JunGunHeexWoozi for anissofea

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

"Go Gunhee go!" jerit kawan-kawan Gunhee. Dia sedang berlari menuju ke jaring gol. Pihak lawan mencuba sedaya upaya untuk mengambil bola tetapi tidak boleh kerana Gunhee lebih laju berbanding mereka. Sampai sahaja di jaring gol, Gunhee menumpukan sepenuh perhatian untuk menjaringkan gol tiba-tiba seorang lelaki menyekat laluan Gunhee, Gunhee mengelak daripada serangannya. Lelaki itu nampak sangat marah, dia menuju kearah Gunhee lagi. Dia mencuba untuk menolak Gunhee. Gunhee hairan, Gunhee membalas balik kemudian sempat menjaringkan gol selepas mendapat keputusan yang seri.

Semua ahli kumpulan K-OSS gembira kerana memenangi pertandingan tersebut. Tidak boleh dinafikan bahawa pihak lawan mereka iaitu Mad Dogs ialah pasukan yang kuat tetapi kerana ketangkasan yang dimiliki oleh Gunhee berjaya membantu K-OSS menang. Inilah kali pertama Mad Dogs dapat dikalahkan. Semua orang terkejut dengan kekalahan Mad Dogs. 

Semua ahli K-OSS mendukung Gunhee.  Gunhee sangat gembira. Walaupun mereka gembira, kelihatan muka tidak puas hati daripada ketua kumpulan Mad Dogs iaitu orang yang menolak Gunhee sebentar tadi, Woozi. Woozi beredar daripada gelanggang tersebut meninggalkan ahli kumpulannya yang lain. Gunhee terlihat Woozi yang semakin lama semakin jauh.
____________________________________________________________________________________________________________

Gunhee duduk di tempat rehat pasukan 'basketball' di belakang sekolah. Dia meneguk air minumannya setelah keletihan akibat permainan tersebut. Toba-tiba Woozi datang, Gunhee melihat Woozi kemudian berhenti meneguk airnya. Gunhee berasa hairan kemudian tiba-tiba Woozi melempar botol minumannya. Gunhee terkejut.

"Kau ni dah kenapa?" jerit Gunhee.

"Jangan nak berlagaklah yang kau hebat selepas kalahkan pasukan aku. Pasukan aku tadi cuma keletihan kalau tak memang Mad Dogs lah juara" kata Woozi dengan renungan yang tajam.

"Berlagak apanya? Kalau marah cakap jelah takperlu nak baling botol minuman aku" balas Gunhee kemudian mahu beredar. Woozi memegang pergelangan tangan Gunhee. Gunhee melihat kearah Woozi dengan marah.

"Apa lagi?" jerit Gunhee.

"Tengoklah apa yang aku buat dekat kau. Sebab kau lah orang dah pandang rendah dekat Mad Dogs!" kata Woozi kemudian melepaskan pergelangan tangan Gunhee dengan kasar. Gunhee hanya melihat dia pergi sambil menggosok tangannya yang sakit kerana dipegang oleh Woozi.
________________________________________________________________________________________________________

Pada masa rehat keesokan harinya.

Gunhee sedang menikmati makanannya bersama rakan-rakannya di sebuah meja di kantin. Mereka sedang rancak berbual tiba-tiba beberapa orang junior Gunhee datang.

"Awak ni kak Gunhee kan? Hebat lah awak semalam! Akak tewaskan Mad Dogs!" puji salah seorang daripada mereka.

"Terimalah coklat daripada kami ni!" kata seorang lagi junior Gunhee. Gunhee tersenyum.

"Terima kasih!" kata Gunhee.

"Akak fighting okay? Kami akan sokong K-OSS selamanya!" kata mereka bersemangat. Gunhee mengangguk gembira.

