kata Kai.

"Saya tak hantar pun mesej kat awak semalam. Kawan saya ambil nombor awak daripada saya kelmarin dan dialah yang hantar mesej kat awak.! Dia sengaka buat macam tu sebab nak suruh awak bencikan saya. Hana.. Tolonglah, jangan bencikan saya. Saya cuba untuk hubungi awak semalam tetapi kredit saya tamat tempoh. Maafkan saya, semua ni salah saya sebab bagi nombor awak dekat dia." jelas Kai dengan panjang. Matanya hanya tertumpu pada wajah ayu Hana. 

Airmata Hana mengalir laju.

"Saya sukakan awak juga.." kata Hana. Kemudian Kai memeluk tubuh kecil Hana.
____________________________________________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________________________________________

 

Terima kasih and sorry sebab lama menunggu xD upvote and comment xoxo 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??