ParkHaeraxKris for juliahanum

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

"Haera~" panggil seorang lelaki berwajah tampan itu. Haera yang melalui di koridor kelas tersebut hanya menjeling kearahnya.

 

"Ish, mamat ni lagi." kata Haera.

"Tunggu Haera!" jerit lelaki itu.

"Nak apa Kris?" tanya Haera apabila lelaki tersebut menghalangnya daripada terus berjalan.

"Awak ni comellah. Geram saya tengok. Nak tak kita pergi dating?" tanya Kris.

"Huh? Merepek je lah awak ni." kata Haera kemudian beredar pergi. Kris memuncungkan mulutnya.

 

"Nasib kau Kris.." kata rakannya kemudian ketawa terbahak-bahak.

"Eh, takkan kau dah tak ingat kot. Akulah yang palig popular kat sekoah ni!' kata Kris.

"Walaupun popular, Haera tak nak pun pandang muka kau tu" kata rakannya lagi kemudian ketawa lagi. Kris membuat muka meluat, rakannya masih lagi ketawa. Dia meninggalkan rkannya itu dan masuk ke kelas.

______________________________________________________________________________________________________________

 

"Haera awak ni pelik betullah!" kata rakan Haera. Haera melihatnya dengan wajah yang blur.

"Kenapa?"

"Aish.. Kris, laki yang paling handsome dekat sekolah ni nak dekat awak tapi awak tak nak. Bukankah pelik?" kata rakannya sambil menyimpan buku-buku sekolahnya di bawah meja.

Haera ketawa kecil.

"Tengok tu ketawa pulak!" kata rakannya.

Haera menggeleng.

"Dah saya tak suka nak buat macam mana kan?" kata Haera.

"Dah sah pelik." balas rakannya.

"Eh pelik ke?"

"Pelik lah. Kris pun awak tolak. Awak ni ada hati ke tak?" gurau rakannya.

"Mestilah ada. Merepek lah awak ni. Kalau nak sangat Kris tu ambik je lah." kata Haera.

"Ish, kalau saya dah putus dengan teman lelaki saya tu takpe la jugak kan?" balas rakannya. Haera ketawa kecil.

 

"Tapi, saya nak awak jangan jual mahal sangat. Nanti suatu hari menyesal." kata rakannya.

"Huh? Menyesal apanya?" tanya Haera.

"Manalah tahu kan, tiba-tiba terdetik awak sukakan Kris tapi Kris dah suka orang lain ataupun jadi milik orang lain." jelas rakannya.

"Ish tak mungkinlah saya akan sukakan dia." kata Haera.

"Tengoklah nanti!" kata rakannya kemudian meninggalkan Haera di kelas. Haera dengan cepat mengikutnya dari belakang.
____________________________________________________________________________________________________________

 

"Kris, ni ada budak perempuan nak jumpa" kata rakan Kris.

Kris yang dari tadi asyik bermain dengan rakan-rakannya terus beredar.

Sebaik sahaja Kris sampai ke pintu depan kelas..

"Oppa!" jerit seorang perempuan kemudian cuba untuk memeluk Kris tetapi Kris sempat menolak.

"Apa lagi kau nak?" tanya Kris kemudian menyapu bajunya dek terkena air tangan perempuan tersebut.

Perempuan itu merengus marah.

"Kenapa awak ni kasar sangat huh?" jerit perempuan itu.

"Kan aku dah kata kita dah tak ada apa-apa hubungan!" kata Kris kemudian ingin melangkah masuk ke kelas balik tetapi perempuan itu sempat menarik tangan Kris. Kris terkejut.

Perempuan tersebut memeluk tubuh sasa Kris. Kris terkejut.

 

Haera baru sahaja ingin melalui koridor kelas tersebut terkejut. Dia melihat Kris dipeluk oleh perempuan lain. Kris melihat kearahnya kemudian menolak perempuan tersebut.

"Jangan datang kat sini lagi!" jerit Kris kemudian berlari kearah Haera.Haera terkejut, dia hanya melihat gelagat Kris.

Kris berdiri didepannya kemudian memegang pipinya lantas bibir lembut kepunyaan Haera dicium oleh Kris. Haera terkejut. Dia tidak mampu berbuat apa-apa. Jantung dia tiba-tiba berdegup kencang, Perempuan itu yang jatuh terduduk terkejut melihat perbuatan Kris. Dia menangis kemudian beredar pergi. 

Kris melepaskan ciuman hangatnya. Kris melihat muka HAera yang sudah merah padam. 

"Maafkan saya.." kata Kris.

"Awak jahat!!!" jerit Haera.

"Awak tahu tak saya tak pernah dicium oleh sesiapa? Saya nak simpan ciuman pertama saya untuk cinta pertama saya!" jerit Haera lagi sambil menahan airmata. Walaupun hatinya berdegup kencang tetapi dia tidak mahu dirinya dicium sesiapa. 

"Haera.. maafkan saya." kata Kris kemudian memegang lengan Haera. Haera menepis tangan Kris.

"Saya taknak jumpa awak lagi!" kata Haera kemudian berlari pergi. Kris terkejut. Dia ingat Haera akan sukakannya dan perempuan itu akan pergi. 
_________________________________________________________________________________________________________________

"Kenapa ni?"

"Apa yang dah terjadi?"

 Haera masih menangis di mejanya. Rakan-rakannya semua cuba menenangkan dirinya. Apabila sudah tenang Haera menceritakan semua perkara yang terjadi. 

"Wahh, jealousnya!"

"Aigoo!"