Woozi asyik perhatikan mereka. Wozzi rasa menyampah, disebabkan dia dapat tewaskan pasukannya, dia dapat nama dengan cepat! Malah  ada penyokong Mad Dogs yang meminati K-OSS sekarang. Woozi geram dia menggigit bibir kemudian berdiri. Kerusinya ditolak dengan kuat supaya bising. Semua orang di kantin melihat Woozi termasuklah Gunhee. Woozi menjeling kearah Gunhee kemudian meninggalkan kantin. Gunhee terkejut. Mungkin dia masih marahkan Gunhee. Gunhee tidak mahu Woozi membencikan Gunhee kerana sebenarnya Woozi ialah idola kepada Gunhee. Disebabkan oleh Woozi, dia bersemangat untuk bermain basketball dan dia mahu kalahkan Woozi kerana mahu dapat perhatian Woozi.
________________________________________________________________________________________________________

Selepas daripada itu, Woozi selalu menyekat laluan Gunhee dan menyakatnya. Kadang-kadang Woozi keterlaluan sampai kata yang Gunhee ni hodoh, attention seeker dan macam-macamlah. Gunhee berasa sangat sedih kerana dibenci oleh idolanya sendiri. Dia rasa sakit hati sangat-sangat.

 

"Gunhee, ni ada orang nak jumpa" kata rakan Gunhee. Gunhee keluar daripada kelasnya, Gunhee terkejut kerana melihat Woozi. Woozi tersenyum sinis kemudian mendekati Gunhee. Dia memegang dagu runcing Gunhee. Gunhee terkejut. Woozi mengukirkan senyuman kemudian menarik dagu Gunhee dengan kasar kemudian eksperi mukanya bertukar.

"Kau tak lupa kan aku cakap apa kat kau?" tanya Woozi.

"Ouch sakit la weh!" jerit Gunhee.

"Tahu pun sakit. Sakit lagi hati aku dengar orang berduyun-duyun datang memuji kau" jelas Woozi.

"Kau jeles ke?" tanya Gunhee. Mata Woozi terbeliak kemudian menolak Gunhee kedalam stor berdekatan untuk mengelakkan orang ramai melihat mereka.

"Aku jeles? Hahaha! Takde masa la weh" kata Woozi.

"Kau sebenarnya nak apa? Panggil aku then nak cari gaduh." kata Gunhee.

"Aku tahu sebenarnya kau nak rembat semua trofi aku kan? Kau ingat kau terer sangat ke?" jerit Woozi.

"Eh bila masa aku nak rembat? Aku main sebab aku nak buktikan kat kau je!" jerit Gunhee balik. Dia terlepas cakap.

"Bukti apa?" tanya Woozi. Gunhee tidak mahu Woozi tahu perkara yang sebenar kerana risau mungkin Woozi cakap dia 'desperate' ataupun 'attention seeker'. 

"Yang aku pun setanding dengan kau.. sebab kau.. idola aku" kata Gunhee malu. Woozi hanya membisu. Dia melihat Gunhee dengan renungan yang tajam.

"Kau.."

"Aku tahu mungkin aku nampak desperate ataupun mungkin kau tak percayakan aku. Aku taknak pun kita gaduh sebab benda ni. Aku ingat kalau aku menang kau boleh la pandang aku sekali sekala sebab kau kan idola aku.." jelas Gunhee kemudian berlari keluar. Dia tiba-tiba bencikan Woozi tetapi dia tidak mampu berkata yang dia membencinya. 
_______________________________________________________________________________________________________________

 

Woozi berasa bersalah, selama ni dia sudah keterlaluan dengan Gunhee. Gunhee bukannya buat salah pun. Betullah, dia hanya dengki kerana Gunhee mendapat nama dan tidak boleh menerima hakikat bahawa dia telah kalah. Perlawanan seterusnya akan berlangsung esok, dia risau mungkin Gunhee sangat sedih dan tidak mahu bermain untuk esok. Dia membuat keputusan untuk berjumpa dengannya sebelum balik.

 

Gunhee berjalan seorang diri keluar daripada sekolah. Rakan-rakannya akan pulang lewat kerana mesyuarat kelab masing-masing yang tiba-tiba diadakan pada hari tersebut. 

Sebaik sahaja Gunhee mahu melangkah keluar, dia ternampak Woozi sedang berlari kearahnya. DIa berdebar tetapi takut. Takut akan kata-kata yang Woozi mungkin keluarkan. 