"Dengkinya."

Antara apa yang dikatakan oleh rakan-rakannya tetapi Haera sedikit pun tidak suka dengan apa yang terjadi. 

"Ish korang ni tengoklah dia kan tak suka! Jangan buat dia sedih" kata seorang rakannya.

"Oh sorry.." kata mereka serentak.

"Tak apa Haera, Kris bukannya berniat jahat. Dia pun bukannya tahu awak nak simpan first kiss awak dekat orang lain." kata rakannya.

"Lagipun Kris tu memang sukakan awak pun." tambah rakannya yang lain. Haera hanya melihatnya tetapi tidak membalas apa-apa.

"Semua ni terjadi bukannya saja-saja. Mungkin ada udang disebalik batu?"

"Ish pandai dah berperibahasa dia ni" kata rakannya yang lain. Semua orang ketawa. Haera tersenyum kecil.

"Haa tu la yang kitorang nak tengok. Haera dengan senyuman yang manis!" kata rakannya. Haera ketawa kecil
__________________________________________________________________________________________________________________

Haera memang tidak mahu melalui kelas Kris kerana takut teringat dengan apa yang terjadi.

Malam tersebut dia tidak boleh tidur. Dia asyik memikirkan betapa hangatnya bibir Kris apabila menciumnya tadi. Dia tersenyum seorang tetapi cepat-cepat menampar mukanya.

"Apa ni Haera? Jangan nak mengada sukakan dia!" jeritnya dalam hati. Kemudian tiba-tiba dia teringat akan perempuan yang memeluk Kris tadi. Adakah dia itu peminat Kris atau dia ialah teman wanita Kris? Dia menggigit bibir kemudian cuba untuk tidur kerana tidak mahu terus teringat akan kisah ini.
__________________________________________________________________________________________________________________

Selepas beberapa hari Haera tidak langsung melalui kelas Kris.

"Mungkin dia memang maksudkan apa yang dia kata" fikir Kris. Dia rasa sangat bersalah kemudian bangun daripada kelas.

"Kris! Kamu nak pergi mana?" tanya gurunya tetapi Kris tidak mengendahkan kata gurunya. Dia terus beredar ke kelas Haera. 

Kelas Haera sekarang sedang rehat disebabkan dia junior Kris. Kris mencari Haera di kantin sekolah. Ramai perempuan memandang Kris. Ada yang menjerit memanggilnya, ada yang tersenyum seorang dan ada juga yang hanya melihatnya sahaja. Kris menjumpai lokasi Haera, dia bergegas ke tempat Haera. Dia melalui di belakang Haera. Rakan-rakanya yang asyik bercakap tiba-tiba senyap. Mereka terkejut.

"Kenapa?" tanya Haera kemudian melihat di belakangnya. Dia pun terkejut. Kris yang berdiri dibelakangnya terus duduk ditepi Haera. Haera melihat rakan-rakannya. Kris melihat kearah rakan-rakan Haera dan membuat isyarat mata suruh pergi. Mereka semua hanya menurut Kris.

Haera mencuba untuk bangun tetapi Kris memeluk pinggangnya.

"Hei Kris!" jerit Haera.

"Shsshh! nanti orang dengar." kata Kris.

"Biarlah!"

"Kalau tak saya cium awak." jelas Kris kemudian Haera terus diam. Dia melihat Kris tiba-tiba dia merenung dibibir Kris, dia teringat pula kejadian haritu. 

"Haera.." panggil Kris.

Haera terkejut kemudian melihat kearah mata Kris.

"Maafkan saya. Saya tak berniat pun.. Saya ada sebab yang tersendiri.." kata Kris.

"Oh.. saya dah lupakannya." tipu Haera kemudian mencuba untuk bangun tetapi masih dihalang oleh Kris.

"Saya sukakan awak Haera!" luah Kris. Haera melihat Kris. Hatinya berdegup kencang. Dia mahu menolaknya tetapi tidak boleh.

"Saya juga tahu awak sukakan saya.."

"Mana ada!" jerit Haera kemudian Kris mencium bibir Haera lagi. Terbeliak mata Haera. Memang dia tidak boleh menolak ciuman Kris. Dia benci tetapi sangat sukakannya.

"Awak tak melawan pun. Kan saya dah kata awak pun sukakan saya." kata Kris sambil tersenyum sinis. Muka Haera merah padam.

"Jadi nak tak awak jadi milik saya?" tanya Kris. Haera tidak membalas. Haera mengelak pandangan Kris. Kris tersenyum. 

"Hmm.. saya nak.." kata Haera kemudian menutup mukanya kerana malu. Kris tersenyum kemudian memeluk tubuh kecil Haera.

"Tapi, siapa perempuan haritu?" tanya Haera.

"Jealous eh?"

"Mana ada!"

"Hahahaa! Dia tu ex saya lah." kata Kris.

"Oh.." Haera terfikir mungkin dia bukan ciuman pertama Kris.

"Tapi, kitorang tak pernah pun cium. Kalau nak tahu, awaklah first kiss saya" kata Kris.

"Betul ke?"

Kris mengangguk.

"Saya berani bersumpah" kata Kris. Kemudian mereka berdua ketawa kecil.

_______________________________________________________________________________________________________________

 

Sorry sebab lama sangat xD saya baru habis exam. Thank you sebab request!

Thank you kepada semua yang comment tu :D 

** For Khope **

Sorry ya sebab taknampak comment awak haritu. Saya akan buat untuk awak lepas ni :D Harap tak ambil hati.

 


__________________________________________________________________________________________________________________

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??