"Gunhee! Tunggu!" jerit Woozi. Gunhee berhenti. Woozi menarik nafas setelah berlari mengejar Gunhee. Nasib baiklah Gunhee belum pulang.

"Aku.... Aku mintak maaf sangat-sangat. Esok kau mesti datang dan lawan dengan aku.. Jangan biarkan aku menang. Main sampai kau menang.. Aku percaya kau boleh buat." kata Woozi tiba-tiba kemudian memeluk Gunhee. Gunhee berasa hairan. Tadi marah, sekarang lain pula. Woozi melemparkan senyuman kemudian beredar. Gunhee tiba-tiba tersenyum gembira. Dia akan lawan Woozi dengan sepenuh hatinya.
________________________________________________________________________________________________________________

 

"Sekarang tiba masanya untuk jaringan penentuan. Mungkinkah Mad Dogs yang akan menang? Ataupun mungkin juara minggu lepas iaitu K-OSS?" kata seorang guru lelaki. Semua murid bersorak dengan kuat.

Gunhee mendapat bola kemudian berlari kearah jaring gol. Woozi didepan matanya. Dia cuba mengelak tetapi Woozi dapat menangkap bola tersebut. Gunhee cuba menangkap kembali bola tersebut. Dia terjatuh. Lututnya bergesel dengan lantai. Semua orang berpaling kearahnya. Ada yang mengeluh. Gunhee teringatkan kata Woozi. Dia cuba untuk bangun. Kelihatan lututnya sudah berdarah tetapi dia berlari mengejar Woozi. Dia mahu juga menang.

Woozi baru sahaja ingin menjaringkan gol tiba-tiba dapat dihalang oleh Gunhee. Gunhee merampas bola dan berlari kembali kearah jaring gol. Dia melemparkan bola tersebut kearah rakannya. Sebaik sahaja rakannya mahu melempar semula kearahnya, tiba-tiba dia berasa kakinya pedih. Dia jatuh terduduk. Dia memegang lututnya. 

"Gunhee!! kau boleh buat" jerit rakannya.

Gunhee melihat rakannya, dia cuba untuk bangun. 

"Gunhee! Kau boleh buat" jerit Woozi tiba-tiba sambil tersenyum. Gunhee berasa bersemangat kemudian bangun. Rakannya membaling bola kearahnya. DIa sempat menangkap kemudian Woozi menghalangnya. Agak sukar untuk menjaringkan gol kerana Woozi lebih tinggi daripadanya. Tetapi dia cuba. Dia membaling bola kedalam gol. Bola tersebut melantun dibirai gol tersebut. Semua orang hanya mampu melihat dan berdoa supaya masuk. 

Ppak!

Bola jatuh ke dalam gol. Semua orang bangun dan bersorak. Semua orang memeluk Gunhee. Gunhee kelihatan gembira. Dia melihat kearah Woozi. Woozi memberikan senyuman yang lebar kepadanya. Dia bertambah gembira. Dia berjalan kearah Woozi dengan kaki yang luka.

"Terima kasih sebab bagi semangat" kata Gunhee.

"Tak terima kasih sebab menyedarkan saya yang awak sangat penting bagi saya" kata Woozi. Gunhee terkejut kemudian bibirnya bersentuhan dengan bibir Woozi. Semua orang melihat mereka.

"Woo~" sorak ahli kumpulan Gunhee. Woozi melepaskan ciumannya. Mereka saling berpandangan. Woozi mengangkat Gunhee kemudian membawanya ke bilik rawatan.

Selepas daripada itu, K-OSS dan Mad Dogs dibubarkan dan guru memilih ahli baru untuk kumpulan untuk mewakili sekolah. Gunhee dan Woozi terpilih juga dan menamakan kumpulan tersebut dengan Quick Silvers. Mereka menjadi semakin rapat dan menjadi pasangan kekasih. 
______________________________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________________________

 

Thank you sebab request ^^ Do upvote and comment!

Btw, dear semua subscribers dan readers kat sini, saya dah post  Lies Over Happiness bab 1! Harap sudi membaca dan upvote dan comment juga :D

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??